Buat pertama kali komen AtanShearer tersiar di ruangan I-Metro di akhbar Harian Metro pada 21 Disember 2006
[ATANSHEARER:IMA15474] FAM wajar contohi PHM. J/latih & p'urus letak jawatan slps gagal di Doha. Takkan nk tunggu smpai gagal lyk p.dunia 2022 kot.
KALI PERTAMA KOMEN TERSIAR DI AKHBAR
Thursday, December 21, 2006
Posted by AtanShearer at 9:18 PM 0 comments
Betul Ke Raw Material Kita Tak Bagus?
Monday, December 18, 2006
Oleh AtanShearer
Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang prestasi memalukan pasukan bolasepak Malaysia di Doha. Sekadar ingin menyatakan kehairanan dikala setiap kali kekalahan pasukan negara di pertandingan peringkat antarabangsa (sukan asia dan piala belia asia) Timbalan Presiden FAM (Tg. Abdullah) seolah2 berpura-pura kecewa dengan menyatakan kita tidak mempunyai ‘raw material’ yg bagus untuk di adun menjadi sebuah pasukan yg mantap.
Bukankah kita mempunyai ramai pemain remaja berbakat yg lebih bagus dari senarai pemain bawah 20 dan 23 negara yg sediada? Adakah Titus James Palani yg dah bertahun-tahun berpangkalan di Perancis masih belum cukup matang di mata FAM untuk menggalas misi pasukan negara? mungkin pada kaca mata FAM barisan pemain mentah yg bermain dlm liga M lebih baik dari beliau.
Jika Titus yg telah lama berkelana di eropah pun tidak dihiraukan oleh FAM apatah lagi nasib pemain2 lain yg berbakat. Umpamanya beberapa pemain MyTeam yang menyerlah tidak disenarai pendekkan sebagai pelatih skuad kebangsaan, begitu juga dengan Azwan produk Soccerstars Malaysia yg kini menjadi pelatih di Fulham juga tidak dipandang oleh FAM. Itu belum termasuk lagi hasil produk beberapa akademi bolasepak swasta seperti Sekolah Bolasepak Arsenal, Brazillian Football Academy, Akademi Bolasepak Ken Barnes dan sebagainya.
Hakikatnya kita sememangnya tidak ketandusan pemain berbakat. Cuma bakat mengenalpasti pemain bagus tidak dikuasai para pegawai FAM. Itupun FAM ada hati nak minta agar diberikan ‘kuasa penuh’ dalam pemilihan pemain bola sepak sehingga ke peringkat akar umbi. Seolah2 FAM cuba nak tunjuk pandai dan tidak mengiktiraf usaha pihak selain FAM yg cuba untuk menaikkan martabat bolasepak Malaysia.
Oleh itu pesanan saya jangan salahkan lantai kalau tak pandai menari dan jangan salahkan bola kalau tak pandai meggelecek. Muhasabahlah diri anda FAM.
Posted by AtanShearer at 11:38 AM 0 comments
KOMEN ARTIKEL HARIAN METRO 30 OGOS 06
Thursday, August 31, 2006
FAM perlu lebih bijak susun jadual. Oleh Kamarulzaman Pid
JUARA Pestabola Merdeka edisi ke-38, Myanmar, membuat persiapan selama dua bulan sebelum beraksi di Stadium Shah Alam.
Tetapi bagi jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, dia berhak untuk cemburu terhadap masa lebih panjang yang diperuntukkan kepada rakan sejawatnya dari Myanmar, U San Win. Norizan cuma mampu mengumpulkan anak buahnya selama dua minggu saja untuk berdepan harapan tinggi penyokong tempatan.Hasilnya, sudah tentu pasukan yang berlatih lebih lama, lebih layak memenangi kejohanan yang suatu ketika dulu begitu berprestij sekali.
Komen AtanShearer:
Adakah logik akal kita boleh menerima alasan FAM kononnya Myamnar lebih baik dari Malaysia dan lain-lain negara yg bertanding kali ni semata-mata kerana mereka telah berlatih selama 2 bulan sehingga membolehkan mereka menjadi juara Pestabola?
Hujah/alasan ini mudah saja untuk dibidas.
1. Pertamanya belum pernah lagi kedengaran sesebuah negara yang menjuarai kejohanan besar (seperti WC, Euro atau Copa America) kerana pasukan mereka menjalani latihan pusat yg lama.
2. Tempoh sesebuah pasukan itu dihimpunkan bukanlah kayu ukuran kuat lemahnya sesebuah pasukan itu. Pasukan Brunei yg dah bertahun-tahun dihimpunkan bersama untuk mengharungi Liga-M masih terkial-kial nak masuk liga super.
3. Bukankah Malaysia juga pernah wujudkan pasukan khas yg dikumpulkan bersama selama beberapa tahun. tapi hasilnya tetap tak ke mana.
Pendek kata bak pepatah org tua, kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tak rata. Kalau dah tak pandai main bola jangan salahkan tempoh latihan pusat panjang atau singkat.
Posted by AtanShearer at 2:15 AM 0 comments
Labels: FAM, Harian Metro, Malaysia
PESTABOLA: TIADA KEZUTAN
Wednesday, August 30, 2006
Oleh AtanShearer
Seperti yg diramalkan dari awal, memang tiada kezutan yg bakal berlaku bagi pasukan Malaysia dlm Pestabola Merdeka edisi kali ini. Kezutan hanya akan berlaku andaikata Malaysia layak ke final atau menjadi juara.
Perlawanan pertama yang berkesudahan seri 1-1 dengan Indonesia sudah dianggap oleh FAM sebagai satu titik permulaan kebangkitan Malaysia, walaupun hakikatnya kita hanya berjaya mencuri 1 mata gara2 gol sendiri pemain indon.
Selepas itu kononnya prestasi pasukan Malaysia amat membanggakan kerana sang harimau malaya mampu tumbangkan gajah putih Thailand, tapi ramai yg tidak tahu bahawa itu bukanlah barisan terkuat Thailand. Yang mereka kalahkan itu hanyalah 'anak-anak gajah' bawah 23 tahun mereka.
Segala temberang prestasi skuad kita akhirnya terbongkar apabila tewas dengan pasukan ranking 164 iaitu Myanmar 2-1.
Seperti biasa rumusan jurulatih adalah seperti berikut (petikan dari Kosmo):
1. Prestasi meningkat walaupun tewas
-dimanakah peningkatan yg dimaksudkan itu?
2.Pemain hanya berlatih dua minggu saja
-ada ke mana2 negara yg bolasepaknya hebat kerana tempoh latihan pusat yg berbulan2?
3. Kita banyak peluang tapi gagal jaringkan gol
-sudah tentu malaysia bakal jadi juara WC andaikata setiap peluang dikira sebagai gol.
Inilah senario bolasepak kita. apabila kalah, alasan ini saja yg digunapakai berulang kali walaupun hakikatnya alasan mereka itu makin menyerlahkah kelemahan mereka.
Posted by AtanShearer at 11:06 AM 0 comments
IBRAHIM SAAD NAK LETAK JAWATAN?
Tuesday, August 08, 2006
Oleh AtanShearer
Merujuk artikel Harian Metro 8 Ogos 2006, aku setuju dengan pendapat penulis (Lokman Zainal Abidin) bahawa beliau adalah mangsa keadaan kepada kemelut yg berlaku dlm FAM kebelakangan ini. Aku bukanlah seorang yg pro kepada Ibrahim Saad, namun pada perspektif aku beliau bukanlah individu yg sepatutnya meletakkan jawatan sebagaimana yg diharapkan oleh majoriti penyokong bolasepak Malaysia. Andaikata benar Dr. Ibrahim saad akan meletakkan jawatan, ini bukanlah jawapan bagi segala masalah yg ada.
Sejak thn 84 kita sudah berkali2 bertukar jurulatih, penasihat teknikal, Naib Presiden dan juga S/U Agung. Cuma yg masih kekal dan kebal memegang kuasa hanyalah Presiden dan Timbalannya. Tidak pernahkah mereka berasa insaf bahawa merekalah petualang yg menjahanamkan bolasepak Malaysia?
Seringkali apabila FAM dikritik hebat yg menjadi ‘kambing hitam’ adalah jurulatih dan sesekali S/U Agung juga turut menjadi korban. Yg sepatutnya turun masih tetap berkuasa. Sampai bila mereka ingin terus bertakhta di FAM kita semua tidak tahu.
Selagi kapten yg tiada pengetahuan tentang pelayaran menguasai bahtera, juragan dan awak-awak ditukar berpuluh kali pun tidak akan sampai ke destinasi. Apabila ditegur, natijahnya individu itu akan dicampak ke laut. Inilah senario dlm kapal yang bernama FAM yg sudah lama belayar tapi masih belum tiba di pelabuhan yg dituju.
Posted by AtanShearer at 11:40 PM 0 comments
BENARKAH TIADA PIHAK BEKERJASAMA CUNGKIL BAKAT?
Semalam seorang pelajar berusia 10 tahun (adik shahrizal mokhtar) berjaya memenangi pertandingan menimbang bola ala Ronaldinho anjuran sebuah syarikat swasta terkenal (Breeze). Walaupun konsep pertandingan tersebut agak santai dan kurang formal namun kesungguhan pihak swasta tersebut untuk mencungkil bakat muda yg berskill tinggi harus dipuji. Bakat dah dicungkil, harap2 pihak FAM nampak dan tidak mempersiakan bakat si cilik ini.
Selain syarikat swasta tersebut, percambahan akademi bolasepak bukan milik FAM juga semakin memberansangkan. Cuma persoalannya sejauh manakah tindakan susulan FAM?Nampaknya tuduhan FAM bahawa banyak pihak tidak tampil membantu mencungkil bakat baru diperingkat akar umbi ternyata meleset. Yang perlu FAM tunjukkan sekarang ialah apa tindakan susulan yg mereka lakukan selepas pihak2 tertentu melakukan sesuatu yg membantu pembangunan bolasepak Malaysia.
Oleh itu janganlah FAM melalak mendakwa ‘semut’ di seberang tak buat kerja sedangkan ‘gajah’ di depan mata sedang nyenyak tidur tak disedari
Posted by AtanShearer at 12:59 AM 0 comments
ADAKAH KITA KETANDUSAN PEMAIN BERBAKAT?
Monday, August 07, 2006
Oleh AtanShearer
Malaysia sebenarnya mmg tidak pernah kering dengan bakat muda buktinya ada beberapa pemain kita yg dapat ditempatkan di kelab2 eropah seperti Titus Palani (FC Villenoy), Naim Ahmad (Birmingham City), Nazrin Baharuddin (Macclesfield Town FC dan Manchester City), R Suresh (Manchester City), P Logeswaran (Manchester City), Azrul Nizam (Macclesfield Town FC). Tak ketinggalan juga anak bekas pelakon Zainol MacWilson, layak menyertai pasukan bola sepak divisyen satu Liga England, Sheffield United kategori bawah lapan tahun. Mereka semua lahir menerusi program pembangunan akademi bukan milik FAM.
Kecil atau besar kelab tersebut perkara kedua. Yg pentingnya pendedahan mereka bermain di eropah ketika usia muda amat berharga.
Tatkala FAM sibuk melalak dan menuding jari kepada pihak tertentu kononnya tidak berganding bahu membangunkan bolasepak di peringkat akar umbi, pernahkah FAM memberikan perhatian yg sewajarnya kepada sekumpulan remaja yg telah dibentuk oleh beberapa akademi bolasepak bukan seliaan FAM ini? Apatah lagi untuk melihat mereka dipanggil untuk memperkuatkan pasukan peringkat umur negara sudah tentu jauh sekali.
Adakah disebabkan mereka pergi bukan atas tiket FAM maka mereka disisihkan dan bakat mereka tidak dihargai ? Atau adakah FAM sangsikan keupayaan mereka? Secara logiknya sudah tentu prestasi mereka jauh lebih ‘advance’ dari rakan sebaya lain, jika tidak masa kan mereka ditawarkan berlatih di sana.
Kita harus realistic bahawa untuk layak ke piala dunia 2018 dengan menyandarkan harapan kepada pemain yg diasuh dengan persekitaran Malaysia (Nasik Lemak, Roti Canai dll) dan liga-M yg bermutu rendah ditambah pula dengan sistem perancangan FAM sendiri yg kucar kacir kita tidak akan ke mana .
Diharapkan dengan bercambahnya akademi bolasepak bukan seliaan FAM di Malaysia maka lebih ramai remaja kita berpeluang bermain di luar negara. Disamping itu FAM juga diharapkan tidak memandang sebelah mata pada anak2 muda ini yg ke sana atas tiket akademi 'swasta' ini.
Posted by AtanShearer at 4:29 PM 0 comments
WORLD CUP 2018...MALAYSIA BOLEH KE?
Wednesday, August 02, 2006
Sasaran layak ke piala dunia 2018 telah dicanang satu Malaya. Realiti atau fantasi itu bukan lagi isunya. Yang penting persoalannya adakah FAM sudah menyediakan satu pelan tindakan untuk merealisasikan impian itu? Sehingga kini masih tiada sebarang perancangan khusus diumumkan.
Adakah FAM umpama mengetuk tin kosong saja? Bunyinya kuat tapi isinya tiada. Dengar macam hebat tapi hasilnya habuk pun tak ada. Ini bukan kali pertama FAM mengetuk tin kosong sebegitu. Cuma kali ini ketukannya lebih kuat dari sebelumnya.
Senario ini agak pelik kerana di kala pengurusan tertinggi FAM masih menuding jari kepada banyak pihak yg kononnya tidak berganding bahu dengan FAM memikul tanggungjawab memajukan bolasepak di peringkat akar umbi, tapi pada masa yg sama mereka sendiri sudah berani meletakkan sasaran yg boleh dikatakan tidak masuk akal dalam senario semasa. Adakah sasaran ini ikhlas atau sekadar melepaskan batuk di tangga?
Analoginya FAM umpama nak bina bangunan..tapi pelan belum dilukis ..arkitek belum dilantik..kontraktor belum dipilih..kos belum ditentukan tapi dah berani pukul canang pada semua orang bila bangunan itu boleh digunakan.
Seharusnya FAM mengkaji terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan diri sebelum angkuh menetapkan sesuatu sasaran, supaya ianya realistik dan bukan sekadar meletakkan sasaran syok sendiri kerana kelak akan memakan diri.
Nampaknya FAM meletakkan sasaran 2018 secara tergesa-gesa. Tanpa perancangan yg sistematik impian akan bertukar menjadi igauan. Jadilah FAM umpama mat jenin yg hanyut dengan angan-angannya.
Posted by AtanShearer at 1:16 AM 0 comments
APA FAM KATA...
Tuesday, August 01, 2006
Oleh AtanShearer
Berikut adalah kata2 FAM yg boleh disangkal oleh seluruh peminat bolasepak tempatan.
1.Kata FAM: “Justeru, jika Malaysia mahu menjadi pasukan berkelas dunia, negara perlu jurulatih bertaraf dunia.” memetik kata Tengku Abdullah dlm harian metro 28/7/06
Kata Rakyat Malaysia: kita pernah memiliki jurulatih bertaraf dunia spt Claude Le Roy, Dr. Josef Venglos dll tapi kita masih tak ke mana.
2.Kata FAM: “FAM bukanlah satu badan yang langsung tidak boleh ditegur,” memetik kata dr ibrahim saad dlm harian metro 29/7/06
Kata rakyat Malaysia: andaikata benar FAM tidak boleh ditegur kenapa seringkali AJK FAM yg bercakap benar atas dasar kebaikan bolasepak negara dikenakan tindakan tatatertib seperti Dato' Ahmad Basri Akil dan Datuk Jamal Nasir Rasdi?
3.Kata FAM: “FAM tidak terbabit dalam usaha mencungkil bakat di peringkat bawahan. Di sekolah ia adalah tanggungjawab pihak lain dan di peringkat negeri ia tanggungjawab persatuan bola sepak negeri” memetik kata Tengku Abdullah dlm berita harian 28/7/06
Kata rakyat Malaysia: sebagai presiden PBNP apa yg telah Tengku Abdullah lakukan untuk pembangunan akar umbi negeri pahang? Tiada sebarang hasil dapat dilihat sebaliknya Pahang hanya tahu beli pemain2 terbaik negara untuk dihimpunkan jadi skuad bintang.
Ibrahim saad juga satu masa dulu pernah menjadi Timb. Presiden FAP tapi apa sumbangan beliau kpd pembangunan bolasepak pulau pinang?
4. Kata FAM: “FAM tak pernah memandang sepi sebarang cadangan untuk memajukan sukan bolasepak di Negara ini: memetik kata Hamidin mohd amin dlm harian metro 25/7/05
Kata rakyat Malaysia: bukankah selama ini pelbagai cadangan telah dilontarkan kpd FAM oleh tokoh2 pengkritik sukan, menerusi media massa dll tapi apa tindakan mereka? FAM buat bodoh je pada semua cadangan2 tu..
5. Kata FAM: “tidak mustahil pasukan negara layak ke Piala Dunia 2018 atau lebih awal dari itu” petikan kata2 Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dlm harian metro 26/7/06.
Kata rakyat Malaysia: ini semua auta FAM untuk minta belas kasihan rakyat Malaysia supaya izinkan mereka terus menerajui badan induk itu. Konon nak tunjuk mereka bukan tidoq atau makan gaji buta tapi buat kerja.
Posted by AtanShearer at 3:00 PM 0 comments
ARTIKEL AKHBAR PILIHAN
Monday, July 31, 2006
SASARAN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadikan 2018 sebagai tahun Malaysia beraksi di Piala Dunia menarik reaksi ramai mengupasnya.Ikuti pandangan bekas naib presiden, Datuk Ahmad Basri Akil yang pernah digantung atas kelantangannya mengkritik badan induk itu, mengenai sasaran berkenaan.
Posted by AtanShearer at 1:37 PM 0 comments
FAM & RANKING 146 (part 2)
Oleh AtanShearer
Banyak pihak (pengurusan FAM) yg melenting apabila disaran supaya rombakan besar-besaran dibuat dlm FAM. kononnya FAM bukanlah satu-satunya pihak yg wajar dipersalahkan gara-gara ranking pasukan malaysia terperosok di tangga 146 dunia. banyak pihak lain yg harus diheret bersama dlm kemelut ini.
persoalannya kenapa baru sekarang (setelah ranking 146 serta setelah digesa supaya letak jawatan) FAM nak ungkit dan nak tuding jari pada pihak itu dan ini turut patut dipersalahkan? kenapa selama ini mereka selaku badan tertinggi bolasepak malaysia tidak mengkoordinasikan badan-badan yg mereka maksudkan itu. bukan baru sehari dua rakyat malaysia bagi peluang pada mereka malah sudah lebih 20 tahun diberikan peluang. tapi mereka telah mempersia-siakan masa dan peluang yg diberikan sebaliknya mempersalahkan pihak lain pula.
Agak melucukan apabila gesaan dibuat oleh datuk ghaffur salleh, antara barisan kepimpinan FAM yg paling kuat mengampu adalah Dato’ Raja Ahmad Zainudin. Mungkin beliau kini sudah lupa diri satu masa dulu beliau lah yg paling kuat melenting mengkritik kepimpinan FAM sehingga digantung beberapa tahun.
Tapi kini bila beliau sudah ada jawatan dan bila diminta untuk melepaskan jawatan kerana prestasi buruk FAM macam2 alasan yg diberikan untuk mempertahankan FAM dan mendakwa pihak lain harus dipersalahkan juga. Mempertahankan FAM atau nak mempertahankan jawatan naib presiden yg disandangnya?? Apa sumbangan beliau selaku naib presiden FAM untuk memajukan bolasepak malaysia?
Begitu juga dengan presiden. Nampaknya presiden Fam masih ego dan angkuh dengan jawatannnya. Baginda tak mau melepaskan jawatan tersebut secara terhormat sebaliknya mencabar supaya bertanding tahun depan. apa lagi yg mau dibuktikan oleh presiden dlm tempoh setahun ni sedangkan dh diberikan peluang selama lebih 20 tahun pun tak nampak sebarang hasil. Silap haribulan dlm masa setahun lagi ranking Malaysia akan menjunam lagi. ada lebih baik baginda letak jawatan saja dlm masa terdekat.
ada pihak yg mempertikaikan adakah tindakan menukar pucuk pimpinan FAM akan menyelesaikan segala masalah? belum cuba belum tahu. pepatah cina ada mengatakan bangkai yg busuk bermula dari kepala. oleh itu sebelum maruah bolasepak malaysia menjadi busuk seperti bangkai maka kepala FAM harus ditukar secepat mungkin.
BAM satu masa dulu menghadapi situasi yg sama. prestasi skuad badminton amat teruk dibawah kepimpinan 'kepala' lama, namun kini setelah bertukar kepada 'kepala' baru prestasi badminton kita agak membanggakan.
ternyata kepimpinan FAM sekarang sentiasa gagal dan gagal dalam setiap perancangan yg mereka lakukan sepanjang 20 tahun ini.
tidak hairanlah jika negara kita ketinggalan lebih 20 tahun dlm pembangunan bolasepak berbanding TOGO dan ANGGOLA kerana barisan kepimpinan FAM yg sedia ada kini gagal merancang segalanya dengan baik. apa yg dirancang FAM selalunya berkakhir dengan kegagalan. buktinya:
1. Liga M seringkali bertukar format selang beberapa tahun.
2. pelbagai skuad khas yg ditubuhkan gagal mencapai matlamat (layak ke olimpik dll)
3. projek akademi bolasepak dibatalkan
4. dll
pendek kata FAM sebenarnya gagal merancang apa-apa dengan baik; oleh itu apa yg FAM sedang lakukan sekarang ialah merancang sebuah kegagalan. buktinya ranking 146!
Posted by AtanShearer at 10:08 AM 0 comments
Komen: 2018 SASARAN FAM KE WC
Saturday, July 29, 2006
Sasaran tak masuk akal
Oleh Lokman Zainal Abidin
DALAM ranking 146 dunia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berani meletakkan sasaran 2018 sebagai tahun Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia. Ia seperti tidak masuk akal dan bakal menjadi bahan gurauan dari semulia-mulia Dewan Rakyat hinggalah ke sidang kedai-kedai kopi. Namun itulah keyakinan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, semalam
Komen AtanShearer:
diorang ni saja je letak sasaran WC2018 sebagai alasan sementara untuk dijadikan lesen untuk memujuk rakyat malaysia supaya bagi peluang lagi 12 tahun pada mereka. tak cukup dgn peluang 20 tahun yg dh diberi.. mintak tambah lagi 12 tahun lak.
konon untuk perancangan pembangunan akar umbi. kalaulah dari 22 tahun dulu (sejak tahun 1984 sultan pahang jadi presiden FAM) diorang dah pikir macam sekarang (tempoh 12 thn untuk layak ke wc) maknanya dah 3 kali malaysia boleh masuk WC (98,02,06)
tgk apa dah jadi dgn skuad piala dunia remaja 97?? dulu semasa penubuhan skuad piala dunia remaja..rasanya janji yg sama ditaburkan. bagi peluang pada FAM untuk buktikan sesuatu. konon mereka adalah skuad masa depan negara. skuad yg bakal membawa cabaran ke sukan olimpik dan kelayakan piala dunia.. paling koman pingat emas sukan sea. alih2 result yg sama jugak.. apa yg diorang dapat?.. x de lain selain caci maki berbakul2
Posted by AtanShearer at 11:11 AM 0 comments
Labels: FAM, Harian Metro, World Cup
FAM & RANKING 146
Tuesday, July 25, 2006
Secara logiknya mmg agak mustahil untuk melakukan ‘pembersihan’ FAM secara total. Tapi secara sinis itulah ironinya kerana peminat sudah bosan dengan pengurusan FAM sekarang. Buktinya..
2.Pengurusan yg ada kini sudah tidak mendapat kepercayaan peminat untuk menaikkan martabat bolasepak di peringkat antarabangsa.
3.Peminat juga sudah hilang keyakinan dan rasa respek pd barisan pengurusan FAM.
Apa yg tinggal di minda peminat bolasepak tempatan hanyalah:
4.Barisan kepimpinan FAM dianggap petualang yg menjahanamkan maruah bolasepak negara.
Semuanya gara-gara sudah muak digula-gulakan dan ditaburkan dengan pelbagai janji manis yg palsu semata selama lebih 20 tahun. setaip kali gagal dlm sesuatu perlawanan/kejohanan balik2 alasan basi yg sama diberikan:
1. masuk pertandingan sekadar nak timba pengalaman
2. pasukan dibarisi pemain muda
3. berilah peluang, inilah skuad masa depan negara.
4. pasukan bermain dengan baik tapi nasib tidak menyebelahi kita
5. dll
Bila diminta supaya FAM nyatakan apakah kejayaan besar yg diraih oleh Malaysia sepanjang 20 tahun kebelakangan ini. Sudah tentu skrip yg sama diulang-ulang dengan bangga:
1. pingat emas sukan sea 89
2. perak sukan sea 2001
3. menjadi finalis Tiger Cup 1996.
itu saja ke? itu pun sekadar kejohanan bertaraf asia tenggara saja..maka wajarlah pengurusan FAM pikirkan sendiri
Posted by AtanShearer at 9:59 AM 0 comments
Lawak: SENARIO DI WISMA FAM
sekadar foward senario dialog lucu kerabat FAM hasil ilham PAKMATTEMPE. tak mustahil senario spt ni berlaku di wisma FAM.
Hampa ingat hampa dok kondem kat sini FAM tak tau kaa..? nie ada dialog pasai hampa dok komplen sangat...
Pak Berahim : " Tuanku, ranking kita dah jatuh teruk sampai no 146..."
Pak Berahim : "Ramai dah dok bising sampai ker parlimen, ranking kita lagi teruk dari Bangla" Presiden : " Yakaa...? alaa...tak sampai pun 150 lagi..apa nak kecoh-kecoh"
selamba Presiden menjawab sambil melirikkan matanya yang kuyu tuh kepada anaknya...
Lalu anaknya aka Naib Presiden mencelah..
Naib Presiden " Pak Berahim, tiap-tiap bulan gaji pernah miss tak..?"
Pak Berahim : "Tak...on time!"
Naib Presiden : "Habis tu dok kalut apa..?"
Pak Berahim : " Bukan macam tue Tuanku...depa semua suruh kita letak jawatan, tu yang saya kalut."
Presiden : "Pasai apa Pak Berahim dok gelabah..? Sayakan Presiden FAM seumur hidup...takdak sapa yang nak pertikai...lepas saya takdak...anak saya (Naib Presiden) bakal menggantikan saya"...
Naib Presiden : "Pak Berahim jangan risau...saya tetap ambik Pak Berahim jadi Setiausaha Agung sekiranya Pak Berahim menurut segala titah perintah saya"
Pak Berahim :" Err...kalau macam tu nanti saya auta laa kat depa semua pasai rangking kita tuh..."
Presiden :" Yaa...macam tu laa...nanti saya up gaji Pak Berahim penggal hadapan"
Pak berahim melangkah keluar dari bilik Presiden FAM sambil tersengih macam selalu kita dok tengok kat TV....hehehehe
Posted by AtanShearer at 1:53 AM 0 comments
SUDAH LUPAKAH FAM?
Friday, May 26, 2006
Oleh AtanShearer
Tindakan FAM tidak menurunkan barisan terkuat negara menentang MyTeam mungkin kerana mereka berasakan MyTeam bukanlah rakan sparring mereka yang sesuai. Tidak sepadan dan tidak setaraf dari segala hal.
Adakah FAM sudah lupa senario 3-4 tahun lalu? atau apakah FAM kini sememangnya sudah tinggi tinggi dan lupa diri?
Genap 4 tahun lalu sempena persediaan terakhir skuad BRAZIL sebelum ke piala dunia. Satu perlawanan persahabatan antara Brazil dan Malaysia telah diaturkan pada 25 Mei 2002. Ketika itu FAM sangat menaruh harapan tinggi agar CBA (persatuan bolasepak brazil) menurunkan pemain bintang mereka seperti Ronaldo, Rivaldo, Roberto Carlos dll ketika menentang kesebelasan utama Malaysia. CBA bersikap professional dengan membariskan pemain-pemain bintang mereka, walau terpaksa mengambil risiko yg tinggi kerana beraksi di stadium bukit jalil yang ketika itu padangnya dalam keadaan yang sangat teruk.
Begitu juga dengan beberapa siri perlawanan persahabatan antara Malaysia dgn kelab terkemuka EPL seperti Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Norwich City. FAM merayu agar pasukan elit ini membariskan pasukan utama mereka dan bukannya pasukan kedua.
Sekuat mana keinginan pemain dan pegawai malaysia nak berentap dengan pemain utama BRAZIL.. MU.. CHELSEA.. ARSENAL dll dalam friendly.. begitulah juga dengan para pelatih dan pegawai skuad MyTeam yang begitu teruja sangat nak berentap dengan team utama MALAYSIA.
Jika dulu rayuan dan permintaan FAM tidak dihampakan oleh pasukan gergasi dunia..tapi kini mereka dah lupa diri. Kononnya MyTeam tidak layak menentang Malaysia kerana standard MyTeam hanya setaraf dengan team mi maggi saja. Agaknya pada kacamata Dr. Ibrahim Saad pasukan MALAYSIA hanya layak main friendly dengan pasukan-pasukan elit saja, paling lekeh pun bermain menentang Singapura agaknya.
FAM memang tak sedar diri! Kalau itulah yg dijadikan kayu ukuran, taraf pasukan Malaysia jika dibandingkan dengan Brazil.. MU.. Chelsea dll macam langit dengan bumi. Standard pasukan Malaysia bukan setakat team mi maggi di mata mereka, malah mungkin standard team sayur kangkung basi lagi hebat agaknya.
Jika pasukan no.1 dunia boleh beri peluang pada pasukan ranking ke-127. kenapa pasukan no 127 dunia ini begitu angkuh? Langsung tidak mahu memberi peluang kepada sebuah pasukan amatur? Tapi itulah adat dunia. Sekejap di bawah..sekejap di atas. Malangnya apabila FAM baru berada atas sedikit dari MyTeam dah mula lupa diri. Mungkin memang benar kata Tun Dr. Mahathir “Melayu Mudah Lupa!” dan dalam kes ini FAM Mudah Lupa!
Posted by AtanShearer at 10:48 AM 0 comments
MYTEAM vs MALAYSIA
Oleh AtanShearer
Aku mmg tak puas hati selepas menonton segmen sukan dlm buletin utama mlm tadi. ibrahim saad buat statament macam #$%^&* je pasal MyTeam ni. sambil tersengih macam kerang busuk dia announce team malaysia yg bakal melawan MyTeam bukanlah skuad senior utama malaysia yg sebenar. agaknya FAM dah kecut teloq kot nak lawan dgn Myteam.. yg tak tahan tu.. dia boleh kutuk team MyTeam ni team MI SEGERA.
Katanya MyTeam bakal menentang dengan pasukan Malaysia yg terdiri dari pelbagai kombinasi 'age group' punya team... dari team b-16..b-20..b-23 dan skuad utama.
Skuad Kebangsaan apa ni? Kalau ibrahim saad boleh gelarkan MyTeam sebagai team mi segera, maka tak salah rasanya kalau saya gelarkan team Malaysia ini sebagai pasukan ROJAK. nampak sangat FAM dan ibrahim saad dah cuak dan mula melatah... konon pada mulanya dulu ‘aiman tak kesah’ menang atau kalah bila lawan MyTeam. Tapi kini sebaliknya pula. Selepas beberapa siri perlawanan persahabatan yg memberangsangkan, MyTeam kini seolah2 digeruni oleh FAM.
Mana FAM nak taruk muka kalau skuad utama bimbingan norizan bakar kena 'bakar' dengan MyTeam yg bertaraf mi segera ni. sbb tu FAM dah tukar taktik guna plan B pulak.
Ini semua strategi tipu helah FAM untuk cover line andaikata mereka kalah dengan MyTeam. seperti biasa mereka akan ulang dan suap skrip basi bahawa team mereka:
1. baru dikumpulkan..
2. terdiri dari pemain muda dan tua
3. belum ada persefahaman..
4. tujuan menimba pengalaman..
5. nak beri pendedahan kpd pemain muda..
6. liga baru saja tamat dan..
7. berbagai alasan bodoh lagi..
dengan harapan tak dikecam oleh media dan rakyat Malaysia jika mereka kalah.
AKhir sekali aku sebagai salah seorang dari jutaan peminat MyTeam mengharapkan pihak penaja (TM ) dan penerbit MyTeam (Maya Team S/B) menggesa FAM supaya:
1 .Pastikan.. MyTeam menentang pasukan utama Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan media selama ini. Kami mahukan MyTeam melawan pasukan utama Malaysia!!
2. Kami tak mahu jadi tipah yg tertipu apabila melangkah masuk ke stadium bukit jalil tetapi mendapati MyTeam sekadar menentang pasukan Kebangsaan Malaysia yang bercampur aduk macam ROJAK.
3. Kami membayar harga tiket untuk menyaksikan MyTeam vs Malaysian REAL team.. bukannya Malaysian ROJAK team.
4. jangan hampakan harapan peminat dan penyokong MyTeam satu Malaysia.
Sekali lagi saya masih menaruh harapan agar pihak penganjur dan penaja dapat mempengaruhi FAM untuk menurunkan barisan terbaik Negara untuk menentang MyTeam.
Posted by AtanShearer at 10:37 AM 0 comments
YOUTH DEVELOPMENT PROGRAMME
Thursday, March 30, 2006
Sebahagian dari artikel ini telah disiarkan dalam rancangan ScoreBoard di TV3 pada 30 Mac 2006
Oleh AtanShearer
Sebagaimana sukan-sukan lain, kaedah ‘tradisional’untuk mencungkil bakat muda adalah menerusi sekolah. Begitu juga dengan bolasepak. Persoalannya bagaimana untuk mengesan pemain muda berbakat tapi tidak bersekolah? Mungkin ada antara mereka yg tinggal di pedalaman semenanjung (org asli) dan juga di pedalaman sabah/Sarawak yg keciciran sekolah. Disebabkan mereka tidak bersekolah, tiada siapa yg nampak bakat terpendam mereka ini.
Seharusnya juga program mencari bakat muda diperluaskan lagi ke peringkat pekan-pekan kecil. Masih belum memadai jika sekadar membuat roadshow mencari bakat baru sekitar ibu-ibu negeri saja. Bayangkan kalau sesi uji bakat dilakukan di kuching sedangkan mungkin ada pemain yg berbakat tinggal di Bintulu umpamanya (beratus-ratus km dari kuching) dan mereka ini pula miskin dan tak mampu untuk keluar ke tempat uji bakat. Adakah kita akan pejam mata saja buat-buat tak nampak bakat yg ada ini.
Kita sepatutnya mencontohi negara2 afrika yg maju dlm bolasepak. Mereka tidak menggunakan kaedah mencungkil bakat menerusi sekolah kerana ramai antara mereka tidak bersekolah sebab kemiskinan. Dah tentu mereka ada satu mekanisme ‘rahsia’ bagaimana untuk mencungkil dan mengenengahkan bakat-bakat muda ini sehingga menyerlah ke peringkat antarabangsa. Inilah yg wajar dipelajari oleh FAM selain kaedah yg lebih sistematik sebagaimana yg dilaksanakan di Jepun, korea dan eropah.
Posted by AtanShearer at 10:50 AM 0 comments
MYTEAM
Friday, February 17, 2006
Email ini telah disiarkan dalam rancangan ScoreBoard di TV3 pada 16 FEB 2006
tahniah kpd shebby kerana berani mengambil tanggungjawab memikul tugas ketua jurulatih MYTEAM.
sebagaimana yg disiarkan dlm akhbar tempatan kelmarin, harapan shebby begitu tinggi kepada MYTEAM hinggakan mahu melihat skuad MyTEAM ini mampu mewakili negara dengan beraksi di Sukan Sea dan sebagainya.
saya ingin mengimbau senario skuad projek bolasepak di malaysia. bukankah sejak FAM diterajui oleh pucuk pimpinan sekarang sudah wujud pelbagai skuad projek/khas kononnya untuk memajukan bolasepak tempatan. kita pernah ada skuad harimau, skuad barcelona, skuad atalanta, skuad piala dunia remaja, olimpik 2000.. dll.
pemain dari skuad yg telah dibentuk bertahun-tahun dan memakan belanja berjuta-juta akhirnya tak ke kemana selepas dibubarkan. prestasi pasukan bolasepak kita masih seperti itu juga.
oleh itu soalan saya, bagaimana shebby amat yakin bahawa MYTEAM (satu projek jangka pendek) boleh pergi jauh dan adakah Shebby rasa nasib MYTEAM tidak akan sama sebagaimana skuad-skuad projek jangka panjang kelolaan FAM.?
sekian.
AtanShearer
Posted by AtanShearer at 2:57 AM 0 comments
SUKAN DAN PENGORBANAN (part 2)
Tuesday, January 17, 2006
Oleh AtanShearer
Rasanya tak adil untuk kita membandingkan pengorbanan atlit lama dengan yang baru. Cara atlit lama berkorban sesuai dengan keadaan zaman tersebut seperti terpaksa kayuh basikal berbatu-batu untuk ke tempat latihan dll.
Namun cabaran yg dihadapi oleh atlit sekarang jauh berbeza malah semakin besar berbanding keadaan zaman dulu. Oleh itu tak bolehlah kita tuntut supaya atlit sekarang untuk naik basikal juga demi untuk menunjukkan tahap pengorbanan mereka sama dengan atlit dulu. Tak kesah la nak naik apa pun, hatta naik Porsche sekalipun tapi kalau semangat bekorban untuk negara tinggi macam zidane (kembali menyarung jersi perancis walau sudah bersara), apa salahnya.
Rata-rata prestasi atlit kita hari ini semakin baik berbanding ‘zaman emas’ (tahun 50an, 60an dan 70an) sebagaimana yg sering digembar-gemburkan oleh media. Semakin banyak rekod kebangsaan dipecahkan setiap tahun dlm pelbagai acara. Prestasi pungutan pingat emas di sukan sea semakin baik, begitu juga dengan sukan asia, komanwel dan olimpik berbanding ‘zaman emas’ yg sering dijadikan kayu ukuran.
Pada pandangan saya hanya atlit bolasepak saja yg kurang menunjukkan pengorbanan diri kepada negara. Mereka hanya bekorban untuk wang ringgit semata. Disebabkan nila setitik rosak sebelanga. Akibat sikap buruk atlit bolasepak semua atlit sukan lain turut terpalit dengan aggapan kurang bekorban untuk negara. Inilah pandangan yang perlu diperbetulkan oleh semua pihak.
Posted by AtanShearer at 2:50 AM 0 comments
SUKAN DAN PENGORBANAN
Monday, January 09, 2006
Sebahagian dari artikel ini telah disiarkan dalam rancangan ScoreBoard di TV3
Oleh AtanShearer
Apabila menyebut tentang pengorbanan dalam bidang sukan, lazimnya focus hanya tertumpu kepada pengorbanan atlit semata-mata.
Sepatutnya istilah pengorbanan dalam dunia sukan ini dilihat secara holistik, tidak hanya menuntut pengorbanan dilakukan oleh pada atlit semata. Selain atlit itu sendiri, semua yg berada di sekeliling atlit seperti ahli keluarga, isteri, pegawai sukan dan sebagainya wajar untuk sama-sama berkorban dengan para atlit. Secara tak langsung pengorbanan mereka ini dapat menyuntik semangat moral kepada para atlit untuk lebih maju.
Tidak dinafikan pengorbanan atlit itu sendiri adalah yg paling penting sekali. Banyak kes atlit kita tak mampu untuk berkorban meninggalkan kampong halaman, anak bini, ayam itik dan tok nenek di kampong untuk berhijrah dan merantau di tempat orang untuk belajar dan meraih pengalaman. Mungkin itulah sebabnya beberapa pemain bolasepak kita gagal menyesuaikan diri ketika dihantar berlatih ke luar Negara. Malah ada yg lebih teruk lagi apabila ada pemain bola kita dari pantai timur yg tak sanggup berkorban untuk berhijrah ke lembah klang walaupun ditawarkan kontrak lumayan dengan alasan tak mahu berjauhan dengan keluarga. Sememangnya atlit kita terutama atlit bolasepak perlu lebih banyak belajar erti pengorbanan.
Selain pengorbanan berjauhan dengan keluarga, ada juga atlit yg sanggup korbankan sementara bidang akademik walaupun mereka cemerlang di peringkat SPM satu masa dulu spt nicol david dan shalin demi untuk mengejar kejayaan dlm bidang sukan. Ilmu boleh di cari kemudian hari tapi prestasi kemuncak (usia muda) hanya muncul sekali seumur hidup.
Selain itu, pengorbanan ibu bapa menghabiskan masa dan wang ringgit untuk melatih anak mereka sehingga muncul sebagai jagoan dunia amat bernilai. Ini adalah salah satu sikap yg perlu ada pada lebih ramai ibu bapa supaya kita mampu lahirkan lebih banyak juara di masa depan. Antara ibu bapa yg banyak bekorban untuk masa depan anak mereka sehingga mengharum nama di pentas antarabangsa ialah allahyarham datuk sidek.
tak ketinggalan juga dengan isteri/suami para atlit. Mereka harus faham karier atlit dan sepatutnya memberikan semangat untuk atlit terus berjuang dan bukannya pentingkan diri. Sebagaimana yg berlaku dalam rancangan soccastars Malaysia baru-baru ini, seorang peserta yang berbakat terpaksa pulang kerana isterinya tidak setuju suaminya mengejar impian menjadi pemain bolasepak pro. Gara-gara sikap isteri yg tak mahu berkorban demi kemajuan karier sukan suaminya maka ia terbantut di situ saja. Jika ini banyak berlaku, maka ia ‘membunuh’ bakat muda dan merugikan Negara.
Tidak kurang pentingnya juga pengorbanan para pegawai sukan dan pucuk pimpinan persatuan sukan . mereka yg gagal melaksanakan tugas dengan baik rasanya ada baiknya ‘KORBAN’ kan saja jawatan yg anda pegang itu. Serahkan pada yg layak. Tak perlulah pegang jawatan sampai SEUMUR HIDUP (FAM). Pengorbanan anda dah tak diperlukan lagi kerana anda telah lama mengorbankan maruah Negara di pentas sukan antarabangsa.
Semoga sempena hari raya korban ini erti pengorbanan dapat dihayati oleh warga sukan juga. Insya allah.
Posted by AtanShearer at 2:47 AM 0 comments
HARAPAN TAHUN 2006
Thursday, January 05, 2006
Oleh AtanShearer
harapan kecemerlangan sukan tahun 2006 di sukan asia dan komanwel nanti sebenarnya bergantung kepada apakah matlamat sebenar MOM, MSN dan KBS sendiri. adakah untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas atau sekadar menghantar peserta untuk pendedahan semata. atau sekurang-kurangnya untuk membolehkan mereka cuba memecahkan rekod peribadi dan kebangsaan.
badan-badan ini lebih banyak memberi tumpuan dan penekanan kepada sukan-sukan popular sedangkan sukan-sukan ini sukar untuk kita bersaing hingga ke peringkat tertinggi. buktinya beberapa sukan yg langsung tak berdaya maju untuk mencapai kejayaan di pentas dunia dimasukkan dlm kategori SUKAN TERAS umpamanya olahraga dan bolasepak.
bagi olahraga standard kita hanyalah sukan sea saja. andai melangkah ke saingan Asia sekalipun hanya sebutir dua pingat emas saja yg boleh diharapkan. Olimpik dan Komanwel? tanyalah diri sendiri.
bagi Bolasepak pula tak perlu diulas panjang lebar kerana semua dah tau di peringkat asia tenggara pun masih terhegeh-hegeh lagi mencari rentak juara.
hoki pula mungkin tidak salah jika dikelompokkan dalam golongan sukan elit kerana kita adalah jaguh seantero asia tenggara. ranking dunia kita juga not bad. namun adakah sukan ini mampu menjanjikan pingat di sukan olimpik atau sekurang-kurangnya emas di sukan asia?
Malaysia dalam acara akuatik juga boleh dikategorikan sebagai antara jaguh di asia tenggara, namun di peringkat asia hanya satu dua nama saja yg menyerlah. itupun emas belum tentu lagi. di olimpik dan komanwel boleh lupakan saja pingat.
Gimnastik walaupun kita dianggap sebagai pencabar dan mampu pergi jauh ke peringkat olimpik. namun sukan berbentuk subjektif seperti ini kadangkala menyakitkan hati apabila juri sering berpihak kepada pasukan tuan rumah atau peserta favourite. sebagaimana yg berlaku di manila baru-baru ini.
apa yg boleh diharapkan dari 8 sukan teras hanyalah badminton yang dah terbukti pernah beberapa kali menyumbangkan pingat di pentas olimpik, skuasy.. kerana kini malaysia memiliki pemain no 1 dunia. dan juga boling yg turut mempunyai pemain bertaraf dunia.
andaikata matlamat utama badan-badan terbabit adalah sekadar untuk mengisi slot menghantar wakil ke sukan olimpik/ asia/ komanwel tanpa mensasarkan ingin membolot sebanyak pingat emas yg mungkin maka mereka boleh teruskan memberi penekanan kepada beberapa sukan yg tak berdaya maju ini. seperti bolasepak.
sebaliknya jika ingin melihat malaysia mengutip pingat emas sebanyak mungkin di peringkat tertinggi maka analisa SWOT (strength, weaknesses, opportunity dan Threat) perlu dilakukan segera.
gugurkan acara yg tak membawa sebarang peluang untuk kutip pingat di olimpik. dan kaji di mana kekuatan dan kelebihan kita untuk diterjemahkan menjadi peluang untuk kita pungut sebanyak pingat di olimpik. masukkan acara yg berpotensi ini dalam sukan teras walaupun mereka tidak tergolong dalam kelompok sukan popular atau elit.
sukan yg boleh dipertimbangkan ialah menembak, memanah, angkat berat, lawn bowl, petanque, golf dan lain-lain sukan yg tak memerlukan bersaing secara fizikal sebaliknya cukup menggunakan skill individu yg ada.
apa guna melabur berjuta-juta ringgit wang rakyat pada sukan popular tapi hasilnya tak dapat dituai di arena olimpik dsbnya.
Posted by AtanShearer at 2:44 AM 0 comments