Sebahagian dari artikel ini telah disiarkan dalam rancangan ScoreBoard di TV3
Oleh AtanShearer
Apabila menyebut tentang pengorbanan dalam bidang sukan, lazimnya focus hanya tertumpu kepada pengorbanan atlit semata-mata.
Sepatutnya istilah pengorbanan dalam dunia sukan ini dilihat secara holistik, tidak hanya menuntut pengorbanan dilakukan oleh pada atlit semata. Selain atlit itu sendiri, semua yg berada di sekeliling atlit seperti ahli keluarga, isteri, pegawai sukan dan sebagainya wajar untuk sama-sama berkorban dengan para atlit. Secara tak langsung pengorbanan mereka ini dapat menyuntik semangat moral kepada para atlit untuk lebih maju.
Tidak dinafikan pengorbanan atlit itu sendiri adalah yg paling penting sekali. Banyak kes atlit kita tak mampu untuk berkorban meninggalkan kampong halaman, anak bini, ayam itik dan tok nenek di kampong untuk berhijrah dan merantau di tempat orang untuk belajar dan meraih pengalaman. Mungkin itulah sebabnya beberapa pemain bolasepak kita gagal menyesuaikan diri ketika dihantar berlatih ke luar Negara. Malah ada yg lebih teruk lagi apabila ada pemain bola kita dari pantai timur yg tak sanggup berkorban untuk berhijrah ke lembah klang walaupun ditawarkan kontrak lumayan dengan alasan tak mahu berjauhan dengan keluarga. Sememangnya atlit kita terutama atlit bolasepak perlu lebih banyak belajar erti pengorbanan.
Selain pengorbanan berjauhan dengan keluarga, ada juga atlit yg sanggup korbankan sementara bidang akademik walaupun mereka cemerlang di peringkat SPM satu masa dulu spt nicol david dan shalin demi untuk mengejar kejayaan dlm bidang sukan. Ilmu boleh di cari kemudian hari tapi prestasi kemuncak (usia muda) hanya muncul sekali seumur hidup.
Selain itu, pengorbanan ibu bapa menghabiskan masa dan wang ringgit untuk melatih anak mereka sehingga muncul sebagai jagoan dunia amat bernilai. Ini adalah salah satu sikap yg perlu ada pada lebih ramai ibu bapa supaya kita mampu lahirkan lebih banyak juara di masa depan. Antara ibu bapa yg banyak bekorban untuk masa depan anak mereka sehingga mengharum nama di pentas antarabangsa ialah allahyarham datuk sidek.
tak ketinggalan juga dengan isteri/suami para atlit. Mereka harus faham karier atlit dan sepatutnya memberikan semangat untuk atlit terus berjuang dan bukannya pentingkan diri. Sebagaimana yg berlaku dalam rancangan soccastars Malaysia baru-baru ini, seorang peserta yang berbakat terpaksa pulang kerana isterinya tidak setuju suaminya mengejar impian menjadi pemain bolasepak pro. Gara-gara sikap isteri yg tak mahu berkorban demi kemajuan karier sukan suaminya maka ia terbantut di situ saja. Jika ini banyak berlaku, maka ia ‘membunuh’ bakat muda dan merugikan Negara.
Tidak kurang pentingnya juga pengorbanan para pegawai sukan dan pucuk pimpinan persatuan sukan . mereka yg gagal melaksanakan tugas dengan baik rasanya ada baiknya ‘KORBAN’ kan saja jawatan yg anda pegang itu. Serahkan pada yg layak. Tak perlulah pegang jawatan sampai SEUMUR HIDUP (FAM). Pengorbanan anda dah tak diperlukan lagi kerana anda telah lama mengorbankan maruah Negara di pentas sukan antarabangsa.
Semoga sempena hari raya korban ini erti pengorbanan dapat dihayati oleh warga sukan juga. Insya allah.
SUKAN DAN PENGORBANAN
Monday, January 09, 2006
Posted by AtanShearer at 2:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment