Oleh AtanShearer
Tindakan FAM tidak menurunkan barisan terkuat negara menentang MyTeam mungkin kerana mereka berasakan MyTeam bukanlah rakan sparring mereka yang sesuai. Tidak sepadan dan tidak setaraf dari segala hal.
Adakah FAM sudah lupa senario 3-4 tahun lalu? atau apakah FAM kini sememangnya sudah tinggi tinggi dan lupa diri?
Genap 4 tahun lalu sempena persediaan terakhir skuad BRAZIL sebelum ke piala dunia. Satu perlawanan persahabatan antara Brazil dan Malaysia telah diaturkan pada 25 Mei 2002. Ketika itu FAM sangat menaruh harapan tinggi agar CBA (persatuan bolasepak brazil) menurunkan pemain bintang mereka seperti Ronaldo, Rivaldo, Roberto Carlos dll ketika menentang kesebelasan utama Malaysia. CBA bersikap professional dengan membariskan pemain-pemain bintang mereka, walau terpaksa mengambil risiko yg tinggi kerana beraksi di stadium bukit jalil yang ketika itu padangnya dalam keadaan yang sangat teruk.
Begitu juga dengan beberapa siri perlawanan persahabatan antara Malaysia dgn kelab terkemuka EPL seperti Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Norwich City. FAM merayu agar pasukan elit ini membariskan pasukan utama mereka dan bukannya pasukan kedua.
Sekuat mana keinginan pemain dan pegawai malaysia nak berentap dengan pemain utama BRAZIL.. MU.. CHELSEA.. ARSENAL dll dalam friendly.. begitulah juga dengan para pelatih dan pegawai skuad MyTeam yang begitu teruja sangat nak berentap dengan team utama MALAYSIA.
Jika dulu rayuan dan permintaan FAM tidak dihampakan oleh pasukan gergasi dunia..tapi kini mereka dah lupa diri. Kononnya MyTeam tidak layak menentang Malaysia kerana standard MyTeam hanya setaraf dengan team mi maggi saja. Agaknya pada kacamata Dr. Ibrahim Saad pasukan MALAYSIA hanya layak main friendly dengan pasukan-pasukan elit saja, paling lekeh pun bermain menentang Singapura agaknya.
FAM memang tak sedar diri! Kalau itulah yg dijadikan kayu ukuran, taraf pasukan Malaysia jika dibandingkan dengan Brazil.. MU.. Chelsea dll macam langit dengan bumi. Standard pasukan Malaysia bukan setakat team mi maggi di mata mereka, malah mungkin standard team sayur kangkung basi lagi hebat agaknya.
Jika pasukan no.1 dunia boleh beri peluang pada pasukan ranking ke-127. kenapa pasukan no 127 dunia ini begitu angkuh? Langsung tidak mahu memberi peluang kepada sebuah pasukan amatur? Tapi itulah adat dunia. Sekejap di bawah..sekejap di atas. Malangnya apabila FAM baru berada atas sedikit dari MyTeam dah mula lupa diri. Mungkin memang benar kata Tun Dr. Mahathir “Melayu Mudah Lupa!” dan dalam kes ini FAM Mudah Lupa!
SUDAH LUPAKAH FAM?
Friday, May 26, 2006
Posted by AtanShearer at 10:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment