Oleh AtanShearer
Sasaran layak ke piala dunia 2018 telah dicanang satu Malaya. Realiti atau fantasi itu bukan lagi isunya. Yang penting persoalannya adakah FAM sudah menyediakan satu pelan tindakan untuk merealisasikan impian itu? Sehingga kini masih tiada sebarang perancangan khusus diumumkan.
Adakah FAM umpama mengetuk tin kosong saja? Bunyinya kuat tapi isinya tiada. Dengar macam hebat tapi hasilnya habuk pun tak ada. Ini bukan kali pertama FAM mengetuk tin kosong sebegitu. Cuma kali ini ketukannya lebih kuat dari sebelumnya.
Senario ini agak pelik kerana di kala pengurusan tertinggi FAM masih menuding jari kepada banyak pihak yg kononnya tidak berganding bahu dengan FAM memikul tanggungjawab memajukan bolasepak di peringkat akar umbi, tapi pada masa yg sama mereka sendiri sudah berani meletakkan sasaran yg boleh dikatakan tidak masuk akal dalam senario semasa. Adakah sasaran ini ikhlas atau sekadar melepaskan batuk di tangga?
Analoginya FAM umpama nak bina bangunan..tapi pelan belum dilukis ..arkitek belum dilantik..kontraktor belum dipilih..kos belum ditentukan tapi dah berani pukul canang pada semua orang bila bangunan itu boleh digunakan.
Seharusnya FAM mengkaji terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan diri sebelum angkuh menetapkan sesuatu sasaran, supaya ianya realistik dan bukan sekadar meletakkan sasaran syok sendiri kerana kelak akan memakan diri.
Nampaknya FAM meletakkan sasaran 2018 secara tergesa-gesa. Tanpa perancangan yg sistematik impian akan bertukar menjadi igauan. Jadilah FAM umpama mat jenin yg hanyut dengan angan-angannya.
0 comments:
Post a Comment