skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ▼ 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ▼ January (14)
      • Malaysia dan Singapura Sama Saja?
      • Komen: Pro dan Kontra Raja Ahmad Zainuddin 26/1/09
      • Salah pemain sendiri - Raja Bola
      • Sembang Saja Lebih...
      • Saya Amat Bersetuju Dengan Pandangan Ini...
      • 'Saya sudah banyak bersabar' Kata Presiden FAM
      • Tengku Abdullah ni Sekarang Banyak Cakap Pula Pasa...
      • Team Malaysia = Team Bola Kampung
      • Sathia Baru Sedar Liga M Tak Bermutu
      • Gambar Team Malaysia Main Bola Ala Kampung
      • Pancit Antara Punca Kekalahan: Sathia
      • Malaysia vs UAE (0-5)
      • Norhafiz Kapten Malaysia?? OK ker?
      • Mengharapkan tuah di bumi sendiri -Utusan
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Mengharapkan tuah di bumi sendiri -Utusan

Saturday, January 17, 2009

Mulai hari ini jika saya menemui apa-apa artikel yang menarik mengenai sukan, saya akan postkan di blog ini dan akan di'tag'kan sebagi Artikel Pilihan'.

Saya lakukan begini supaya mudah untuk anda semua termasuk saya melakukan rujukan silang pada masa akan datang. maklum sahajalah, artikel berita terutamanya bagi akhbar2 terbitan NSTP yang disimpan di arkib bukannya percuma. Oleh itu saya berhasrat untuk menghimpunnya di sini. Oleh itu saya mulakan dengan artikel di bawah.



=========================
Petikan Utusan Malaysia
=========================
Mengharapkan tuah di bumi sendiri
Oleh sayed hesham idris


EPISOD malang skuad bola sepak negara yang kecundang di peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF di Phuket bulan lalu masih dirasai namun ia mahu segera dilupakan oleh jurulatih kebangsaan B. Sathianathan.

Rabu ini, jurulatih yang dilanjutkan kontraknya berdepan satu lagi ujian getir apabila skuadnya terlibat dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Menentang pasukan di ranking ke-110 dunia berbanding Malaysia pada kedudukan 156 dalam senarai pasukan terbaik dunia FIFA, realitinya tidak banyak harapan yang boleh disandarkan ke atas pasukan negara.

Namun berpantang menyerah kalah sebelum berjuang, Sathia tetap melaungkan nada yakin untuk sekurang-kurangnya menyaingi UAE, pasukan dari negara kaya yang menaiki penerbangan menggunakan pesawat peribadi ke negara ini.

Malahan, Sathia berkata, Malaysia tetap mengidamkan tiga mata penuh pada perlawanan Rabu ini dengan mengambil kesempatan daripada aksi di venue sendiri.

"Perlawanan menentang UAE Rabu ini merupakan satu perlawanan yang penting. Kita perlu akur lawan kita bukanlah pasukan dari kalangan rantau Asia Tenggara.

"Saya tidak berani untuk meramalkan apa-apa daripada perlawanan ini, cuma saya akan berusaha yang terbaik dengan para pemain yang kita ada.

"Para pemain yang saya pilih untuk perlawanan Rabu ini adalah berdasarkan prestasi mereka selepas tiga perlawanan Liga Super.

"Inilah sumber (pemain) yang saya ada, saya bukan macam Singapura yang boleh mendapatkan pemain asing dengan cara diberi kerakyatan.

"Satu perkara yang semua kena faham ialah perlawanan liga bukan seperti perlawanan antarabangsa. Tekanannya lebih tinggi.

"Jadi segala-galanya terserah kepada pemain. Cuma kita ada sedikit kelebihan kerana bermain di tempat sendiri.

"Saya berharap pemain menggunakan kelebihan ini untuk memberikan saingan dan tidak mustahil kita boleh memungut tiga mata penuh Rabu ini.

"Seperti juga peminat, saya tidak mahu kecewa atau gagal lagi seperti mana di Phuket bulan lalu.

"Apatah lagi sekarang saya diberi kepercayaan untuk menjadi jurulatih selepas Piala Suzuki AFF di Phuket,'' katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan C kelayakan Piala Asia 2011 bersama UAE dan Uzbekistan.

India yang pada awalnya diundi dalam kumpulan yang sama diberi kelayakan automatik apabila muncul juara Piala Cabaran AFC.

Pusingan akhir Piala Asia akan diadakan Doha, Qatar

Malaysia dan 19 pasukan lain berentap dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 setelah tiga pasukan teratas pada kejohanan edisi 2007 iaitu Iraq, Arab Saudi dan Korea Selatan di samping tuan rumah, Qatar, juara Piala Cabaran AFC 2008 dan 2010 layak secara automatik.

Perlawanan kelayakan terbahagi kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan setiap kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Asia edisi ke-16 di Qatar.

Pasukan yang terlibat dalam pusingan kelayakan terdiri daripada Jepun, Australia, Iran, Uzbekistan, Vietnam, China, Thailand, Indonesia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Oman, Malaysia, Jordan, Syria, Hong Kong, Yemen, Kuwait, Singapura dan Lebanon.

Malaysia pernah layak ke pusingan akhir Piala Asia 1976 di Tehran dan 1980 di Kuwait selain layak secara automatik sebagai tuan rumah bersama Indonesia, Vietnam dan Thailand pada 2007.

Untuk rekod, dua pertemuan dengan Uzbekistan dan UAE pada 2007, skuad negara yang ketika itu dibimbing oleh Norizan Bakar dibelasah 5-0 dalam pusingan akhir Piala Asia di Bukit Jalil dan 3-1 ketika perlawanan persahabatan di Petaling Jaya.

Persediaan singkat

Dengan latihan yang baru sahaja bermula kelmarin, Sathia yang memanggil 27 pemain untuk latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Petaling Jaya, Sathia berkata, persediaan kali ini begitu singkat iaitu lima hari.

Katanya, skuad negara tidak mengadakan perlawanan persahabatan sebagai ujian sebelum berdepan UAE.

"Kerana itulah saya memanggil pemain yang dinilai prestasinya berdasarkan percapaian mereka dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana yang baru sahaja bermula.

"Saya menaruh keyakinan terhadap pemain ini untuk mereka benar-benar cergas dan tahap kecergasan mereka akan dinilai oleh pakar dari Majlis Sukan Negara (MSN).

"Mereka inilah yang saya harapkan untuk menggalas cabaran. Mereka adalah yang terbaik yang kita miliki dalam saingan tempatan, jadi saya minta mereka datang dalam keadaan yang baik dan cukup bersedia.

"Saya mementing tahap kecergasan untuk berdepan UAE. Ini disebabkan kecergasan para pemain pasukan itu berada pada tahap tinggi kerana mereka baru sahaja menyertai kejohanan antarabangsa.

"Keadaannya amat berbeza dengan pemain kita yang hanya beraksi dalam saingan liga tempatan'' katanya.

Tegas Sathia lagi, perlawanan dengan UAE merupakan tugasan pertama selepas kontraknya dilanjutkan oleh FAM dan mahu memastikan ia berakhir dengan keputusan yang positif.

Lantaran mengejar impian mengangkat maruah bola sepak negara, Sathia berkata, dia tidak kisah dengan kritikan terhadap pencapaian skuad bimbingannya.

"Saya tidak akan berputus asa untuk meningkatkan keupayaan skuad negara. Kita sebenarnya masih tercari-cari rentak dalam bola sepak era moden.

"Saya yakin kita sudah mencatat peningkatan dan keadaan ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kita benar-benar konsisten untuk kembali disegani,'' katanya.

-Utusan Malaysia 17/1/09

Posted by AtanShearer at 1:22 AM  

Labels: Artikel Pilihan

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License