skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ▼ 2005 (24)
    • ▼ December (2)
      • RM10j UNTUK SUKAN SEKOLAH
      • MISI KE PIALA DUNIA: REALITI ATAU FANTASI?
    • ► October (6)
      • komen: artikel Pro & Kontra oleh Raja Ahmad Zainud...
      • TAHUKAH ANDA?
      • komen: Artikel Pro & Kontra oleh Raja Ahmad Zainuddin
      • WAJARKAH FAM MENDENDA KELAB YG MENARIK DIRI?
      • BEKAS PEMAIN SKUAD PROJEK KITA HILANG?
      • MATLAMAT ASAL LIGA M TERSASAR
    • ► September (1)
      • MSN & PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
    • ► June (4)
      • BUDAYA SUKAN vs BUDAYA HIBURAN
      • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
      • ALASAN-ALASAN BASI FAM
      • MALAYSIA VS SINGAPORE...APA DAH JADI?
    • ► May (6)
      • FAM oh FAM..
      • Lagu: BARA
      • Lagu: ANGGUK2 GELENG2
      • komen: PERLANTIKAN S/U AGUNG FAM YG BARU (part2)
      • komen: PERLANTIKAN S/U AGUNG FAM YG BARU
      • komen: SKUAD KHAS KEBANGSAAN (part2)
    • ► April (3)
      • komen: FAM CADANG TUBUH SKUAD KHAS
      • ALASAN BILA PASUKAN BOLASEPAK KITA KALAH!
      • SUKU AKHIR SUKAN PERPADUAN ISLAM: BOLEHKAH KITA BE...
    • ► March (2)
      • MOM dan MSN salah strategi?
      • Projek Gemilang 2006

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

RM10j UNTUK SUKAN SEKOLAH

Wednesday, December 28, 2005

Oleh AtanShearer

Baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapat durian runtuh apabila Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk program pembangunan sukan sekolah.

Peruntukan tersebut akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran untuk membaikpulih dan membeli peralatan sukan yg baru. kementerian melihat antara kriteria utama yang diperlukan bagi membangunkan program pembangunan sukan di sekolah iaitu mewujudkan rangkaian kemudahan sukan yang menyeluruh

Saya puji niat dan kesungguhan Kementerian Pelajaran untuk menyediakan infrastruktur yg terbaik agar lebih ramai atlit berpotensi berjaya dilahirkan melalui sekolah. Namun adakah dengan hanya menyediakan segala bentuk kemudahan dan peralatan sukan yg canggih sudah memadai untuk Malaysia mencungkil bakat muda bertaraf dunia?

Bagaimana pula dengan tenaga mahir yg bakal mengajar penggunaan segala peralatan dan kemudahan yg bakal disediakan ini? Adakah ia mencukupi? Inilah persoalan sebenarnya.

Sebagaimana isu yg pernah saya timbulkan dahulu, sekolah di negara kita masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang sukan. Guru-guru yg mengajar subjek PJK masih terdiri dari golongan yg bukan pakar dalam bidang ini. Mereka hanyalah bidan terjun yg terpaksa mengajar subjek ini atas sebab untuk memenuhi kuota slot mengajar mereka.

Apa gunanya kalau sekadar ada peralatan canggih sahaja tapi tiada siapa yg tahu menggunakannya. Ia umpama menyediakan peralatan elektrik di premis yg tak ada bekalan elektrik. Tak boleh digunakan selain sekadar menjadi perhiasan saja. Ia cuma akan merugikan wang negara dan rakyat sahaja.

Kenyataan saya ini disokong oleh statistik yg dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran sendiri yg mendedahkan sehingga 30 April lalu, cuma ada seramai 2,178 guru siswazah lulusan PJK, sementara bukan siswazah (527 guru), manakala bagi guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sedang mengikuti kursus PJK cuma 230 orang. Jumlah keseluruhan hanyalah 2935 orang.

Jika satu sekolah memerlukan sekurang-kurangnya seorang guru PJK yg terlatih, adakah jumlah guru ini mencukupi untuk semua sekolah di Malaysia?? Jawapannya sudah tentu tidak! kerana di negeri perak sahaja terdapat lebih kurang 1500 sekolah! Situasi inilah yg membuatkan ramai guru yg tak ada kena mengena dengan PJK ‘terpaksa’ mengajar subjek ini walau tanpa kepakaran.

Untuk merealisasikan impian kerajaan supaya program `sukan untuk semua’ atau ‘sukan berprestasi tinggi’ berjaya dilaksanakan saya berpendapat bahawa selain infratrsuktur, sumber kepakaran manusia juga memainkan peranan utama.

Oleh itu saya ingin sarankan supaya kementerian pelajaran menawarkan jawatan guru PJK kepada mana-mana atlit kebangsaan yg telah bersara. Hantar mereka buat diploma/ijazah dan kemuadian posting mereka disegenap ceruk sekolah di malaysia. Pada pandangan saya cara ini mempunyai beberapa faedah antaranya:

1. Jurang nisbah bilangan guru PJK bertauliah dan sekolah boleh dirapatkan dengan cepat.

2. Matlamat asal progran ‘sukan untuk semua’, ‘budayakan sukan’ dapat direalisasikan dengan berkesan kerana bekas atlit kebangsaan yg dilantik menjadi guru PJK boleh membentuk/mengenal pasti atlit diperingkat sekolah seawal usia 7 tahun.

3. Pelajar makin berminat untuk aktif dalam sukan kerana guru PJK mereka adalah bekas atlit kebangsaan. Guru PJK boleh dijadikan idola atau mentor sukan mereka.

4. Satu cara kerajaan untuk tidak mempersia-siakan ilmu, bakat serta pengalaman atlit kebangsaan yg telah bersara

5. Boleh mengikis pandangan masyarakat bahawa menjadi atlit tidak menjamin masa depan. sekurang-kurangnya apabila seorang atlit kebangsaan yg bersara dilantik menjadi guru PJK, mereka boleh terus berbakti demi pembangunan sukan negara. Dan masa depan mereka juga terjamin. semoga tiada lagi kedengaran bekas-bekas wira negara (atlit kebangsaan) yg hidup merempat dan nasib tidak terbela apabila sudah lanjut usia nanti. secara tak langsung ibu-bapa tidak menghalang anak-anak mereka aktifkan diri dalam sukan.

buat masa ini bukan tak ada bekas atlit kebangsaan yg dilantik menjadi jurulatih, pegawai sukan dan sebagainya. namun ianya bukan di peringkat akar umbi iaitu peringkat sekolah.

kesimpulannya untuk menjadikan malaysia sebuah negara yg maju dlam sukan pelaburan kerajaan membeli peralatan canggih bukanlah satu jaminan, sebaliknya pelaburan modal insan diperingkat akar umbi turut memainkan peranan dan harus dititik beratkan.

Posted by AtanShearer at 2:37 AM 0 comments  

Labels: PJK, Sukan Umum

MISI KE PIALA DUNIA: REALITI ATAU FANTASI?

Friday, December 23, 2005

Sebahagian dari pandangan yg saya tulis ini disiarkan dlm rancangan ScoreBoard di TV3 pada bulan Disember 2005

Oleh AtanShearer

Pandangan saya mengenai realiti atau fantasi misi ke piala dunia ialah:

1. Misi ke piala dunia mungkin hanya akan jadi reality apabila lebih ramai pemain bermain di liga luar. Tak boleh bergantung pada liga M untuk cungkil pemain mewakili negara kerana ternyata liga M bertaraf kelas 3 walaupun Liga Super nama diberi. Kita perlukan lebih ramai akmal rizal dan titus dlm skuad Malaysia. Abu Bakar Atan mungkin ada pendapat yg tersendiri namun saya tetap yakin dengan menghantar pemain bermain di luar saja dapat membantu meningkatkan mutu pemain tempatan. kalau abu bakar atan kata banyak cabaran yg perlu ditempuhi oleh pemain di eropah seperti faktor cuaca sejuk dan makanan halal, oleh itu kenapa tak cuba hantar ke negara teluk? Turki juga boleh jadi satu pilihan alternatif kepada FAM untuk hantar pemain kita berlatih. dengan mutu bolasepak mereka bertaraf eropah disamping tiada ragu-ragu mengenai makanan halal.

2. Misi ke piala dunia hanya akan jadi impian yg tinggal mimpi andaikata FAM tidak memperbaiki kesilapan dlm beberapa skuad projek khas untuk olimpik dan piala dunia remaja

3. Misi ke piala dunia mungkin akan jadi reality andaikata FAM memberi kerakyatan kepada warga asing untuk mewakili Malaysia. Bayangkan chipeta, simukonda, arestogoui dll mewakili Malaysia. Mungkin itu jalan pintas yg membolehkan impian ke piala dunia menjadi reality. namun adakah ini wajar dilakukan? masih banyak yg perlu diperhalusi ttg cadangan ini

4. aspirasi hanya akan jadi fantasi apabila tiada kesinambungan antara usaha yg ditinggalkan oleh coach lama dengan perancangan coach baru membuatkan pemain silih berganti. Pemain yg telah matang ditinggalkan sebaliknya pemain baru, muda dan tiada pengalaman menjadi pilihan hati coach baru. Ini yg membuatkan beratus pemain Malaysia berstatus BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN walaupun mungkin hanya memiliki 1 caps.

Posted by AtanShearer at 2:26 AM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia, TV3, World Cup

komen: artikel Pro & Kontra oleh Raja Ahmad Zainuddin 2

Monday, October 17, 2005


petikan artikel BH yg ditulis oleh Raja Ahmad Zainiddin hari ni

"apakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar dipersalahkan? Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama bertanggungjawab dalam memberi sokongan padu untuk melihat pembangunan bola sepak terus dipertingkatkan dengan bermula dari peringkat sekolah supaya segala pendekatan didikan lebih sempurna dan bersistem dapat dibentuk hingga menjadikan ahli sukan dan atlit kita lebih berdaya tahan dan bersedia memberi saingan di peringkat antarabangsa."



Oleh AtanShearer

a'kum.. selamat berpuasa!

just nak share pendapat. bila aku baca artikel ni geram dan marah aku meluap2! kenapa FAM begitu angkuh dan bongkak sekali sering tak mahu mengaku salah sebaliknya menyalahkan pihak lain. Brahim Saad juga selalu menyalahkan pihak sekolah (kementerian pendidikan) yg kononnya gagal menyediakan raw material yg bagus untuk final production yg dibuat oleh FAM.

setiap state ada sekolah projek depa. contohnya PP dengan SMK Guar Perahu, NS dengan STAD (musuh tradisi sekolah aku dulu) begitu juga dengan negeri-negeri yg lain. Setahun setiap sekolah projek ni akan lahirkan satu batch team bola U18.

Katakan la satu team U18 ada 20 orang. 20 org ni apa masa depan depa? kalau nasib baik boleh la 4-5 orang sangkut team piala presiden. bila dah 'graduate' dari team p. presiden.. bagaimana pula depan depa? mana depa semua ni nak pi main?nak main dengan team senior?? kalau management dok sayang lagi kat kuda tua walaupun dok kat bench memanjang macam RAHIM HASSAN dlm team PP susah laa.

kalau nasib depa baik boleh la sangkut 2-3 orang dlm team utama negeri. itu pun belum tentu setiap tahun 2-3 orang pemain skuad piala presiden akan diserapkan. yg dapat diserapkan ok laa. tapi camna ngan yg lain? nak main dengan kelab? nasib baik PP ada kelab NTFA dlm liga perdana. boleh la jugak jadi pemain pro. camna ngan yg lain? yg lain jawabnya kena cari kerja makan gaji laa ... dan main bola sekadar suka-suka atau sebagai pemain amatur wakil kelab sukan tempat kerja saja la.

so bayangkan dari 20 orang (andaian) satu batch team U18 produk sekolah projek setiap tahun, yg berjaya main dlm arus perdana hanyalah tak berapa kerat. ini baru satu negeri. bayangkan berapa ramai bakat pemain lepasan sekolah yg terbiar begitu saja satu malaysia?!

pendekata pemain2 team SMKGP yg mewakili malaysia ke Thailand tempohari belum tentu bakal menyerlah sampai ke peringkat skuad senior kebangsaan pada masa akan datang. ini semua kerana liga M tak banyak pasukan/kelab yg bertanding. bakat yg ada akan hilang begitu saja. kelab yg dok ada pun lorat nak tarik diri. so keadaan liga kita semakin gawat. so FAM lagi mau salahkan sekolah ka! tapi diri sendiri tak mau disalahkan.

Posted by AtanShearer at 1:11 AM 0 comments  

Labels: FAM, Raja Ahmad Zainuddin

TAHUKAH ANDA?

Oleh AtanShearer

Tahukah anda bahawa ada seorang pemain yg bermain di Liga Perdana Scotland bersama kelab Celtic layak untuk mewakili salah satu dari negara berikut: Scotland, England, Wales dan MALAYSIA. ini adalah kerana ibunya warga Scotland, bapanya warga England, datuknya berasal dari Wales manakala MALAYSIA ialah negara kelahirannya.

pemain yg dimaksudkan ialah Shaun Maloney. tidak dipastikan samada FAM sedar atau tidak kewujudan pemain ini. saya tahu perkara ini sejak 3-4 tahun yg lalu. saya pernah tulis tentang perkara ini dalam guessbook website FAM yg lama. tak pasti samada mereka baca atau tidak.

kemungkinan untuk dia menolak tawaran bermain mewakili Malaysia adalah besar namun belum cuba belum tau. FAM patut kenalpasti dan offer pemain seperti Shaun Maloney ini bermain dengan Malaysia kerana ia adalah sah di segi undang-undang FIFA. sayang dan malangnya pemain ini telah berhasrat untuk mewakili scotland dan beliau pernah mewakili skuad bawah 21 scotland.

langkah ini adalah lebih murni dari memberi taraf kerakyatan kepada pemain asing yg langsung tak ada kena mengena dengan negara kita (sebagaimana langkah singapura memberi kewarganegaraan kepada pemain impot mereka).

selain itu apa yg lebih membimbangkan ialah ketidaksungguhan FAM memanggil balik Titus James Palani bermain mewakili malaysia. bertalan beskei pernah mengatakan bahawa Titus masih terlalu muda untuk diserapkan dlm skuad bawah 23 tahun negara. Lupakah FAM bahawa Boas Salossa tonggak serangan Indon hanya berumur 18 tahun ketika mewakili team senior dlm kejohanan Piala Tiger? Andaikata ada negara lain yg nampak bakat Titus ni dan menawarkan beliau kewarganegaraan dan tempat dalam skuad utama mereka, dah tentu kita juga yg akan berputih mata.

Posted by AtanShearer at 1:01 AM 0 comments  

Labels: England, FAM, Malaysia

komen: Artikel Pro & Kontra oleh Raja Ahmad Zainuddin


Oleh AtanShearer

Dalam ruangan pro dan kontra di akhbar BH hari in yg ditulis oleh Raja Ahmad Zainuddin, beliau ada membuat perbandingan sikap pemain bola negara dan pemain bola dari Afrika.

Menurut beliau bagi pemain dari Togo, Angola dan Ivory Coast ini, bola sepak ialah cara melarikan diri dari perang saudara, meningkatkan taraf hidup (keluar dari taraf kemiskinan) dan menjadi 'manusia maju' di negara Eropah.

Manakala bagi sesetengah pemain kita yang tinggal di negara yang aman makmur dan penuh kesejahteraan, mungkin tiada apa lagi mahu dikejar.

Tapi bagaimana pula dengan pemain dari negara maju? tak kira dari benua eropah atau asia. apa yg mereka kejarkan? mereka juga tinggal di negara yg aman makmur, tiada peperangan dan sebagainya. apa bezanya persekitaran antara negara kita dengan negara2 maju ini? kenapa mereka boleh maju dalam bolasepak sedangkan kita sebaliknya.

Rasanya tak adil untuk Raja Ahmad Zainuddin membuat perbandingan antara Malaysia dan negara Togo, Angola dan Ivory Coast ini. kerana persekitaran dan taraf sosio ekonomi yg amat ketara berbeza. mereka mempunyai alasan dan sebab yg berbeza.

Kenapa Raja Ahmad Zainuddin tidak membandingkan negara kita dengan negara yg setaraf dari segi sosio ekonominya tapi lebih maju dalam bolasepak. Ini lebih realistik.

Posted by AtanShearer at 12:58 AM 0 comments  

Labels: Malaysia, Raja Ahmad Zainuddin

WAJARKAH FAM MENDENDA KELAB YG MENARIK DIRI?

Wednesday, October 12, 2005

Oleh AtanShearer

Adakah langkah FAM mengenakan denda sebanyak RM50 ribu dan mengantung penyertaan selama 5 tahun ke atas kelab yg menarik diri satu langkah yg bijak?

Mungkin FAM rasa ia satu langkah bijak mereka kerana dengan bersikap tegas mudah-mudahan ia tidak jadi ikutan kelab lain.

Tindakan FAM itu memberi kesan yg amat bagus secara langsungnya. tapi tidakkah FAM sedar bahawa langkah mereka ini juga memberikan kesan negatif secara tak langsung kepada perkembangan bolasepak malaysia.

Penyertaan kelab dlm Liga M amat digalakkan untuk merancakkan lagi saingan liga. akan tetapi apabila kelab menghadapi masalah dan tak mampu untuk teruskan cabaran dan terpaksa berundur, mereka ini bukan sahaja tidak dibantu oleh FAM untuk menyelesaikan masalah sebaliknya dihukum dengan hukuman yg amat berat.

Hukuman denda RM50 ribu mungkin tiada masalah bagi kelab yg besar seperti Public Bank dan MKLand. tapi bagaimana pula andaikata kelab yg menarik diri itu adalah kelab yg kecil seperti Jendarata dan NTFA? adakah Jendarata terpaksa jual estet mereka demi nak melunaskan denda kepada FAM? dahla tak mampu nak teruskan saingan liga.. kena denda pulak lagi.

Digantung 5 tahun. hukuman ini nampaknya bukan sekadar untuk memberi pengajaran malah boleh ditakrifkan sebagai ingin 'membunuh' masa depan kelab bolasepak itu. tanpa terlibat dalam kejohanan besar dah tentu kelab ini satu masa akan pupus ditelan zaman. yg bakal tinggal hanya kenangan dalam lipatan sejarah.

Rentetan dari peristiwa penarikan diri kelab2 ini. rasanya banyak kelab-kelab kecil yg satu masa dulu bercita-cita nak main dalam liga FAM kemudian liga perdana dan seterusnya liga super akan terbantut. dah tentu mereka risaukan kedudukan kewangan mereka.

Bayangkan kelab yg kaya seperti Public Bank pun alami masalah kewangan semasa bersaing dlm liga super apatah lagi jika kelab kecil seperti NTFA dan Jenderata layak ke liga super. andaikata kewangan tak mengizinkan untuk mereka teruskan saingan.. mereka bakal berhadapan dengan tindakan FAM yg boleh dianggap kejam dan zalim ini.

Oleh itu mungkin bagi kebanyakkan kelab kecil yg belum terjebak dengan saingan liga M, jika mereka nak selamat, ambil jalan mudah, tak perlu sertai mana-mana liga kendalian FAM. main saja kat liga kampung dan daerah. siapa yg rugi.. Bolasepak Malaysia juga yg rugi..

Posted by AtanShearer at 12:37 AM 0 comments  

Labels: FAM, Liga M

BEKAS PEMAIN SKUAD PROJEK KITA HILANG?

Tuesday, October 11, 2005


Petikan keratan akhbar BH 10/10/05 ruangan pro dan kontra tulisan YM Raja Ahmad Zainuddin.

"Ingin saya imbas kembali mengenai Kejohanan Belia Dunia ke-9 pada 1997 Malaysia menjadi tuan rumah. Dengan Hatem Souissi dari Tunisia sebagai jurulatih, antara pemain yang masih saya ingat mewakili Malaysia di kejohanan itu ialah Gilbert Cassidy Gawing, Rosle Md Derus, Tengku Hazman Raja Hassan, V Saravanan, Megat Amir Faisal dan Chow Chee Weng.

Namun di manakah tahap mereka kini? Adakah mereka menjadi tonggak penting pasukan kebangsaan atau pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana. Tidak dinafikan masih ada yang bertahan dengan pasukan atau kelab masing-masing walaupun tidak lagi menonjol.

Kemudian saya ingin mengalih ingatan anda kepada beberapa pemain antarabangsa yang turut beraksi di kejohanan itu seperti Michael Owen, Frank Lampard, Mikael Silvestre, Thierry Henry, David Trezeguet, Mark Viduka dan Marcelo Zalayeta.

Persoalannya, pada ketika pemain Eropah dan Amerika Selatan menjadi pemain terkenal selepas 8 tahun, berbeza pula dengan pemain kita. Malah ada ‘hilang’ terus."

Komen Oleh AtanShearer

Apa yg nak dihairankan. sepatutnya beliau tidak perlu hairan kerana selaku naib presiden FAM beliau patut tahu apa yg berlaku.

Setiap kali coach bertukar.. maka setiap kali itulah senarai pemain turut berubah. mereka yg telah cukup pengalaman dan pendedahan di biarkan begitu saja tanpa ada masa depan yg cerah dalam skuad kebangsaan. coach baru akan pilih pemain baru mengikut seleranya. pemain lama diabaikan begitu saja.

Mungkin nama2 yg disenaraikan oleh YM Raja Ahmad masih gah di persada bolasepak tanahair. tapi bagaimana dengan nama-nama seperti Das Greogory, Norazmir Hakim Borhan, Nik Fazly Nik Leh dll yg turut membarisi skuad piala dunia remaja 97 dulu?? tiada kesinambungan antara previous coach dan current coach yg membuatkan sesetengah pemain terus tenggelam dan hilang begitu saja.

Oleh itu rasanya YM Raja Ahmad Zainuddin dan FAM tak perlu berpura-pura hairan mengapa pemain2 dari skuad projek terdahulu ini 'hilang'.

Posted by AtanShearer at 12:27 AM 0 comments  

Labels: FAM, Raja Ahmad Zainuddin

MATLAMAT ASAL LIGA M TERSASAR

Friday, October 07, 2005

Oleh AtanShearer

Liga Super yg diperkenalkan bakal masuk musim ke-3 disember ini. namun sejak kebelakangan ni banyak suara-suara 'sumbang' yang mengkritik perjalanan dan perlaksanaannya. semalam Dato' Ahmad Basri Akil menghantar kertas cadangan supaya format liga ditukar supaya lebih kompetitif.

Dan pada hari ini dlm akhbar Metro sekali lagi liga super dan liga M secara umumnya dikomen. kali ini oleh Azizan Hashim dlm artikelnya Matlamat asal liga M tersasar.

Ternyata sebenarnya bukan suara-suara mereka ini yg sumbang sebaliknya perancangan dan perlaksanaan FAM itu yg sumbang. gagal membawa kita ke mana-mana. sedangkan org lain dah jauh tinggalkan kita tapi kita masih lagi meraba-raba mencari formula yg sesuai.

Isu beberapa kelab ingin menarik diri dari liga-M juga wajar diberikan perhatian serius. ini sedikit sebanyak akan merencatkan perkembangan bolasepak kita. sekian

Posted by AtanShearer at 12:23 AM 0 comments  

Labels: FAM, Liga M

MSN & PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Saturday, September 03, 2005

Artikel ini dihantar menerusi e-mail ke rancangan ScoreBoard TV3 pada 2 Sept 2005

Oleh AtanShearer

Saya amat kurang setuju dan berpuashati dengan kenyataan yg dibuat oleh ahli panel dlm siaran ScoreBoard Extended pg tadi.

Apabila dibangkitkan isu atlit berbakat dari luar bandar dipinggirkan mereka menafikannya sekeras-keranya. alasan mereka atlit dari pedalaman yg bersinar sudah pasti akan dikenalpasti menerusi kejohanan peringkat sekolah seterusnya akan dikembangkan ke peringkat daerah dan negeri dan akhirnya berpeluang mewakili negara.

Tapi bagaimana pula jika mereka ini berbakat tapi keciciran sekolah. sudah tentu bakat mereka ini tidak dapat diintai menerusi 'teropong' MSN, kerana 'teropong' MSN ini telah diprogramkan supaya statik memfokuskan kepada saluran konvensional iaitu melalui sekolah. tidak boleh dinafikan bahawa kadar keciciran sekolah bagi penduduk di pedalaman seperti orang asli dan sebilangan bumiputra sabah dan sarawak memang wujud. akibat desakan hidup dan tidak minat belajar mungkin membuatkan mereka tidak dapat meneruskan pelajaran. adakah ini merupakan satu titik noktah bagi mereka yg berbakat tapi tinggal di pedalaman dan pada yg sama ada kemungkinan yg keciciran sekolah untuk pergi lebih jauh????

Mungkin pihak MSN tidak menyedari bahawa mereka ini mempunyai kelebihan mereka yg tersendiri. contohnya:
1. kaum bajau yg mahir berkuda boleh diserapkan dalam sukan berasakan kuda seperti ekuistrian, polo dan sebagainya
2. kaum bajau laut yg mahir berenang, menyelam dan belayar boleh diserapkan dalam sukan akuatik dan perahu layar
3. kaum kadazan/dusun yg menjadi porter pendaki gunung kinabalu boleh diserapkan dalam sukan merentas desa atau marathon
4. kaum asli semenanjung yg mahir berburu boleh diserapkan dalam sukan memanah, merejam lembing dan sebagainya.

Adalah sayang jika membiarkan bakat semulajadi yg dimiliki mereka berkarat begitu sahaja tidak digilap sebaiknya. ini adalah satu kerugian buat negara.

Andaikata mereka ini tidak keciciran sekolah sekalipun, adakah sebarang pertandingan memanah, ekuistrian, renang, polo air, perahu layar dan sebagainya dipertandingkan bagi peringkat sekolah dan daerah di pedalaman?? yg ada cuma bolasepak dan olahraga. itu saja.

Cuba lihat dan kaji negara jiran kita indonesia. atlit mereka datang dari seluruh pelosok kepulauan negara itu. Dari Banda Acheh hinggalah Irian Jaya. mereka berjaya utilize kan sepenuhnya bakat atlit yg ada di negara mereka. sebab itu tak hairanlah mengapa atlit mereka jauh lebih berjaya walaupun kekurangan fasiliti canggih berbanding kita.

Jika di negara jiran masyarakat dari pedalaman boleh digilap menjadi bintang. Kenapa di negara kita masyarakat di pedalaman hanya dipandang sebelah mata. Seolah tiada apa yg mampu mereka sumbangkan kepada negara walaupun menerusi sukan. inilah yg harus difikirkan sejenak demi untuk kemajuan sukan negara.

Sekian.

Posted by AtanShearer at 12:15 AM 0 comments  

Labels: MSN, Sukan Umum, TV3

BUDAYA SUKAN vs BUDAYA HIBURAN

Thursday, June 16, 2005

Oleh AtanShearer

Budaya sukan vs budaya hiburan - kenapa agaknya budaya sukan semakin terhakis di hati muda-mudi sekarang sebaliknya budaya hiburan menjadi pilihan hati??

Senario hari ini:
1.Muda-mudi kini sanggup berpusu2 ke stadium tapi bukan untuk menyaksikan acara sukan sebaliknya untuk mengunjungi konsert penyanyi terkenal idola hati.

2.Muda-mudi berebut2 nak memasuki pertandingan mencari bakat dlm dunia hiburan sebaliknya bila ada open selection untuk mewakili pasukan sukan sambutan dingin diberikan.

3. Rata2 muda-mudi menjadikan artis sebagai idola mereka dan bukannya atlit. Oleh itu mereka beranggapan jadi artis akan lebih glamour berbanding jadi atlit.

Adakah ini kesan dari bercambahnya rancangan hiburan di kaca TV? Kini rancangan hiburan berbentuk realiti TV boleh dikatakan ada di setiap stesen TV negara ini, tambahan pula ia disiarkan di waktu perdana (prime time).

Konsert artis terkenal pula boleh disiarkan secara langsung tapi perlawanan yg melibatkan atlit negara ditunda siarannya ke tengah malam. Begitu juga dengan rancangan yg berbentuk sukan (seperti Laporan Liga-M, scoreboard dll) hanya disiarkan di tengah malam untuk memenuhi slot yg kosong di kala tak ramai org menontonnya..

Bagaimana nak pupuk minat generasi muda cintakan sukan sedangkan apa yg terhidang di depan kaca TV hanyalah rancangan hiburan..hiburan..hiburan. generasi muda harini seolah2 sudah hilang passion kepada sukan malah passion itu beralih kepada dunia hiburan pula.

Kita sememangnya kekurangan rancangan sukan yg mampu memupuk semangat cintakan sukan. Tak semestinya setiap rancangan sukan adalah liputan perlawanan, sebaliknya boleh diluaskan skop kepada rancangan realiti TV seperti CONTENDER dan juga rancangan berkenaan teknik dan taktik sesuatu permainan. Rancangan sukan yg mengimbau kejayaan silam negara di dalam bidang sukan juga wajar disiarkan kembali agar generasi baru dapat rasakan apa yg generasi lama lalui dulu... (Perasaan bangga melihat atlit negara berjuang bermati-matian untuk negara.)

Jika rancangan hiburan dan sukan tidak diseimbangkan, nescaya hasrat kerajaan untuk membudayakan sukan dikalangan masyarakat malaysia hanya tinggal hasrat saja. sememangnya budaya sukan semakin terhakis di hati generasi pelapis negara sebaliknya budaya hiburan semakin segar dan mekar di hati mereka ini.

Posted by AtanShearer at 12:07 AM 0 comments  

Labels: Sukan Umum

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)

Wednesday, June 15, 2005

Sebahagian dari artikel ini telah disiarkan dlm rancangan ScoreBoard TV3 (Topik Perbincangan: Pendidikan Jasmani dan kesihatan (PJK)- berjayakah subjek ini menerapkan budaya sukan dikalangan murid sekolah? )

Oleh AtanShearer

KBS telah merangka pelan untuk mewujudkan budaya sukan dlm masyarakat di seluruh negara dengan harapan dapat dicapai pada penghujung tahun ini.

Hasrat murni KBS ini tidak akan tercapai sepenuhnya tanpa sokongan kuat oleh kementerian pelajaran yg secara tak langsung telah menyediakan sukatan pelajaran PJK untuk memberikan pendidikan secara formal seterusnya memupuk semangat membudayakan sukan pada murid sekolah di peringkat awal.

PJK ialah salah satu subjek yg wajib dipelajari di sekolah menengah. Subjek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bhg pendidikan jasmani dan bhg pendidikan kesihatan.
Dlm bhg pendidikan jasmani ini pula terdapat 3 bab iaitu: kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan akhir sekali kesukanan.

Tidak dinafikan bahawa kandungan sukatan pelajaran untuk subjek ini agak menyeluruh, komprehensif dan relevan untuk merealisasikanhasrat kerajaan.

Namun apa yg disangsikan ialah sejauh mana keberkesanan subjek PJK ini dlm memupuk semangat cintakan sukan. Rasanya bukan salah sukatan pelajaran tapi cara perlaksanaannya di peringkat sekolah.

Rata2 di sebuah sekolah gred A (bukan sekolah sukan) di bandar besar hanya mempunyai tidak lebih dari 3 orang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sains sukan. Manakala yg selebihnya adalah guru2 yg tak terlatih tapi diminta untuk mengajar PJK semata2 untuk mengisi slot kekosongan masa mereka.

Apa yg akan terjadi apabila seorang ustzazah dikehendaki mengajar subjek PJK? Ianya samalah seperti apabila cikgu sejarah diminta mengajar subjek kimia. Cikgu tersebut tak tau apa yg patut diajarnya melainkan suruh pelajar buat aktiviti sendiri.

Hal ini berlaku sendiri pada isteri saya (seorang cikgu matematik) diminta untuk mengajar PJK tingkatan 5 di mana antara kandungan silibusnya termasuk mengajar kemahiran permainan kriket dan ragbi yg mana ia bukanlah permainan org wanita. Maka senario yg sama seperti di atas berlaku.

Memandangkan sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar apabila tiba subjek PJK maka ia adalah masa untuk aktiviti bebas bermain di padang, maka pelajar tidak nampak PJK sebagai satu subjek yg penting. selaku seorang yg berkecimpung dalam perniagaan buku, buku teks PJK boleh dikatakan tak laku. Kerana pelajar mengatakan bahawa tak guna beli buku PJK, bukannya cikgu nak ajar pun.

Ini adalah satu kerugian yg amat besar buat negara kerana saban tahun kita telah kehilangan ribuan atlit berpotensi gara2 'silap asuhan' dari guru yg bukan pakar dalam bidang ini.

Oleh itu saya cadangkan supaya topik ini dibincangkan oleh scoreboard dan panggillah wakil dari kementerian pelajaran yg bersesuaian untuk merungkai masalah dan persoalan ini.

Posted by AtanShearer at 12:02 AM 1 comments  

Labels: PJK, TV3

ALASAN-ALASAN BASI FAM

Saturday, June 11, 2005


Lihatlah alasan2 basi yg masih disuapkan kepada peminat untuk menyedapkan telinga. walaupun hakikatnya semua ini indah khabar dari rupa...lebut gigi dari lidah. peminat sejati bolasepak malaysia tak mudah tertipu dengan hujahan palsu sebegini. mereka hanya boleh tipu FAM dan diri sendiri saja.

Petikan dari artikel Utusan Malaysia 11 jun 2005.
Malaysia kalah kerana nasib
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD

PULAU PINANG 10 Jun - Malaysia meletakkan nasib sebagai punca kekalahan 1-2 kepada Singapura pada perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, malam kelmarin apabila tujuh peluang terhidang gagal dimanfaat sepenuhnya oleh barisan pemain terutamanya bahagian serangan.

Jurulatih negara, Bertalan Bicskei mengakui sememangnya nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila barisan hadapan yang diketuai oleh Nizaruddin Yusoff, Hairuddin Omar dan Zainuddin Ariffin seolah-olah serba tidak menjadi apabila berada di depan gawang Singapura.

``Saya akui kekalahan kepada Singapura merupakan satu tamparan hebat, namun apa yang boleh dikatakan tuah sememang tidak menyebelahi Malaysia, ditambah pula dengan beberapa keputusan pengadil yang sedikit sebanyak boleh dipertikaikan,'' katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Ditambah dengan tahap permainan para pemain Singapura nyata lebih baik dari pemain negara, Bicskei terpaksa akur bahawa pemain dari negara selatan tanah air itu berada di kelas tersendiri. Kekalahan kepada Singapura itu merupakan kekalahan kedua skuad negara dalam tempoh lima hari, selepas tewas 2-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional, Sabtu lalu.

Menurut Bicskei, beliau agak kecewa dengan tindakan pengadil perlawanan, Jimmy Napitupulu yang dilihat agak berat sebelah dalam mengadili perlawanan tersebut dan banyak keputusan boleh dipertikaikan terutamanya yang melibatkan pemain-pemain negara.

Ketika sidang akhbar tersebut, ekspresi mukanya terpancar kekecewaan terhadap beberapa keputusan perlawanan terutamanya yang membabitkan pengadil dari Indonesia itu namun beliau terpaksa akur terhadap apa yang telah diputuskan.Ditanya tindakan beliau yang memasuki padang sambil menolak pemain Singapura, Razaleigh Khaik pada minit ke 81 ketika Malaysia ketinggalan 1-2, Bicskei berkata beliau tidak mampu menahan perasaan marah apabila melihat kekasaran demi kekasaran diperlakukan ke atas pemainnya. Dalam kejadian itu, Bicskei yang dilihat hilang kesabarannya meluru masuk ke dalam padang dan menolak Razaleigh setelah beliau membuat terjahan keras ke atas pemain sayap negara, Zainuddin Ariffin. ``Terjahan sebegitu boleh membuatkan kecederaan terhadap pemain saya, mana tahu mungkin Zainuddin mengalami patah kaki jika terjahan itu tepat ke arah kakinya,'' ``Kamu (wartawan) semua nampak apa yang berlaku dan saya minta maaf dengan tindakan saya ini. Saya beranggapan perlu mempertahankan pemain daripada terus dikasari,'' katanya lagi.

Jurulatih itu yang mendakwa mutu pengadilan amat buruk berkata, tindakan pemain Singapura amat keterlaluan dan tiada tindakan dikenakan terhadapnya walaupun bermain dengan keras.

Bicskei berkata, secara keseluruhan, prestasi pemain bertambah baik dengan mempunyai tahap persefahaman tinggi dan saling bekerjasama untuk mencari ruang memecah kubu lawan.

Menurutnya, beliau berasa sedikit gembira dengan mutu permainan yang ditunjukkan anak didiknya apabila berusaha membuktikan mereka mampu mengalahkan pasukan lawan.

Katanya, setiap pemain dilihat memberi sepenuh tumpuan untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan berkenaan, namun beberapa peluang yang ditemui gagal disempurnakan barisan hadapan.

``Tahap permainan pemain negara lebih bagus daripada pasukan lawan kerana mereka mempunyai semangat untuk melawan sehingga minit-minit akhir walaupun tercicir di belakang pasukan lawan.

``Memang pasukan lawan bermain dengan baik tetapi kita (pemain negara) juga bermain dengan bagus, namun saya berharap kita memperoleh nasib lebih baik dalam perlawanan akan datang,'' katanya.

Katanya lagi, pemainnya sudah memberikan komitmen 100 peratus terhadap permainan dengan semangat juang tinggi, tetapi nasib tampak tidak menyebelahi Malaysia biarpun mempunyai banyak peluang.

Dalam perlawanan itu, Malaysia tewas 1-2 hasil jaringan Noh Alam Shah minit ke 18 dan Daniel Bannett minit ke 66, manakala Mohamad Arsyah Ayob merapatkan kedudukan dengan gol pada minit ke 24 selepas sepakan penalti Nizaruddin Yusof berjaya ditampan penjaga gol Singapura.

Dengan kemenangan agregat 4-1 itu, Singapura membawa pulang Piala Cabaran FAM yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Posted by AtanShearer at 7:25 PM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia

MALAYSIA VS SINGAPORE...APA DAH JADI?

Thursday, June 09, 2005

Oleh AtanShearer

Apa dah jadi dengan bolasepak Malaysia? 2 kali kalah dengan s'pore dalam tempoh tak sampai 5 hari. nampaknya prestasi malaysia bukan lagi ditakuk lama malah kini dah makin jatuh ke takuk yg lebih rendah lagi..

Ketika era Allan Harris dulu sekurang2nya kita berjaya beberapa kali memalukan S'pore dengan kemenangan bergaya ke atas pasukan republik itu. tapi kini ketika harapan menggunung diberikan kepada skuad bertalan beskei untuk sekurang-kurangnya mengekalkan rekod baik yg ditingalkan alan harris berkecai selepas kalah buat kali kedua ditambah pula dengan persembahan hambar yg amat membosankan peminat.

Satu perkara yg jelas ialah..barisan pemain kebangsaan yg tewas semalam adalah satu pasukan baru ciptaan Beskei di mana majoritinya bukanlah bekas anak didik alan harris yg telah dibentuk selama 5 tahun untuk menjadi SKUAD MASA DEPAN MALAYSIA. adakah Beskei cuba untuk membuktikan bahawa dia lebih 'jauhari' dari Alan Harris (yg dah 5 thn berkhidmat di malaysia) dari segi mengenal 'manikam'?

Ramai bekas anak didik Alan Harris dipersiakan bakat dan pengalaman mereka, sebaliknya Beskei cuba untuk berlagak hero dengan menampilkan hampir 60% muka baru yg mentah di pentas antarabangsa seperti Azizon Abdul Kadir, Affendi Malek, Mohd Faisal Esahar, Zainuddin Ariffin, Mohd Arsyah Ayob, ivan yusof, mat nor ismail, norfazly alias, mohd. safee ali, khairulzal azmi, nazrul erwan makmor dan tarmini saiban dan juga muka lama yg prestasinya tak sehebat mana (idris karim, rezal zamberi yahya)

bukanlah tujuan saya nak katakan bahawa Alan Harris adalah jurulatih terbaik negara, namun segala usaha beliau untuk wujudkan SKUAD MASA DEPAN MALAYSIA selama 5 tahun sia2 belaka. Adakah Beskei juga bercita2 untuk wujudkan SKUAD MASA DEPAN ALA BESKEI? tindakan Beskei ini secara tak langsung memperjudikan maruah dan nasib bolasepak Malaysia. Jika ini yg diperjuangkan oleh setiap jurulatih baru maka sampai bila pun standard permainan Malaysia takkan ke mana malah makin turun ke takuk yg lebih bawah.

Sepanjang hampir setahun beskei mengendali skuad kebangsaan versi Beskei ini, mereka telah mengharungi 18 perlawanan (termasuk friendly). Statistik menunjukkan 7 kali menang, 2 kali seri dan 9 kali kalah. 27 bolos, 21 jaringan. manakala trend 5 perlawanan terakhir LLLWD. berdasarkan statsitik ini nampaknya skuad bolasepak kita takkan ke mana2 dlm tempoh terdekat ini.

Perubahan secara holistik perlu dilakukan dlm FAM itu sendiri barulah kemungkinan akan ada sinar dihujung terowong.

Posted by AtanShearer at 7:13 PM 0 comments  

Labels: Alan Harris, Bertalan Becskei, FAM, Malaysia, Singapura

FAM oh FAM..

Wednesday, May 25, 2005

komen dari salah seorang ahli forum www.penangfutbol.tk : mcmanaman_penang berkenaan FAM. (aku sekadar tolong fowardkan pandangan beliau ke rancangan ScoreBoard TV3 saja)

Oleh Mcmanaman_Penang

Bagi aku perkara ni sebetoinya tadak pekdah kita nak berdebat ataupun nak susah payah nak ambik berat. Bukan la aku ni tak sayang bola sepak malaysia. Aku selalu dok mengharap satu hari nanti malaysia boleh gah balik. Tapi sayang nya, benda2 ni aku rasa takkan terjadi selagi FAM ni ditadbir oleh depa2 yang mengaku syangkan bolasepak tempatan tapi langsung tak tau apa2 pasai bola ni.

Aku tengok sekurang2nya FA luaq mesti ada dalam pentadbirannya org yang reti pasai bola ni, cth cam Franz Baekenbaeur (mcm salah eja aku ni), Michel Platini. So, melalui depa2 ni segala perancangan hala tuju bolasepak negara yg depa wakili lebih terjamin...pasai depa ni dah berpengalaman dan depa ni tak terikat dgn mana2 undang serta tak perlu nak ikut telunjuk sapa2 pun. Ni tak, asai hang ada kabel, rajin dok mengangguk macam belatuk dan juga rajin dok salap j#b#q org atas, kedudukan dalam FAM terjamin. Macam mana mutu bolasepak kita nak maju selagi depa2 ni dok perangat bangku FAM tu.

Selain tu depa-depa ni langsung tak berani nak menyanggah kata2 presiden yang langsung tak berfungsi nak memperkasakan martabat bolasepak kita, bak kata org2 dulu raja yg adil raja disembah, raja yg zalim raja disanggah. Tapi la ni asai perut sendiri lepas yg lain aku tak kisah. Depa masih mengangguk....

Keduanya sistem dan format liga kita ni memang teruk. Tak penah lagi aku dengar mana2 liga didunia ni dirombak format setiap kali season baru mula, melainkan malaysia saja, tapi tu pun depa ni dok angguk lagi...yg terbaru nak ikut format jadual EPL pulak. Tak malu ka FAM dgn liga2 ASEAN yg lain. Konon liga super tapi format tak pernah tetap. Jadual perlawanan yg sedia ada pun tunggang tebalik lagik dah nak pakai yg baru. Sikap try and error ni la yang boleh melingkupkan kita...pun tak sedaq diri lagik....Pada aku seharusnya format liga kita dikekalkan agar tak menyusahkan sapa2.

Satu lagik kalo pun depa nak ikut jugak sistem EPL baik pakai keseluruhan format...di mana manager adalah coach, ada scouting yg baik, ada akademi yg tersusun, ada liga reserve...ni tak, manager lain, coach lain. pastu harap org mai trial, tak mau langsung pi scout player2 yg baguih...bila la kita nak membangun. Setiap team di liga M mengharapkan geran FAM yg tak seberapa (melainkan ada la ni bbrp team yg aktif cari sponsor sendiri), cam mana dana team nak cukup dan akhirnya menyusahkan bila nak cari player baru dan berkualiti.

Kesimpulan yg aku nak buat senang saja, tak kira la nak tukaq s/u ka, sapa2 ka yg penting org yg di atas tu kalo tak ditukaq2 lagi...alamat setaraf la kita dgn team cam Maldives dgn Bangladesh....(ingat nak suruh ruffedge buat lagu susulan marilah bergoyang...MARILAH MENGANGGUK DALAM FAM) jgn marah aa kalo ada yg terasa.

Posted by AtanShearer at 7:08 PM 0 comments  

Labels: FAM, TV3

Lagu: BARA

Lagu ini digubah semula oleh mcmanaman_penang (ahli forum www.penangfutbol.tk)

BARA

(presiden FAM)
Semalaman kita tak lena
Bayangnya menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai bergelora
Di dalam dada

(timbalan FAM)
Kini baru kita sedari
Cinta bersemi
Berputik di ranting hati
Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri

( korus ) (berdua)
Bara yang panas membara
Sanggup kita genggami jua
Namun kita tempuhi dengan rela
Tak peduli
Asal kerusi FAM kita genggami
Bersemadi
Kini FAM kita miliki
Ku tak akan sunyi
Kerna kau di sisi(tukang angguk FAM)
Kau bidadari
Kaulah penyeri
Terukir sebuah janji
Mengganguk sampai mati

( korus ) (berdua)
Bara yang menyala
Ku genggami jua
Biar sepanas mana bahangnya
Tak terasa
Ku pelihara FAM yang setia
Hingga ke akhir bersama
Bahang gila kuasa yang menyala

(berdua)
Semalaman kita tak lena
Bayangnya menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai bergelora
Di dalam dada

Lagu ini digubahsuai oleh: mcmanaman_penang dari forum www.penangfutbol.tk

Posted by AtanShearer at 5:06 PM 0 comments  

Labels: FAM, Lagu

Lagu: ANGGUK2 GELENG2

Saturday, May 21, 2005

Oleh AtanShearer

kali ni aku tak mau komen apa2. cuma pada pandangan aku lirik lagu di bawah ini cukup sesuai untuk menggambarkan situasi dalaman FAM dan apa yg FAM dah buat pada bolasepak malaysia. sekian.

Tajuk Lagu: Angguk-angguk gelang-geleng (AhliFikir)

Angguk-angguk gelang-geleng
tunduk-tunduk ikut telunjuk
iya-iya saya saya kiri kanan ikut saja
kita tunduk pabila diketuk
biarkan terhantuk tak usah dipujuk
relakan dipatuk ingat pesan atuk
sabar..sabar..sabar..sabar!
Tak apa.. tak kesah..tak rugi..tak mati.. tak ambil peduli
berserah dan pasrah biar dada didabik
adat pasang turun naik
didera dijajah terus kita dipenjara
jadi hamba..jadi kuli jadi batu diam diri
kita tunggu kita lihat kita nanti kita perhati
jgn merungut biar bertangguh diam akur mesti patuh
acuh tak acuh endah tak endah
buat lawak bodoh selamba
biar kita melopong biar kita menganga
biar mereka buat apa yg mereka suka
jgn melawan jgn membantah
janganlah degil kena ikut perintah
kena banyak diam biar apa org kata
kita tawa dalam duka
kecut takut kalut kolot terkunci terkatup tertutup
kalah sabung mennag sorak
senduk nasik tinggal kerak
totak tambah kali ganda hitung kira skala nisbah
maju mundur tinggi rendah
berapa jumlah nilai bangsa?
Sekupang ke..dua kupang ke..tiga kupang?
Sawah sebendang
ladang sebidang
tanah sekangkang
pohon sebatang
kerana wang semua hilang
hanya sehelai sepinggang
yg jenin yg lebai
yg pandir yg luncai
yg angannya tinggi
yg dibuai mimpi
yg sawah terjual maruah tergadai.

So fikir-fikirkan lah apa kaitan lirik lagu ni dengan FAM. Sendiri Mau Ingat Laa..

Posted by AtanShearer at 5:00 PM 0 comments  

Labels: FAM, Lagu

komen: PERLANTIKAN S/U AGUNG FAM YG BARU (part2)

Friday, May 20, 2005

Oleh AtanShearer

"Kita mendapat 160 permohonan untuk jawatan itu dan disenarai pendek kepada 20, sebelum lima nama, tetapi walaupun mereka memenuhi kualiti dan kriteria, tetapi ada beberapa elemen yang Tuanku (Sultan Pahang) dapati tidak ada pada mereka... dan saya tidak boleh dedahkan," katanya (tengku abdullah) ketika ditemui di Kuantan. (petikan dari keratan akhbar Harian Metro).

pada pandangan aku, elemen yg dimaksudkan itu ialah elemen kuat ampu dan kuat angguk! itu yg penting pada mereka. kalau bagus buat kerja sekalipun tapi banyak komplen itu tak kena ini tak kena..susah lah depa..sebab depa ni bukan tau sangat pasal urusan bolasepak. dan lagi satu mesti yes boss sentiasa.. kata2 baik tuanku tu mesti sentiasa dibibir. jgn sesekali bangkang supaya jgn buat tuanku murka.

itu pasal laaa.. walaupun ada idea bangang yg dicetuskan oleh timbalan presiden FAM seperti skuad khas ni.. semua exco kata ok dan setuju dan bagi peluang...piirahh!

dan lebih dikesalkan lagi Raja Ahmad Zainuddin sekarang ni dah semakin menikuskan diri sejak masuk dlm senarai org kanan FAM, sedangkan dulu beliau begitu lantang menyuarakan kepincangan FAM sehingga digantung beberapa tahun.

satu masa dulu kita mengharapkan agar beliau dapat membuat sesuatu dan membetulkan FAm dari dalam namum kini beliau pun sama jadi pak angguk juga..

kecewa..mmg kecewa.. dengan FAM dan bolasepak malaysia. rakyat malaysia tak bencikan bolasepak cuma bencikan FAM dan bolasepak malaysia saja. kalau tidak masa kan rakyat malaysia semakin rapat mengikuti perkembangan EPL sebaliknya makin menjauhkan Liga-M.

Posted by AtanShearer at 4:51 PM 0 comments  

Labels: FAM, Liga M

komen: PERLANTIKAN S/U AGUNG FAM YG BARU

Oleh AtanShearer

pada pendapat saya perlantikan Dr. Ibrahim Saad dibuat adalah semata2 untuk meneruskan survivality pucuk pimpinan FAM yg ada sekarang dan bukannya di dorong atas sebab beliau mampu untuk memperjuangkan survivality masa depan bolasepak negara.

ini adalah kerana pucuk pimpinan FAM dipilih oleh wakil dari FA negeri-negeri. dan sebagaimana semua maklum persatuan negeri diterajui Menteri Besar atau Ketua Menteri kecuali dua tiga negeri yang presidennya bukan terdiri daripada mereka yang disebutkan. walaupun ada presiden persatuan negeri yang bukan dikalangan menteri besar/ ketua menteri, namun mereka ini masih tegolong dalam kategori ahli politik.

di sinilah peranan utama dr.ibrahim saad sebagai org lama yg agak berpengaruh dalam dunia politik. beliau akan menjadi perantara antara presiden FAM dan juga presiden FA negeri-negeri agar sokongan mereka kepada pucuk pimpinan FAM yg sedia ada tak berbelah bagi.

di sinilah relevannya perlantikan dr. ibrahim saad dan itulah sebabnya kenapa 5 calon terakhir yg disenarai pendekkan itu tidak relevan di mata FAM walaupun hakiki nya mereka ini lebih arif ttg bolasepak dari. dr. ibrahim sendiri.

andaikata presiden dan timbalan presiden gagal menjalinkan hubungan baik dengan FA negeri yg rata2nya di kuasai oleh ahli politik dah tentu masa depan mereka di singgahsana FAM bakal tergugat.

FAM boleh buat pekak saja apa yg disuarakan kerana mereka tahu rakyat biasa peminat bolasepak takkan mampu berbuat sesuatu terutama untuk mendesak presiden dan timbalan presiden meletak jawatan. mereka tahu kuasa pemilihan terletak di tangan ahli2 politik yg berselindung dibalik nama presiden FA negeri. apabila FAM dah pegang sorang ahli politik yg berpengaruh sbg s/u agung maka kedudukan mereka akan selamat.

sekian

Posted by AtanShearer at 4:32 PM 0 comments  

Labels: FAM

komen: SKUAD KHAS KEBANGSAAN (part2)

Friday, May 06, 2005

Oleh AtanShearer

Antara objektif penubuhan skuad khas kebangsaan ini ialah untuk mewujudkan sebuah pasukan yg dibarisi oleh muka tetap. kononnya supaya pemain mudah mencapai persefahaman dan pasukan akan menjadi mantap dlm apa jua pertandingan yang bakal ditempuhi.

objektifnya saya setuju tapi caranya 100% saya tak setuju. bagi saya apa yang penting ialah kemahiran asas pemain itu sendiri. samada pemain kuasainya atau tidak dan bukannya tempoh berapa lama pemain dikumpulkan bersama. tak guna kalau dihimpunkan sekumpulan pemain selama 4 tahun 4 bulan sekali pun tetapi kemahiran asas bermain bola masih berterabur maka usaha ini tidak akan kemana.

FAM patut melihat contoh yg ada didepan mata. kita lihat BRUNEI sebuah pasukan berstatus negara yg bermain dlm liga perdana satu. pemain mereka telah dikumpulkan sepanjang tahun (selama bertahun-tahun) dengan mengharungi sekurang-kurangnya 21 perlawanan kompetitif setahun. namun disebabkan masalah kelemahan kemahiran asas pemain maka mereka masih belum berjaya di sebarang pertandingan peringkat antarabangsa malah kini dalam peringkat liga-M juga mereka masih terkapai-kapai kelemasan walau dibantu oleh tenaga impot.

oleh itu perkara yang lebih utama yg patut FAM beri penekanan ialah aspek pembangunan skil pemain di peringkat akar umbi dan bukannya usaha untuk mengumpulkan mereka. jika pemain semuanya berskil tinggi, mereka tak perlukan masa yang panjang untuk mewujudkan persefahaman antara pemain. sekali lagi ingin saya tekankan di sini bahawa idea penubuhan skuad khas ini tidak akan membawa malaysia ke mana-mana kerana belum ada lagi contoh negara yg berjaya laksanakannya sebaliknya contoh negara yg gagal dah ada di depan mata.

Posted by AtanShearer at 4:14 PM 0 comments  

Labels: FAM

komen: FAM CADANG TUBUH SKUAD KHAS

Wednesday, April 20, 2005

Oleh AtanShearer

Rentetan dari kegagalan skuad negara beraksi hebat di Arab Saudi baru-baru ini, maka dalam satu kenyataan akhbar Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ada menyatakan cadangan kononnya nak wujudkan satu skuad khas pula.

Bukankah sebelum ni FAM dah pernah wujudkan pelbagai skuad khas? sejak era pertengahan 80an lagi FAM dah wujudkan skuad harimau, kemudian diikuti skuad Barcelona 92, skuad Atlanta 96, skuad piala dunia remaja 97, skuad olimpik 2000, skuad itu dan ini.. tapi semuanya menemui kegagalan. apa bezanya skuad khas yang gagal pada masa lalu dengan yang bakal dibentuk ini? Adakah ini satu jalan penyeleseaian terbaik? Adakah dengan adanya skuad khas ini nanti pasukan bolasepak kita mampu pergi lebih jauh sekurang-kurangnya menjadi jaguh di asia tenggara?

Sepatutnya FAM jangan mudah melatah sebaliknya mengkaji dan memperhalusi apakah punca utama masalah ini sebelum terburu-buru mencadangkan penubuhan skuad khas ini. Rasanya alasan tidak mempunyai pasukan yang kekal atau skuad kerap bertukar pemain merupakan satu faktor yang semua peminat tahu puncanya iaitu tiada kesinambungan antara skuad yang telah dibentuk oleh jurulatih terdahulu dan jurulatih semasa
Harus diakui setiap kali skuad khas yg pernah dibentuk oleh FAM dibubarkan (termasuk jurulatihnya tidak disambung kontrak). maka semua pemain berselerak membawa haluan sendiri bermain di merata ceruk. hinggakan Azrul Amri Borhan yg pernah dilabelkan sebagai pemain paling berbakat bernilai RM1 juta oleh jurulatih pada masa itu Claude Le Roy, entah bermain di liga kampung mana sekarang ni. Hanya beberapa kerat pemain saja dari serpihan skuad-skuad yang dibubar ini kekal mewakili negara selepas itu.

Sepatutnya FAM tidak mensia-sia bakat-bakat yang telah diasuh selama beberapa tahun dalam skuad khas terdahulu yang menelan kos berjuta-juta ringgit begitu saja. Tindakan FAM selama ini umpama mengupah tukang kebun (coach) menanam pokok buah (pemain). Selepas 3-4 tahun pokok tersebut ditanam dan baru nak memberikan pulangan, tukang kebun tersebut digantikan dengan tukang kebun lain. Tukang kebun baru ini kemudiannya menebang hampir kesemua pokok yg telah ditanam oleh tukang kebun terdahulu dengan alasan dia mahukan pokok baka baru yang lebih baik dan mudah dijaga. Selepas di baja dan dijaga dengan teliti beberapa tahun dan tiba masa untuk menuai hasil. Sekali lagi tukang kebun bertukar. Senario yang sama berulang-ulang. Selagi tuan tanah (FAM) memberikan kebebasan kepada tukang kebun (coach) buatlah apa yang anda suka tanpa mengambil kira jumlah kos baja dan gaji tukang kebun yang telah dikeluarkan selama ini, maka selagi itulah tuan tanah tidak akan mendapat pulangan sebaliknya rugi besar.

Berbanding dengan jiran tanah sebelah (negara jiran-Thailand dan Indon) yang bijak menggunakan segala sumber yang ada dan keputusannya hasil tanaman kebun mereka dah lama mereka nikmati.

Itulah trend bolasepak Malaysia yang sebenar. Setiap kali coach bertukar..maka 70-80% senarai pemain kebangssan akan turut berubah. Inilah punca utama kenapa skuad negara tidak pernah kekal. Dan inilah masalah sebenar yg perlu FAM tangani dengan segera. cadangan FAM untuk menubuhkan satu skuad khas baru bukanlah satu tindakan yang bijak kerana ia tidak akan membwa sebarang makna andaikata satu masa nanti kontrak Bertalan Beskei tidak disambung dan digantikan oleh jurulatih lain. Dah tentu ahli skuad ni akan bertebaran macam skuad2 yg lepas juga.

Posted by AtanShearer at 4:06 PM 0 comments  

Labels: FAM

ALASAN BILA PASUKAN BOLASEPAK KITA KALAH!

Oleh AtanShearer

Setiap kali pasukan bolasepak negara gagal dalam kejohanan yg disertainya maka sudah pasti peminat dapat meneka apakah alasan yg bakal diberikan oleh pengurus pasukan ataupun jurulatih. Tak terkecuali kali ini apabila Malaysia tersingkir di pusingan suku akhir dimalukan oleh barisan muda Syria 3-1 dalam kejohanan Sukan Perpaduan Islam.

Balik-balik mereka memberikan alasan yg sama, antaranya:
1. masuk pertandingan sekadar nak timba pengalaman
2. pasukan dibarisi pemain muda
3. berilah peluang, inilah skuad masa depan negara.


ini semua adalah skrip basi yg dah bertahun-tahun FAM suapkan kepada peminat sejak era kejatuhan bolasepak Malaysia pada pertengahan tahun 80an dulu. sehinggakan kini peminat dah muak dan nak termuntah mendengarnya.

Sampai bila asyik nak dok timba pengalaman saja??? Kalau nak timba pengalaman patutnya dlm perlawanan persahabatan boleh la..dlm pertandingan sebenar bukan masa untuk sesi timba-menimba lagi..patutntya itulah masa untuk tunjukkan kehebatan sebenar!

Dibarisi pemain muda??? Bukankah skuad senior yg ditinggalkan oleh jurulatih terdahulu ada di depan mata, kenapa tak guna saja mereka ini? Kenapa tak teruskan saja usaha yg telah dibuat.? Kenapa mesti nak gatal tangan pilih pemain muda yg masih berhingus dan mentah dalam sepak terajang pertandingan antarabangsa? Tak lain tak bukan kerana mereka ego nak cipta sebuah pasukan ikut acuan mereka sendiri.

Skuad masa depan??? Sebenarnya skuad masa depan tak pernah wujud dalam kamus bolasepak moden Malaysia. Sebabnya masa depan mereka belum tentu terjamin dlm skuad kebangsaan setaip kali coach bertukar. Tengok saja produk Claude Le Roy.. Hatem Soussi dan lain-lain. Ke mana mereka ini sekarang? Ramai antara mereka terus terpinggir dari mewakili negara walau masih gagah mewakili pasukan utama liga.

Datang saja coach yg baru dilantik, pemain lama diketepikan dan muka baru diketengahkan. Konon supaya dapat cipta pasukan masa depannya sendiri. Selepas beberapa tahun, baru saja pemain muda yg dibentuk oleh coach ni nak matang dan membuahkan hasil, kontrak coach pula dah tak disambung semula. FAM lantik coach baru..maka sekali lagi perkara yg sama berulang.

Senario ini dah berulang berkali-kali dan tak mustahil akan berulang beberapa kali lagi. Oleh itu selagi isu ini tak ditangani dengan bijak oleh FAM maka selagi itulah pasukan bolasepak kita tak boleh maju dan pergi jauh kerana tiada kesinambungan antara kerja coach yg terdahulu dengan coach yg mewarisinya itu. Maka skrip yg sama akan terus diulangi dari generasi ke generasi oleh setiap coach Malaysia

Posted by AtanShearer at 12:08 PM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia

SUKU AKHIR SUKAN PERPADUAN ISLAM: BOLEHKAH KITA BERBANGGA?

Tuesday, April 19, 2005

Oleh AtanShearer

Sukan Perpaduan Islam baru saja selesai. Skuad bolasepak negara secara umumnya di atas kertas boleh berbangga dengan kejayaan menjuarai peringkat kumpulan seterusnya melayakkan diri ke suku akhir dalam kejohanan edisi pertama ini. Bagaimanapun hakikatnya kejayaan itu tidak boleh dibanggakan sangat kerana jika dihalusi kejayaan tersebut dibantu oleh beberapa faktor.

Pertamanya penarikan diri Kuwait selain banyak lagi negara Islam lain yang kuat dalam acara bolasepak tak mengambil bahagian seperti Nigeria, Senegal dan lain-lain. Pasukan Indonesia yang membelasah kita 4-1 di Bukit Jalil Januari lalu juga tidak mengambil bahagian. Ia menjadikan peluang Malaysia lebih terbuka. Malaysia hanya perlu menang dengan Pakistan yang rankingnya jauh lebih bawah dari kita untuk layak ke pusingan seterusnya.

Keduanya pasukan Maghribi hanya menurunkan pasukan amaturnya tanpa seorang pun kelibat bintang skuad pra-piala dunia mereka. Ketiganya Malaysia bernasib baik kerana diundi menjadi juara kumpulan setelah berkongsi mata dan jaringan dengan Maghribi, seterusnya dapat mengelakkan diri dari bertemu dengan juara kumpulan B, Mali.

Dalam saingan suku akhir segala kepincangan dan kelemahan terserlah apabila Malaysia dibelasah oleh Syria 3-1 yang hanya diwakili oleh skuad remaja mereka. Sementara itu pada masa yang sama skuad remaja B-23 kita pula teruk dibelasah oleh skuad Liga Super P.Pinang dengan jaringan yang sama dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Selayang. Ternyata jurang yang amat ketara antara pasukan remaja kebangsaan dengan pasukan remaja Syria tersebut. Tak dapat digambarkan jika saingan suku akhir itu berlangsung antara skuad remaja Malaysia dan skuad remaja Syria, ataupun antara skuad utama kedua-dua negara. Dah tentu ada kenduri gol yang lebih besar di tanah arab.

Oleh itu diharapkan peminat bolasepak Malaysia janganlah mudah digula-gulakan dengan dakwaan kejayaan layak ke suku akhir sukan perpaduan islam sebagai satu kejayaan yang paling gemilang pernah dicapai oleh Malaysia dipentas saingan antarabangsa selepas kejayaan pingat gangsa Sukan Asia Tehran 1974 lalu.

Tiada apa yg boleh dibanggakan dengan kejayaan layak ke suku akhir Sukan Perpaduan Islam ini kerana ternyata ia banyak dibantu oleh faktor nasib berbanding dengan kamajuan sebenar yang dicapai oleh skuad bolasepak negara.

Posted by AtanShearer at 3:41 PM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia

MOM dan MSN salah strategi?

Thursday, March 31, 2005

Artikel ini telah dipilih sebagai komen terbaik dlm rancangan ScoreBoard siaran 1 April 2005.

Oleh AtanShearer

Untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia melihat jalur gemilang berkibar dan lagu negaraku berkumandang di arena olimpik terlaksana, kenapa pihak MOM dan MSN tidak memfokuskan kepada acara yg lebih menitikberatkan individual skil seperti MEMANAH, MENEMBAK dll berbanding dengan penekanan yg diberikan kpd sukan-sukan popular di Malaysia seperti OLAHRAGA, BOLASEPAK dan sebagainya?

Acara seperti ini tidak mementingkan saiz fizikal seseorang untuk bersaing sebaliknya kecekapan seseorang menjadi penentu. Ini memberikan advantage kepada Malaysia yg rata-rata rakyatnya memiliki saiz fizikal yg sederhana.

Daripada 8 sukan yg telah dinaik taraf menjadi SUKAN TERAS NEGARA hanya GIMNASTIK dan BOWLING saja yg boleh dikategorikan sebagai sukan yg tak perlukan saiz fizikal sebagai kelebihan untuk bersaing dengan lawan.

Sukan MENEMBAK umpamanya menawarkan lebih dari 15 pingat emas di setiap temasya Olimpik. itu baru satu acara sahaja. bayangkan jika peruntukan RM295 juta yg diberikan oleh kerajaan untuk Projek Gemilang 2006 digunakan untuk membangunkan atlit sukan seperti ini sudah tentu hasilnya lebih lumayan jika dibandingkan dengan pelaburan yg dibuat ke atas sukan yg memerlukan 'physical-contact' di mana hasilnya belum tentu boleh dituai.

Sudah tentu kebarangkalian untuk mengutip emas adalah kecil jika kita terus mempertaruhkan acara yg popular dan pada masa yg sama memerlukan saiz fizikal sebagai kelebihan untuk bersaing seperti acara2 yg saya nyatakan tadi.

Kesimpulannya realiti harus diakui bahawa agak mustahil untuk kita dapat mendengar lagu Negaraku berkumandang di arena Olimpik menerusi sukan popular dan sukan teras seperti BOLASEPAK, OLAHRAGA dan HOKI. semoga sesuatu boleh dilakukan oleh MOM dan MSN untuk mengenalpasti jenis sukan yg benar2 berpotensi untuk memastikan hasrat semua rakyat malaysia menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di temasya Olimpik tercapai.

Posted by AtanShearer at 1:01 PM 0 comments  

Labels: TV3

Projek Gemilang 2006

Friday, March 11, 2005

Soalan ini pernah diajukan kepada Dato' Seri Dr.Ibrahim Saad menerusi e-mail dlm rancangan Scoreboard di TV3 pada hari Khamis 10 Mac 2005.

Assalamualaikum, Soalan ini diajukan kepada Datuk Dr Ibrahim Saad berkenaan Projek Gemilang 2006:

Selepas berakhirnya sukan olimpik athens 2004 yg lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melantik Datuk Dr. Ibrahim Saad sebagai salah seorang anggota panel penasihat sukan negara untuk menilai laporan prestasi kontinjen negara di Sukan Olimpik dan mengkaji semula keupayaan projek Gemilang 2006.

Sebagai kesimpulannya hasil dari laporan itu Datuk nampak apakah punca utama kegagalan atlit kita di athens yg lepas? adakah silap atlit kita sendiri, pegawai sukan ataupun pengurusan persatuan sukan yg tidak cekap.

Dan apakah tindakan yg wajar dilakukan supaya bajet sebanyak RM295 juta yang diperuntukkan di bawah program Gemilang 2006 tidak membazir begitu saja tanpa sebarang hasil lumayan yg dapat dituai di temasya sukan asia tahun depan.

sekian wassalam


Posted by AtanShearer at 3:07 AM 0 comments  

Labels: TV3

Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License