skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ▼ 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ▼ April (3)
      • komen: FAM CADANG TUBUH SKUAD KHAS
      • ALASAN BILA PASUKAN BOLASEPAK KITA KALAH!
      • SUKU AKHIR SUKAN PERPADUAN ISLAM: BOLEHKAH KITA BE...
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

SUKU AKHIR SUKAN PERPADUAN ISLAM: BOLEHKAH KITA BERBANGGA?

Tuesday, April 19, 2005

Oleh AtanShearer

Sukan Perpaduan Islam baru saja selesai. Skuad bolasepak negara secara umumnya di atas kertas boleh berbangga dengan kejayaan menjuarai peringkat kumpulan seterusnya melayakkan diri ke suku akhir dalam kejohanan edisi pertama ini. Bagaimanapun hakikatnya kejayaan itu tidak boleh dibanggakan sangat kerana jika dihalusi kejayaan tersebut dibantu oleh beberapa faktor.

Pertamanya penarikan diri Kuwait selain banyak lagi negara Islam lain yang kuat dalam acara bolasepak tak mengambil bahagian seperti Nigeria, Senegal dan lain-lain. Pasukan Indonesia yang membelasah kita 4-1 di Bukit Jalil Januari lalu juga tidak mengambil bahagian. Ia menjadikan peluang Malaysia lebih terbuka. Malaysia hanya perlu menang dengan Pakistan yang rankingnya jauh lebih bawah dari kita untuk layak ke pusingan seterusnya.

Keduanya pasukan Maghribi hanya menurunkan pasukan amaturnya tanpa seorang pun kelibat bintang skuad pra-piala dunia mereka. Ketiganya Malaysia bernasib baik kerana diundi menjadi juara kumpulan setelah berkongsi mata dan jaringan dengan Maghribi, seterusnya dapat mengelakkan diri dari bertemu dengan juara kumpulan B, Mali.

Dalam saingan suku akhir segala kepincangan dan kelemahan terserlah apabila Malaysia dibelasah oleh Syria 3-1 yang hanya diwakili oleh skuad remaja mereka. Sementara itu pada masa yang sama skuad remaja B-23 kita pula teruk dibelasah oleh skuad Liga Super P.Pinang dengan jaringan yang sama dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Selayang. Ternyata jurang yang amat ketara antara pasukan remaja kebangsaan dengan pasukan remaja Syria tersebut. Tak dapat digambarkan jika saingan suku akhir itu berlangsung antara skuad remaja Malaysia dan skuad remaja Syria, ataupun antara skuad utama kedua-dua negara. Dah tentu ada kenduri gol yang lebih besar di tanah arab.

Oleh itu diharapkan peminat bolasepak Malaysia janganlah mudah digula-gulakan dengan dakwaan kejayaan layak ke suku akhir sukan perpaduan islam sebagai satu kejayaan yang paling gemilang pernah dicapai oleh Malaysia dipentas saingan antarabangsa selepas kejayaan pingat gangsa Sukan Asia Tehran 1974 lalu.

Tiada apa yg boleh dibanggakan dengan kejayaan layak ke suku akhir Sukan Perpaduan Islam ini kerana ternyata ia banyak dibantu oleh faktor nasib berbanding dengan kamajuan sebenar yang dicapai oleh skuad bolasepak negara.

Posted by AtanShearer at 3:41 PM  

Labels: FAM, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License