skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ▼ 2009 (23)
    • ▼ July (9)
      • Asian Tour 2009: MU belasah Hangzhou Greentown FC 8-2
      • Asia Tour 2009: Singapura dilanggar The Reds 0-5
      • Asia Tour 2009: MU 3 FC Seoul 2
      • Asia Tour 2009: Thailand kejutkan Liverpool 1-1
      • Asia Tour 2009: Manchester United tumpaskan Malays...
      • Asia tour 2009: TAHNIAH! Malaysia 2 Manchester Utd 3
      • Kenangan Yang Tak Terindah: Malaysia vs MU 2001
      • Asia Tour 2009: MU batal jelajah ke Jakarta
      • Manchester United - Asia Tour 2009 Trailer
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Hamit Altintop ketuai senarai bintang Euro paling menyinar

Wednesday, July 02, 2008


VIENNA - Bintang tengah Turki, Hamit Altintop mengetuai 10 pemain paling menyinar sepanjang kempen pusingan akhir Euro 2008 dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), semalam.

UEFA dalam laman web rasminya bagaimanapun menyenaraikan empat tonggak Sepanyol sebagai pemain terbaik diketuai kapten dan penjaga gol, Iker Casillas, Carles Puyol, Marco Senna serta penjaring hatrik, David Villa.

Kapten Jerman, Michael Ballack dan Bastian Schweinsteiger turut berada dalam senarai 10 terbaik bersama penyerang muda Rusia, Andrei Arshavin, pemain tengah Croatia, Luka Modric serta bintang tengah Belanda, Wesley Sneijder.

Menurut UEFA, walaupun ketua pasukan Turki, Nihat Kahvenci diberi pujian kerana menjaringkan gol cantik dalam pertemuan menentang Republik Czech di peringkat kumpulan, namun Hamit yang telah memberi umpanan cantik.

Bintang Bayern Munich itu bukan saja pemain serba boleh yang mampu mengisi sebarang posisi, malah memiliki stamina tinggi dan tidak mementingkan diri.

"Apabila anda mempunyai pemain bola sepak seperti ini, anda tidak akan kalah,'' kata jurulatih Turki, Fatih Terim ketika mengulas sumbangan Hamit yang membawa Turki ke separuh akhir.

Selepas menjadi inspirasi kepada Zenit St. Petersburg ketika merangkul Piala UEFA, Arshavin kembali menyinar dalam saingan Euro 2008 biarpun terlepas dua perlawanan pertama kerana penggantungan.

Aksi licik dan kebijaksanaannya mencari ruang membawa perubahan besar kepada Rusia ketika mengejutkan Sweden dan Belanda.

Sementara itu, Sepanyol berjaya menolak persoalan awal mengenai kemampuan mereka untuk melangkah jauh pada Kejohanan Eropah kali ini, dan kombinasi Casillas, Puyol, Senna serta Villa telah menyumbang kepada kejayaan itu.

Walaupun Euro 2008 menampilkan ramai penyerang hebat dengan kebanyakan pasukan menggunakan taktik menyerang sebagai senjata, kekentalan Casillas memberi sumbangan kepada pasukannya.

Casillas berada dalam kelompok penjaga gol unggul Euro 2008 bersama Gianluigi Buffon (Itali), Artur Boruc (Poland), Igor Akinfeev (Rusia) dan Stipe Pletikosa (Republik Czech).

Puyol pula membentuk pertahanan mantap bersama Carlos Marchena apabila berdepan lawan yang biasanya didominasi oleh penyerang seperti ketika menentang Rusia di separuh akhir.

Senna menggerakkan bahagian tengah Sepanyol dengan baik, menyumbang kebanyakan hantaran cantik untuk disudahkan penyerang.

Hatrik yang dijaringkan Villa ketika menentang Rusia dalam perlawanan pertama melonjakkan penyerang Valencia ini.

- Agensi

Posted by AtanShearer at 8:47 AM 1 comments  

Labels: Euro 2008, Turki

BERAKHIRNYA PENANTIAN 44 TAHUN


VIENNA - Pasukan terbaik menjuarai Kejohanan Eropah dan ia milik Sepanyol, semalam.

Sepanyol menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir itu, melakukan banyak percubaan dan mengawal permainan lebih baik berbanding lawannya untuk merangkul gelaran pertama dalam tempoh 44 tahun selepas menundukkan Jerman 1-0.

"Ia bukan saja bagus untuk Sepanyol, malah bagus untuk bola sepak kerana pasukan terbaik kejohanan telah memenangi kejuaraan,'' kata Fernando Torres, penjaring gol tunggal Sepanyol ketika menundukkan Jerman.

Skuad 'Red Fury' merangkul kejuaraan Eropah kedua mereka menerusi permainan bijak, berbakat serta kesungguhan tinggi untuk menamatkan kemarau 44 tahun.

Sepanyol mungkin tidak memiliki deretan trofi besar berbanding Jerman atau Itali tetapi aksi gemilang mereka dalam saingan akhir Euro 2008, begitu memukau.

"Ini adalah hari gembira buat Sepanyol, menjuarai Kejohanan Eropah dan melakukannya dengan cara yang sangat bijak.

"Sekarang kami sudah boleh bercakap tentang memenangi kejuaraan Eropah sekali lagi, malah memenangi kejuaraan yang lain,'' kata jurulatih Sepanyol, Luis Aragones.

Sepanyol tampil dengan aksi kurang meyakinkan pada saingan awal kelayakan Euro 2008 apabila kalah kepada Ireland Utara dan Sweden tetapi bangkit dengan lapan kemenangan dan satu seri untuk muncul juara kumpulan.

Kebangkitan pasukan itu diteruskan di pusingan akhir, yang mana mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan, sebelum menyingkirkan Itali menerusi penentuan sepakan penalti di suku akhir.

Menentang Itali adalah ujian terbesar buat pasukan itu, malah ia satu-satunya perlawanan yang menyaksikan mereka gagal membolosi pintu gol lawan selepas tamat masa penuh permainan.

Sejak menumbangkan juara Piala Dunia itu, keyakinan diri setiap pemain Sepanyol naik dengan mendadak, ia jelas ditunjukkan ketika mereka membenam Rusia 3-0 di separuh akhir.

Rusia, pasukan paling muda pada kejohanan ini dengan kegemarannya suka menyerang dianggap calon pilihan untuk menundukkan Sepanyol ketika itu selepas mengejutkan Belanda 3-1 di suku akhir.

Namun, barisan berbakat Sepanyol yang merupakan skuad kedua termuda di Euro 2008, tenang menangani perlawanan. Meskipun beraksi tanpa penyerang utama, David Villa pada saingan akhir, mereka masih mampu mencipta banyak percubaan.

Villa yang mengalami kecederaan paha ketika mengambil sepakan percuma dalam pertemuan menentang Rusia merupakan penjaring terbanyak Euro 2008 dengan empat gol.

"Sepanyol bermain dengan amat baik sepanjang kejohanan dengan permainan teknikal yang amat hebat. Mereka berhak memenangi perlawanan ini,'' akui jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Loew berkata, Sepanyol beraksi konsisten sepanjang kejohanan, memiliki teknik permainan hebat dan pemain berkualiti.

"Pemain-pemain mereka sudah biasa beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah, jadi tidak hairanlah kalau mereka memiliki kualiti permainan yang amat baik,'' kata Loew.

Kemenangan semalam juga membolehkan Sepanyol melebarkan rekod tanpa kalah kepada 22 perlawanan, sekali gus memberi penamat terbaik buat Aragones, yang akan meninggalkan skuad kebangsaan selepas ini.

Pemain Sepanyol yang gembira menjulang jurulatih veteran itu ke udara sejurus wisel penamat ditiupkan, manakala peminat Sepanyol menari serta melompat riang di Stadium Ernst Happel, Vienna.

"Saya sangat gembira. Biasanya saya tidak menunjukkan perasaan sebenar saya, tetapi hari ini saya amat.. amat gembira dan mahu berkongsinya dengan anda.

"Jerman merupakan sebuah pasukan yang rumit untuk ditentang kerana pertahanan mereka amat mantap tetapi kami juga mempunyai kumpulan pemain yang sangat baik dan mereka berjaya mengimbangi keadaan itu dan merubah skrip perlawanan,'' katanya.

Ini merupakan penampilan ketiga Sepanyol dalam babak final Kejohanan Eropah selepas menang ke atas Kesatuan Soviet pada 1964 dan tewas 0-2 di tangan Perancis, 20 tahun kemudian.

- AP


Barisan Pemain:

Jerman: Lehmann, Friedrich, Metzelder, Mertesacker, Lahm (Jansen 46), Hitzlsperger (Kuranyi 58), Frings, Podolski, Ballack, Schweinsteiger, Klose (Gomez 79).
Simpanan: Enke, Adler, Fritz, Westermann, Rolfes, Neuville, Trochowski, Borowski, Odonkor.

Kad kuning: Ballack, Kuranyi.

Sepanyol: Casillas, Sergio Ramos, Puyol, Marchena, Capdevila, Senna, Iniesta, Fabregas (Alonso 63), Xavi, Silva (Santi Cazorla 66), Torres (Guiza 78).
Simpanan: Palop, Reina, Albiol, Fernando Navarro, Villa, Sergio Garcia, Arbeloa, Juanito, De la Red.

Kad kuning: Casillas, Torres.
Gol: Fernando Torres 33'.

Penonton: 51.428 orang
Pengadil: Roberto Rosetti (Italia).

Posted by AtanShearer at 8:28 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008

Xavi Pemain Terbaik Euro 2008

VIENNA, Austria - Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memilih Xavi Hernandez sebagai Pemain Terbaik Euro 2008 selepas Sepanyol menang 1-0 ke atas Jerman pada perlawanan akhir, semalam.

Selain itu, UEFA juga memilih sembilan pemain Sepanyol dalam senarai 23 pemain skuad Euro 2008.

Tiada tempat buat Cristiano Ronaldo dalam skuad Euro 2008 walaupun bintang Portugal itu menjaringkan 34 gol untuk Manchester United musim lalu dan calon utama untuk anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas dia gagal menghasilkan prestasi terbaik.

Andy Roxburgh, bekas jurulatih Scotland yang mengetuai Jawatankuasa Teknikal UEFA berkata, kemampuan teknikal pemain Sepanyol itu di sepanjang kejohanan mulai 7 hingga 29 Jun lalu telah memberikan kejuaraan kepada pasukan bimbingan Luis Aragones.

"Kami memilih Xavi kerana dia menjadi lambang corak permainan Sepanyol.

''Dia sangat berpengaruh dalam seluruh penguasaan bola, hantaran dalam menentukan corak permainan pasukan,'' kata Roxburgh sehari selepas perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernst Happel, Vienna.

Roxburgh menjelaskan, sembilan ahli jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada bekas jurulatih pasukan kebangsaan seperti Gerard Houllier dan Roy Hodgson, tidak menyenaraikan para pemain dari pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan seperti Perancis.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai Ronaldo yang tidak terpilih dalam skuad pilihan, Roxburgh berkata, pemain itu merupakan anggota pasukan Portugal yang mempamer aksi menarik hingga ke suku akhir tetapi tewas 2-3 kepada Jerman.

Nama Ronaldo akan disenaraikan jika pasukannya mara ke separuh akhir dan dia beraksi kemas.

Cuma dua pemain Portugal tersenarai dalam senarai pasukan pilihan Euro iaitu pemain pertahanan Jose Bosingwa dan Pepe.

Naib juara Jerman, yang mara ke final buat kali keenam Euro namun tidak pernah memenangi kejohanan antarabangsa sejak Euro 1996, mempunyai tiga pemain dalam senarai skuad pemain iaitu pertahanan Philipp Lahm, ketua pasukan Michael Ballack dan pemain tengah Lukas Podolski yang menjaringkan tiga gol.

Hanya seorang pemain Itali yang tersenarai iaitu penjaga gol Gianluigi Buffon.

- AP

Posted by AtanShearer at 8:19 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008

Rustu umum persaraan

Saturday, June 28, 2008


BASEL - Penjaga gol kedua Turki, Rustu Recber (gambar) mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa sejurus pasukannya kalah 3-2 kepada Jerman pada separuh akhir Euro 2008, semalam.

Dalam perlawanan di Basel itu, Turki tidak bernasib baik tewas menerusi jaringan minit terakhir Philipp Lahm, seminit sebelum tamat perlawanan.

Rustu mengumumkan persaraannya selepas melengkapkan 118 aksi antarabangsa bersama Turki.

"Saya menutup karier antarabangsa dengan penuh bangga kerana diberi penghormatan berkhidmat buat negara selama 14 tahun.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya selama ini. Saya juga ingin memberitahu rasa bangga saya dengan setiap rakan sepasukan.

"Turki harus melupakan kekalahan ini kerana saya percaya kami memiliki pasukan yang mampu melakar kejayaan lebih besar,'' kata Rustu dalam laman web rasmi UEFA, www.euro2008.com semalam.

- Reuters

Posted by AtanShearer at 9:00 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Turki

Suku Akhir: Sepanyol vs Itali

Tuesday, June 24, 2008

Juara dunia tersingkir....

Sepanyol menyekat kemaraan Itali apabila menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 di peringkat suku akhir Euro 2008 di Stadium Ernst Happel, Vienna, Austria, kelmarin.

Kejayaan Sepanyol itu sekaligus memusnahkan impian Itali untuk merangkul kejuaraan kedua terbesar mereka dalam tempoh tiga tahun selepas muncul juara Piala Dunia pada 2006.

Dengan kemenangan ini juga Sepanyol boleh melupakan kekecewaan 88 tahun tanpa sebarang kemenangan ke atas Itali di dalam kejohanan utama antarabangsa.

Kemenangan itu juga memadam reputasi Sepanyol sebagai pasukan pilihan yang selalu tumbang ketika situasi tertekan, seperti ketika mereka kalah penentuan penalti pada suku akhir Piala Dunia 1986 menentang Belgium, melawan England pada Euro 96 dan berdepan Korea Selatan pada Piala Dunia 2002 - kebetulan semuanya berlangsung pada 22Jun.

Juan Carlos, Raja Sepanyol pemerintah monarki Sepanyol itu yang menyaksikan perlawanan di Vienna bersama isterinya Ratu Sofia, memberitahu stesen Cuatro TV,

“Kami berjaya mengatasi badi itu, Saya rasa sangat gembira dan ia kepuasan yang hebat,” katanya yang memberikan trofi Piala Dunia kepada kapten Itali, Dino Zoff apabila Sepanyol menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 1982.

Juan Carlos kekal optimis mengenai peluang Sepanyol merampas takhta untuk menambah trofi tunggal dimenangi mereka pada Kejohanan Eropah pada 1964.

Barisan Pemain:

Itali: Gianluigi Buffon, Gianluca Zambrotta, Christian Panucci, Fabio Grosso, Giorgio Chiellini, Simone Perrotta (Camoranesi), Daniele De Rossi, Alberto Aquilani, Massimo Ambrosini, Luca Toni, Antonio Cassano (Di Natale)

***

Sepanyol: Casillas, Sergio Ramos, Puyol, Carlos Marchena, Joan Capdevila, Xavi (Fabregas), Silva, Marcos Senna, Iniesta (Cazorla), Villa, Fernando Torres (Guiza).

Posted by AtanShearer at 8:24 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Italy, Spain

Kenapa Team Belanda Memakai Arm Band Hitam?

Sunday, June 22, 2008

Team Belanda mengenakan ban lengan berwarna hitam ketika menghadapi Russia pada suku akhir Euro 2008 di St. Jakob-Park, Basel.

Ianya sebagai tanda takziah atas meninggalnya anak perempuan bek Khalid Boulahrouz yang lahir pra-matang.

"Ini adalah momentum yang boleh membangkitkan semangat team. Kerana, salah seorang pemain tengah kami mengalami kedukaan dan menghadapi situasi sedih," kata coach Belanda, Marco van Basten pada hari Sabtu (21/6/2008).

"Ini sangat sukar. Perasaan kami sangat sedih, tapi kami juga bangga bila Boulahrouz tetap bersama team," kata Rafael van der Vaart, Sabtu.

p/s: malangnya arm band hitam itu bukan sekadar menjadi tanda berkabung atas kematian anak Boulahrouz, malah seolah-olah memberi petanda bahawa team Belanda bakal meratapi kesedihan yang lebih besar iaitu gagal layak ke saingan separuh akhir.

Posted by AtanShearer at 8:56 PM 0 comments  

Labels: Belanda, Euro 2008

Suku Akhir: Belanda vs Russia

Penampilan gemilang penyerang Andrei Arshavin membolehkan Rusia membelasah Belanda 3-1 ibarat meratah ayam belanda pada saingan suku akhir EURO 2008 di Stadium St. Jakob-Park, Sabtu (21/6).

Kejayaan ini sungguh luar biasa bagi Russia memandangkan Belanda tampil cemerlang di peringkan kumpulan dengan menyapu bersih tiga kemenangan di Grup C.

Kejayaan ini juga sungguh ironik
kerana disebalik kekalahan pasukan Belanda, yang merancangkan strategi kejayaan pasukan Russia adalah coach yang berasal dari Belanda iaitu Guus Hiddink.

Russia mendapat peluang pertama dalam pertandingan ini pada ketika perlawanan berjalan lima minit melalui tendangan bebas Yuri Zhirkov, sayangnya ia ditepis Edwin van der Sar.

Selang beberapa minit kemudian, penyerang Roman Pavlyuchenko mengancam gawang Belanda bagaimana pun tandukannya melambung.

Belanda membalas serangan dan mereka hampir di depan pada minit ke-19 bila pemain bek Russia tidak menghalang tendangan Wesley Sneijder.

Beberapa minit kemudian, Belanda kembali mendapat peluang. Tendangan bebas yang diambil Rafael Van der Vaart gagal disambar oleh Ruud van Nistelrooy di depan gawang Igor Akinfeev.

Tepat selepas perlawanan berjalan setengah jam, Russia nyaris membuka jaringan andai Van der Sar tidak beraksi cemerlang mematahkan tendangan Andrei Arshavin.

Van der Sar kembali beraksi hebat seminit kemudian mematahkan cubaan Denis Koladin.

Lima minit berselang, Van Nistelrooy mendapat peluang keemasan ketika ia berjaya melewati halangan bek Rusia, akan tetapi tendangannya masih mampu dipatahkan Akinfeev.

Dua minit sebelum turun rehat, Akinfeev menunjukkan bahawa beliau tidak kalah jika dibanding Van der Sar dengan sempat menepis tendangan Van der Vaart.

Russia mengejutkan Belanda pada minit ke-56 ketika mereka berjaya merobek jaring Van der Sar ketika umpan silang Sergei Semak dengan baik disambar Pavlyuchenko.

Selang beberapa minit kemudian, Russia hampir menggandakan kedudukan melalui Alexandr Anyukov, jika tendangannya tidak dihalang Van der Sar.

Ketinggalan satu gol membuat coach Belanda, Marco van Basten memasukkan Ibrahim Afellay menggantikan Orlando Engelaar untuk menambah impak pasukannya.

Meskipun begitu, Belanda tetap menghadapi kesulitan untuk menembusi pertahanan Russia yang mantap.

Ketika babak kedua berbaki empat minit, Belanda mendapat hadiah tendangan bebas dan bola sepakan Sneijder berjaya ditanduk oleh Van Nistelrooy membolehkan Belanda menyamakan kedudukan sehingga membuat pertandingan berlanjutan hingga ke tambahan masa.

Tujuh minit waktu tambahan masa, Pavlyuchenko hampir membawa Russia kembali di depan, sayangnya tendangan jarak juah yang dilepaskan Pavlyuchenko tersasar.

Selang lima minit kemudian, Russia akhirnya mampu kembali mendahului ketika umpan Arshavin dengan baik disambar oleh pemain pengganti Dimitri Torbinski.

Situasi tertekan membuatkan Belanda meningkatkan tempo permainan. Namun hal ini membuat barisan belakang mereka cuai dan dimanfaatkan Russia untuk menjaringkan gol ketiga melalui tendangan leret Arshavin yang sempat membias kaki Johnny Heitinga dan terus melalui celah kaki Van der Sar sebelum menerjah jaring.
Keputusan akhir, satu lagi pasukan yang sebelum ini cemerlang di peringkat kumpulan tumpas dan tersungkur di tangan pasukan underdog.

Posted by AtanShearer at 6:29 AM 0 comments  

Labels: Belanda, Euro 2008, Russia

Suku Akhir: Turki vs Croatia

Turki mengulangi kisah ajaib mereka dalam 3 perlwanan berturut-turut.

VIENNA, Austria - Rustu Recber menjadi wira Turki apabila menyelamatkan tendangan penalti yang diambil oleh pemain Croatia, Mladen Petric, selain sepakan jauh ke dalam kotak penalti lawan yang menyamakan kedudukan, sekali gus membawa Turki ke separuh akhir Euro 2008,

Turki mencatat kemenangan 3-1 ke atas Croatia menerusi penentuan tendangan penalti apabila kedua-duanya terikat 1-1 pada masa tambahan.

Arda Turan, Semih Senturk dan Hamit Altintop berjaya menjaringkan gol untuk Turki menerusi penentuan penalti.

Sementara itu, pemain Croatia, Luka Modric serta Ivan Rakitic gagal menyempurnakan tendangan penalti dan hanya Darijo Srna yang berjaya melaksanakannya.

Selepas 90 minit perlawanan sebenar berakhir, Ivan Klasnic meletakkan Croatia di hadapan menerusi tandukan pada minit ke-119. Klasnic merupakan pemain pertama menyertai Kejuaraan Eropah selepas menjalani pemindahan buah pinggang.

Tandukan jarak dekat Klasnic itu diperoleh menerusi hantaran silang yang dilakukan oleh Modric, selepas dia masuk ke padang selama 22 minit sebagai pemain gantian.

Sambutan kejayaan jaringan gol itu oleh peminat Croatia terhenti ketika masa perlawanan hampir tamat apabila Recber melakukan hantaran jauh ke dalam kawasan penalti Croatia dan bola jatuh kepada pemain Turki, Semih untuk jaringan sambil diperhatikan oleh penjaga gol Croatia, Stipe Pletikosa yang telah rebah di padang.

"Perlawanan dilihat seperti sudah ingin berakhir dan kami kemudiannya akur dengan jaringan gol Turki. Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti dan ia memberi kelebihan psikologi kepada Turki.

"Ia merupakan perkara yang sukar dilupakan. Kami bukan sahaja tidak boleh melupakannya, tetapi ia akan terus menghantui saya sehingga sepanjang hayat.

"Kami mungkin akan melupakannya selepas beberapa hari. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Kami akan kembali," kata jurulatih Croatia, Slaven Bilic.

Turki akan berhadapan dengan Jerman di peringkat separuh akhir, Rabu ini di Basel, Switzerland.

"Gagal mengekal kelebihan mendahului untuk tempoh masa yang singkat akan memberi kesan kepada mana-mana pasukan sekalipun. Saya tahu, mereka (Croatia) akan merasai keperitan secara psikologi.

"Saya memberitahu kepada para pemain supaya tidak mudah mengalah. Saya memberitahu mereka agar tidak takut untuk kehilangan atau mengaku kalah dengan jaringan gol. Ini adalah bola sepak. Kamu tidak boleh mengaku kalah sehingga pengadil meniup wisel terakhir," kata jurulatih Turki, Fatih Terim.

Sementara itu, Altintop berkata, dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan kekalahan selepas Klasnic menjaringkan gol.

"Kami mungkin mempunyai masa untuk menangis selepas pengadil meniupkan wisel terakhir. Jadi sebelum itu, kami harus bermain tanpa sebarang perasaan takut.

"Dalam perlawanan bola sepak, emosi tidak boleh dicampur aduk dengan permainan," kata pemain tengah Turki itu.

Kualiti perlawanan itu menjadi rendah apabila kedua-dua pasukan bermain secara bertahan dengan berhati-hati. Namun begitu, Turki masih memberi tekanan di bahagian tengah dan tidak membenarkan pihak lawan mengawal bola.

Barisan Pemain:

Croatia: Pletikosa, Corluka, Robert Kovac, Simunic, Pranjic, Srna, Modric, Nico Kovac, Rakitic, Kranjcar (Petric 64), Olic (Klasnic 97).

Pemain Simpanan: Galinovic, Simic, Vejic, Vukojevic, Kalinic, Pokrivac, Knezevic, Leko, Runje.

Gol: Klasnic 119

***

Turki: Rustu, Altintop, Zan, Asik, Balta, Topal (Senturk 76), Sarioglu, Sanli, Turan, Kazim-Richards (Boral 61), Nihat (Karadeniz 117).

Pemain Simpanan: Zengin, Cetin, Emre, Metin, Gungor, Akman, Erdinc.

Kad kuning: Sanli, Turan, Boral, Asik (Turki).

Gol: Senturk 120
Penalti: Turki menang 3-1

Penonton: 50.000
Pengadil: Roberto Rosetti (Italia).

- AP


Posted by AtanShearer at 5:03 AM 0 comments  

Labels: Croatia, Euro 2008, Turki

Semangat Juang Empayar Ottoman Meresapi Team Turki

Saturday, June 21, 2008

Pasukan Fatih Terim menebus sejarah 479 tahun lalu. Pada tahun 1529 Empayar Turki Ottoman menyerang kota Vienna.

Pada awal pagi ini para penyokong Turki sekali lagi 'menyerang' Vienna untuk memberi sokongan padu kepada bala tentera pimpinan 'General' Fatih Terim di perlawanan suku akhir antara Turki dan Croatia yang dilangsungkan di ibu kota Austria itu.

Apa yang terjadi pada 1529? Setelah menakluk Kerajaan Hungary dan beberapa wilayah di Eropah Tengah, Empayar Ottoman yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Suleiman yang Agung, menyerang Vienna. Bagaimana pun Ottoman gagal menakluk kota itu apabila musim dingin datang lebih awal dari sepatutnya memaksa tentera mereka berundur.

Nihat Kahveci dan rakan-rakan tidak ingin menjadi seperti pasukan Ottoman yang datang ke Vienna dan akhirnya terpaksa pulang hampa. Kali ini, Turki datang lagi ke Vienna dan berjaya menguasai kota itu untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

Bagaimana pun bukan mudah untuk Turki melepasi halangan di Vienna ini. Melihat penampilan mantap di peringkat kumpulan, Croatia nampak unggul. Tambahan pula sejak 1996 Crotia tak pernah kalah kepada Turki. Tetapi pagi ini mereka berjaya menumpaskan Croatia 3-1 melalui sepakan penalti setelah seri 1-1 selepas masa tambahan.

Selepas ini mereka akan berdepan dengan Jerman, kuasa bolasepak Eropah dan Dunia di peringkat separuh akhir.

Tekad sudah dikumandangkan oleh Ay-Yil-dizlilar atau Bulan Sabit-Bintang, nama gelaran yang diberikan kepada team Turki.

Meskipun menghadapi pelbagai situasi sulit, Terim percaya. “Kami memiliki para pemain yang dihukum dan yang cedera, tapi kami mempunyai singa-singa yang dapat menggantikan mereka,” kata beliau yang kehilangan banyak pemain.

Satu hal yang harus diberi perhatian oleh Jerman selepas ini adalah semangat pantang menyerah Turki. Nihat dan rakan-rakan mampu menjaringkan gol-gol penting samada untuk menewaskan ataupun menyamakan jaringan. Swiss (2-1) dan Rep. Czech (3-2) dan yang terkini Croatia menjadi mangsa kebangkitan Turki walau setelah tertinggal satu atau dua gol.

Mampukah Turki meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan Empayar Ottoman di saingan Euro 2008? Atau mampukan Jerman menafikan kebangkitan pasukan Fatih Terim ini diperingkat separuh akhir nanti. Sama-sama kita nantikan

Posted by AtanShearer at 5:48 AM 0 comments  

Labels: Croatia, Euro 2008, Turki

Suku Akhir: Jerman vs Portugal

Jerman mara ke separuh akhir Euro

BASEL, Switzerland - Juara tiga kali Jerman menewaskan Portugal 3-2 pada perlawanan suku akhir bola sepak Kejohanan Eropah (Euro) 2008 awal pagi tadi.

Walaupun beraksi tanpa jurulatih, Joachim Loew yang digantung perlawanan dan mempamer aksi hambar di peringkat kumpulan, juara Eropah tiga kali itu masih mampu membenam Portugal.

Bastian Schweinsteiger, yang dibuang padang ketika Jerman kalah 1-2 kepada Croatia di peringkat kumpulan, diangkat sebagai wira selepas menjaringkan gol pembukaan dan mencipta gerakan untuk dua lagi gol yang disempurnakan Miroslav Klose dan Michael Ballack.

Barisan Pemain:

Portugal: Ricardo, Bosingwa, Pepe, Carvalho, Ferreira, Petit (Postiga 73), Joao Moutinho (Raul Meireles 31), Ronaldo, Deco, Simao, Nuno Gomes (Nani 67).

Barisan Simpanan: Nuno, Rui Patricio, Bruno Alves, Fernando Meira, Hugo Almeida, Miguel, Jorge Ribeiro, Quaresma, Veloso.

Kad kuning: Petit, Pepe, Postiga.

***

Jerman: Lehmann, Friedrich, Mertesacker, Metzelder, Lahm, Schweinsteiger (Fritz 83), Rolfes, Ballack, Hitzlsperger (Borowski 73), Klose (Jansen 89), Podolski.

Barisan Simpanan: Enke, Adler, Westermann, Frings, Gomez, Neuville, Trochowski, Odonkor, Kuranyi.

Kad kuning: Friedrich, Lahm.

Penonton: 42.000.
Pengadil: Peter Frojdfeldt (Sweden).

Posted by AtanShearer at 3:34 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Jerman, Portugal

FRANCE: MASA UNTUK BERUBAH!

Friday, June 20, 2008

Sudah tiba masanya bagi skuad Perancis untuk melakukan perubahan. Penggantian sudah harus dilakukan dari level coach hinggalah pemain. Raymond Domenech, sebagai head coach, adalah orang pertama yang harus menanggung padah akibat prestasi Perancis di Euro 2008.

Domenech, seperti tidak mempunyai karisma untuk memberi inspirasi kepada anak buahnya. Perancis memang menjadi finalis Piala Dunia 2006, tapi pemilihan team dan penerapan taktik Domenech lebih banyak merugikan anak buahnya sendiri.

Team Perancis kini merupakan korban kepada kesuksesan di Piala Dunia 2006. Pemain yang dipilih ke Euro 2008 sebahagian besar adalah ahli pasukan team 2006. Sayangnya Domenech gagal melihat bahawa usia telah menelan mereka.

Sebut saja Thierry Henry, Patrick Vieira, Lilian Thuram dan Claude Makelele. Nama-nama tadi adalah tulang belakang Les Bleus di Jerman, dua tahun lalu. Betapa banyak perubahan yang terjadi kepada mereka selepas itu. Henry dan Vieira mengalami penurunan prestasi yang amat luar biasa, begitu pula Thuram (36) dan Makelele (35) yang semakin uzur dimamah usia.

Untungnya, Perancis masih memiliki pemain-pemain muda yang sensasi. Samir Nasri dan Karim Benzema adalah dua nama yang paling disebut-sebut bakal bersinar. Namun adakah Domenench memberi mereka peluang yang secukupnya untuk menyerlah diperingkat antarabangsa?

Perkembangan pemain generasi baru ini harus diperhatikan dan bukan membiarkan bakat mereka diabaikan. Ini penting agar mereka dapat membantu Perancis sebagai kekuatan yang lebih disegani pada Piala Dunia 2010.

Posted by AtanShearer at 3:24 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, France

DOMENENCH TETAP PUJI PERANCIS WALAU GAGAL KE SUKU AKHIR

Perancis memang gagal di Euro 2008. Setelah hanya mengumpul satu mata hasil dari seri tanpa gol dengan Romania. Perancis akhirnya harus pulang terlebih dahulu setelah dipastikan tidak melepasi peringkat kumpulan.

Seri melawan Romania, penderitaan Les Bleus kembali berlarutan setelah teruk dikalahkan 4-1 oleh Belanda pada perlwanan kedua. Perlawanan terakhir Perancis turut kalah kepada team rival, Itali 2-0. Dua kali kalah dan sekali seri merupakan prestasi buruk bagi juara Eropah tahun 1984 dan 2000 itu. Walau gagal, jurulatih Raymond Domemnech tetap memuji penampilan anak didiknya.

"Saya bangga dengan pemain. Mereka berjuang tanpa penat lelah" puji Domemench kepada Skysports selepas perlawanan melawan Itali.

Pasca kegagalan ini, masa depan Domenech sebagai coach Perancis hingga 2010 berada diambang ketidakpastian. Dalam beberapa hari ini Federasi Bolasepak Perancis (FFF) akan melakukan pertemuan dengan Domenech untuk membincangkan kontrak lanjutan coach kelahiran Lyon itu.

Posted by AtanShearer at 3:10 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, France

Group D: Sepanyol vs Greece

TUMPASNYA JUARA BERTAHAN!

Dalam satu perlwanan di Group D yang berlangsung secara serentak, Sepanyol akhirnya berjaya juga memenangi ke atas Yunani, 2-1. Bermain di Wals-Siezenheim, Salzburg. Sepanyol yang awalnya ketinggalan terlebih dahulu melalui gol di penghujung separuh masa pertama oleh Angelos Charistes pada minit ke-42.

Tertinggal satu gol. Sepanyol yang menurunkan sebahagian besar barisan pemain kedua itu tampil menyerang untuk mencipta gol balasan. Memasuki minit ke-61, tendangan keras Ruben de la Red berjaya menjadikan kedudukan seimbang 1-1.

Kemenangan Sepanyol akhirnya diraih ketika perlawanan berbaki dua minit. Umpanan Sergio Garcia dari sayap kanan berjaya diselesaikan oleh Guiza untuk memastikan kemenangan Sepanyol 2-1. Hasil kejayaan ini membolehkan pasukan Sepanyol mengumpul sembilan mata penuh hasil dari tiga kemenangan.

Sementara itu kekalahan ini merupakan prestasi terburuk Greece disebabkan, sepanjang tempoh kempen di Euro 2008, juara bertahan ini gagal mengumpulkan sebarang mata.

Di saingan suku akhir nanti, Sepanyol akan ditentang Itali yang menduduki tangga kedua Group C.


Barisan Pemain

Greece: 1-Antonis Nikopolidis; 11-Loukas Vintra, 16-Sotiris Kyrgiakos (19-Paraskevas Antzas 63'), 5-Traianos Dellas, 4-Nikos Spyropoulos; 6-Angelos Basinas, 21-Costas Katsouranis, 14-Dimitris Salpigidis (8-Stylianos Giannakopoulos 86'), 10-Giorgios Karagounis (22-Alexandros Tziolis 74'), 20-Yannis Amanatidis; 9-Angelos Charisteas

***

Sepanyol: 23-Pepe Reina; 18-Alvaro Arbeloa, 20-Juanito, 2-Raul Albiol, 3-Fernando Navarro; 14-Xabi Alonso; 22-Ruben de la Red, 10-Cesc Fabregas, 16-Sergio Garcia, 6-Andres Iniesta (12-Santiago Cazorla 58'); 17-Daniel Guiza

Posted by AtanShearer at 2:55 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Greece, Spain

Group D: Russia vs Sweden

RUSSIA 2-0 SWEDEN
(Pavlyuchenko 24, Arshavin 50 )

Barisan Pemain

Sweden: Andreas Isaksson, Fredrik Stoor, Mikael Nilsson (Marcus Allback), Olof Mellberg, Petter Hansson, Anders Svensson, Fredrik Ljungberg, Andersson D (Kim Kallstrom), Henrik Larsson, Zlatan Ibrahimovic, Johan Elmander.

***

Rusia: Igor Akinfeev, Denis Kolodine, Sergei Ignashevitch, Aleksandr Anyukov, Konstantin Zyryanov, Yuri Zhirkov, Igor Semshov, Sergei Semak, Diniyar Bilyaletdinov (Ivan Saenko), Roman Pavluchenko (Vladimir Bistrov), Andrei Arshavin

Posted by AtanShearer at 2:52 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Russia, Sweden

Grup C: Perancis vs Itali

Wednesday, June 18, 2008

Grup C: Perancis vs Itali
Letzigrund, Zurich (17/6)
------------------------------
Perancis memiliki kelebihan. Itulah yang terjadi bila kita menatap kembali statistik dalam beberapa pertemuan terakhir mereka dengan Itali. Namun, Les Bleus justeru boleh kembali tertekan dengan kenyataan bahawa pertembungan di Stadium Letzigrund, Zurich, pada Selasa (17/6) ini harus mereka menangi.

Ya, hanya pemenang dalam pertembungan dua team biru ini mampu memberikan peluang untuk layak ke suku akhir. Akan tetapi, siapapun yang memenanginya harus menunggu keputusan antara Belanda dan Romania di Berne. Jika Romania menang, Itali dan Perancis pasti tersingkir.

Secara keseluruhannya dalam 34 kali pertemuan sebenarnya Perancis hanya menang tujuh kali ke atas Azzurri. Akan tetapi, sejak Les Bleus berjaya menjuarai Piala Dunia 1998dan Euro 2000, keadaan telah berbalik.

Sejak 1998, Azzurri hanya pernah menang sekali dalam lima pertemuan dengan Perancis. Kemenangan ini pun diperolehi Itali akibat tendangan penalti di final Piala Dunia Germany 2006 lalu.

FORMASI JANGKAAN
---------------------------------------
PeRANCIS (4-4-2): 23-Coupet; 3-Abidal, 5-Gallas, 15-Thuram, 19-Sagnol; 7-Malouda, 6-Makelele, 11-Nasri, 22-Ribery; 9-Benzema, 12-Henry Cadangan: 1-Mandanda, 16-Frey; 2-Boumsong, 13-Evra, 14-Clerc; 4-Vieira, 20-Toulalan, 21-Diarra, 17-Squillaci; 10-Govou, 8-Anelka, 18-Gomis. Absen: -. COACH: Raymond Domenech.

ITALI (4-2-3-1): 1-Buffon; 3-Grosso, 2-Panucci, 4-Chiellini, 19-Zambrotta; 10-De Rossi, 21-Pirlo; 7-Del Piero, 20-Perrotta, 16-Camoranesi; 9-Toni Cadangan: 14-Amelia, 17-De Sanctis; 23-Materazzi, 5-Gamberini, 6-Barzagli; 8-Gattuso, 11-Di Natale, 13-Ambrosini, 15-Quagliarella; 18-Cassano, 22-Aquilani, 12-Borriello. Absen: -. COACH: Roberto Donadoni.

Posted by AtanShearer at 4:27 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, France, Italy

Scolari Anggap Portugal Ada Kelebihan Di Suku Akhir

Tuesday, June 17, 2008

BASEL (Switzerland): Pengurus Portugal, Luiz Felipe Scolari berat mengatakan saingan suku akhir Euro 2008 akan menemukan pasukannya dengan Jerman, Khamis ini.

Walaupun Portugal juga boleh berdepan Austria atau Poland, Scolari menyatakan dengan jelas dia menjangkakan Jerman akan bangkit selepas persembahan kurang memberangsangkan ketika tewas kepada Croatia untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan B.

Itu akan membawa mereka ke kelompok lapan pasukan terbaik dan akan bertemu Portugal, yang sudah pasti akan mendahului Kumpulan A sebelum skuad kedua mereka tewas 2-0 kepada Switzerland, awal pagi semalam.

Ditanya sama ada dia merasakan Jerman bukan lagi pasukan yang digeruni, Scolari membalas: “Tidak sekali-kali, saya suka melihat cara Jerman bermain. Saya sukakan taktik mereka, cara pemain mereka bermain.

“Anda tidak seharusnya lupa, dalam keadaan paling sukar, Jerman mempertahankan maruah mereka dan melakukan usaha yang bagus untuk kembali ke dalam perlawanan ketika mereka tertekan.

“Jika perlawanan bertemu Croatia bukan perlawanan yang biasa buat Jerman. Kita mengetahuinya. Jika kami terpaksa berdepan Jerman, kami akan melalui tempoh yang sangat sukar.”

Portugal mungkin memiliki kelebihan apabila ramai pemain mereka yang sudah cergas untuk bertemu sesiapa pun dengan Scolari melakukan lapan perubahan kepada skuad yang menewaskan Republik Czech 3-1 pertengahan minggu lalu untuk berada di kedudukan teratas kumpulan.

Selepas melihat skuadnya ditewaskan oleh dua gol jaringan Hakan Yakin pada babak kedua, Scolari berkata dia berharap akan dapat menukar keseluruhan barisannya.

“Mereka bermain secara normal dan kami ada beberapa peluang tetapi kami tidak menjaringkan gol yang kami mahukan dan kemudian kami lihat kesannya,” kata Scolari.

“Saya tidak dapat bayangkan (penamat perlawanan) dengan cara begini. Saya seharusnya lebih berhati-hati dan menggantikan 11 pemain berbanding lapan.”

Kekecewaan Scolari sebahagiannya adalah disebabkan empat pemainnya termasuk pertahanan pilihan utama, Paulo Ferreira, menerima kad kuning yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada penggantungan untuk saingan separuh akhir, walaupun mereka tidak mendapat kad kuning pada suku akhir, mereka tetap tidak dapat bermain selepas peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah yang ditetapkan bulan lalu di Moscow. - AFP

Posted by AtanShearer at 7:31 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Portugal

Detik pahit, manis Switzerland

Menang ke atas calon pilihan tetapi terpaksa menerima hakikat mereka tersingkir

BASEL (Switzerland): Bagi Switzerland, ia adalah penamat yang manis bagi kempen Kejohanan Eropah yang mengecewakan. Portugal pula akan memberi tumpuan kepada perlawanan lebih besar yang bakal menanti mereka.

Hakan Yakin menjaringkan dua gol, awal pagi semalam untuk membantu tuan rumah bersama itu kemenangan pertama pada Kejohanan Eropah dengan kejayaan 2-0.

Portugal sudah layak ke suku akhir selaku juara Kumpulan A, tetapi keputusan berkenaan sekurang-kurangnya bermakna Switzerland akhirnya berjaya memberi penyokong mereka sesuatu untuk diraikan, selepas menjadi pasukan pertama tersingkir.

“Ia adalah kemenangan yang memang hak kami. Kami bermain tiga perlawanan ‘super’ dan menunjukkan kepada orang ramai sesuatu,” kata Yakin. “Kami mahu bermain secara menyerang dan hari ini ia menjadi. Ia adalah penamat yang berbaloi.”

Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol di St Jakob Park selepas menerima hantaran rakan penyerang, Eren Derdiyok pada minit ke-71, menyepak deras melalui kaki penjaga gol Ricardo dari jarak 14 meter.

Yakin menambah jaringan kedua menerusi penalti pada minit ke-83 selepas Fernando Meira dikatakan mengasari pemain gantian Tranquillo Barnetta.

Ia memberi Switzerland kemenangan pertama dalam tiga penampilan pada Kejohanan Eropah, walaupun mengatasi pasukan Portugal yang merehatkan lapan pemain utama, termasuk, Cristiano Ronaldo dan Deco.

Switzerland hanya meraih satu keputusan seri pada kejohanan 1996 di England dan juga di Portugal empat tahun lalu.

“Kami seharusnya merehatkan 11 (pemain) berbanding hanya lapan,” kata jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari. “Kami mengambil terlalu banyak risiko ketika perlawanan ini. Saya melakukan kesilapan. Saya melakukan kesilapan besar.”

Sehingga jaringan Yakin, pemain sayap Portugal, Nani terlepas peluang terbaik pada minit ke-53 apabila rembatannya melebar ketika hanya berdepan penjaga gol Pascal Zuberbuehler, yang bermain menggantikan pemain biasa, Diego Benaglio.

Pemain veteran itu, yang akan bersara selepas kejohanan ini bersama jurulatih Koebi Kuhn, menyelamatkan sepakan dari jarak 20 meter oleh pemain sayap Ricardo Quaresma, lima minit kemudian. - AP

Posted by AtanShearer at 7:27 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Portugal, Switzerland

Bruckner Terkejut Kebangkitan Turki

GENEVA (Switzerland): Kebangkitan menakjubkan Turki selepas ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Republik Czech 3-2 dalam perlawanan Kumpulan A Euro 2008, awal pagi semalam akan kekal menghantui jurulatih yang bakal bersara, Karel Bruckner.

Warga berusia 68 tahun itu hanya tiga minit daripada melanjutkan tempohnya sekurang-kurangnya bagi satu perlawanan dalam suku akhir apabila dua gol daripada Nihat Kahveci - jaringan penyamaan hadir daripada kesilapan penjaga gol Petr Cech - memastikan dia kini boleh bersara dan menjaga kebunnya di ladang berdekatan Olomouc.

“Kekalahan itu akan mengambil masa lama untuk dilupakan,” akui Bruckner, yang sudah mengemudi Republik Czech ke tiga final besar dalam tempoh tujuh tahun dengan kemuncak adalah separuh akhir Euro 2004.

Bruckner, memberikan penjelasan bagaimana Republik Czech - yang akan kehilangan ramai pemain hebat mereka seperti penjaring gol, Jan Koller dan pemain tengah pertahanan, Tomas Galasek - kehilangan pendahuluan dengan tinggal hanya beberapa minit saja.

“Kami berkampung terlalu banyak dalam kawasan kami,” kata Bruckner yang terasa akan ketiadaan naluri perancang bintang Arsenal, Tomas Rosicky yang cedera.

“Sukar untuk kekal menguasai perlawanan dengan terlalu banyak berkampung. Pemain saya tidak boleh menangani tekanan dengan baik.

“Perlawanan bermula dengan baik. Kami menetapkan strategi dengan Koller sebagai sasaran serangan kami, yang akan mencipta banyak ruang.

“Itu menghalang kami ditekan dengan asakan dan ia berjaya. Ketika kami mendahului 2-0 kami mencipta beberapa peluang untuk mendahului 3-0 dan ia sepatutnya penamat cerita.

“Tetapi realiti berbeza. Sebaliknya kami gagal menangani babak akhir perlawanan. Bahagian kiri pertahanan semakin lemah. Kami semakin banyak berkampung.

“Ia menjadi sukar untuk bergerak keluar. Turki menjadikan 2-1 dan kemudian 2-2 kerana kesilapan individu (Cech).

“Untuk kalah seperti itu adalah menakjubkan. Kami hanya tiga minit memasuki pusingan lapan terakhir,” - AFP

Posted by AtanShearer at 7:22 PM 0 comments  

Labels: Czech, Euro 2008, Turki

Keajaiban Turki

GENEVA - Turki yang beraksi 10 pemain mara ke suku akhir Euro 2008 walaupun ketinggalan 0-2 sebelum bangkit mengejutkan Republik Czech 3-2, semalam.

Harapan Turki seakan-akan berkubur sehingga minit ke-62 selepas tandukan penyerang 'gergasi' Republik Czech, Jan Koller dan gol babak kedua pemain sayap, Jaroslav Plasil mengukuhkan kedudukan lawan yang pernah mara ke separuh akhir Euro 2004.

Namun, tiga gol pada 15 minit terakhir termasuk dua gol menerusi ketua pasukan, Nihat Kahveci pada minit ke-87 dan 89, membawa Turki ke saingan suku akhir.

Penentuan penalti tidak diperlukan selepas Turki bangkit di penghujung permainan.

Bermula dengan Arda Turan yang merembat bola leret melepasi penjaga gol, Petr Cech untuk gol pertama, Turki kembali bernafas walaupun ketinggalan 1-2.

Kahveci yang beraksi di Villarreal, menjaringkan dua gol. Gol pertama dijaringkan daripada gerakan tanpa diduga yang lazimnya dapat dijangka oleh Cech.

Kemenangan itu meletakkan pasukannya ke pusingan kalah mati bertemu juara Kumpulan B, Croatia di Vienna, Jumaat ini.

Situasi tegang tercetus di babak akhir apabila penjaga gol Turki, Volkan Demirel dilayangkan kad merah tetapi ia tidak dapat meredakan kekecewaan pemain pasukan Republik Czech.

Penentuan penalti merupakan pilihan sebelum perlawanan apabila masing-masing menang dua perlawanan dalam Kumpulan A.

Namun, akhirnya Turki mengiringi Portugal ke suku akhir manakala Republik Czech terpaksa pulang awal.

Jurulatih Republik Czech, Karel Brueckner memilih penyerang tinggi lampai Nuremberg, Koller sebagai penyerang tunggal, menggantikan bekas penyerang Liverpool Milan Baros yang semakin merosot prestasinya selepas muncul penjaring terbanyak kejohanan empat tahun lalu.

Rakan sejawat Brueckner, Fatih Terim pula menurunkan pemain Fenerbahce, Semih Senturk yang digandingkan dengan Kahveci di bahagian serangan menerusi formula tradisi 4-4-2, tidak seperti formula 4-3-3 yang digunakan ketika menentang Switzerland.

Turki bermula agresif dengan pemain kelahiran Brazil, Mehmet Aurelio mengutip kad kuning kedua kejohanan.

Selepas berterusan mengasak kubu Turki, keputusan menurunkan Koller berbaloi pada minit ke-34 apabila dia menjaringkan gol ke-55 dalam 90 penampilan antarabangsa yang juga merupakan aksi terakhir untuk negaranya.

Pertahanan Juventus, Zdenek Grygera melakukan hantaran silang untuk Koller menyambar bola tinggi dan walaupun Demirel cuba menepis, bola akhirnya menerjah gawang.

Turki menggandakan asakan di babak kedua dengan Kahveci dua kali hampir mencipta gol, namun Cech kental di gawang gol Republik Czech.

Republik Czech seakan-akan mengesahkan kemenangan selepas mendahului 2-0 apabila Plasil melepaskan rembatan deras selepas mendapat bola lintang Libor Sionko pada minit ke-62 tanpa mampu diselamatkan Demirel.

Namun, Turki mempamerkan semangat juang dan menjaringkan gol selepas menembusi pertahanan Republik Czech menerusi pemain sayap Halil Altintop menampan bola lintang untuk Turan merembat ke gawang gol.

Kesilapan Cech selepas itu membolehkan Turki menyamakan kedudukan apabila ketua pasukan, Kahveci mudah menolak masuk bola yang terlepas daripada tangkapan penjaga gol Chelsea tersebut ketika permainan berbaki tiga minit.

- AFP

Posted by AtanShearer at 5:01 AM 0 comments  

Labels: Czech, Euro 2008, Turki

Group C: Belanda vs Perancis 4-1

Saturday, June 14, 2008

Itali dan Perancis adalah finalis Piala Dunia 2006. Tapi, kedua-dua team ini diajar oleh Belanda bagaimana untuk bermain bolasepak dengan skor yang besar di Euro 2008. SSenario di dua matchday pertama Grup C ini memperlihatkan Belanda benar-benar berkembang menjadi satu kuasa bolasepak yang sangat menggerunkan.

Setelah membelasah Itali 3-0, Belanda memperkotak-katikkan Perancis 4-1. Secara keseluruhan, prestasi Oranje memang tidak sebaik masa menghadapi Itali, tapi dengan selamba saja semua pergerakan Perancis berupaya dimatikan.

Empat gol Belanda dihasilkan oleh empat pemain berbeza: Dirk Kuyt, Robin van Persie, Arjen Robben, dan Wesley Sneijder. Inilah petanda bahawa Belanda pada tahun 2008 semakin hampir dengan mewujudkan semula keindahan total football sebagaimana yang pernah mereka miliki sebelum ini.

"Ini luar biasa. Enam mata dalam dua pertandingan dan dua pasukan yang dilawan itu adalah Itali serta Perancis. Secara individu, kami memiliki kelas. Tapi, yang terpenting adalah kami benar-benar bermain sebagai sebuah team. Semua pemain mampu mengadaptasi dengan permainan team ini secara sempurna," kata Sneijder, yang terpilih sebagai man of the match oleh UEFA.

Apa yang diungkapkan Sneijder dalam kata-kata terakhirnya adalah konsep total football. Mungkinkah Belanda 2008 sudah menyamai level team Belanda di era Johan Cruyff pada 1970-an dan Marco van Basten pada 1980-an?

"Jangan bandingkan kami dengan kehebatan masa lalu. Yang saya tahu pasti team 2008 ini adalah skuad yang solid dan sentiasa bersedia bekerja keras untuk meraih kemenangan," kata Van Basten, yang kini menjadi pelatih Oranje.

Sebagai pihak yang kalah, sejumlah pemain Perancis mengakui Belanda memang layak menang. "Pemain-pemain mereka sangat bagus. Secara jujur, team Belanda kali ini memiliki segalanya," tutur penjaga gol Les Bleus, Gregory Coupet.

Hasil kejayaan ini memastikan Belanda layak ke suku akhir sebagai juara Grup C. Koleksi enam mata mereka tak mampu lagi dikejar Romania (2) dan Italia-Prancis (1). Oranje boleh relax menghadapi pertandingan terakhir Grup C menghadapi Romania, pada hari Isnin (16/6).

Posted by AtanShearer at 4:54 AM 0 comments  

Labels: Belanda, Euro 2008, France

12 PENGADIL TERBAIK EROPAH DI EURO 2008

Friday, June 13, 2008

Frank de Bleeckere (Belgium)
Pengadil kelahiran 1 Julai 1966 ini bertugas di liga Belgium. Ia sudah mengadili di peringkat saingan tempatan sejak 1998 dan menjadi pengadil FIFA sejak 2001. De Bleeckere adalah salah seorang pengadil pusingan akhir final Piala Dunia 2008. Debut mengadili peringkat antarabangsa ketika pusingan kelayakkanPiala Dunia 2002 (Cyprus vs Ireland).

Herbert Fandel (Jerman)
Pengadil dari Jerman ini pernah mengadili final Champions League 2007. Fandel juga mengadili final Piala UEFA 2008 antara Middlesbrough vs Sevilla. Dilahirkan pada 9 Mac 1964. Kerjaya sehariannya ialah adalah guru kelas piano. Beliau pernah diserang oleh penyokong pasukan Denmark pada perlawanan Denmark vs Sweden di pusingan kelayakan Euro 2008.

Howard Melton Webb (England)
Pengadil rutin di EPL dan telah menjadi langganan FIFA sejak 2005. Pegawai polis berpangkat sarjan ini dilahirkan pada 14 Julai 1971. Beliau bertugas di Balai Polis South Yorkshire. Memulakan karier pengadilan di liga tempatan Rotherham pada 1989. Pernah dikritik oleh Sir Alex Ferguson.

Konrad Plautz (Austria)
Di luar aktiviti sebagai pengadil, Plautz memang dikenali sebagai sutradara sekaligus aktor di sebuah grup teater. Sejak remaja Plautz lebih tertarik untuk mengadili pertandingan berbanding sebagai pemain. Mendapat taraf pengadil FIFA pada 1996 lalu mengendali final Piala Eropah U-16 Championship di Vienna.

Kyros Vassaras (Greece)
Agen perlancongan ini lahir pada 1 Februari 1966. Selain menjadi pengadil dan agen, Vassaras juga seorang yang berkemahiran dalam linguistik. Beliau mampu berbahasa Jerman, Inggeris, Sepanyol, disamping bahasa ibundanya Greece. Debut sebagai pengadil senior di saingan antarabangsa pada 1999, iaitu pertembungan antara Austria vs San Marino. Di tahun yang sama beliau terpilih sebagai salah seorang pengadil Piala Dunia U-17 di New Zealand. Setelah itu, Vassaras menjadi pengadil tetap Champions League, Piala Eropah, dan Olimpik.

Lubos Michel (Slovakia)
Pengadil Slovakia ini menjadi pengadil FIFA sejak usia 25 tahun. Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1968 dan pernah tampil di Piala Dunia 2002 dan Euro 2004. Michel ditempatkan di ranking ketiga terbaik pada 2005 oleh Persekutuan Ahli Sejarah dan Pakar Statistik Bolasepak (IFFHS), tempat kedua pada 2006, dan ketiga pada 2007. Beliau turut tampil di Germany 2006. Michel merupakan seorang mantan guru dan mampu berbahasa Inggeris, Rusia, Jerman, dan Poland.

Manuel E.M Gonzalez (Sepanyol)
Pengadil La Liga, Champions League, dan Piala Eropah 2004 ini lahir pada 16 April 1965.

Massimo Busacca (Switzerland)
Beliau tinggal di kota Monte Carasso, selain dari menjadi pengadil beliau juga seorang usahawan. Busacca telah menjadi pengadil di liga Swiss sejak 1996 dan mendapat pengiktirafan FIFA sejak 1999. Lelaki kelahiran 6 Februari 1969, ini juga sempat tampil di Germany 2006. Ketika itu beliau dihujani kritik kerana tak menghadiahkan kad merah kepada Gabriel Heinze. Bussacca hanya memberi kad kuning dan menutup mata terhadap kekasaran pemain-pemain Argentina, termasuk insiden yang hampir menampar pemain Mexico.

Peter Frojdfeldt (Sweden)
Dilahirkan pada 14 November 1963. Telah mengadili enam perlwanan kelayakan Piala Dunia 2006 zon Eropah. Frojdfeldt juga menjadi pengadil di aksi final Piala UEFA 2008.

Pieter Vink (Belanda)
Meneer dilahirkan pada 13 Mac 1967, di samping menjadi pengadil di liga Eredivisie, beliau juga adalah pengadil UEFA dan FIFA. Dialah pengadil pertama yang mengadili perlawanan di stadium Wembley yang baru pada 2007 lalu. Pekerjaan sebenarnya adalah sebagai polis. Beliau gemar bermain golf dan telah mengadili perlawanan suku akhir pusingan pertama Champions League 2008 antara Arsenal dan Liverpool.

Roberto Rosetti (Itali)
Rosetti memulakan karier antarabangsa pada 2003. Pengadil kelahiran Itali pada 18 September 1967 ini dimasukkan dalam senarai pengadil Piala Dunia 2006 di saat terakhir berikutan pengadil lain dikeluarkan akibat cedera. Lelaki yang mempunyai ketinggian 190 cm ini juga seorang manager sebuah hospital di Turin.

Tom H. Ovrebo (Norway)
Ovrebo dilahirkan pada 26 Jun 1966, merupakan antara pengadil yang paling disegani di Norway. Beliau telah mengadili 205 perlawanan di liga utama negaranya sejak 1992. Beliau turut beberapa kali memenangi anugerah pengadil terbaik Norway.

Posted by AtanShearer at 4:05 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Pengadil

Latar Belakang Euro 2008

Friday, June 06, 2008



Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2008 atau UEFA Euro 2008 sedang berlangsung di Austria dan Switzerland dari Jun 7 dan dijangka berakhir di Ernst Happel Stadion di Vienna pada Jun 29, 2008.

Kejohanan ini akan disertai oleh 16 pasukan. Austria dan Switzerland layak secara automatik sebagai tuan rumah dan 14 pasukan lain dipilih melalui peringkat kelayakan. Juara Euro 2008 akan mewakili benua Eropah dalam Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan.

Dua maskot rasmi telah dipersetujui untuk EURO 2008, satu undian yang melibatkan orang awam di kedua-dua negara tuan rumah telah diadakan untuk memilih nama bagi kedua-dua maskot ini, antara nama yang disenaraipendekkan untuk dipilih ialah:

1.Zagi dan Zigi
2.Flitz dan Bitz
3.Trix dan Flix

Selepas menerima 36.3% undian, nama Trix dan Flix telah dipilih.

Berikut adalah senarai nama kumpulan dan negara yang layak bertanding di EURO 2008.

Kumpulan A: Republik Czech • Portugal • Switzerland • Turki
Kumpulan B: Austria • Croatia • Jerman • Poland
Kumpulan C: Perancis • Itali • Belanda • Romania
Kumpulan D: Greece • Rusia • Sepanyol • Sweden


Posted by AtanShearer at 5:36 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008

EURO 2008 KEMBALI!

Sekali lagi Kejohanan Bolasepak Eropah ataupun lebih dikenali sebagai Euro menemui kita. Maaf kerana memang sudah lama saya tidak menulis sebarang komen atau pandangan mengenai bolasepak ataupun lain-lain sukan di blog ini.

Hal ini berlaku disebabkan mutu bolasepak negara yang semakin lesu tetapi pada masa yang sama tidak pernah lesu dengan pelbagai kontroversi dan masalah dalaman. Ia membuatkan saya tawar hati untuk menulis apa-apa. Sekadar menulis di blog ini hanya umpama anjing yang menyalak bukit. Tiada apa-apa perubahan yang bakal berlaku dalam bolasepak negara selagi tidak di'samak' seluruh organisasi FAM terlebih dahulu.

Berbalik kepada EURO 2008, jika nak diikutkan hari ini sudah masuk perlawanan ke-3 peringkat kumpulan. Memang saya agak terlambat memulakan komen di blog ini berkenaan kejohanan ini tetapi 'lebih baik lambat dari tak buat langsung'.
Oleh itu jangan lupa mengunjungi blog ini untuk membaca komen dan pandangan peribadi saya terhadap perlawanan-perlawanan sepanjang kejohanan ini berlangsung!

Posted by AtanShearer at 5:00 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008

Masalah gaji dorong pemain terbabit rasuah

Monday, April 28, 2008

PETIKAN BERITA HARIAN 28 APRIL 2008

Masalah tiada gaji dorong pemain terbabit rasuah: Zolkples

KEGAGALAN beberapa persatuan bola sepak negeri melunaskan pembayaran gaji pemain dilihat sebagai antara faktor yang boleh mendorong pemain membabitkan diri dengan gejala rasuah yang kini kembali menyelubungi bola sepak negara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, berkata persatuan bola sepak negeri tidak wajar menabur janji manis kepada pemain dengan tawaran lumayan semata-mata untuk memperoleh khidmat mereka tetapi akhirnya gagal menunaikannya.

"Masalah ini harus diatasi terlebih dulu jika tidak mungkin kita boleh lupakan saja mengenai bola sepak," kata Zolkples.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan had gaji bagi pemain, namun kebanyakan negeri dan kelab tidak mematuhi had gaji itu dan kerap menawarkan bayaran 'bawah meja' kepada pemain tanpa sebarang kontrak.

Kerap kali janji untuk bayaran bawah meja itu tidak ditunaikan sesetengah negeri dan kelab tetapi pemain pula tidak dapat menuntut hak mereka kerana ia tidak termaktub dalam kontrak gaji yang ditandatangani.

Akhirnya, ia pasti membuka kemungkinan kepada pemain untuk menerima sumber kewangan lain yang mampu mengatasi ketiadaan bayaran bawah meja yang dijanjikan pasukannya.

Posted by AtanShearer at 10:14 AM 0 comments  

Labels: FAM, Liga M, Malaysia, MSN

Kembali urus bola cara amatur

Petikan Berita Harian 28 April 2008

'Kembali urus bola cara amatur'
Oleh Lukman Salleh

Kos pengurusan lebih rendah, pemain mempunyai jaminan masa depan: Mazlan

GEJALA rasuah bola sepak yang berulang memberi petunjuk jelas Liga Semi-Pro yang diperkenalkan pada 1989 dan kemudian Profesional sepenuhnya pada 1994 gagal mengangkat martabat sukan ini serta membanteras wabak mengatur keputusan perlawanan.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, berkata hanya ada satu langkah untuk memulihkan bola sepak negara iaitu kembali semua kepada era amatur.



"Selepas gejala rasuah bola sepak kembali dibongkar, saya semakin yakin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perlu kembali kepada liga amatur," kata Mazlan mengulas mengenai pendedahan rasuah bola sepak yang melanda liga tempatan ketika ini.

"Selepas lebih sedekad diperkenalkan, apakah kebaikan liga profesional? Pasukan kebangsaan tidak menunjukkan banyak peningkatan, gejala rasuah berleluasa dan tampak tiada kesudahannya.

"FAM perlu bertanya pada diri sendiri ataupun membuat kajian sama ada perlu dikekalkan liga profesional ini atau mengambil tindakan drastik kembali ke liga amatur. Bagi saya kita tidak perlu berasa malu untuk kembali kepada era amatur.

"Mungkin orang akan berkata kita kembali ke belakang dengan tindakan ini dan malu untuk berbuat demikian, tetapi apakah kita tidak berasa malu dengan gejala rasuah yang melanda bola sepak Malaysia?," kata Mazlan.

Tokoh sukan tanah air itu berkata sejak Liga Profesional diperkenalkan timbul banyak masalah terutama membabitkan soal kewangan dengan persatuan negeri atau kelab bergantung sepenuhnya kepada geran tahunan FAM untuk menampung perbelanjaan mereka.

"FAM tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana persatuan negeri juga harus bertanggungjawab," kata Mazlan. "Bagi saya jika kita kembali kepada amatur, kos pengurusan lebih rendah dan pemain pula mempunyai jaminan masa depan kerana mempunyai pekerjaan dan bola sepak hanya sebagai aktiviti sampingan.

"Dalam Liga Profesional pemain perlu memikirkan masa depan mereka dan jika mereka tidak memiliki pendirian tegas mungkin mudah untuk dipengaruhi bookie. Selain itu, gaji yang lewat juga menyumbang kepada masalah ini.

"Kita seperti tidak belajar daripada apa yang berlaku pada 1994 apabila ramai pemain ditahan, digantung dan dikenakan tindakan Kediaman Terhad kerana terbabit dengan rasuah bola sepak. Kita anggap masalah itu sudah selesai.

"Tetapi, nyata andaian itu meleset sama sekali dengan rasuah bola sepak kembali menular. Sekarang ini kita perlu melihat keadaan liga profesional kita dengan lebih serius," kata Mazlan.

Posted by AtanShearer at 10:09 AM 0 comments  

Keputusan PRU pengaruh pengurusan sukan?

Monday, March 10, 2008

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 10 MAC 2008

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Keputusan mengejut Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kelmarin yang melibatkan tokoh sukan khususnya bola sepak, bakal mempengaruhi kedudukan mereka dalam pengurusan pasukan atau persatuan negeri masing-masing.

Kekalahan pemimpin bola sepak daripada Barisan Nasional (BN) dianggap akan menyukarkan perjalanan dan pentadbiran persatuan negeri (FA) selepas ini yang dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak sebagaimana yang dialami oleh Kelantan sejak sekian lama.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis FAM dari Kelantan, Datuk Annuar Musa dan pengurus pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz merupakan antara yang kalah dalam perebutan kerusi Parlimen Batu Kawan dan Ketereh serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

Malah, bagaimanakah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan campuran pembangkang sekalipun kemenangan masih menyebelahi Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (DUN Sungai Panjang), pengurus pasukan Gergasi Merah – Datuk Satim Diman (DUN Seri Serdang) dan Datuk Subahan Kamal (DUN Taman Templer), kelmarin.

Perubahan pucuk pimpinan dalam FA pula bakal menjadi jawapan bernas bagi persoalan itu manakala pembangunan sukan berkenaan tidak ketinggalan mungkin dihantui keadaan yang tidak menentu malah tidak mustahil, terbantut seketika.

Kini sejauh mana dan tanda tanya kelangsungan pembangunan sukan khususnya kadar peruntukan kewangan kepadanya, cuma mampu dijawab menerusi pelantikan ahli exco kerajaan negeri berkenaan yang berkaitan sukan.

Situasi pembangunan sukan tidak akan terusik sekiranya penyandang jawatan exco sukan itu merupakan seorang tokoh yang cukup meminati sukan dan tidak mengenal untuk membeza-bezakan antara BN dengan pembangkang.

Annuar masih sanggup menjadi pengurus pasukan Kelantan dalam persaingan Liga Perdana walaupun negeri Pantai Timur itu sekian lama dikuasai Pas dan salah seorang tokohnya, Datuk Takiyuddin Hassan juga merupakan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia dan mempertahankan kerusi DUN Bunut Payong.

Sementara itu yang terselamat daripada tsunami politik dalam PRU 2008 ialah Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau dan seorang lagi pegawai kanan FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar di Parlimen Kubu Gajah (Perak) selain Ahli Majlis, Datuk Ismail Kassim (Parlimen Arau, Perlis).

Turut berjaya mempertahankan kerusi masing-masing ialah Presiden FA Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan (DUN Rantau); Presiden FA Kedah, Datuk Mahdzir Khalid (DUN Pedu) dan Presiden FA Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (DUN Tambun Tulang).

Walau apa pun keputusan PRU 2008, rakyat yang juga peminat sukan pasti tidak mahu kerajaan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan menganaktirikan negeri yang dikuasai oleh pembangkang dari segi peruntukan kewangan demi pembangunan sukan tanah air.

Siapa lagi yang menjadi mangsa utamanya jika bukan atlet dan sudah tentu Malaysia tidak rela kehilangan bakat sukannya?

Posted by AtanShearer at 9:37 AM 0 comments  

Malaysia International Matches 1953-2001

Friday, August 03, 2007

Keputusan lengkap perlawanan antarabangsa skuad Harimau Malaya dari tahun 1953 hingga 2001 "http://www.rsssf.com/tablesm/malay-intres.html

Posted by AtanShearer at 2:15 AM 0 comments  

PRESTASI MALAYSIA ERA SULTAN AHMAD SHAH

Apa yg boleh dibanggakan dengan Rekod Bola Sepak Malaysia di era Sultan Ahmad Shah? (1984-2007)

Pestabola Merdeka
1985 - Korea Selatan
1986 - Malaysia
1987 - Olimpik Czechoslovakia
1988 - Hamburger SV
1991 - Admira Wacker (Austria)
1993 - Malaysia
1995 - Iraq
2000 - New Zealand
2001 - Uzbekistan
2006 - Myanmar

Rekod Bola Sepak Malaysia

Piala Dunia
1984-2006: Tidak layak

Sukan Olimpik
1984-2008: Tidak Layak

Piala Asia
1984-2004: Tidak layak
2007 - Layak selaku tuan rumah

Piala Tiger/AFF
1966: Naib juara
1998: Peringkat kumpulan
2000: Tempat ketiga
2002: Tempat keempat
2004: Tempat ketiga
2007: Separuh akhir

Sukan Sea
1985: Gangsa
1987: Perak
1989: Emas
1991: Peringkat kumpulan
1993: Peringkat kumpulan
1995: Peringkat Kumpulan
1997: Peringkat Kumpulan
1999: Peringkat Kumpulan
2001: Perak
2003: Gangsa
2005: Gangsa

Keputusan perlawanan Tahun 2007 sehingga Julai (Menang 1, Kalah 6)

March 26, 2007, Colombo, Sri Lanka - Sri Lanka 2 - 1 Malaysia Friendly
June 18, 2007, Kuala Lumpur, Malaysia - Malaysia 6 - 0 Cambodia Friendly
June 21, 2007, Kelana Jaya, Malaysia - Malaysia 1 - 3 United Arab Emirates Friendly
June 28, 2007, Kuala Lumpur, Malaysia - Malaysia 0 - 2 Jamaica Friendly
July 10, 2007, Kuala Lumpur, Malaysia - Malaysia 1 - 5 China PR AFC Asian Cup
July 14, 2007, Kuala Lumpur, Malaysia - Malaysia 0 - 5 Uzbekistan AFC Asian Cup
July 18, 2007, Kuala Lumpur, Malaysia - Malaysia 0 - 2 Iran AFC Asian Cup

Posted by AtanShearer at 2:00 AM 0 comments  

PAK LAH DAH SOUND TU.. TUNGGU APA LAGI??

Petikan Berita Harian-2/8/07

PM arah letak jawatan
Oleh Ahmad Khawari Isa dan Azidan Nahar



Kabinet larang menteri, timbalan, setiausaha Parlimen terajui persatuan sukan

PUTRAJAYA: Kabinet semalam membuat keputusan melarang semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen memegang jawatan dalam persatuan sukan bagi mengelak dibebani terlalu banyak tanggungjawab.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengarahkan semua yang terbabit melepaskan jawatan masing-masing dalam persatuan sukan, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata keputusan itu bagaimanapun tidak membabitkan Menteri Besar atau Ketua Menteri.


Komen AtanShearer:

Arahan Pak Lah ni amat lah di tunggu-tunggu oleh peminat bolasepak khususnya dan sukan amnya yg dh bosan melihat kelibat ahli politik terutamanya pak-pak menteri yg menyibuk dlm urusan pentadbiran persatuan sukan.

Malangnya arahan ini tidak melibatkan para Menteri Besar dan Ketua Menteri serta wakil-wakil rakyat. Alangkah bagusnya kalau ia mencakupi sekali para wakil rakyat dan juga kerabat diRaja.

Ini adalah kerana tugas utama wakil rakyat dan menteri besar adalah untuk mentadbir kawasan dan negeri masing-masing. Penglibatan mereka dlm persatuan sukan membuatkan ramai menganggap ahli politik menggunakan kedudukan dalam persatuan untuk kepentingan politik mereka.

Institusi Raja pula sepatutnya dihormati oleh rakyat jelata. namun apabila ada dikalangan raja dan kerabatnya yg ingin mencemar duli menabur bakti kepada persatuan sukan banyak buruk dari baiknya.

Yang buruk ialah raja/kerabat raja tersebut tidak lagi dihormati oleh rakyat jelata andaikata prestasi sukan yg diketuai gagal mencapai tahap yg memuaskan. Peminat dan penyokong sukan tersebut akan terang-terangan mengkritik raja/kerabat raja ini. Hal ini bercanggah dengan prinsip asas mana-mana institusi beraja di mana raja harus di taati dan dihormati.. bukannya di keji dan di caci.

Oleh itu amat wajar jika raja dan kerabat raja juga wajar dilarang dr menerajui mana-mana persatuan sukan demi menjaga daulat dan darjat raja itu sendiri.

Posted by AtanShearer at 1:32 AM 0 comments  

CAYALAH IRAQ!

Monday, July 30, 2007

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Iraq yg berjaya menjuarai Piala Asia buat kali pertama kelmarin. Apa yg lebih mengagumkan ialah kejayaan jurulatih Iraq (Jorvan Vieira)yg hanya diikat kontrak selama 2 bulan berjaya membuktikan sesuatu.. terutamanya kepada FAM yg telah memecat beliau dr menjadi jurulatih bawah 20 tahun satu masa dulu. kononnya beliau gagal dlm misi yg telah ditetapkan.

Kenapa dia boleh berjaya di Iraq dlm tempoh 2 bulan tapi di Malaysia beliau gagal? Banyak faktor yg boleh dikaitkan dengan kegagalan beliau di sini. Oleh itu sememangnya benar andaikata ada pihak yg kata jika jawatan jurulatih diberikan kepada Sir Alex Ferguson pun beliau akan lari malam kerana x tahan dengan apa yg ada di Malaysia.

Bukan sebab masalah kelengkapan asas, sebaliknya masalah kekurangan infrastruktur sebagaimana yg dikatakan oleh LIM TEONG KIM masih ada cara untuk di atasi, kerana Iraq.. Togo.. Angola bukanlah sebuah negara yg lengkap dengan infrastruktur sukan yg canggih namum mereka tetap berjaya.

Sebaliknya sikap dan mentaliti pemain yg bakal membuatkan para jurulatih pening kepala. itu belum ditambah lagi dengan sikap bodoh sombong para pegawai FAM yg hanya pandai cakap tapi x pandai buat kerja.. Ini lah yg membuatkan banyak coach bertaraf antarabangsa sakit kepala.

Claude Le Roy juga bukan calang2 coach..namum beliau gagal membawa perubahan kepada bolasepak Malaysia, sebaliknya beliau berjaya membawa Cameroon ke piala dunia selepas itu.

Begitu juga dengan Alan Harris bekas pemain Chelsea yg x berupaya membuat sesuatu. Beliau dengan nada kesal sering mengatakan bahawa pemain Malaysia masih lemah dari aspek teknikal.. apatah lagi tektikal. camna beliau x kata macamtu..pemilihan boot yg bersesuaian mengikut keadaan pitch pun masih perlu beliau ajar.

Sebenarnya apa yg membezakan pemain kita dan Iraq ialah KESUNGGUHAN, KOMITMEN, KEPANTASAN, SKIL INDIVIDU dan juga TAKTIKAL.

Sebagai bukti lihat saja klip ini. Sedutan perlawanan Iraq vs Malaysia dlm Sukan Asia Doha 2006 di mana kita dibelasah Iraq 4-0. Tengoklah mutu permainan antara mereka dan kita. Umpama pasukan div 1 menentang pasukan div 3.





Posted by AtanShearer at 12:03 PM 0 comments  

Labels: Asian Cup, FAM, Malaysia, Piala Asia, Video Klip

LIGA SEMI-PRO: Sekat Rezeki Pemain??

Thursday, July 26, 2007

Komen-komen pemain pro andaikata FAM kembali kepada Liga Semi-Pro:

Norhafiz Zamani Misbah- “Apa yang boleh saya tegaskan ialah tindakan itu sudah tentu akan menyekat rezeki kami. Apa yang diterima tidak setimpal dengan cara bermain yang mana kami melakukannya dengan bersungguh-sungguh,”

(Komen AtanShearer: Sekat rezeki? Gaji tak setimpal? Usaha bersungguh-sungguh? Kelakar laa.. gaji ribu-ribu mengalahkan gaji pensyarah masih kata x setimpal. Patutnya gaji korang cuma 2-3 ribu je. Baru setimpal dengan prestasi korang yg main macam budak sekolah)

Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (penyerang skuad Olimpik negara)- “Mereka sudah mencapai taraf profesional tetapi diturunkan kepada amatur. Standard kita dipertikaikan kerana apa yang berlaku bukan kehendak kami.

“Kami bukan bermain suka-suka walaupun keadaan masih begini. Bagi saya, soal gaji memang memberi kesan kepada pemain kerana selama ini sumber pendapatan mereka hanya bola sepak,”

(Komen AtanShearer: kalau dh main macam budak kampung.. apa salahnya diturunkan jadi amatur?)

Nazrul Erwan Makmor (PKNS)- “Kita sudah maju ke hadapan dengan memasuki era profesional dan tiada sebab untuk berundur ke belakang.

(Komen AtanShearer: Maju ke depan? apa yg maju? Ko nak kata prestasi korang semakin maju? mimpi laa..ko sendiri dulu asal main dlm liga super tapi sekarang ni main dlm liga perdana.. makin maju ke camtu??)

“Lagipun pendapatan pemain terjejas kerana gaji semi-pro atau amatur pastinya rendah.

(Komen AtanShearer: Tau tak pe.. korang ingat standard permainan korang tu pro sangat ke? pemain amatur vietnam lagi terer dr korang. Oleh itu wajar la kalau gaji korang standard gaji pemain semi-pro je.. syukurla sbb korang bukannya pemain vietnam)

“Meskipun ada dua sumber pendapatan dengan satu daripada majikan manakala satu lagi elaun yang diberikan pasukan, namun jumlahnya tidak setinggi diperolehi pemain profesional.

(Komen AtanShearer: pikir duit je korang ni.. tapi korang tak pernah pikir ke gaji ngan prestasi korang tu setimpal ke?)

“Bermain sebagai pemain semi-pro atau amatur turut menyebabkan pemain terikat dengan majikan sekali gus menyukarkan mereka memberikan perhatian kepada latihan.

“Pemain perlu mendapatkan pelepasan daripada majikan dan jika program majikan dan pasukan bertembung, sudah tentu pemain tidak dapat menyertai sebarang aktiviti pasukan,”

(Komen AtanShearer: ini aku setuju!)

Rudie Ramli (TMFC)- “Pemain hari ini beraksi sepenuh masa sebagai pemain bola sepak dan faktor itu menyebabkan fokus mereka hanya kepada sukan ini saja. Jika perubahan (semi pro) dilakukan, ia akan pasti memberi kesan negatif kepada prestasi kerana mereka perlu melaksanakan dua tanggungjawab.

(Komen AtanShearer:selama ni korang jadi pemain pro.. x fokus pun.. main tetap macam budak sekolah gak..camno tu?)

“Selain itu, perubahan terbabit akan melemahkan semangat pemain kerana pendapatan yang terjejas malah aspek itu bakal menjadi penentu utama kepada prestasi mereka kerana pemain di liga Malaysia tidak menerima habuan tinggi seperti pemain Eropah lain.

(Komen AtanShearer: memang la x sama sebab standard korang main lagi teruk dari pasukan budak sekolah pompuan diorang.. memang la takkan dapat habuan tinggi macam pemain eropah)

“Perkara itu juga bakal mendatangkan masalah kepada pemain terutamanya yang sudah berusia kerana rata-rata daripada mereka tidak memiliki latar belakang pendidikan tinggi. Jadi agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan,”

(Komen AtanShearer: Tau tak pe..takkan setakat lulus SPM nak demand gaji macam Professor.:D) kalau main mantap x pe la jugak..

Posted by AtanShearer at 10:06 AM 1 comments  

LIGA PRO vs LIGA SEMI-PRO



Sejak tragedi piala asia melanda skuad negara, pelbagai pandangan diutarakan terhadap perjalanan LIGA M kita. Ada yg sarankan supaya kembali pada liga semi-pro dan ada pula yg sarankan supaya FAM kekalkan liga professional. Macam-macam pandangan boleh didengar. Kedua-dua ada baik buruknya. Bagaimana pun ini pula pandangan ATANSHEARER:

Posted by AtanShearer at 8:39 AM 0 comments  

IQ & SUKAN: ADA KAITANKAH?

Monday, July 23, 2007

Seringkali menjadi persoalan umum adakah kebijaksanaan (IQ) seseorang atlit itu mempengaruhi prestasi beliau ketika beraksi? Ada yg menyokong dan ada pula yg menyangkal hipotesis ini. Sebagai contoh klasik ramai yg memberikan contoh mengapa prestasi pasukan hoki lebih cemerlang berbanding pasukan bola adalah kerana faktor ini. Rata-rata pemain hoki adalah mahasiswa universiti, malah ada antara mereka bukan calang2 mahasiswa. Ada yang mengambil jurusan perubatan dan sebagainya.

Oleh itu tidak hairanlah jika Nicol David menjadi pemain no 1 dunia ketika ini kerana kejayaan akademiknya juga amat cemerlang.

Tapi bagaimana pula dengan pemain2 bolasepak kita? Rata-ratanya lepasan SPM saja.. itupun tidak diketahui sebagus mana keputusan mereka. Kalau masa sekolah dulu dlm kelas pun payah nk tangkap apa yg cikgu ajar..agaknya sama la situasinya apabila di padang. Lain yg coach tunjuk lain yg difahami agaknya. Ataupun terlalu menurut bulat2 apa yg coach ajar. coach kata A.. A lah yg dibuat atas padang. tanpa memikir terlebih dahulu kesesuaian antara teori coach dan praktikal atas padang. Sebab itulah agaknya Prof Khoo Kay Kim kata pemain bola kita macam robot. Tapi Raja Ahmad Zainudin melenting la pulak.. tapi itulah hakikatnya. Hakikat bahawa pegawai FAM x boleh terima hakikat yg sebenar.

Akhirnya baru-baru ini sudah ada pihak yg membuktikan secara kajian ilmiah mengenai isu ini. Berikut adalah petikan dr harian metro selasa 23/7/07.

Pemain lemah matematik

KEJATUHAN mutu bola sepak Malaysia ke paras paling rendah selepas kegagalan kempen Piala Asia baru-baru ini menerima pelbagai reaksi.Ada yang berpendapat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengemukakan pasukan ke kejohanan antarabangsa dalam masa tertentu.

Malah paling keras menyalahkan liga bola sepak profesional merosakkan pemain, menjadikan mereka pemalas, bermewah, gila glamor dan tiada daya usaha bersaing dan kompetitif.Ikuti pula pendapat ahli akademik berhubung isu ini yang diwawancara wartawan Arena Metro, Alias Abd Rani.BUKAN sekadar omong kosong tetapi inilah realiti yang sepatutnya menjadi renungan kepada semua bukan sahaja pemain kebangsaan malah pengurusan yang mana kejatuhan prestasi bola sepak ada penyebabnya.

Mungkin ada yang mengatakan ianya pelik tetapi hasil kajian menunjukkan majoriti pemain tidak kiralah mereka wakil negeri mahupun negara terdiri daripada mereka yang lemah matematik.Hakikatnya, kelemahan inilah yang mengundang kepada kegagalan dalam membuat keputusan lebih baik terutamanya apabila berdepan dengan perlawanan peringkat antarabangsa.Pensyarah Kanan Pengurusan Sukan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Salleh Aman, berkata keupayaan otak dalam membuat pemikiran seharusnya diberi penekanan kerana ia adalah asas akademik dalam bola sepak.

Beliau berkata, kebanyakan pemain yang ada (daripada pencapaian akademik) lemah dalam subjek itu.“Selain matematik, mereka perlu memiliki empat perkara lain iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memang sejak kecil diajar bermain bola sepak tetapi hanya membangunkan peringkat fizikal.

“Bayangkan 90 peratus mereka lemah matematik yang paling ketara. Kaitannya dalam hal ini adalah mereka tidak mampu memikirkan apakah yang perlu dilakukan untuk membuat sesuatu apabila beraksi di padang.“Sebagai contoh pemain yang bertindak di bahagian serangan dan pada masa sama dia juga membuat keputusan (menjaringkan gol),” katanya.Dr Salleh berkata, keadaan ini masih boleh diperbetulkan dengan adanya tindakan daripada pihak tertentu termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau persatuan lain untuk mengatasinya.

“Banyak cara kita boleh lakukan tetapi kaedah terbaik ialah mewujudkan biasiswa untuk mereka baik di sekolah rendah, menengah, pra-universiti mahupun peringkat universiti,” katanya.

Posted by AtanShearer at 6:02 PM 0 comments  

TOGEL.. APA TU?!

Posted by AtanShearer at 1:14 AM 0 comments  

MALANGNYA...

Saturday, July 21, 2007

Sekalung tahniah buat Tengku Abdullah yang berani mengambil keputusan yg boleh dianggap sebagai bertanggung jawab dan penuh accountability di atas apa yg telah melanda skuad negara di piala asia.

Tapi MALANGNYA..pengunduran Tg Abdullah yg sepatutnya dilihat sebagai isyarat jelas bahawa sudah tiba masanya pucuk pimpinan FAM ditukar tidak mencapai matlamat. Hanya KJ saja yg mengambil langkah yg sama.

Individu2 lain dlm FAM masih berdegil dan berkeras untuk terus kekal. Terutamanya Presiden FAM sendiri yg secara terang-terangan berkata tidak akan melepaskan jawatannya.

‘‘Saya bukan seorang yang pengecut sebaliknya adalah pejuang sejati sukan bola sepak negara.’’

‘‘Saya tidak akan berundur selagi masalah-masalah ini (prestasi buruk skuad Malaysia) tidak dapat diselesaikan. Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab (sebagai Presiden FAM),’’
titah baginda kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mungkin baginda bukan seorang pengecut.. tapi sebagai pejuang sejati amat disangsikan. kerana baginda bukan sahaja gagal menaikkan prestasi pasukan negara malah memalukan negara di serata dunia melalui sukan bolasepak.

Rakyat asing Myanmar dan Vietnam serta Indonesia di negara ini dengan mudah mempersendakan negara kita gara2 prestasi lemah pasukan bolasepak kita berbanding pasukan negara mereka.

Baginda juga turut bertitah:


‘‘Tidak bolehlah kata saya tidak menjalankan tugas. Saya telah berkecimpung dalam FAM sejak 1984, dari FAM tidak ada apa-apa sehingga FAM ada bangunan sendiri dan sumber kewangan sendiri untuk urusan pentadbiran."

Memanglah baginda bekerja keras untuk mencari sumber kewangan untuk FAM. Tapi itu dari segi wang ringgit. Dari segi kejayaan skuad negara di peringkat antarabangsa, kerja apa yg telah baginda lakukan?

‘‘Selama lebih 23 tahun ini, saya telah beri seluruh jiwa dan raga untuk membolehkan FAM dan pasukan kebangsaan bertambah baik dari semasa ke semasa,’’

Baginda kata dh beri jiwa raga pd FAM supaya team malaysia bertambah baik? apa yg bertambah baik? angka ranking dunia yg semakin bertambah ada laa..

Oleh itu pengunduran Tengku Abdullah sepatutnya disusuli oleh ayahanda baginda dan beberapa pegawai kanan FAM seperti Raja Ahmad Zainuddin dan juga Ibrahim Saad.

Apa yg ketara ternyata kini sumbangan dua kerabat pahang ini gagal menaikkan kembali nama Malaysia di persada bolasepak antarabangsa sekali pun telah diberi peluang selama 23 tahun untuk mereka buktikan sesuatu kepada rakyat Malaysia.

Posted by AtanShearer at 11:39 PM 0 comments  

AKHIIRNYA...



Oleh AtanShearer:

Akhirnya Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah telah meletakkan jawatan beliau selaku Timbalan Presiden FAM berkuatkuasa serta merta pada 15 Julai 2007.

Mungkin akibat desakan dan kritikan hebat terutamanya ketika sebelum bermulanya perlawanan Malaysia-Uzbek. Sebagaimana dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sejumlah peminat bolasepak telah mengadakan perhimpunan di luar stadium untuk melahirkan bantahan dengan prestasi skuad negara serta pengurusan FAM dan mendesak agar pengurusan di peringkat tertinggi meletakkan jawatan.

Jawatan tersebut telah beliau sandang selama 15 tahun. Tengku Abdullah, yang mula menjawat jawatan sebagai Naib Presiden pada 1984 dan selepas itu dilantik sebagai Timbalan Presiden pada Februari 1992.

Banyak reaksi yg diterima.. ada yg kurang setuju.. ada yg terkejut..yg buat-buat terkejut pun ada.. aku tergolong dlm kategori yg sangat setuju dengan pengunduran secara terhomat ini.

Dlm 15 tahun beliau di dalam FAM ternyata x banyak perubahan yg mampu dilakukan beliau untuk meningkatkan lagi martabat bolasepak kita. Oleh itu wajarlah tempat beliau diganti oleh individu yg lebih dinamik.

Posted by AtanShearer at 12:46 PM 0 comments  

PROTES RAKYAT TERHADAP FAM

Sunday, July 15, 2007






Syabas kepada pihak yg menjayakan protes ini..

Posted by AtanShearer at 12:01 AM 0 comments  

NAK ROMBAK FAM??

Friday, July 13, 2007



Sejak Malaysia kena belasah 5-1 dengan China banyak bunyi-bunyi yg mahukan FAM dirombak pengurusannya. Ini bukanlah isu baru.

Sebenarnya nak rombak FAM ni x semudah seperti yg dikata..semuanya bergantung kepada org yg pegang kuasa.. kalau dia rasa masih nk berkuasa.. selagi tu lah dia akan berkuasa andaikata x dicabar dlm AGM. (amalan demokrasi dlm persatuan)yg nk cabar jawatan pulak..bukannya boleh sebarangan org. bukan suka-suka boleh angkat shebby ker.. prof. khoo kay kim ker.. tp org tu kenalah jadi ajk FAM dulu. nak jadi ajk FAM kenalah jadi ajk mana2 persatuan bola negeri.

kita boleh sebut nama siapa saja yg kita suka.. shebby ka.. zainal abidin hassan ka.. zainal abidin rawop ka..hasbullah awang ka.. yg penting depa ni kena jadi ahli majlis FAM terlebih dulu.. baru layak untuk bertanding merebut jawatan dlm FAM. itu pun kalau dicalonkan oleh ahli2 lain. kalau ahli2 lain semua masih pro kepada kerabat pahang, tak mau sokong individu2 pilihan rakyat malaysia ni..tak jadi jugak

pokok pangkalnya kalau nk ubah FAM ni kena ubah dari akar umbi.. dari peringkat persatuan bolasepak daerah/negeri dh kena cantas benih2 busuk ni. sebab diorang ni lah yg bakal diangkat dan dipilih untuk menerajui pucuk pimpinan tertinggi FAM.apa nk buat.. dh perlembagaan FAM kata camtu cara pemilihan pucuk pimpinan mereka.. melainkan yg pegang kuasa tu sedar diri dan secara sukarela undur diri.. itupun rasanya pasti bakal diganti dengan mereka yg 2X5 juga..

Posted by AtanShearer at 10:23 PM 0 comments  

Luahan hati Timbalan Presiden FAM mengenai prestasi Malaysia lawan China


Petikan Berita Harian 13/7/07

“PERSEMBAHAN yang amat memalukan.” Penilaian itu diluahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), yang tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa ekoran aksi hambar skuad negara ketika kecundang 1-5 di tangan China dalam aksi pembukaan Kumpulan C Kejohanan Piala Asia, Selasa lalu.

“Saya minta maaf pada penonton dan kalau boleh saya nak salam dengan setiap penonton tapi apakan daya...saya pun teramat sedih dengan aksi mereka,” katanya ketika ditemui di Kuantan, semalam.



Komen AtanShearer:

Tengku Abdullah tak perlulah bersusah payah nak ambil hati penyokong Malaysia dengan cara nk salam setiap penonton untuk memohon maaf. Cukuplah jika tengku rasa insaf dengan apa yg telah berlaku selama ini dan undurlah diri dengan cara terhormat. Jangan lupa bawa sekali konco-konco anda bersama. Tindakan ini lebih menyenangkan semua peminat pasukan Malaysia. Setakat salam je tak guna!

Posted by AtanShearer at 10:04 PM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia, Tengku Abdullah

SIZE DOES MATTER??

Wednesday, July 11, 2007

Oleh AtanShearer:

Betul ke kelebihan fizikal seseorang pemain tu penting dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan? Nak kata 100% benar tu tak laa.. sebab masih ada pasukan atau pemain yg bersaiz kecil tapi masih boleh menyerlah. Cuma faktor fizikal inilah yg sering digunakan sebagai alasan apabila sesebuah pasukan itu kalah. Terutamanya pasukan Malaysia.. FAM mmg gemar menggunakan alasan ini.

Paling terkini FAM telah menggunakan alasan faktor fizikal ini ketika Malaysia kena belasah dengan pasukan China 5-1. Kononnya pemain2 China tinggi2 belaka. Secara purata ketinggian mereka 1.84m (menurut ulasan Hasbullah Awang) berbanding dengan purata ketinggian pemain Malaysia yg cuma 1.7+m je.

Tinggi atau rendah bukanlah ukuran.. yg penting kemahiran taktikal coach dan kemahiran skill pemain tu sendiri. Contoh klasik ialah Maradona (165cm) dan Zola (166cm). Bintang terkini macam Craig Bellamy (168cm) dan Shaun Wright-Phillips (166cm) juga x besar mana..



Begitu juga dengan pemain-pemain Mexico yg rata-rata sama saiz dengan pemain Malaysia. Tapi prestasi mereka macam langit dengan bumi berbanding pasukan kita. Itu contoh di peringkat antarabangsa.. kita tengok saja contoh yg dekat dengan kita. Vietnam umpamanya. Pemain-pemain Vietnam ada yg sebahagiannya lebih kecil dari pemain kita. Tapi kelincahan mereka membuatkan kemenangan selalu di pihak mereka.

Apabila kita kalah dengan pasukan yg bersaiz besar, alasan mereka faktor fizikal. Tapi bagaimana pula kalau kalah dengan pasukan yg bersaiz kecil?

Dalam kejohanan Piala Danone B-12 baru-baru ni, saiz bebudak Malaysia mmg kecil berbanding saiz pihak lawan dari eropah, tapi skil pemain serta taktikal coach membolehkan Malaysia berada di tangga ke-17 secara keseluruhan.

Pendekata kekalahan besar Malaysia tempohari bukanlah disebabkan oleh faktor saiz fizikal lawan semata-mata tapi ditambah dengan kegagalan Norizan Bakar menyusun strategi dan taktik ngan bersesuaian. Mungkin Norizan perlu belajar dengan coach Piala Danone Malaysia bagaimana nak susun strategi ketika berhadapan dengan lawan yg lebih besar.

Posted by AtanShearer at 10:58 AM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License