skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ▼ June (20)
      • Rustu umum persaraan
      • Suku Akhir: Sepanyol vs Itali
      • Kenapa Team Belanda Memakai Arm Band Hitam?
      • Suku Akhir: Belanda vs Russia
      • Suku Akhir: Turki vs Croatia
      • Semangat Juang Empayar Ottoman Meresapi Team Turki
      • Suku Akhir: Jerman vs Portugal
      • FRANCE: MASA UNTUK BERUBAH!
      • DOMENENCH TETAP PUJI PERANCIS WALAU GAGAL KE SUKU ...
      • Group D: Sepanyol vs Greece
      • Group D: Russia vs Sweden
      • Grup C: Perancis vs Itali
      • Scolari Anggap Portugal Ada Kelebihan Di Suku Akhir
      • Detik pahit, manis Switzerland
      • Bruckner Terkejut Kebangkitan Turki
      • Keajaiban Turki
      • Group C: Belanda vs Perancis 4-1
      • 12 PENGADIL TERBAIK EROPAH DI EURO 2008
      • Latar Belakang Euro 2008
      • EURO 2008 KEMBALI!
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Suku Akhir: Belanda vs Russia

Sunday, June 22, 2008

Penampilan gemilang penyerang Andrei Arshavin membolehkan Rusia membelasah Belanda 3-1 ibarat meratah ayam belanda pada saingan suku akhir EURO 2008 di Stadium St. Jakob-Park, Sabtu (21/6).

Kejayaan ini sungguh luar biasa bagi Russia memandangkan Belanda tampil cemerlang di peringkan kumpulan dengan menyapu bersih tiga kemenangan di Grup C.

Kejayaan ini juga sungguh ironik
kerana disebalik kekalahan pasukan Belanda, yang merancangkan strategi kejayaan pasukan Russia adalah coach yang berasal dari Belanda iaitu Guus Hiddink.

Russia mendapat peluang pertama dalam pertandingan ini pada ketika perlawanan berjalan lima minit melalui tendangan bebas Yuri Zhirkov, sayangnya ia ditepis Edwin van der Sar.

Selang beberapa minit kemudian, penyerang Roman Pavlyuchenko mengancam gawang Belanda bagaimana pun tandukannya melambung.

Belanda membalas serangan dan mereka hampir di depan pada minit ke-19 bila pemain bek Russia tidak menghalang tendangan Wesley Sneijder.

Beberapa minit kemudian, Belanda kembali mendapat peluang. Tendangan bebas yang diambil Rafael Van der Vaart gagal disambar oleh Ruud van Nistelrooy di depan gawang Igor Akinfeev.

Tepat selepas perlawanan berjalan setengah jam, Russia nyaris membuka jaringan andai Van der Sar tidak beraksi cemerlang mematahkan tendangan Andrei Arshavin.

Van der Sar kembali beraksi hebat seminit kemudian mematahkan cubaan Denis Koladin.

Lima minit berselang, Van Nistelrooy mendapat peluang keemasan ketika ia berjaya melewati halangan bek Rusia, akan tetapi tendangannya masih mampu dipatahkan Akinfeev.

Dua minit sebelum turun rehat, Akinfeev menunjukkan bahawa beliau tidak kalah jika dibanding Van der Sar dengan sempat menepis tendangan Van der Vaart.

Russia mengejutkan Belanda pada minit ke-56 ketika mereka berjaya merobek jaring Van der Sar ketika umpan silang Sergei Semak dengan baik disambar Pavlyuchenko.

Selang beberapa minit kemudian, Russia hampir menggandakan kedudukan melalui Alexandr Anyukov, jika tendangannya tidak dihalang Van der Sar.

Ketinggalan satu gol membuat coach Belanda, Marco van Basten memasukkan Ibrahim Afellay menggantikan Orlando Engelaar untuk menambah impak pasukannya.

Meskipun begitu, Belanda tetap menghadapi kesulitan untuk menembusi pertahanan Russia yang mantap.

Ketika babak kedua berbaki empat minit, Belanda mendapat hadiah tendangan bebas dan bola sepakan Sneijder berjaya ditanduk oleh Van Nistelrooy membolehkan Belanda menyamakan kedudukan sehingga membuat pertandingan berlanjutan hingga ke tambahan masa.

Tujuh minit waktu tambahan masa, Pavlyuchenko hampir membawa Russia kembali di depan, sayangnya tendangan jarak juah yang dilepaskan Pavlyuchenko tersasar.

Selang lima minit kemudian, Russia akhirnya mampu kembali mendahului ketika umpan Arshavin dengan baik disambar oleh pemain pengganti Dimitri Torbinski.

Situasi tertekan membuatkan Belanda meningkatkan tempo permainan. Namun hal ini membuat barisan belakang mereka cuai dan dimanfaatkan Russia untuk menjaringkan gol ketiga melalui tendangan leret Arshavin yang sempat membias kaki Johnny Heitinga dan terus melalui celah kaki Van der Sar sebelum menerjah jaring.
Keputusan akhir, satu lagi pasukan yang sebelum ini cemerlang di peringkat kumpulan tumpas dan tersungkur di tangan pasukan underdog.

Posted by AtanShearer at 6:29 AM  

Labels: Belanda, Euro 2008, Russia

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License