skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ▼ 2009 (23)
    • ▼ July (9)
      • Asian Tour 2009: MU belasah Hangzhou Greentown FC 8-2
      • Asia Tour 2009: Singapura dilanggar The Reds 0-5
      • Asia Tour 2009: MU 3 FC Seoul 2
      • Asia Tour 2009: Thailand kejutkan Liverpool 1-1
      • Asia Tour 2009: Manchester United tumpaskan Malays...
      • Asia tour 2009: TAHNIAH! Malaysia 2 Manchester Utd 3
      • Kenangan Yang Tak Terindah: Malaysia vs MU 2001
      • Asia Tour 2009: MU batal jelajah ke Jakarta
      • Manchester United - Asia Tour 2009 Trailer
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Asia Tour 2009: Manchester United tumpaskan Malaysia 2-0. OK la tu..

Tuesday, July 21, 2009

Selasa Julai 21, 2009
Manchester United tumpaskan Malaysia 2-0

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mempamerkan permainan berkemahiran tinggi dan menghiburkan untuk menumpaskan Malaysia 2-0 pada ulangan perlawanan persahabatan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi.

Pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan 'Red Devils' menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada separuh masa pertama dan setiap gerakan mereka disambut dengan sorakan 40,000 penyokong yang berada di stadium sejak pukul 6 petang lagi.

Perlawanan malam tadi merupakan ulangan kepada perlawanan pertama pada Sabtu lepas dalam siri Jelajah Asia 2009 mereka.

Manchester United menumpaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan tersebut.

Red Devils sepatutnya menentang pasukan Indonesia di Jakarta malam tadi tetapi insiden pengeboman di ibu negara Indonesia pada Jumaat lepas memaksa Manchester United membatalkan kunjungan.

Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-10 melalui jaringan Federico Macheda yang mudah menampan bola ke gawang hasil umpanan daripada Darren Fletcher.

Dua minit kemudian, kesilapan ketua pasukan Malaysia Norhafiz Zamani Misbah di depan pintu gol sendiri membolehkan penyerang yang baru menyertai pasukan Red Devils, Michael Owen merampas bola daripadanya dan menendang lemah ke jaring ketika penjaga gol Mohd Farizal Marlias terkeluar dari posisinya.

Pemain yang menjaringkan dua gol Malaysia ketika tewas 2-3 pada Sabtu lepas, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Zaquan Adha cuba mencari gol pembukaan bagi mengurangkan jurang tetapi percubaan mereka dapat diserap oleh benteng pertahanan lawan yang diketuai oleh Wes Brown.

Penyerang kebangsaan yang turut memperkuatkan skuad Bawah 23 tahun di bawah kendalian K.Rajagobal, Indra Putra Mahayuddin agak tumpul membuatkan serangan daripada Mohd Amri dan Mohd Zaquan tidak mendapat bantuan rakan lain.

Manchester United mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Sepuluh minit pertama separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan asakan namun dapat diserap dengan baik oleh benteng pasukan masing-masing.

Tidak puas dengan dua gol awal, Manchester United kemudian memasukkan barisan penyerang utama mereka seperti Nani, Dimitar Berbatov dan Wayne Rooney bagi menggantikan Owen, Ryan Giggs dan Federico Macheda.

Beberapa percubaan penyerang bintang ini hampir membolosi gawang Malaysia tetapi dapat diatasi apabila pemain negara berkampung di pintu gol sendiri untuk bertahan dan Manchester United kekal mendahului dengan dua jaringan tanpa balas.

Terdahulu, sebelum sepak mula bermula, penonton bertafakur selama seminit bagi menghormati mangsa pengeboman di Jakarta pada Jumaat lepas.

Ini adalah kunjungan kali keempat pasukan Manchester United ke Malaysia selepas tahun 1991, 1995 dan 2001.

Pada 2001, Manchester United membelasah Malaysia 6-0.

Kuala Lumpur merupakan persinggahan pertama 'Red Devils' dalam siri Jelajah Asia 2009 pasukan dari England itu dan akan menentang Korea Selatan pada 24 Julai disusuli dengan pasukan China dua hari kemudian. BERNAMA



Posted by AtanShearer at 8:42 PM  

Labels: Asia Tour, Malaysia, Manchester United, Owen

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License