Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.
MU mengakhiri Asia Tour 2009 dengan penuh bergaya apabila meraikan kenduri gol 8-2. Jumlah jaringan yang sama ketika mereka membelasah Singapura pada tahun 2001. Cuma ketika itu MU bolos sebijik manakala kali ini mereka bolos 2 bijik.
Apapun syabas kepada Owen kerana berjaya menjaringkan 4 gol sepanjang Asia Tour ini dan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau masih merupakan GOAL MACHINE yang boleh diharapkan dan bukanlah sebuah GOAL MACHINE yang sudah berkarat dan hampir reput.
Saya pasti Fergie mempunyai harapan dan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Owen dan kerana itulah beliau diberikan jersi no.7
Secara lazimnya no.7 digunapakai oleh pemain yang memang boleh diharapkan oleh Fergie seperti Eric Cantona, Becham, C.Ronaldo dan kini Owen.
Jika pada tahun 2001, Singapura telah dilanggar Red Devils, kini 8 tahun kemudian giliran The Reds pula melanggar Singapura. Kali ini dibelasah 5-0 pula. Mungkin bagi penyokong pasukan negara jiran itu boleh sedikit berbangga kerana walaupun kalah dan dibelasah tapi pasukan mereka berjaya mengurangkan defisit gol.
Liverpool mengalahkan Singapura 5-0 dalam kemenangan pertama mereka dari lima pertandingan pra-musim, dengan Fernando Torres dan Andriy Voronin merupakan antara pemain yang menjaringkan gol.
Albert Riera dan pemain muda yang melonjak naik, pemain penyerang Hungari, Krisztian Nemeth juga menjaringkan gol dalam kemenangan yang meningkatkan moral Liverpool.
The Reds memerlukan kemenangan untuk mendorong persiapan mereka untuk musim baru, dimana mereka akan memulakannya sebagai salah satu team favorite untuk merebut gelaran pertama mereka dalam 20 tahun setelah hanya mendapat tempat kedua liga di bawah Manchester United musim lalu.
Mengenai prestasi Singapura pula, ternyata jurang Thailand dan Singapura masih jauh. Bagaimanapun sukar untuk membandingkan prestasi kedua-dua negara ini dengan Malaysia kerana Liverpool tidak singgah ke Kuala Lumpur kali ini.
Walau apa pun saya yakin Thailand tetap unggul di persada zon Asia Tenggara. Dan mereka tetap team favourite untuk membawa pulang pingat emas Sukan Sea Laos nanti.
Kagum betul aku melihat gaya permainan pantas FC Seoul ni. Bila zaman la boleh tengok pasukan dlam Liga M kita boleh berrmain secantik ini. Takyah pikir pasal team Liga M, pasukan Malaysia yang menghimpunkan 11 pemain terbaik negara pun belum tentu boleh main sebagus ini.
Inilah bezanya bolasepak Malaysia dan Korea yang suatu masa dulu boleh dianggap musuh ketat. Kini secara opotimis aku yakin FC Seoul ni senang-senang je belasah team Malaysia kita. Bayangkan ini baru team berstatus kelab berjaya mengikat MU 3-2. Andaikata friendly ni antara MU dan pasukan kebangsaan Korea Selatan, rasanya jenuh juga MU nk menang dan sudah tentu Fergie akan menurukan kesebelasan terbaiknya.
Bukan nk memperlekehkan kejayaan Malaysia mengikat MU 3-2 tempohari, tapi ternyata kualiti permainan MU dlm game pertemuan dengan FC Seoul ini mereka lebih bekerja keras berbanding Malaysia. Mungkin semasa menentang Malaysia mereka belum cukup panas..atau mungkin juga mereka nk jaga hati penaja mereka iaitu AIR ASIA selaku penaja dari Malaysia..
Thailand ternyata berada dalam kelas yang tersendiri di rantau Asia Tenggara apabila mempamerkan aksi hebat ketika menentang Liverpool pada 22.07.2009 yang lalu. Selepas ini Liverpool akan ke Singapura pula untuk destinasi kedua dalam siri Asia Tour mereka.
Kita tunggu dan lihat samada Singapura mampu memberikan saingan sengit sebagaimana Thailand.
Selasa Julai 21, 2009 Manchester United tumpaskan Malaysia 2-0
KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mempamerkan permainan berkemahiran tinggi dan menghiburkan untuk menumpaskan Malaysia 2-0 pada ulangan perlawanan persahabatan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi.
Pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan 'Red Devils' menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada separuh masa pertama dan setiap gerakan mereka disambut dengan sorakan 40,000 penyokong yang berada di stadium sejak pukul 6 petang lagi.
Perlawanan malam tadi merupakan ulangan kepada perlawanan pertama pada Sabtu lepas dalam siri Jelajah Asia 2009 mereka.
Manchester United menumpaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan tersebut.
Red Devils sepatutnya menentang pasukan Indonesia di Jakarta malam tadi tetapi insiden pengeboman di ibu negara Indonesia pada Jumaat lepas memaksa Manchester United membatalkan kunjungan.
Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-10 melalui jaringan Federico Macheda yang mudah menampan bola ke gawang hasil umpanan daripada Darren Fletcher.
Dua minit kemudian, kesilapan ketua pasukan Malaysia Norhafiz Zamani Misbah di depan pintu gol sendiri membolehkan penyerang yang baru menyertai pasukan Red Devils, Michael Owen merampas bola daripadanya dan menendang lemah ke jaring ketika penjaga gol Mohd Farizal Marlias terkeluar dari posisinya.
Pemain yang menjaringkan dua gol Malaysia ketika tewas 2-3 pada Sabtu lepas, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Zaquan Adha cuba mencari gol pembukaan bagi mengurangkan jurang tetapi percubaan mereka dapat diserap oleh benteng pertahanan lawan yang diketuai oleh Wes Brown.
Penyerang kebangsaan yang turut memperkuatkan skuad Bawah 23 tahun di bawah kendalian K.Rajagobal, Indra Putra Mahayuddin agak tumpul membuatkan serangan daripada Mohd Amri dan Mohd Zaquan tidak mendapat bantuan rakan lain.
Manchester United mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Sepuluh minit pertama separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan asakan namun dapat diserap dengan baik oleh benteng pasukan masing-masing.
Tidak puas dengan dua gol awal, Manchester United kemudian memasukkan barisan penyerang utama mereka seperti Nani, Dimitar Berbatov dan Wayne Rooney bagi menggantikan Owen, Ryan Giggs dan Federico Macheda.
Beberapa percubaan penyerang bintang ini hampir membolosi gawang Malaysia tetapi dapat diatasi apabila pemain negara berkampung di pintu gol sendiri untuk bertahan dan Manchester United kekal mendahului dengan dua jaringan tanpa balas.
Terdahulu, sebelum sepak mula bermula, penonton bertafakur selama seminit bagi menghormati mangsa pengeboman di Jakarta pada Jumaat lepas.
Ini adalah kunjungan kali keempat pasukan Manchester United ke Malaysia selepas tahun 1991, 1995 dan 2001.
Pada 2001, Manchester United membelasah Malaysia 6-0.
Kuala Lumpur merupakan persinggahan pertama 'Red Devils' dalam siri Jelajah Asia 2009 pasukan dari England itu dan akan menentang Korea Selatan pada 24 Julai disusuli dengan pasukan China dua hari kemudian. BERNAMA
Saya bukanlah orang yang sentiasa nak mengutuk pasukan bolasepak kita. Kalau bagus saya akan tetap puji mereka.
Gol pertama Amri Yahyah memang kelas! Gol keduanya pun boleh dipuji kerana dia rajin mengejar bola tu hinggakan golie simpanan MU pun cuak dan gelabah akhirnya gagal menangkap bola hantaran ke belakang tu.
Tapi sayang seribu kali sayang, dikala baki perlawanan tinggal beberapa minit gol Owen memusnahkan impian jutaan rakyat Malaysia untuk melihat keputusan seri. Tahniah juga buat Owen kerana berjaya membuktikan dia masih striker berbisa. Semoga peluangnya menyarung jersi England kembali cerah selepas ini.
Seperti biasa..layan klip jaringan-jaringan mantop dlm perlawanan ini. Maaf hanya klip berbahasa Arab sahj yg saya temui saat saya menulis ni..
Sekadar ingin mengimbau nostalgia lalu.. 8 tahun lalu kita dibelasah teruk 6-0. Apakah skrip yang sama akan berulang petang ini? Kita tunggu dan lihat sajalah.. apa yang penting perlawanan pada tahun 2001 itu bukanlah suatu kenangan yang terindah untuk dikenangkan!
KUALA LUMPUR - Manchester United cuma tidak ke Indonesia dan tidak akan membatalkan siri Jelajah Asia 2009 ekoran pengeboman hotel yang ditempah untuk penginapan skuad itu di Jakarta, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Gill berkata, walaupun siri jelajah menentang Indonesia All Stars yang bermula Isnin ini dibatalkan, lain-lain perlawanan akan diteruskan mengikut jadual.
Beliau berkata, hanya faktor keselamatan pemain dan pegawai skuad itu sahaja yang akan dipertingkatkan ekoran insiden pengebomanan di Jakarta yang mengorbankan lima orang.
"Selepas berbincang dan mendengar pandangan Persatuan Bola Sepak Indonesia, para pegawai keselamatan dan pihak kedutaan, kami berpendapat keputusan terbaik setakat ini ialah membatalkan perlawanan dengan Indonesia.
"Namun, buat masa ini kami tidak bercadang untuk mengkaji semula lain-lain perlawanan di sepanjang siri Jelajah Asia kali ini," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Beliau mengulas insiden pengebomanan Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton di Jakarta semalam yang menyebabkan lima terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera.
Difahamkan salah satu hotel berkenaan sudah ditempah untuk penginapan pemain United bagi siri Jejalah Asia menentang Indonesia All Stars selepas perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Malaysia esok.
Mengikut jadual asal, selepas pertemuan dengan Malaysia, United akan meneruskan aksi di Jakarta (20 Julai), Seoul (24 Julai) dan Hangzhou (26 Julai).
Menurut Gill, pembatalan kunjungan ke Indonesia sangat mengecewakan.
"Kami terkejut dengan berita tersebut. Kami kecewa kerana ini merupakan kunjungan pertama kami ke sana.
"Kami kecewa kerana tidak dapat memenuhi harapan peminat di sana.
"Namun ketika ini kami mengambil langkah berjaga-jaga. Soal keselamatan pemain dan pegawai skuad ini akan diutamakan," katanya.
Mengenai perancangan skuad itu sementara menantikan aksi dengan FC Seoul selepas aksi di Jakarta dibatalkan, Gill berkata, buat masa ini mereka tiada pilihan.
"Kami akan terus berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul," katanya.
Kekecewaan yang sama turut dikongsi oleh pemain United, Gary Neville.
"Pembatalan perlawanan ini sudah tentu mengecewakan saya. Saya terkejut dengan insiden tersebut.
"Pembatalan ini bermakna kami terlepas peluang untuk menentang pasukan dari negara yang berlainan," katanya.
Komen Atan Shearer: Jika dilihat dari segi promosi, pihak di Indonesia lebih agresif berbanding Malaysia. Terdapat iklan-iklan khusus untuk mewar-warkan perlawanan ini. Mungkin kerana ghairah menerima kunjungan kali pertama MU ke sana.(lihat di bawah)
Malangnya semua ini hanya tinggal impian bagi rakyat Indonesia. Sudah tentu jutaan rakyat Indonesia yang terkdedu setiap kali menonton iklan Rooney dan rakan-rakannnya bercakap dalam bahasa Indon tu berasa amat kuciwa.
Para pemain Indonesia juga sudah pasti terkilan kerana tidak berpeluang seperti pemain Malaysia. Apatah lagi ini kali pertama MU menjejakkan kaki ke Indonesia. Inilah yang dikatakan 'Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan.'
Batalkan perlawanan adalah PILIHAN MUKTAMAD bagi pihak pengurusan MU demi menjaga keselamatan pasukan bernilai jutaan pound ini. Walau apa pun jom kita layan iklan-iklan promo yang saya katakan tadi..
Saya bukanlah peminat fanatik MU.. tetapi memandangkan mereka akan berada di negara kita bagi sesi perlawanan pre-season atau ASIAN TOUR ni yang turut melibatkan pasukan Malaysia, maka saya suka-suka nk letakkan klip promo ASIAN TOUR mereka ni.. so jom layan!
Berikut adalah jadual Asia Tour mereka.. Asia Tour 2009: Malaysia | Indonesia | Korea | China
FIXTURES: 18 JULY 2009 - MALAYSIA XI vs. MANCHESTER UNITED
20 JULY 2009 - INDONESIA ALL STAR vs. MANCHESTER UNITED
24 JULY 2009 - FC SEOUL vs. MANCHESTER UNITED
26 JULY 2009 - HANGZHOU GREENTOWN FC vs. MANCHESTER UNITED