skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ▼ October (3)
      • Tengku Abdullah Nak Jadi Presiden PHM Lah Pulak
      • Ulasan Final Pestabola: Malaysia vs Vietnam
      • Pestabola Merdeka: Kejohanan Bertaraf Cap Ayam?
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Ulasan Final Pestabola: Malaysia vs Vietnam

Sunday, October 26, 2008


HAJAT skuad bola sepak negara untuk mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka musnah selepas tewas 5-6 kepada Vietnam menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Lebih memalukan lagi apabila skuad kebangsaan yang membariskan ramai 'bintang' berpengalaman tewas kepada pasukan belia Vietnam. Kekalahan yang mencalarkan maruah ini turut mencetuskan keraguan sama ada skuad negara bimbingan B. Sathianathan mampu menggalas cabaran pada Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Thailand, Disember ini yang turut disertai skuad senior negara itu.

Apa yang berlaku sebenarnya kem Vietnam bijak mengekang asakan penyerang Malaysia yang ganas merobek gawang Nepal, Afganistan, Sierra Leone dan Myanmar dengan jumlah jaringan yang besar sebelum ini.

Sathianathan pula menyalahkan taktik bertahan dan melengahkan masa yang diamalkan oleh pemain Vietnam menjejaskan rentak pemainnya malam tadi. Menurutnya taktik itu banyak memberi tekanan ke atas psikologi pemain kita.

Itu strategi mereka. bagaimanapula dengan srategi Sathianathan? Menyerang membabi buta secara bertali-arus???

Biarpun banyak menguasai permainan dan mencipta beberapa gerakan berbahaya, namun setiap hantaran dan sentuhan penyudah gagal dilakukan dengan sempurna.

Rangkaian penyerang Malaysia gagal menyempurnakan beberapa peluang gol yang dicipta, serta tiada idea-idea kreatif untuk memecah tembok pertahanan Vietnam. Apa yang sering dilakukan ialah taktik menghantar bola lambung ke tengah kotak penalti. Seolah2 itulah sahaja taktik yang dimiliki oleh B.Sathianathan. Gerakan-gerakan tru-pass jarang digunakan.

Walaupun banyak terdapat cakap2 yang mendakwa mutu bolasepak negara semakin meningkat naik, namun saya masih sangsikan kenyataan tersebut. Malaysia membelasah Nepal dan Afganistan dalam perlawanan yang diadakan atas padang yang bagaikan bendang akibat hujan lebat. Sudah tentu kelebihan menjadi milik Malaysia kerana Nepal dan Afganistan tidak berpengalaman bermain di atas padang yang sedemikian. Tambahan pula ranking mereka jauh lebih rendah dari kita.

Sierra Leone pula, walaupun merupakan sebuah negara yang memiliki ranking yang lebih tinggi namun beberapa tonggak utama pasukan negara itu tidak beraksi. Boleh jadi ianya pasukan B negara terbabit.

Cuma yang menghairankan bagaimana dalam aksi final, pemain kita gagal menjaringkan gol apabila hanya beraksi menentang pasukan B-23 Vietnam. Ternyata mutu bolasepak Vietnam selangkah di hadapan kita, dan sebenarnya prestasi kita masih tak ke mana. Di kalangan negara Asia Tenggara pun kita masih di takuk itu juga. Hanya FAM sahaja yang syok sendiri.

MALAYSIA: Helmi Eliza Elias, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak (Hairuddin Omar), Safee Sali, Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin, Hardi Jaafar (Ashaari Shamsuddin), Irwan Fadzli Idrus, Amirulhadi Zainal (Khyril Muhymeen Zambri).

VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Thanh Long Giang, Pham Minh Duc, Nguyen Tang Tuan (Trinh Quang Vinh), Hoang Nhat Nam, Hoang Dinh Tung (Nguyen Duc Thien), Houng Danh Ngoc, Le Van Duyet, Mai Xuan Hop, Nguyen Cong Huy, Phan Thanh Binh (Mai Tien Thanh).

Posted by AtanShearer at 8:12 AM  

Labels: FAM, Malaysia, Pestabola Merdeka

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License