skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ▼ October (3)
      • Tengku Abdullah Nak Jadi Presiden PHM Lah Pulak
      • Ulasan Final Pestabola: Malaysia vs Vietnam
      • Pestabola Merdeka: Kejohanan Bertaraf Cap Ayam?
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Tengku Abdullah Nak Jadi Presiden PHM Lah Pulak

Sunday, October 26, 2008


PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) dilanda arus perubahan baru pada pucuk pimpinannya apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sah menjadi presiden baru badan hoki negara itu.

Tengku Abdullah menjawat kerusi No. 1 itu selepas menang tanpa bertanding apabila penyandang sebelum ini, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor tidak mempertahankan jawatannya.

Persoalannya apa yang cuba dibuktikan oleh Tengku Abdullah? Adakah beliau ingin mencuba nasib kali ke-2 menerajui persatuan sukan selepas GAGAL mentadbir FAM bersama ayahanda beliau memartabatkan semula bolasepak negara?

Persoalannya mampukan beliau melakukan perubahan dan meningkatkan mutu hoki negara? Jika maruah bolasepak negara tersungkur satu demi satu anak tangga ranking dunia di bawah pentadbirannya, oleh itu..apa yang boleh diharapkan dari beliau untuk memajukan sukan hoki pula? Apa yang lebih menggusarkan ialah nasib skuad hoki negara turut bakal menjunam sama seperti apa yang berlaku kepada skuad bolasepak kita.

Apa hebatnya Tengku Abdullah ni dalam mentadbir persatuan sukan sehingga diangkat menjadi Presiden PHM pula? Apa yang beliau faham tentang hoki? Beliau hanya layak menjadi Presiden Persatuan Polo Malaysia sahaja! Kerana beliau sejak kecil bermain polo dan bukannya hoki.

Untuk jawatan Presiden PHM ini, adalah lebih baik ianya diberikan kepada penyandang Timbalan Presiden, iaitu Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar kerana sekurang-kurangnya beliau memiliki pengalaman menjadi seorang pemain hoki mewakili negeri Johor berbanding Tengku Abdullah.

Posted by AtanShearer at 9:50 PM 0 comments  

Labels: Hoki, PHM, Tengku Abdullah

Ulasan Final Pestabola: Malaysia vs Vietnam


HAJAT skuad bola sepak negara untuk mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka musnah selepas tewas 5-6 kepada Vietnam menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Lebih memalukan lagi apabila skuad kebangsaan yang membariskan ramai 'bintang' berpengalaman tewas kepada pasukan belia Vietnam. Kekalahan yang mencalarkan maruah ini turut mencetuskan keraguan sama ada skuad negara bimbingan B. Sathianathan mampu menggalas cabaran pada Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Thailand, Disember ini yang turut disertai skuad senior negara itu.

Apa yang berlaku sebenarnya kem Vietnam bijak mengekang asakan penyerang Malaysia yang ganas merobek gawang Nepal, Afganistan, Sierra Leone dan Myanmar dengan jumlah jaringan yang besar sebelum ini.

Sathianathan pula menyalahkan taktik bertahan dan melengahkan masa yang diamalkan oleh pemain Vietnam menjejaskan rentak pemainnya malam tadi. Menurutnya taktik itu banyak memberi tekanan ke atas psikologi pemain kita.

Itu strategi mereka. bagaimanapula dengan srategi Sathianathan? Menyerang membabi buta secara bertali-arus???

Biarpun banyak menguasai permainan dan mencipta beberapa gerakan berbahaya, namun setiap hantaran dan sentuhan penyudah gagal dilakukan dengan sempurna.

Rangkaian penyerang Malaysia gagal menyempurnakan beberapa peluang gol yang dicipta, serta tiada idea-idea kreatif untuk memecah tembok pertahanan Vietnam. Apa yang sering dilakukan ialah taktik menghantar bola lambung ke tengah kotak penalti. Seolah2 itulah sahaja taktik yang dimiliki oleh B.Sathianathan. Gerakan-gerakan tru-pass jarang digunakan.

Walaupun banyak terdapat cakap2 yang mendakwa mutu bolasepak negara semakin meningkat naik, namun saya masih sangsikan kenyataan tersebut. Malaysia membelasah Nepal dan Afganistan dalam perlawanan yang diadakan atas padang yang bagaikan bendang akibat hujan lebat. Sudah tentu kelebihan menjadi milik Malaysia kerana Nepal dan Afganistan tidak berpengalaman bermain di atas padang yang sedemikian. Tambahan pula ranking mereka jauh lebih rendah dari kita.

Sierra Leone pula, walaupun merupakan sebuah negara yang memiliki ranking yang lebih tinggi namun beberapa tonggak utama pasukan negara itu tidak beraksi. Boleh jadi ianya pasukan B negara terbabit.

Cuma yang menghairankan bagaimana dalam aksi final, pemain kita gagal menjaringkan gol apabila hanya beraksi menentang pasukan B-23 Vietnam. Ternyata mutu bolasepak Vietnam selangkah di hadapan kita, dan sebenarnya prestasi kita masih tak ke mana. Di kalangan negara Asia Tenggara pun kita masih di takuk itu juga. Hanya FAM sahaja yang syok sendiri.

MALAYSIA: Helmi Eliza Elias, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak (Hairuddin Omar), Safee Sali, Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin, Hardi Jaafar (Ashaari Shamsuddin), Irwan Fadzli Idrus, Amirulhadi Zainal (Khyril Muhymeen Zambri).

VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Thanh Long Giang, Pham Minh Duc, Nguyen Tang Tuan (Trinh Quang Vinh), Hoang Nhat Nam, Hoang Dinh Tung (Nguyen Duc Thien), Houng Danh Ngoc, Le Van Duyet, Mai Xuan Hop, Nguyen Cong Huy, Phan Thanh Binh (Mai Tien Thanh).

Posted by AtanShearer at 8:12 AM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia, Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka: Kejohanan Bertaraf Cap Ayam?

Tuesday, October 14, 2008

JIKA diharap pada kualiti pasukan yang diundang bertanding Pestabola Merdeka Ke-40 di Petaling Jaya dan Shah Alam mulai 15 hingga 25 Oktober, mungkin cuma Mozambique dan Sierra Leone shj yang mungkin mampu menjadi ‘sajian penyedap mata’ peminat bola sepak tanah air.

Walaupun masih diragui sama ada mereka akan diwakili pasukan utama, masing-masing dengan ranking ke-100 dan 133 dunia tetap menjanjikan kehebatan pestabola kali ini.

Selain 2 wakil afrika ini, pestabola kali ini turut disertai oleh Myanmar, Vietnam, Nepal, Bangladesh dan Afghanistan. Amat ketara bahawa idea FAM menjemput negara-negara ini hanyalah untuk mengaut keuntungan dan bukannya untuk memberikan pendedahan berguna kepada pemain negara supaya keluar lebih cepat daripada ‘kelas dua bola sepak Asia’.

Dengan penyertaan negara2 yang rankingnya lebih rendah memudahkan usaha Malaysia mempertahankan kejuaraan. Tidak menghairankan jika Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan kali ini kerana ketiadaan Thailand, Singapura dan Indonesia yang lebih baik rankingnya.

Kita belum mampu bermimpi lagi untuk melihat kepulangan Korea Selatan atau Jepun mahupun pasukan handalan Asia Barat ke pestabola kecuali ranking dunia kita mulai menunjukkan kemajuan dari tangga ke-160 sekarang.

Korea Selatan atau Jepun malah Bahrain, Oman dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang satu ketika dahulu adalah pasukan yang sering menghiasi Pestabola, tetapi kini mereka seolah2 tidak sanggup menunaikan hasrat FAM itu selagi tahap mutu bolasepak tidak setaraf mereka.

Jika sekadar untuk mengambil hati FAM, mungkin mereka hanya menghantar pasukan remaja untuk tujuan pendedahan. Alasan untuk mereka menolak jemputan FAM ini ialah kononnya tarikh Pestabola bertembung dengan tugasan lebih penting seperti pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2010 Asia sepanjang bulan ini.

Alasan itu turut digunakan oleh pasukan ranking ke-120 dunia yang diundang ke pestabola kali ini, Kazakhstan. Kononnya kerana mereka masih bergelut dengan England, Ukraine, Belarus, Croatia dan Andorra dalam kelayakan yang sama di Eropah.

Nampaknya imej pestabola sebagai satu kejohanan yang berprestij dan sentiasa ditunggu-tunggu suatu masa dulu kini sudah berubah status menjadi kejohanan Cap Ayam, di mana hanya pasukan tidak ternama sudi menyertainya.

Posted by AtanShearer at 10:23 PM 0 comments  

Labels: Pestabola Merdeka

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License