LONDON – Masa depan Michael Owen di pentas antarabangsa kini semakin samar selepas dia tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan England bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Andorra dan Croatia bulan ini.
Begitupun, jurulatih England, Fabio Capello mengejutkan pelbagai pihak apabila menyenaraikan buat pertama kalinya pemain tengah Fulham, Jimmy Bullard dalam skuadnya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Steven Gerrard, Owen Hargreaves dan Michael Carrick yang masing-masing dibelenggu kecederaan.
Owen bagaimanapun gagal menambat hari Capello walaupun pengendali dari Itali itu telah melihat aksi pemain itu ketika turun berdepan Arsenal dalam kempen Liga Perdana England kelmarin.
“Owen adalah pemain yang hebat dan selalunya menjaringkan gol untuk skuad kebangsaan,” jelas Capello.
“Begitupun, tidak tidak dapat beraksi dengan baik buat masa ini dan kami hanya perlukan pemain yang benar-benar cergas sahaja.”
England yang gagal beraksi pada kempen Kejuaraan Eropah 2008 akan turun beraksi pada kempen kelayakan awal Piala Dunia 2010 menentang Andorra di Barcelona Sabtu ini sebelum berkunjung ke Zagreb bertemu Croatia empat hari kemudian.
Selain Bullard, jentera tengah England turut diperkuatkan dengan kehadiran bekas kapten, David Beckham diterus dikekalkan bersama-sama Gareth Barry, Joe Cole, Frank Lampard (Chelsea) dan Stewart Downing.
Wayne Rooney, Jermain Defoe, Theo Walcott dan Emile Heskey pula akan mengetuai jentera serangan England. – AFP

0 comments:
Post a Comment