skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ▼ September (9)
      • Pemain Import: Ya atau Tidak?
      • Paralimpik: Pingat Pertama Negara
      • Tahniah Anuar!
      • Pemain Import: FAM Tetap Angkuh Kekalkan Keputusan
      • Ranking Bolasepak Malaysia Naik Sedikit
      • Sepanyol kekal ranking no.1 dunia
      • England Tak Perlukan Owen
      • TAHNIAH! Nicol kekal No. 1 dunia
      • Pemain Import: FAM Menongkah Arus
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Pemain Import: Ya atau Tidak?

Tuesday, September 16, 2008


Tulisan di bawah adalah salinan email yang saya hantar ke pihak penerbit Scoreboard TV3. Bagaimanapun ianya tidak disiarkan. Sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca apa yang saya ingin sampaikan. Untuk makluman semua, tetamu dlm rancangan scoreboard malam itu ialah Dato' Dr. Ibrahim Saad.

Nampaknya selepas beliau tidak memegang jawatan S/U Agung FAM, pandangannya lebih bernas berbanding semasa beliau berada dalam FAM. Pendiriannya tegas terhadap isu pemain impot.

Beliau menyatakan tidak wajar FAM mengharamkan pemain impot musim depan hanya gara-gara beberapa pasukan tidak mampu memilikinya. Pada beliau, ukur baju di badan sendiri. Jika ada pasukan yang rasa mampu untuk gunakan pemain impot, silakan. Tetapi jika ada pasukan yang merasa kantung mereka tidak mengizinkan penggunaan pemain impot, jangan cari masalah.

Secara jujurnya banyak pandangan beliau yang sehaluan dengan saya kali ini. Oleh itu secara spntan saya menulis email di bawah kepada penebit rancangan tersebut.


Assalamualaikum,

Pertamanya saya bersetuju dengan pandangan Dato' berkenaan ambil pemain import berdasarkan kemampuan pasukan.

Antara alasan mengapa pemain impot tidak dibenarkan bermain musim depan kerana ada pihak yang memberi komen bahawa pemain impot yang diambil tidak berkualiti, kononnya setaraf sahaja dengan pemain tempatan dan tidak membantu kemajuan bolasepak negara.

Jika mutu bolasepak malaysia merudum wajarkah pemain import yang dipersalahkan? Mengapa tidak menyalahkan pegawai pasukan yang membuat pemilihan pemain import tersebut? kerana merekalah yang gagal mengenalpasti yang mana kaca dan yang mana permata.

satu lagi senario yang sering berlaku, para pegawai pasukan bukannya pergi membuat scouting mencari pemain import yang terbaik sebaliknya mengharapkan pemain import tersebut datang 'walk-in trial'. Sudah tentu yang datang walk-in trial ini adalah pemain import yang bermutu rendah dan tidak laku di temapt lain. Untuk ambil jalan mudah, maka para pemain impot spesis jenis inilah yang menjadi idaman para pegawai pasukan. Oleh itu untuk menuding jari semua pemain impot tidak berkualiti adalah tidak benar. Semuanya bergantung kepada org yang memilih pemain import tersebut. Jika mereka pandai menilai maka sudah pasti pemain impot mereka berkualiti. begitulah sebaliknya.

wassalam

Posted by AtanShearer at 9:38 PM 0 comments  

Labels: FAM, TV3

Paralimpik: Pingat Pertama Negara

Thursday, September 11, 2008

BEIJING: Atlit powerlifting negara, Siow Lee Chan menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun buat negara pada temasya Sukan Paralimpik apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori bawah 56 kilogram, malam tadi.

Lee Chan, 37, berjaya membuat angkatan seberat 95kg - mengatasi pencapaiannya ketika Sukan Paralimpik Athens 2004 dan Sukan Para Asean ketiga di Manila pada 2005 dengan angkatan seberat 92.5kg.

Kejayaan atlit berkenaan turut disaksikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pingat emas menjadi milik Fatma Omar dari Mesir yang melakukan angkatan seberat 141.5kg juga rekod paralimpik dan rekod dunia, sementara pingat perak menjadi milik atlit Russia, Irina Kazantseva dengan angkatan seberat 97.5kg.

“ Sangat sangat teruja, sangat mencabar. Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya tidak fikir terlalu banyak. Saya akan terus berlatih powerlifting dan mencuba yang terbaik untuk mencapai keputusan lebih baik,” kata Lee Chan pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian pingat yang diadakan di gimnasium Universiti Beijing Aeronautics & Astronauts.

Lee Chan pernah mewakili negara pada Sukan Paralimpik Sydney (2000) dan Athens (2004) dan pencapaian terbaiknya sekadar di tempat keenam pada kedua-dua temasya itu.

Bagi jurulatih negara Ghazali Osman, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan oleh Lee Chan. - Bernama

Posted by AtanShearer at 12:05 PM 1 comments  

Labels: Paralimpik

Tahniah Anuar!

Jaguh pecut lebuh raya negara, Anuar Manan apabila akan mula mewakili pasukan profesional dari Iran, Azad Islamic University. Beliau akan berlepas ke Iran pada 24 September ini untuk menyertai latihan bersama pasukan barunya itu dengan perlumbaan pertama dijangka diadakan pada 4 Oktober ini.

Selain Azad Islamic University, dikatakan terdapat beberapa pasukan lain yang merisik Anuar. Antaranya ialah Team Type 1, Skil Shimano dan Meitan Hompo-GDR tetapi Anuar menerima tawaran daripada pasukan berpangkalan di Iran itu.

Tahniah diucapkan kepada Anuar yang berani berhijrah ke luar negara demi meningkatkan prestasi. Anuar juga sanggup berkorban melepaskan peluang berhari raya bersama keluarga dan terpaksa menyambut lebaran di bumi Parsi tahun ini.

Inilah jiwa atlit yang diperlukan oleh negara. Atlit yang tidak manja hanya mahu bermain dan beraksi di negara sendiri, seperti para pemain bolasepak negara. Kononnya nama saja pro tapi untuk mencuba nasib bermain dengan kelab dari Singapura pun tak berani apatah lagi untuk mencipta nama di Eropah.

Sekali lagi sekalung tahniah kepada Anuar Manan kerana mendapat peluang ini. Walaupun dari kelab yang kecil namun pendedahan di luar negara itu amat penting untuk memajukan diri dan sukan berbasikal di negara kita khususnya.

Posted by AtanShearer at 11:49 AM 0 comments  

Labels: Cycling

Pemain Import: FAM Tetap Angkuh Kekalkan Keputusan

Wednesday, September 10, 2008


FAM seperti biasa, terus angkuh dengan keputusan yang dibuat mereka. Angkuh dan tegas tidak bertempat. Angkuh yang bodoh sombong namanya kerana seringkali membuat keputusan tanpa mengambil kira pendapat umum. Apa yang diambil kira hanya pandangan ahli-ahli majlis FAM yang lebih faham politik dari bolasepak.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh sekali lagi dengan angkuh menegaskan untuk kekal dengan keputusan untuk meng'HARAM'kan penggunaan tenaga import dalam liga-M musim depan walaupun banyak pihak yang membantah terutamanya penyokong.

Adakah keangkuhan dan ketegasan FAM ini kekal lama? Berdasarkan rekod, sebelum ini FAM pernah melakukan polisi yang sama pada tahun 2000, namun hanya mampu bertahan selama 2 musim sahaja. Akhirnya keangkuhan mereka mula cair. Kini timbul pula isu yang sama, dan tidak mustahil 2-3 musim lagi mereka akan menjilat semula ludah mereka.

Nampaknya walau sudah hampir 20 tahun bolasepak Malaysia memasuki alam pro (termasuk semi-pro) FAM masih gagal menetapkan satu format liga yang standard. Saban tahun ada saja perubahan yang dilakukan. kononnya untuk meningkatkan mutu bolasepak negara.

Tapi apa yang berlaku sebenarnya setiap kali ada perubahan format, sebenarnya untuk melindungi kelemahan yang wujud dalam pasukan-pasukan tertentu. Sebagaimana yang diketahui umum, Ahli Majlis FAM diwakili oleh wakil-wakil FA negeri. Sudah tentu wakil FA dari negeri-negeri yang berpengaruh akan berjaya mempengaruhi keputusan majlis untuk menyebelahi dasar-dasar yang dicadangkan. Tambah memburukkan lagi apabila negeri yang diwakili oleh Ahli Majlis FAM itu mengalami kemerosotan dalam saingan liga. Inilah masanya untuk menggunakan pengaruh mereka menukar segala format pertandingan agar menyebelahi pasukan negeri mereka.

Sebagai contoh, setiap kali pasukan pahang mengalami kemerosotan dlam liga dan sepatutnya tercampak ke divisyen bawah, maka dengan cepat FAM mengumumkan bahawa format pertandingan akan diubah menjadi satu divisyen sahaja.

Hal pemain impot ini juga rasanya tidak terkecuali, rasanya sudah pasti isu pemain impot ini dibangkitkan oleh wakil negeri yang prestasinya merudum musim ini gara-gara tersilap memilih pemain impot.

Lalu pemain impot dijadikan kambing itam kononnya merekalah penyebab kemerosotan pasukan kebangsaan kita. Jika pemain import adalah penyebab kemerosotan sesebuah pasukan bolasepak kebangsaan, mengapa negara lain yang maju dlm bolasepak tidak menghalangnya? Malah pintu pemain import semakin terbuka luas di dalam saingan liga-liga utama dunia.

Apa yang berlaku hari ini, pemain impot menjadi mangsa keadaan kepada permainan politik ahli majlis FAM yang sememangnya orang politik. Sebab itulah FAM masih ketandusan idea yang bernas untuk membawa bolasepak kita terus maju.

Posted by AtanShearer at 4:31 PM 1 comments  

Labels: FAM, Liga M

Ranking Bolasepak Malaysia Naik Sedikit

Thursday, September 04, 2008

KUALA LUMPUR - Malaysia semakin membaiki kedudukan dalam senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-161 dunia.

Berdasarkan laman web FIFA yang mutakhir, Malaysia berkongsi kedudukan dengan St. Lucia, iaitu sebuah negara di kepulauan Caribbean.

Dalam senarai FIFA bulan lepas, Malaysia menduduki tangga ke-162, berbanding ranking ke-166 pada Julai dan ke-170 pada April lepas.

Pencapaian terbaik Malaysia ialah pada Ogos 1993 apabila menduduki ranking ke-75.

- Bernama

KOMEN ATANSHEARER:

Tapi adakah FAM sudah berpuas hati dengan ranking ini. Satu ranking yang menyamatarafkan Malaysia dengan mutu bolasepak sebuah negara Carribean yang jarang kita dengar, St. Lucia?



Posted by AtanShearer at 3:45 AM 1 comments  

Labels: FAM

Sepanyol kekal ranking no.1 dunia

Juara Eropah, Sepanyol kekal nombor satu ranking pasukan bola sepak dunia yang dikeluarkan oleh FIFA untuk tempoh tiga bulan berturut-turut.

Kejayaan mengekalkan ranking teratas itu adalah berikutan kejayaan pasukan itu memenangi perlawanan persahabatan dengan Denmark 3-0, bulan lalu.

Dengan pasukan Eropah lain hanya akan beraksi hujung minggu ini bagi kelayakan Piala Dunia 2010, Sepanyol akan kekal mengatasi Itali dan Jerman di dalam ranking itu.

Itali kini berada di ranking kedua berdasarkan prestasi pasukan itu untuk tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Jerman yang mengatasi Belgium dengan 2-0, bulan lalu, jatuh ke tangga ketiga kerana pungutan mata keseluruhan yang semakin merosot.

Dalam pada itu Turki kini berada di dalam senarai 10 pasukan teratas iaitu pertama kali dalam tempoh empat tahun.

Brazil pula berada di tempat keenam dengan diikuti oleh Argentina yang gagal mengubah kedudukan walaupun memperolehi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing kerana kejohanan itu melibatkan pemain berusia di bawah 23 tahun.

Posted by AtanShearer at 3:40 AM 0 comments  

Labels: Spain

England Tak Perlukan Owen

Tuesday, September 02, 2008

LONDON – Masa depan Michael Owen di pentas antarabangsa kini semakin samar selepas dia tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan England bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Andorra dan Croatia bulan ini.

Begitupun, jurulatih England, Fabio Capello mengejutkan pelbagai pihak apabila menyenaraikan buat pertama kalinya pemain tengah Fulham, Jimmy Bullard dalam skuadnya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Steven Gerrard, Owen Hargreaves dan Michael Carrick yang masing-masing dibelenggu kecederaan.

Owen bagaimanapun gagal menambat hari Capello walaupun pengendali dari Itali itu telah melihat aksi pemain itu ketika turun berdepan Arsenal dalam kempen Liga Perdana England kelmarin.

“Owen adalah pemain yang hebat dan selalunya menjaringkan gol untuk skuad kebangsaan,” jelas Capello.

“Begitupun, tidak tidak dapat beraksi dengan baik buat masa ini dan kami hanya perlukan pemain yang benar-benar cergas sahaja.”

England yang gagal beraksi pada kempen Kejuaraan Eropah 2008 akan turun beraksi pada kempen kelayakan awal Piala Dunia 2010 menentang Andorra di Barcelona Sabtu ini sebelum berkunjung ke Zagreb bertemu Croatia empat hari kemudian.


Selain Bullard, jentera tengah England turut diperkuatkan dengan kehadiran bekas kapten, David Beckham diterus dikekalkan bersama-sama Gareth Barry, Joe Cole, Frank Lampard (Chelsea) dan Stewart Downing.

Wayne Rooney, Jermain Defoe, Theo Walcott dan Emile Heskey pula akan mengetuai jentera serangan England. – AFP

Posted by AtanShearer at 10:14 PM 0 comments  

Labels: England, Owen

TAHNIAH! Nicol kekal No. 1 dunia


RATU skuasy negara, Datuk Nicol David berjaya mengekalkan status sebagai pemain No. 1 dunia untuk 26 bulan berturut-turut dalam ranking terbaru Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA).

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya memintas rekod pencapaian juara dunia lima kali, Sarah Fitz-Gerald dari Australia yang mendahului ranking WISPA selama 24 bulan berturut-turut mulai November 1996.

Pemain Australia itu kemudian mencapai status pemain No. 1 dunia selama 40 bulan sebelum mengambil keputusan bersara pada 2003.

Dalam ranking terbaru WISPA semalam, Nicol, 24, mengumpul purata 2,940.588 mata selepas memenangi enam kejuaraan dalam Jelajah Dunia WISPA tahun ini iaitu Terbuka Marsh Apawarnis, KL CIMB, Britain, Seoul, Malaysia dan CIMB Singapore Masters.

Pemain Australia, Rachael Grinham mengekori di belakang dengan pungutan purata 1,858.048 mata diikuti Natalie Grinham dari Belanda dengan 1,842.941 mata.

Pemain Malaysia yang turut tersenarai dalam ranking terbaru WISPA itu ialah Sahron Wee di tangga ke-22, Delia Arnold (36), Tricia Chuah (43), Lim Yoke Wah (51), Low Wee Wern (54), Siti Munirah Jusop (61), Pushppa Devi (82). Tan Yan Xin (83), Nessrine Ariffin (94), Zulhijjah Azan (104), Kuan Choy Lin (121), Wei Lin Hooi (130), Nabilla Ariffin (163) dan Jo Ann Jee di tangga ke-192.

Posted by AtanShearer at 10:08 PM 0 comments  

Labels: Sukan Umum

Pemain Import: FAM Menongkah Arus

Monday, September 01, 2008

FAM sekali lagi mengubah format peraturan Liga Malaysia musim depan di mana tiada lagi pemain import dibenarkan beraksi. Sekejap boleh sekejap tak boleh.

Bagaimanapun lain pula hal yang berlaku pada Liga Jepun atau J-League. JFA kini membuat dasar baru yang secara total menongkah arus dengan dasar yang dibuat FAM. Mereka menawarkan tempat kepada pemain negara Asia.

Menurut laporan AFP pada 28 Ogos lalu menyebut J-League akan membuka ruang kepada pemain Asia dari luar Jepun untuk menyertai kelab bola sepak mereka.

Ini membolehkan setiap kelab mulai musim depan dibenarkan memiliki empat pemain import termasuk seorang pemain asing dari negara Asia.

Di kala FAM begitu takutkan pemain import yang dikatakan menyekat perkembangan pemain tempatan, JFA pula semakin ghairah membuka pintu kepada pemain import untuk memeriahkan kancah Liga-J mereka.

Untuk rekod (tiru gaya penyampai buletin utama) J-League dilancarkan pada 1993 berjaya menarik pemain ternama dunia, termasuk Zico dan Dunga (Brazil), Pierre Littbarski (Jerman) serta Gary Lineker (England). Jika mereka di JFA tidak takut pada bakat hebat Lineker, Zico dan Dunga akan mengancam peluang pemain mereka menonjol. Kenapa pula FAM mesti takut pada bakat Marlon Alex James, Frank Seator yang tidak sehebat mana di persada bolasepak antarabangsa?

Hal ini tidak lain dan tidak bukan hanya mainan politik pihak2 yang tertentu dalam FAM. Mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam FAM gagal dalam saingan Liga-M kerana kegagalan mereka mencari dan memilih pemain import yang berkualiti. Akibatnya mereka menyalahkan keseluruhan pemain import yang beraksi sebagai tidak mampu menaikkan martabat bolasepak kebangsaan seterusnya menyekat perkembangan bakat muda untuk menyerlah.

FAM sebenarnya hanya pandai melakukan ujikaji sahaja. Saban kali menukar format itu dan ini dengan alasan hendak mencari formula yang sesuai. Formula yang terbukti berkesan yang ditunjuk ajar oleh Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil dicampak ke longkang. FAM sentiasa berlagak pandai dan tidak mahu mendengar pandangan orang yang lebih pandai.

Tatkala JFA semakin maju melangkah ke depan, FAM pula semakin berundur ke belakang. Suatu masa dulu pucuk pimpinan FAM menyatakan iltizam untuk mencontohi kejayaan J-League untuk dijadikan iktibar, tapi kini yang berlaku sebaliknya pula. FAM semakin menjauhi resepi kejayaan J-League. Itulah FAM.

Posted by AtanShearer at 12:34 PM 0 comments  

Labels: FAM

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License