skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ▼ June (20)
      • Rustu umum persaraan
      • Suku Akhir: Sepanyol vs Itali
      • Kenapa Team Belanda Memakai Arm Band Hitam?
      • Suku Akhir: Belanda vs Russia
      • Suku Akhir: Turki vs Croatia
      • Semangat Juang Empayar Ottoman Meresapi Team Turki
      • Suku Akhir: Jerman vs Portugal
      • FRANCE: MASA UNTUK BERUBAH!
      • DOMENENCH TETAP PUJI PERANCIS WALAU GAGAL KE SUKU ...
      • Group D: Sepanyol vs Greece
      • Group D: Russia vs Sweden
      • Grup C: Perancis vs Itali
      • Scolari Anggap Portugal Ada Kelebihan Di Suku Akhir
      • Detik pahit, manis Switzerland
      • Bruckner Terkejut Kebangkitan Turki
      • Keajaiban Turki
      • Group C: Belanda vs Perancis 4-1
      • 12 PENGADIL TERBAIK EROPAH DI EURO 2008
      • Latar Belakang Euro 2008
      • EURO 2008 KEMBALI!
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Keajaiban Turki

Tuesday, June 17, 2008

GENEVA - Turki yang beraksi 10 pemain mara ke suku akhir Euro 2008 walaupun ketinggalan 0-2 sebelum bangkit mengejutkan Republik Czech 3-2, semalam.

Harapan Turki seakan-akan berkubur sehingga minit ke-62 selepas tandukan penyerang 'gergasi' Republik Czech, Jan Koller dan gol babak kedua pemain sayap, Jaroslav Plasil mengukuhkan kedudukan lawan yang pernah mara ke separuh akhir Euro 2004.

Namun, tiga gol pada 15 minit terakhir termasuk dua gol menerusi ketua pasukan, Nihat Kahveci pada minit ke-87 dan 89, membawa Turki ke saingan suku akhir.

Penentuan penalti tidak diperlukan selepas Turki bangkit di penghujung permainan.

Bermula dengan Arda Turan yang merembat bola leret melepasi penjaga gol, Petr Cech untuk gol pertama, Turki kembali bernafas walaupun ketinggalan 1-2.

Kahveci yang beraksi di Villarreal, menjaringkan dua gol. Gol pertama dijaringkan daripada gerakan tanpa diduga yang lazimnya dapat dijangka oleh Cech.

Kemenangan itu meletakkan pasukannya ke pusingan kalah mati bertemu juara Kumpulan B, Croatia di Vienna, Jumaat ini.

Situasi tegang tercetus di babak akhir apabila penjaga gol Turki, Volkan Demirel dilayangkan kad merah tetapi ia tidak dapat meredakan kekecewaan pemain pasukan Republik Czech.

Penentuan penalti merupakan pilihan sebelum perlawanan apabila masing-masing menang dua perlawanan dalam Kumpulan A.

Namun, akhirnya Turki mengiringi Portugal ke suku akhir manakala Republik Czech terpaksa pulang awal.

Jurulatih Republik Czech, Karel Brueckner memilih penyerang tinggi lampai Nuremberg, Koller sebagai penyerang tunggal, menggantikan bekas penyerang Liverpool Milan Baros yang semakin merosot prestasinya selepas muncul penjaring terbanyak kejohanan empat tahun lalu.

Rakan sejawat Brueckner, Fatih Terim pula menurunkan pemain Fenerbahce, Semih Senturk yang digandingkan dengan Kahveci di bahagian serangan menerusi formula tradisi 4-4-2, tidak seperti formula 4-3-3 yang digunakan ketika menentang Switzerland.

Turki bermula agresif dengan pemain kelahiran Brazil, Mehmet Aurelio mengutip kad kuning kedua kejohanan.

Selepas berterusan mengasak kubu Turki, keputusan menurunkan Koller berbaloi pada minit ke-34 apabila dia menjaringkan gol ke-55 dalam 90 penampilan antarabangsa yang juga merupakan aksi terakhir untuk negaranya.

Pertahanan Juventus, Zdenek Grygera melakukan hantaran silang untuk Koller menyambar bola tinggi dan walaupun Demirel cuba menepis, bola akhirnya menerjah gawang.

Turki menggandakan asakan di babak kedua dengan Kahveci dua kali hampir mencipta gol, namun Cech kental di gawang gol Republik Czech.

Republik Czech seakan-akan mengesahkan kemenangan selepas mendahului 2-0 apabila Plasil melepaskan rembatan deras selepas mendapat bola lintang Libor Sionko pada minit ke-62 tanpa mampu diselamatkan Demirel.

Namun, Turki mempamerkan semangat juang dan menjaringkan gol selepas menembusi pertahanan Republik Czech menerusi pemain sayap Halil Altintop menampan bola lintang untuk Turan merembat ke gawang gol.

Kesilapan Cech selepas itu membolehkan Turki menyamakan kedudukan apabila ketua pasukan, Kahveci mudah menolak masuk bola yang terlepas daripada tangkapan penjaga gol Chelsea tersebut ketika permainan berbaki tiga minit.

- AFP

Posted by AtanShearer at 5:01 AM  

Labels: Czech, Euro 2008, Turki

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License