skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ▼ June (20)
      • Rustu umum persaraan
      • Suku Akhir: Sepanyol vs Itali
      • Kenapa Team Belanda Memakai Arm Band Hitam?
      • Suku Akhir: Belanda vs Russia
      • Suku Akhir: Turki vs Croatia
      • Semangat Juang Empayar Ottoman Meresapi Team Turki
      • Suku Akhir: Jerman vs Portugal
      • FRANCE: MASA UNTUK BERUBAH!
      • DOMENENCH TETAP PUJI PERANCIS WALAU GAGAL KE SUKU ...
      • Group D: Sepanyol vs Greece
      • Group D: Russia vs Sweden
      • Grup C: Perancis vs Itali
      • Scolari Anggap Portugal Ada Kelebihan Di Suku Akhir
      • Detik pahit, manis Switzerland
      • Bruckner Terkejut Kebangkitan Turki
      • Keajaiban Turki
      • Group C: Belanda vs Perancis 4-1
      • 12 PENGADIL TERBAIK EROPAH DI EURO 2008
      • Latar Belakang Euro 2008
      • EURO 2008 KEMBALI!
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Rustu umum persaraan

Saturday, June 28, 2008


BASEL - Penjaga gol kedua Turki, Rustu Recber (gambar) mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa sejurus pasukannya kalah 3-2 kepada Jerman pada separuh akhir Euro 2008, semalam.

Dalam perlawanan di Basel itu, Turki tidak bernasib baik tewas menerusi jaringan minit terakhir Philipp Lahm, seminit sebelum tamat perlawanan.

Rustu mengumumkan persaraannya selepas melengkapkan 118 aksi antarabangsa bersama Turki.

"Saya menutup karier antarabangsa dengan penuh bangga kerana diberi penghormatan berkhidmat buat negara selama 14 tahun.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya selama ini. Saya juga ingin memberitahu rasa bangga saya dengan setiap rakan sepasukan.

"Turki harus melupakan kekalahan ini kerana saya percaya kami memiliki pasukan yang mampu melakar kejayaan lebih besar,'' kata Rustu dalam laman web rasmi UEFA, www.euro2008.com semalam.

- Reuters

Posted by AtanShearer at 9:00 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Turki

Suku Akhir: Sepanyol vs Itali

Tuesday, June 24, 2008

Juara dunia tersingkir....

Sepanyol menyekat kemaraan Itali apabila menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 di peringkat suku akhir Euro 2008 di Stadium Ernst Happel, Vienna, Austria, kelmarin.

Kejayaan Sepanyol itu sekaligus memusnahkan impian Itali untuk merangkul kejuaraan kedua terbesar mereka dalam tempoh tiga tahun selepas muncul juara Piala Dunia pada 2006.

Dengan kemenangan ini juga Sepanyol boleh melupakan kekecewaan 88 tahun tanpa sebarang kemenangan ke atas Itali di dalam kejohanan utama antarabangsa.

Kemenangan itu juga memadam reputasi Sepanyol sebagai pasukan pilihan yang selalu tumbang ketika situasi tertekan, seperti ketika mereka kalah penentuan penalti pada suku akhir Piala Dunia 1986 menentang Belgium, melawan England pada Euro 96 dan berdepan Korea Selatan pada Piala Dunia 2002 - kebetulan semuanya berlangsung pada 22Jun.

Juan Carlos, Raja Sepanyol pemerintah monarki Sepanyol itu yang menyaksikan perlawanan di Vienna bersama isterinya Ratu Sofia, memberitahu stesen Cuatro TV,

“Kami berjaya mengatasi badi itu, Saya rasa sangat gembira dan ia kepuasan yang hebat,” katanya yang memberikan trofi Piala Dunia kepada kapten Itali, Dino Zoff apabila Sepanyol menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 1982.

Juan Carlos kekal optimis mengenai peluang Sepanyol merampas takhta untuk menambah trofi tunggal dimenangi mereka pada Kejohanan Eropah pada 1964.

Barisan Pemain:

Itali: Gianluigi Buffon, Gianluca Zambrotta, Christian Panucci, Fabio Grosso, Giorgio Chiellini, Simone Perrotta (Camoranesi), Daniele De Rossi, Alberto Aquilani, Massimo Ambrosini, Luca Toni, Antonio Cassano (Di Natale)

***

Sepanyol: Casillas, Sergio Ramos, Puyol, Carlos Marchena, Joan Capdevila, Xavi (Fabregas), Silva, Marcos Senna, Iniesta (Cazorla), Villa, Fernando Torres (Guiza).

Posted by AtanShearer at 8:24 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Italy, Spain

Kenapa Team Belanda Memakai Arm Band Hitam?

Sunday, June 22, 2008

Team Belanda mengenakan ban lengan berwarna hitam ketika menghadapi Russia pada suku akhir Euro 2008 di St. Jakob-Park, Basel.

Ianya sebagai tanda takziah atas meninggalnya anak perempuan bek Khalid Boulahrouz yang lahir pra-matang.

"Ini adalah momentum yang boleh membangkitkan semangat team. Kerana, salah seorang pemain tengah kami mengalami kedukaan dan menghadapi situasi sedih," kata coach Belanda, Marco van Basten pada hari Sabtu (21/6/2008).

"Ini sangat sukar. Perasaan kami sangat sedih, tapi kami juga bangga bila Boulahrouz tetap bersama team," kata Rafael van der Vaart, Sabtu.

p/s: malangnya arm band hitam itu bukan sekadar menjadi tanda berkabung atas kematian anak Boulahrouz, malah seolah-olah memberi petanda bahawa team Belanda bakal meratapi kesedihan yang lebih besar iaitu gagal layak ke saingan separuh akhir.

Posted by AtanShearer at 8:56 PM 0 comments  

Labels: Belanda, Euro 2008

Suku Akhir: Belanda vs Russia

Penampilan gemilang penyerang Andrei Arshavin membolehkan Rusia membelasah Belanda 3-1 ibarat meratah ayam belanda pada saingan suku akhir EURO 2008 di Stadium St. Jakob-Park, Sabtu (21/6).

Kejayaan ini sungguh luar biasa bagi Russia memandangkan Belanda tampil cemerlang di peringkan kumpulan dengan menyapu bersih tiga kemenangan di Grup C.

Kejayaan ini juga sungguh ironik
kerana disebalik kekalahan pasukan Belanda, yang merancangkan strategi kejayaan pasukan Russia adalah coach yang berasal dari Belanda iaitu Guus Hiddink.

Russia mendapat peluang pertama dalam pertandingan ini pada ketika perlawanan berjalan lima minit melalui tendangan bebas Yuri Zhirkov, sayangnya ia ditepis Edwin van der Sar.

Selang beberapa minit kemudian, penyerang Roman Pavlyuchenko mengancam gawang Belanda bagaimana pun tandukannya melambung.

Belanda membalas serangan dan mereka hampir di depan pada minit ke-19 bila pemain bek Russia tidak menghalang tendangan Wesley Sneijder.

Beberapa minit kemudian, Belanda kembali mendapat peluang. Tendangan bebas yang diambil Rafael Van der Vaart gagal disambar oleh Ruud van Nistelrooy di depan gawang Igor Akinfeev.

Tepat selepas perlawanan berjalan setengah jam, Russia nyaris membuka jaringan andai Van der Sar tidak beraksi cemerlang mematahkan tendangan Andrei Arshavin.

Van der Sar kembali beraksi hebat seminit kemudian mematahkan cubaan Denis Koladin.

Lima minit berselang, Van Nistelrooy mendapat peluang keemasan ketika ia berjaya melewati halangan bek Rusia, akan tetapi tendangannya masih mampu dipatahkan Akinfeev.

Dua minit sebelum turun rehat, Akinfeev menunjukkan bahawa beliau tidak kalah jika dibanding Van der Sar dengan sempat menepis tendangan Van der Vaart.

Russia mengejutkan Belanda pada minit ke-56 ketika mereka berjaya merobek jaring Van der Sar ketika umpan silang Sergei Semak dengan baik disambar Pavlyuchenko.

Selang beberapa minit kemudian, Russia hampir menggandakan kedudukan melalui Alexandr Anyukov, jika tendangannya tidak dihalang Van der Sar.

Ketinggalan satu gol membuat coach Belanda, Marco van Basten memasukkan Ibrahim Afellay menggantikan Orlando Engelaar untuk menambah impak pasukannya.

Meskipun begitu, Belanda tetap menghadapi kesulitan untuk menembusi pertahanan Russia yang mantap.

Ketika babak kedua berbaki empat minit, Belanda mendapat hadiah tendangan bebas dan bola sepakan Sneijder berjaya ditanduk oleh Van Nistelrooy membolehkan Belanda menyamakan kedudukan sehingga membuat pertandingan berlanjutan hingga ke tambahan masa.

Tujuh minit waktu tambahan masa, Pavlyuchenko hampir membawa Russia kembali di depan, sayangnya tendangan jarak juah yang dilepaskan Pavlyuchenko tersasar.

Selang lima minit kemudian, Russia akhirnya mampu kembali mendahului ketika umpan Arshavin dengan baik disambar oleh pemain pengganti Dimitri Torbinski.

Situasi tertekan membuatkan Belanda meningkatkan tempo permainan. Namun hal ini membuat barisan belakang mereka cuai dan dimanfaatkan Russia untuk menjaringkan gol ketiga melalui tendangan leret Arshavin yang sempat membias kaki Johnny Heitinga dan terus melalui celah kaki Van der Sar sebelum menerjah jaring.
Keputusan akhir, satu lagi pasukan yang sebelum ini cemerlang di peringkat kumpulan tumpas dan tersungkur di tangan pasukan underdog.

Posted by AtanShearer at 6:29 AM 0 comments  

Labels: Belanda, Euro 2008, Russia

Suku Akhir: Turki vs Croatia

Turki mengulangi kisah ajaib mereka dalam 3 perlwanan berturut-turut.

VIENNA, Austria - Rustu Recber menjadi wira Turki apabila menyelamatkan tendangan penalti yang diambil oleh pemain Croatia, Mladen Petric, selain sepakan jauh ke dalam kotak penalti lawan yang menyamakan kedudukan, sekali gus membawa Turki ke separuh akhir Euro 2008,

Turki mencatat kemenangan 3-1 ke atas Croatia menerusi penentuan tendangan penalti apabila kedua-duanya terikat 1-1 pada masa tambahan.

Arda Turan, Semih Senturk dan Hamit Altintop berjaya menjaringkan gol untuk Turki menerusi penentuan penalti.

Sementara itu, pemain Croatia, Luka Modric serta Ivan Rakitic gagal menyempurnakan tendangan penalti dan hanya Darijo Srna yang berjaya melaksanakannya.

Selepas 90 minit perlawanan sebenar berakhir, Ivan Klasnic meletakkan Croatia di hadapan menerusi tandukan pada minit ke-119. Klasnic merupakan pemain pertama menyertai Kejuaraan Eropah selepas menjalani pemindahan buah pinggang.

Tandukan jarak dekat Klasnic itu diperoleh menerusi hantaran silang yang dilakukan oleh Modric, selepas dia masuk ke padang selama 22 minit sebagai pemain gantian.

Sambutan kejayaan jaringan gol itu oleh peminat Croatia terhenti ketika masa perlawanan hampir tamat apabila Recber melakukan hantaran jauh ke dalam kawasan penalti Croatia dan bola jatuh kepada pemain Turki, Semih untuk jaringan sambil diperhatikan oleh penjaga gol Croatia, Stipe Pletikosa yang telah rebah di padang.

"Perlawanan dilihat seperti sudah ingin berakhir dan kami kemudiannya akur dengan jaringan gol Turki. Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti dan ia memberi kelebihan psikologi kepada Turki.

"Ia merupakan perkara yang sukar dilupakan. Kami bukan sahaja tidak boleh melupakannya, tetapi ia akan terus menghantui saya sehingga sepanjang hayat.

"Kami mungkin akan melupakannya selepas beberapa hari. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Kami akan kembali," kata jurulatih Croatia, Slaven Bilic.

Turki akan berhadapan dengan Jerman di peringkat separuh akhir, Rabu ini di Basel, Switzerland.

"Gagal mengekal kelebihan mendahului untuk tempoh masa yang singkat akan memberi kesan kepada mana-mana pasukan sekalipun. Saya tahu, mereka (Croatia) akan merasai keperitan secara psikologi.

"Saya memberitahu kepada para pemain supaya tidak mudah mengalah. Saya memberitahu mereka agar tidak takut untuk kehilangan atau mengaku kalah dengan jaringan gol. Ini adalah bola sepak. Kamu tidak boleh mengaku kalah sehingga pengadil meniup wisel terakhir," kata jurulatih Turki, Fatih Terim.

Sementara itu, Altintop berkata, dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan kekalahan selepas Klasnic menjaringkan gol.

"Kami mungkin mempunyai masa untuk menangis selepas pengadil meniupkan wisel terakhir. Jadi sebelum itu, kami harus bermain tanpa sebarang perasaan takut.

"Dalam perlawanan bola sepak, emosi tidak boleh dicampur aduk dengan permainan," kata pemain tengah Turki itu.

Kualiti perlawanan itu menjadi rendah apabila kedua-dua pasukan bermain secara bertahan dengan berhati-hati. Namun begitu, Turki masih memberi tekanan di bahagian tengah dan tidak membenarkan pihak lawan mengawal bola.

Barisan Pemain:

Croatia: Pletikosa, Corluka, Robert Kovac, Simunic, Pranjic, Srna, Modric, Nico Kovac, Rakitic, Kranjcar (Petric 64), Olic (Klasnic 97).

Pemain Simpanan: Galinovic, Simic, Vejic, Vukojevic, Kalinic, Pokrivac, Knezevic, Leko, Runje.

Gol: Klasnic 119

***

Turki: Rustu, Altintop, Zan, Asik, Balta, Topal (Senturk 76), Sarioglu, Sanli, Turan, Kazim-Richards (Boral 61), Nihat (Karadeniz 117).

Pemain Simpanan: Zengin, Cetin, Emre, Metin, Gungor, Akman, Erdinc.

Kad kuning: Sanli, Turan, Boral, Asik (Turki).

Gol: Senturk 120
Penalti: Turki menang 3-1

Penonton: 50.000
Pengadil: Roberto Rosetti (Italia).

- AP


Posted by AtanShearer at 5:03 AM 0 comments  

Labels: Croatia, Euro 2008, Turki

Semangat Juang Empayar Ottoman Meresapi Team Turki

Saturday, June 21, 2008

Pasukan Fatih Terim menebus sejarah 479 tahun lalu. Pada tahun 1529 Empayar Turki Ottoman menyerang kota Vienna.

Pada awal pagi ini para penyokong Turki sekali lagi 'menyerang' Vienna untuk memberi sokongan padu kepada bala tentera pimpinan 'General' Fatih Terim di perlawanan suku akhir antara Turki dan Croatia yang dilangsungkan di ibu kota Austria itu.

Apa yang terjadi pada 1529? Setelah menakluk Kerajaan Hungary dan beberapa wilayah di Eropah Tengah, Empayar Ottoman yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Suleiman yang Agung, menyerang Vienna. Bagaimana pun Ottoman gagal menakluk kota itu apabila musim dingin datang lebih awal dari sepatutnya memaksa tentera mereka berundur.

Nihat Kahveci dan rakan-rakan tidak ingin menjadi seperti pasukan Ottoman yang datang ke Vienna dan akhirnya terpaksa pulang hampa. Kali ini, Turki datang lagi ke Vienna dan berjaya menguasai kota itu untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

Bagaimana pun bukan mudah untuk Turki melepasi halangan di Vienna ini. Melihat penampilan mantap di peringkat kumpulan, Croatia nampak unggul. Tambahan pula sejak 1996 Crotia tak pernah kalah kepada Turki. Tetapi pagi ini mereka berjaya menumpaskan Croatia 3-1 melalui sepakan penalti setelah seri 1-1 selepas masa tambahan.

Selepas ini mereka akan berdepan dengan Jerman, kuasa bolasepak Eropah dan Dunia di peringkat separuh akhir.

Tekad sudah dikumandangkan oleh Ay-Yil-dizlilar atau Bulan Sabit-Bintang, nama gelaran yang diberikan kepada team Turki.

Meskipun menghadapi pelbagai situasi sulit, Terim percaya. “Kami memiliki para pemain yang dihukum dan yang cedera, tapi kami mempunyai singa-singa yang dapat menggantikan mereka,” kata beliau yang kehilangan banyak pemain.

Satu hal yang harus diberi perhatian oleh Jerman selepas ini adalah semangat pantang menyerah Turki. Nihat dan rakan-rakan mampu menjaringkan gol-gol penting samada untuk menewaskan ataupun menyamakan jaringan. Swiss (2-1) dan Rep. Czech (3-2) dan yang terkini Croatia menjadi mangsa kebangkitan Turki walau setelah tertinggal satu atau dua gol.

Mampukah Turki meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan Empayar Ottoman di saingan Euro 2008? Atau mampukan Jerman menafikan kebangkitan pasukan Fatih Terim ini diperingkat separuh akhir nanti. Sama-sama kita nantikan

Posted by AtanShearer at 5:48 AM 0 comments  

Labels: Croatia, Euro 2008, Turki

Suku Akhir: Jerman vs Portugal

Jerman mara ke separuh akhir Euro

BASEL, Switzerland - Juara tiga kali Jerman menewaskan Portugal 3-2 pada perlawanan suku akhir bola sepak Kejohanan Eropah (Euro) 2008 awal pagi tadi.

Walaupun beraksi tanpa jurulatih, Joachim Loew yang digantung perlawanan dan mempamer aksi hambar di peringkat kumpulan, juara Eropah tiga kali itu masih mampu membenam Portugal.

Bastian Schweinsteiger, yang dibuang padang ketika Jerman kalah 1-2 kepada Croatia di peringkat kumpulan, diangkat sebagai wira selepas menjaringkan gol pembukaan dan mencipta gerakan untuk dua lagi gol yang disempurnakan Miroslav Klose dan Michael Ballack.

Barisan Pemain:

Portugal: Ricardo, Bosingwa, Pepe, Carvalho, Ferreira, Petit (Postiga 73), Joao Moutinho (Raul Meireles 31), Ronaldo, Deco, Simao, Nuno Gomes (Nani 67).

Barisan Simpanan: Nuno, Rui Patricio, Bruno Alves, Fernando Meira, Hugo Almeida, Miguel, Jorge Ribeiro, Quaresma, Veloso.

Kad kuning: Petit, Pepe, Postiga.

***

Jerman: Lehmann, Friedrich, Mertesacker, Metzelder, Lahm, Schweinsteiger (Fritz 83), Rolfes, Ballack, Hitzlsperger (Borowski 73), Klose (Jansen 89), Podolski.

Barisan Simpanan: Enke, Adler, Westermann, Frings, Gomez, Neuville, Trochowski, Odonkor, Kuranyi.

Kad kuning: Friedrich, Lahm.

Penonton: 42.000.
Pengadil: Peter Frojdfeldt (Sweden).

Posted by AtanShearer at 3:34 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Jerman, Portugal

FRANCE: MASA UNTUK BERUBAH!

Friday, June 20, 2008

Sudah tiba masanya bagi skuad Perancis untuk melakukan perubahan. Penggantian sudah harus dilakukan dari level coach hinggalah pemain. Raymond Domenech, sebagai head coach, adalah orang pertama yang harus menanggung padah akibat prestasi Perancis di Euro 2008.

Domenech, seperti tidak mempunyai karisma untuk memberi inspirasi kepada anak buahnya. Perancis memang menjadi finalis Piala Dunia 2006, tapi pemilihan team dan penerapan taktik Domenech lebih banyak merugikan anak buahnya sendiri.

Team Perancis kini merupakan korban kepada kesuksesan di Piala Dunia 2006. Pemain yang dipilih ke Euro 2008 sebahagian besar adalah ahli pasukan team 2006. Sayangnya Domenech gagal melihat bahawa usia telah menelan mereka.

Sebut saja Thierry Henry, Patrick Vieira, Lilian Thuram dan Claude Makelele. Nama-nama tadi adalah tulang belakang Les Bleus di Jerman, dua tahun lalu. Betapa banyak perubahan yang terjadi kepada mereka selepas itu. Henry dan Vieira mengalami penurunan prestasi yang amat luar biasa, begitu pula Thuram (36) dan Makelele (35) yang semakin uzur dimamah usia.

Untungnya, Perancis masih memiliki pemain-pemain muda yang sensasi. Samir Nasri dan Karim Benzema adalah dua nama yang paling disebut-sebut bakal bersinar. Namun adakah Domenench memberi mereka peluang yang secukupnya untuk menyerlah diperingkat antarabangsa?

Perkembangan pemain generasi baru ini harus diperhatikan dan bukan membiarkan bakat mereka diabaikan. Ini penting agar mereka dapat membantu Perancis sebagai kekuatan yang lebih disegani pada Piala Dunia 2010.

Posted by AtanShearer at 3:24 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, France

DOMENENCH TETAP PUJI PERANCIS WALAU GAGAL KE SUKU AKHIR

Perancis memang gagal di Euro 2008. Setelah hanya mengumpul satu mata hasil dari seri tanpa gol dengan Romania. Perancis akhirnya harus pulang terlebih dahulu setelah dipastikan tidak melepasi peringkat kumpulan.

Seri melawan Romania, penderitaan Les Bleus kembali berlarutan setelah teruk dikalahkan 4-1 oleh Belanda pada perlwanan kedua. Perlawanan terakhir Perancis turut kalah kepada team rival, Itali 2-0. Dua kali kalah dan sekali seri merupakan prestasi buruk bagi juara Eropah tahun 1984 dan 2000 itu. Walau gagal, jurulatih Raymond Domemnech tetap memuji penampilan anak didiknya.

"Saya bangga dengan pemain. Mereka berjuang tanpa penat lelah" puji Domemench kepada Skysports selepas perlawanan melawan Itali.

Pasca kegagalan ini, masa depan Domenech sebagai coach Perancis hingga 2010 berada diambang ketidakpastian. Dalam beberapa hari ini Federasi Bolasepak Perancis (FFF) akan melakukan pertemuan dengan Domenech untuk membincangkan kontrak lanjutan coach kelahiran Lyon itu.

Posted by AtanShearer at 3:10 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, France

Group D: Sepanyol vs Greece

TUMPASNYA JUARA BERTAHAN!

Dalam satu perlwanan di Group D yang berlangsung secara serentak, Sepanyol akhirnya berjaya juga memenangi ke atas Yunani, 2-1. Bermain di Wals-Siezenheim, Salzburg. Sepanyol yang awalnya ketinggalan terlebih dahulu melalui gol di penghujung separuh masa pertama oleh Angelos Charistes pada minit ke-42.

Tertinggal satu gol. Sepanyol yang menurunkan sebahagian besar barisan pemain kedua itu tampil menyerang untuk mencipta gol balasan. Memasuki minit ke-61, tendangan keras Ruben de la Red berjaya menjadikan kedudukan seimbang 1-1.

Kemenangan Sepanyol akhirnya diraih ketika perlawanan berbaki dua minit. Umpanan Sergio Garcia dari sayap kanan berjaya diselesaikan oleh Guiza untuk memastikan kemenangan Sepanyol 2-1. Hasil kejayaan ini membolehkan pasukan Sepanyol mengumpul sembilan mata penuh hasil dari tiga kemenangan.

Sementara itu kekalahan ini merupakan prestasi terburuk Greece disebabkan, sepanjang tempoh kempen di Euro 2008, juara bertahan ini gagal mengumpulkan sebarang mata.

Di saingan suku akhir nanti, Sepanyol akan ditentang Itali yang menduduki tangga kedua Group C.


Barisan Pemain

Greece: 1-Antonis Nikopolidis; 11-Loukas Vintra, 16-Sotiris Kyrgiakos (19-Paraskevas Antzas 63'), 5-Traianos Dellas, 4-Nikos Spyropoulos; 6-Angelos Basinas, 21-Costas Katsouranis, 14-Dimitris Salpigidis (8-Stylianos Giannakopoulos 86'), 10-Giorgios Karagounis (22-Alexandros Tziolis 74'), 20-Yannis Amanatidis; 9-Angelos Charisteas

***

Sepanyol: 23-Pepe Reina; 18-Alvaro Arbeloa, 20-Juanito, 2-Raul Albiol, 3-Fernando Navarro; 14-Xabi Alonso; 22-Ruben de la Red, 10-Cesc Fabregas, 16-Sergio Garcia, 6-Andres Iniesta (12-Santiago Cazorla 58'); 17-Daniel Guiza

Posted by AtanShearer at 2:55 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Greece, Spain

Group D: Russia vs Sweden

RUSSIA 2-0 SWEDEN
(Pavlyuchenko 24, Arshavin 50 )

Barisan Pemain

Sweden: Andreas Isaksson, Fredrik Stoor, Mikael Nilsson (Marcus Allback), Olof Mellberg, Petter Hansson, Anders Svensson, Fredrik Ljungberg, Andersson D (Kim Kallstrom), Henrik Larsson, Zlatan Ibrahimovic, Johan Elmander.

***

Rusia: Igor Akinfeev, Denis Kolodine, Sergei Ignashevitch, Aleksandr Anyukov, Konstantin Zyryanov, Yuri Zhirkov, Igor Semshov, Sergei Semak, Diniyar Bilyaletdinov (Ivan Saenko), Roman Pavluchenko (Vladimir Bistrov), Andrei Arshavin

Posted by AtanShearer at 2:52 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Russia, Sweden

Grup C: Perancis vs Itali

Wednesday, June 18, 2008

Grup C: Perancis vs Itali
Letzigrund, Zurich (17/6)
------------------------------
Perancis memiliki kelebihan. Itulah yang terjadi bila kita menatap kembali statistik dalam beberapa pertemuan terakhir mereka dengan Itali. Namun, Les Bleus justeru boleh kembali tertekan dengan kenyataan bahawa pertembungan di Stadium Letzigrund, Zurich, pada Selasa (17/6) ini harus mereka menangi.

Ya, hanya pemenang dalam pertembungan dua team biru ini mampu memberikan peluang untuk layak ke suku akhir. Akan tetapi, siapapun yang memenanginya harus menunggu keputusan antara Belanda dan Romania di Berne. Jika Romania menang, Itali dan Perancis pasti tersingkir.

Secara keseluruhannya dalam 34 kali pertemuan sebenarnya Perancis hanya menang tujuh kali ke atas Azzurri. Akan tetapi, sejak Les Bleus berjaya menjuarai Piala Dunia 1998dan Euro 2000, keadaan telah berbalik.

Sejak 1998, Azzurri hanya pernah menang sekali dalam lima pertemuan dengan Perancis. Kemenangan ini pun diperolehi Itali akibat tendangan penalti di final Piala Dunia Germany 2006 lalu.

FORMASI JANGKAAN
---------------------------------------
PeRANCIS (4-4-2): 23-Coupet; 3-Abidal, 5-Gallas, 15-Thuram, 19-Sagnol; 7-Malouda, 6-Makelele, 11-Nasri, 22-Ribery; 9-Benzema, 12-Henry Cadangan: 1-Mandanda, 16-Frey; 2-Boumsong, 13-Evra, 14-Clerc; 4-Vieira, 20-Toulalan, 21-Diarra, 17-Squillaci; 10-Govou, 8-Anelka, 18-Gomis. Absen: -. COACH: Raymond Domenech.

ITALI (4-2-3-1): 1-Buffon; 3-Grosso, 2-Panucci, 4-Chiellini, 19-Zambrotta; 10-De Rossi, 21-Pirlo; 7-Del Piero, 20-Perrotta, 16-Camoranesi; 9-Toni Cadangan: 14-Amelia, 17-De Sanctis; 23-Materazzi, 5-Gamberini, 6-Barzagli; 8-Gattuso, 11-Di Natale, 13-Ambrosini, 15-Quagliarella; 18-Cassano, 22-Aquilani, 12-Borriello. Absen: -. COACH: Roberto Donadoni.

Posted by AtanShearer at 4:27 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, France, Italy

Scolari Anggap Portugal Ada Kelebihan Di Suku Akhir

Tuesday, June 17, 2008

BASEL (Switzerland): Pengurus Portugal, Luiz Felipe Scolari berat mengatakan saingan suku akhir Euro 2008 akan menemukan pasukannya dengan Jerman, Khamis ini.

Walaupun Portugal juga boleh berdepan Austria atau Poland, Scolari menyatakan dengan jelas dia menjangkakan Jerman akan bangkit selepas persembahan kurang memberangsangkan ketika tewas kepada Croatia untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan B.

Itu akan membawa mereka ke kelompok lapan pasukan terbaik dan akan bertemu Portugal, yang sudah pasti akan mendahului Kumpulan A sebelum skuad kedua mereka tewas 2-0 kepada Switzerland, awal pagi semalam.

Ditanya sama ada dia merasakan Jerman bukan lagi pasukan yang digeruni, Scolari membalas: “Tidak sekali-kali, saya suka melihat cara Jerman bermain. Saya sukakan taktik mereka, cara pemain mereka bermain.

“Anda tidak seharusnya lupa, dalam keadaan paling sukar, Jerman mempertahankan maruah mereka dan melakukan usaha yang bagus untuk kembali ke dalam perlawanan ketika mereka tertekan.

“Jika perlawanan bertemu Croatia bukan perlawanan yang biasa buat Jerman. Kita mengetahuinya. Jika kami terpaksa berdepan Jerman, kami akan melalui tempoh yang sangat sukar.”

Portugal mungkin memiliki kelebihan apabila ramai pemain mereka yang sudah cergas untuk bertemu sesiapa pun dengan Scolari melakukan lapan perubahan kepada skuad yang menewaskan Republik Czech 3-1 pertengahan minggu lalu untuk berada di kedudukan teratas kumpulan.

Selepas melihat skuadnya ditewaskan oleh dua gol jaringan Hakan Yakin pada babak kedua, Scolari berkata dia berharap akan dapat menukar keseluruhan barisannya.

“Mereka bermain secara normal dan kami ada beberapa peluang tetapi kami tidak menjaringkan gol yang kami mahukan dan kemudian kami lihat kesannya,” kata Scolari.

“Saya tidak dapat bayangkan (penamat perlawanan) dengan cara begini. Saya seharusnya lebih berhati-hati dan menggantikan 11 pemain berbanding lapan.”

Kekecewaan Scolari sebahagiannya adalah disebabkan empat pemainnya termasuk pertahanan pilihan utama, Paulo Ferreira, menerima kad kuning yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada penggantungan untuk saingan separuh akhir, walaupun mereka tidak mendapat kad kuning pada suku akhir, mereka tetap tidak dapat bermain selepas peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah yang ditetapkan bulan lalu di Moscow. - AFP

Posted by AtanShearer at 7:31 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Portugal

Detik pahit, manis Switzerland

Menang ke atas calon pilihan tetapi terpaksa menerima hakikat mereka tersingkir

BASEL (Switzerland): Bagi Switzerland, ia adalah penamat yang manis bagi kempen Kejohanan Eropah yang mengecewakan. Portugal pula akan memberi tumpuan kepada perlawanan lebih besar yang bakal menanti mereka.

Hakan Yakin menjaringkan dua gol, awal pagi semalam untuk membantu tuan rumah bersama itu kemenangan pertama pada Kejohanan Eropah dengan kejayaan 2-0.

Portugal sudah layak ke suku akhir selaku juara Kumpulan A, tetapi keputusan berkenaan sekurang-kurangnya bermakna Switzerland akhirnya berjaya memberi penyokong mereka sesuatu untuk diraikan, selepas menjadi pasukan pertama tersingkir.

“Ia adalah kemenangan yang memang hak kami. Kami bermain tiga perlawanan ‘super’ dan menunjukkan kepada orang ramai sesuatu,” kata Yakin. “Kami mahu bermain secara menyerang dan hari ini ia menjadi. Ia adalah penamat yang berbaloi.”

Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol di St Jakob Park selepas menerima hantaran rakan penyerang, Eren Derdiyok pada minit ke-71, menyepak deras melalui kaki penjaga gol Ricardo dari jarak 14 meter.

Yakin menambah jaringan kedua menerusi penalti pada minit ke-83 selepas Fernando Meira dikatakan mengasari pemain gantian Tranquillo Barnetta.

Ia memberi Switzerland kemenangan pertama dalam tiga penampilan pada Kejohanan Eropah, walaupun mengatasi pasukan Portugal yang merehatkan lapan pemain utama, termasuk, Cristiano Ronaldo dan Deco.

Switzerland hanya meraih satu keputusan seri pada kejohanan 1996 di England dan juga di Portugal empat tahun lalu.

“Kami seharusnya merehatkan 11 (pemain) berbanding hanya lapan,” kata jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari. “Kami mengambil terlalu banyak risiko ketika perlawanan ini. Saya melakukan kesilapan. Saya melakukan kesilapan besar.”

Sehingga jaringan Yakin, pemain sayap Portugal, Nani terlepas peluang terbaik pada minit ke-53 apabila rembatannya melebar ketika hanya berdepan penjaga gol Pascal Zuberbuehler, yang bermain menggantikan pemain biasa, Diego Benaglio.

Pemain veteran itu, yang akan bersara selepas kejohanan ini bersama jurulatih Koebi Kuhn, menyelamatkan sepakan dari jarak 20 meter oleh pemain sayap Ricardo Quaresma, lima minit kemudian. - AP

Posted by AtanShearer at 7:27 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Portugal, Switzerland

Bruckner Terkejut Kebangkitan Turki

GENEVA (Switzerland): Kebangkitan menakjubkan Turki selepas ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Republik Czech 3-2 dalam perlawanan Kumpulan A Euro 2008, awal pagi semalam akan kekal menghantui jurulatih yang bakal bersara, Karel Bruckner.

Warga berusia 68 tahun itu hanya tiga minit daripada melanjutkan tempohnya sekurang-kurangnya bagi satu perlawanan dalam suku akhir apabila dua gol daripada Nihat Kahveci - jaringan penyamaan hadir daripada kesilapan penjaga gol Petr Cech - memastikan dia kini boleh bersara dan menjaga kebunnya di ladang berdekatan Olomouc.

“Kekalahan itu akan mengambil masa lama untuk dilupakan,” akui Bruckner, yang sudah mengemudi Republik Czech ke tiga final besar dalam tempoh tujuh tahun dengan kemuncak adalah separuh akhir Euro 2004.

Bruckner, memberikan penjelasan bagaimana Republik Czech - yang akan kehilangan ramai pemain hebat mereka seperti penjaring gol, Jan Koller dan pemain tengah pertahanan, Tomas Galasek - kehilangan pendahuluan dengan tinggal hanya beberapa minit saja.

“Kami berkampung terlalu banyak dalam kawasan kami,” kata Bruckner yang terasa akan ketiadaan naluri perancang bintang Arsenal, Tomas Rosicky yang cedera.

“Sukar untuk kekal menguasai perlawanan dengan terlalu banyak berkampung. Pemain saya tidak boleh menangani tekanan dengan baik.

“Perlawanan bermula dengan baik. Kami menetapkan strategi dengan Koller sebagai sasaran serangan kami, yang akan mencipta banyak ruang.

“Itu menghalang kami ditekan dengan asakan dan ia berjaya. Ketika kami mendahului 2-0 kami mencipta beberapa peluang untuk mendahului 3-0 dan ia sepatutnya penamat cerita.

“Tetapi realiti berbeza. Sebaliknya kami gagal menangani babak akhir perlawanan. Bahagian kiri pertahanan semakin lemah. Kami semakin banyak berkampung.

“Ia menjadi sukar untuk bergerak keluar. Turki menjadikan 2-1 dan kemudian 2-2 kerana kesilapan individu (Cech).

“Untuk kalah seperti itu adalah menakjubkan. Kami hanya tiga minit memasuki pusingan lapan terakhir,” - AFP

Posted by AtanShearer at 7:22 PM 0 comments  

Labels: Czech, Euro 2008, Turki

Keajaiban Turki

GENEVA - Turki yang beraksi 10 pemain mara ke suku akhir Euro 2008 walaupun ketinggalan 0-2 sebelum bangkit mengejutkan Republik Czech 3-2, semalam.

Harapan Turki seakan-akan berkubur sehingga minit ke-62 selepas tandukan penyerang 'gergasi' Republik Czech, Jan Koller dan gol babak kedua pemain sayap, Jaroslav Plasil mengukuhkan kedudukan lawan yang pernah mara ke separuh akhir Euro 2004.

Namun, tiga gol pada 15 minit terakhir termasuk dua gol menerusi ketua pasukan, Nihat Kahveci pada minit ke-87 dan 89, membawa Turki ke saingan suku akhir.

Penentuan penalti tidak diperlukan selepas Turki bangkit di penghujung permainan.

Bermula dengan Arda Turan yang merembat bola leret melepasi penjaga gol, Petr Cech untuk gol pertama, Turki kembali bernafas walaupun ketinggalan 1-2.

Kahveci yang beraksi di Villarreal, menjaringkan dua gol. Gol pertama dijaringkan daripada gerakan tanpa diduga yang lazimnya dapat dijangka oleh Cech.

Kemenangan itu meletakkan pasukannya ke pusingan kalah mati bertemu juara Kumpulan B, Croatia di Vienna, Jumaat ini.

Situasi tegang tercetus di babak akhir apabila penjaga gol Turki, Volkan Demirel dilayangkan kad merah tetapi ia tidak dapat meredakan kekecewaan pemain pasukan Republik Czech.

Penentuan penalti merupakan pilihan sebelum perlawanan apabila masing-masing menang dua perlawanan dalam Kumpulan A.

Namun, akhirnya Turki mengiringi Portugal ke suku akhir manakala Republik Czech terpaksa pulang awal.

Jurulatih Republik Czech, Karel Brueckner memilih penyerang tinggi lampai Nuremberg, Koller sebagai penyerang tunggal, menggantikan bekas penyerang Liverpool Milan Baros yang semakin merosot prestasinya selepas muncul penjaring terbanyak kejohanan empat tahun lalu.

Rakan sejawat Brueckner, Fatih Terim pula menurunkan pemain Fenerbahce, Semih Senturk yang digandingkan dengan Kahveci di bahagian serangan menerusi formula tradisi 4-4-2, tidak seperti formula 4-3-3 yang digunakan ketika menentang Switzerland.

Turki bermula agresif dengan pemain kelahiran Brazil, Mehmet Aurelio mengutip kad kuning kedua kejohanan.

Selepas berterusan mengasak kubu Turki, keputusan menurunkan Koller berbaloi pada minit ke-34 apabila dia menjaringkan gol ke-55 dalam 90 penampilan antarabangsa yang juga merupakan aksi terakhir untuk negaranya.

Pertahanan Juventus, Zdenek Grygera melakukan hantaran silang untuk Koller menyambar bola tinggi dan walaupun Demirel cuba menepis, bola akhirnya menerjah gawang.

Turki menggandakan asakan di babak kedua dengan Kahveci dua kali hampir mencipta gol, namun Cech kental di gawang gol Republik Czech.

Republik Czech seakan-akan mengesahkan kemenangan selepas mendahului 2-0 apabila Plasil melepaskan rembatan deras selepas mendapat bola lintang Libor Sionko pada minit ke-62 tanpa mampu diselamatkan Demirel.

Namun, Turki mempamerkan semangat juang dan menjaringkan gol selepas menembusi pertahanan Republik Czech menerusi pemain sayap Halil Altintop menampan bola lintang untuk Turan merembat ke gawang gol.

Kesilapan Cech selepas itu membolehkan Turki menyamakan kedudukan apabila ketua pasukan, Kahveci mudah menolak masuk bola yang terlepas daripada tangkapan penjaga gol Chelsea tersebut ketika permainan berbaki tiga minit.

- AFP

Posted by AtanShearer at 5:01 AM 0 comments  

Labels: Czech, Euro 2008, Turki

Group C: Belanda vs Perancis 4-1

Saturday, June 14, 2008

Itali dan Perancis adalah finalis Piala Dunia 2006. Tapi, kedua-dua team ini diajar oleh Belanda bagaimana untuk bermain bolasepak dengan skor yang besar di Euro 2008. SSenario di dua matchday pertama Grup C ini memperlihatkan Belanda benar-benar berkembang menjadi satu kuasa bolasepak yang sangat menggerunkan.

Setelah membelasah Itali 3-0, Belanda memperkotak-katikkan Perancis 4-1. Secara keseluruhan, prestasi Oranje memang tidak sebaik masa menghadapi Itali, tapi dengan selamba saja semua pergerakan Perancis berupaya dimatikan.

Empat gol Belanda dihasilkan oleh empat pemain berbeza: Dirk Kuyt, Robin van Persie, Arjen Robben, dan Wesley Sneijder. Inilah petanda bahawa Belanda pada tahun 2008 semakin hampir dengan mewujudkan semula keindahan total football sebagaimana yang pernah mereka miliki sebelum ini.

"Ini luar biasa. Enam mata dalam dua pertandingan dan dua pasukan yang dilawan itu adalah Itali serta Perancis. Secara individu, kami memiliki kelas. Tapi, yang terpenting adalah kami benar-benar bermain sebagai sebuah team. Semua pemain mampu mengadaptasi dengan permainan team ini secara sempurna," kata Sneijder, yang terpilih sebagai man of the match oleh UEFA.

Apa yang diungkapkan Sneijder dalam kata-kata terakhirnya adalah konsep total football. Mungkinkah Belanda 2008 sudah menyamai level team Belanda di era Johan Cruyff pada 1970-an dan Marco van Basten pada 1980-an?

"Jangan bandingkan kami dengan kehebatan masa lalu. Yang saya tahu pasti team 2008 ini adalah skuad yang solid dan sentiasa bersedia bekerja keras untuk meraih kemenangan," kata Van Basten, yang kini menjadi pelatih Oranje.

Sebagai pihak yang kalah, sejumlah pemain Perancis mengakui Belanda memang layak menang. "Pemain-pemain mereka sangat bagus. Secara jujur, team Belanda kali ini memiliki segalanya," tutur penjaga gol Les Bleus, Gregory Coupet.

Hasil kejayaan ini memastikan Belanda layak ke suku akhir sebagai juara Grup C. Koleksi enam mata mereka tak mampu lagi dikejar Romania (2) dan Italia-Prancis (1). Oranje boleh relax menghadapi pertandingan terakhir Grup C menghadapi Romania, pada hari Isnin (16/6).

Posted by AtanShearer at 4:54 AM 0 comments  

Labels: Belanda, Euro 2008, France

12 PENGADIL TERBAIK EROPAH DI EURO 2008

Friday, June 13, 2008

Frank de Bleeckere (Belgium)
Pengadil kelahiran 1 Julai 1966 ini bertugas di liga Belgium. Ia sudah mengadili di peringkat saingan tempatan sejak 1998 dan menjadi pengadil FIFA sejak 2001. De Bleeckere adalah salah seorang pengadil pusingan akhir final Piala Dunia 2008. Debut mengadili peringkat antarabangsa ketika pusingan kelayakkanPiala Dunia 2002 (Cyprus vs Ireland).

Herbert Fandel (Jerman)
Pengadil dari Jerman ini pernah mengadili final Champions League 2007. Fandel juga mengadili final Piala UEFA 2008 antara Middlesbrough vs Sevilla. Dilahirkan pada 9 Mac 1964. Kerjaya sehariannya ialah adalah guru kelas piano. Beliau pernah diserang oleh penyokong pasukan Denmark pada perlawanan Denmark vs Sweden di pusingan kelayakan Euro 2008.

Howard Melton Webb (England)
Pengadil rutin di EPL dan telah menjadi langganan FIFA sejak 2005. Pegawai polis berpangkat sarjan ini dilahirkan pada 14 Julai 1971. Beliau bertugas di Balai Polis South Yorkshire. Memulakan karier pengadilan di liga tempatan Rotherham pada 1989. Pernah dikritik oleh Sir Alex Ferguson.

Konrad Plautz (Austria)
Di luar aktiviti sebagai pengadil, Plautz memang dikenali sebagai sutradara sekaligus aktor di sebuah grup teater. Sejak remaja Plautz lebih tertarik untuk mengadili pertandingan berbanding sebagai pemain. Mendapat taraf pengadil FIFA pada 1996 lalu mengendali final Piala Eropah U-16 Championship di Vienna.

Kyros Vassaras (Greece)
Agen perlancongan ini lahir pada 1 Februari 1966. Selain menjadi pengadil dan agen, Vassaras juga seorang yang berkemahiran dalam linguistik. Beliau mampu berbahasa Jerman, Inggeris, Sepanyol, disamping bahasa ibundanya Greece. Debut sebagai pengadil senior di saingan antarabangsa pada 1999, iaitu pertembungan antara Austria vs San Marino. Di tahun yang sama beliau terpilih sebagai salah seorang pengadil Piala Dunia U-17 di New Zealand. Setelah itu, Vassaras menjadi pengadil tetap Champions League, Piala Eropah, dan Olimpik.

Lubos Michel (Slovakia)
Pengadil Slovakia ini menjadi pengadil FIFA sejak usia 25 tahun. Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1968 dan pernah tampil di Piala Dunia 2002 dan Euro 2004. Michel ditempatkan di ranking ketiga terbaik pada 2005 oleh Persekutuan Ahli Sejarah dan Pakar Statistik Bolasepak (IFFHS), tempat kedua pada 2006, dan ketiga pada 2007. Beliau turut tampil di Germany 2006. Michel merupakan seorang mantan guru dan mampu berbahasa Inggeris, Rusia, Jerman, dan Poland.

Manuel E.M Gonzalez (Sepanyol)
Pengadil La Liga, Champions League, dan Piala Eropah 2004 ini lahir pada 16 April 1965.

Massimo Busacca (Switzerland)
Beliau tinggal di kota Monte Carasso, selain dari menjadi pengadil beliau juga seorang usahawan. Busacca telah menjadi pengadil di liga Swiss sejak 1996 dan mendapat pengiktirafan FIFA sejak 1999. Lelaki kelahiran 6 Februari 1969, ini juga sempat tampil di Germany 2006. Ketika itu beliau dihujani kritik kerana tak menghadiahkan kad merah kepada Gabriel Heinze. Bussacca hanya memberi kad kuning dan menutup mata terhadap kekasaran pemain-pemain Argentina, termasuk insiden yang hampir menampar pemain Mexico.

Peter Frojdfeldt (Sweden)
Dilahirkan pada 14 November 1963. Telah mengadili enam perlwanan kelayakan Piala Dunia 2006 zon Eropah. Frojdfeldt juga menjadi pengadil di aksi final Piala UEFA 2008.

Pieter Vink (Belanda)
Meneer dilahirkan pada 13 Mac 1967, di samping menjadi pengadil di liga Eredivisie, beliau juga adalah pengadil UEFA dan FIFA. Dialah pengadil pertama yang mengadili perlawanan di stadium Wembley yang baru pada 2007 lalu. Pekerjaan sebenarnya adalah sebagai polis. Beliau gemar bermain golf dan telah mengadili perlawanan suku akhir pusingan pertama Champions League 2008 antara Arsenal dan Liverpool.

Roberto Rosetti (Itali)
Rosetti memulakan karier antarabangsa pada 2003. Pengadil kelahiran Itali pada 18 September 1967 ini dimasukkan dalam senarai pengadil Piala Dunia 2006 di saat terakhir berikutan pengadil lain dikeluarkan akibat cedera. Lelaki yang mempunyai ketinggian 190 cm ini juga seorang manager sebuah hospital di Turin.

Tom H. Ovrebo (Norway)
Ovrebo dilahirkan pada 26 Jun 1966, merupakan antara pengadil yang paling disegani di Norway. Beliau telah mengadili 205 perlawanan di liga utama negaranya sejak 1992. Beliau turut beberapa kali memenangi anugerah pengadil terbaik Norway.

Posted by AtanShearer at 4:05 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008, Pengadil

Latar Belakang Euro 2008

Friday, June 06, 2008



Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2008 atau UEFA Euro 2008 sedang berlangsung di Austria dan Switzerland dari Jun 7 dan dijangka berakhir di Ernst Happel Stadion di Vienna pada Jun 29, 2008.

Kejohanan ini akan disertai oleh 16 pasukan. Austria dan Switzerland layak secara automatik sebagai tuan rumah dan 14 pasukan lain dipilih melalui peringkat kelayakan. Juara Euro 2008 akan mewakili benua Eropah dalam Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan.

Dua maskot rasmi telah dipersetujui untuk EURO 2008, satu undian yang melibatkan orang awam di kedua-dua negara tuan rumah telah diadakan untuk memilih nama bagi kedua-dua maskot ini, antara nama yang disenaraipendekkan untuk dipilih ialah:

1.Zagi dan Zigi
2.Flitz dan Bitz
3.Trix dan Flix

Selepas menerima 36.3% undian, nama Trix dan Flix telah dipilih.

Berikut adalah senarai nama kumpulan dan negara yang layak bertanding di EURO 2008.

Kumpulan A: Republik Czech • Portugal • Switzerland • Turki
Kumpulan B: Austria • Croatia • Jerman • Poland
Kumpulan C: Perancis • Itali • Belanda • Romania
Kumpulan D: Greece • Rusia • Sepanyol • Sweden


Posted by AtanShearer at 5:36 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008

EURO 2008 KEMBALI!

Sekali lagi Kejohanan Bolasepak Eropah ataupun lebih dikenali sebagai Euro menemui kita. Maaf kerana memang sudah lama saya tidak menulis sebarang komen atau pandangan mengenai bolasepak ataupun lain-lain sukan di blog ini.

Hal ini berlaku disebabkan mutu bolasepak negara yang semakin lesu tetapi pada masa yang sama tidak pernah lesu dengan pelbagai kontroversi dan masalah dalaman. Ia membuatkan saya tawar hati untuk menulis apa-apa. Sekadar menulis di blog ini hanya umpama anjing yang menyalak bukit. Tiada apa-apa perubahan yang bakal berlaku dalam bolasepak negara selagi tidak di'samak' seluruh organisasi FAM terlebih dahulu.

Berbalik kepada EURO 2008, jika nak diikutkan hari ini sudah masuk perlawanan ke-3 peringkat kumpulan. Memang saya agak terlambat memulakan komen di blog ini berkenaan kejohanan ini tetapi 'lebih baik lambat dari tak buat langsung'.
Oleh itu jangan lupa mengunjungi blog ini untuk membaca komen dan pandangan peribadi saya terhadap perlawanan-perlawanan sepanjang kejohanan ini berlangsung!

Posted by AtanShearer at 5:00 PM 0 comments  

Labels: Euro 2008

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License