FAM perlu lebih bijak susun jadual. Oleh Kamarulzaman Pid
JUARA Pestabola Merdeka edisi ke-38, Myanmar, membuat persiapan selama dua bulan sebelum beraksi di Stadium Shah Alam.
Tetapi bagi jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, dia berhak untuk cemburu terhadap masa lebih panjang yang diperuntukkan kepada rakan sejawatnya dari Myanmar, U San Win. Norizan cuma mampu mengumpulkan anak buahnya selama dua minggu saja untuk berdepan harapan tinggi penyokong tempatan.Hasilnya, sudah tentu pasukan yang berlatih lebih lama, lebih layak memenangi kejohanan yang suatu ketika dulu begitu berprestij sekali.
Komen AtanShearer:
Adakah logik akal kita boleh menerima alasan FAM kononnya Myamnar lebih baik dari Malaysia dan lain-lain negara yg bertanding kali ni semata-mata kerana mereka telah berlatih selama 2 bulan sehingga membolehkan mereka menjadi juara Pestabola?
Hujah/alasan ini mudah saja untuk dibidas.
1. Pertamanya belum pernah lagi kedengaran sesebuah negara yang menjuarai kejohanan besar (seperti WC, Euro atau Copa America) kerana pasukan mereka menjalani latihan pusat yg lama.
2. Tempoh sesebuah pasukan itu dihimpunkan bukanlah kayu ukuran kuat lemahnya sesebuah pasukan itu. Pasukan Brunei yg dah bertahun-tahun dihimpunkan bersama untuk mengharungi Liga-M masih terkial-kial nak masuk liga super.
3. Bukankah Malaysia juga pernah wujudkan pasukan khas yg dikumpulkan bersama selama beberapa tahun. tapi hasilnya tetap tak ke mana.
Pendek kata bak pepatah org tua, kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tak rata. Kalau dah tak pandai main bola jangan salahkan tempoh latihan pusat panjang atau singkat.
KOMEN ARTIKEL HARIAN METRO 30 OGOS 06
Thursday, August 31, 2006
Posted by AtanShearer at 2:15 AM 0 comments
Labels: FAM, Harian Metro, Malaysia
PESTABOLA: TIADA KEZUTAN
Wednesday, August 30, 2006
Oleh AtanShearer
Seperti yg diramalkan dari awal, memang tiada kezutan yg bakal berlaku bagi pasukan Malaysia dlm Pestabola Merdeka edisi kali ini. Kezutan hanya akan berlaku andaikata Malaysia layak ke final atau menjadi juara.
Perlawanan pertama yang berkesudahan seri 1-1 dengan Indonesia sudah dianggap oleh FAM sebagai satu titik permulaan kebangkitan Malaysia, walaupun hakikatnya kita hanya berjaya mencuri 1 mata gara2 gol sendiri pemain indon.
Selepas itu kononnya prestasi pasukan Malaysia amat membanggakan kerana sang harimau malaya mampu tumbangkan gajah putih Thailand, tapi ramai yg tidak tahu bahawa itu bukanlah barisan terkuat Thailand. Yang mereka kalahkan itu hanyalah 'anak-anak gajah' bawah 23 tahun mereka.
Segala temberang prestasi skuad kita akhirnya terbongkar apabila tewas dengan pasukan ranking 164 iaitu Myanmar 2-1.
Seperti biasa rumusan jurulatih adalah seperti berikut (petikan dari Kosmo):
1. Prestasi meningkat walaupun tewas
-dimanakah peningkatan yg dimaksudkan itu?
2.Pemain hanya berlatih dua minggu saja
-ada ke mana2 negara yg bolasepaknya hebat kerana tempoh latihan pusat yg berbulan2?
3. Kita banyak peluang tapi gagal jaringkan gol
-sudah tentu malaysia bakal jadi juara WC andaikata setiap peluang dikira sebagai gol.
Inilah senario bolasepak kita. apabila kalah, alasan ini saja yg digunapakai berulang kali walaupun hakikatnya alasan mereka itu makin menyerlahkah kelemahan mereka.
Posted by AtanShearer at 11:06 AM 0 comments
IBRAHIM SAAD NAK LETAK JAWATAN?
Tuesday, August 08, 2006
Oleh AtanShearer
Merujuk artikel Harian Metro 8 Ogos 2006, aku setuju dengan pendapat penulis (Lokman Zainal Abidin) bahawa beliau adalah mangsa keadaan kepada kemelut yg berlaku dlm FAM kebelakangan ini. Aku bukanlah seorang yg pro kepada Ibrahim Saad, namun pada perspektif aku beliau bukanlah individu yg sepatutnya meletakkan jawatan sebagaimana yg diharapkan oleh majoriti penyokong bolasepak Malaysia. Andaikata benar Dr. Ibrahim saad akan meletakkan jawatan, ini bukanlah jawapan bagi segala masalah yg ada.
Sejak thn 84 kita sudah berkali2 bertukar jurulatih, penasihat teknikal, Naib Presiden dan juga S/U Agung. Cuma yg masih kekal dan kebal memegang kuasa hanyalah Presiden dan Timbalannya. Tidak pernahkah mereka berasa insaf bahawa merekalah petualang yg menjahanamkan bolasepak Malaysia?
Seringkali apabila FAM dikritik hebat yg menjadi ‘kambing hitam’ adalah jurulatih dan sesekali S/U Agung juga turut menjadi korban. Yg sepatutnya turun masih tetap berkuasa. Sampai bila mereka ingin terus bertakhta di FAM kita semua tidak tahu.
Selagi kapten yg tiada pengetahuan tentang pelayaran menguasai bahtera, juragan dan awak-awak ditukar berpuluh kali pun tidak akan sampai ke destinasi. Apabila ditegur, natijahnya individu itu akan dicampak ke laut. Inilah senario dlm kapal yang bernama FAM yg sudah lama belayar tapi masih belum tiba di pelabuhan yg dituju.
Posted by AtanShearer at 11:40 PM 0 comments
BENARKAH TIADA PIHAK BEKERJASAMA CUNGKIL BAKAT?
Semalam seorang pelajar berusia 10 tahun (adik shahrizal mokhtar) berjaya memenangi pertandingan menimbang bola ala Ronaldinho anjuran sebuah syarikat swasta terkenal (Breeze). Walaupun konsep pertandingan tersebut agak santai dan kurang formal namun kesungguhan pihak swasta tersebut untuk mencungkil bakat muda yg berskill tinggi harus dipuji. Bakat dah dicungkil, harap2 pihak FAM nampak dan tidak mempersiakan bakat si cilik ini.
Selain syarikat swasta tersebut, percambahan akademi bolasepak bukan milik FAM juga semakin memberansangkan. Cuma persoalannya sejauh manakah tindakan susulan FAM?Nampaknya tuduhan FAM bahawa banyak pihak tidak tampil membantu mencungkil bakat baru diperingkat akar umbi ternyata meleset. Yang perlu FAM tunjukkan sekarang ialah apa tindakan susulan yg mereka lakukan selepas pihak2 tertentu melakukan sesuatu yg membantu pembangunan bolasepak Malaysia.
Oleh itu janganlah FAM melalak mendakwa ‘semut’ di seberang tak buat kerja sedangkan ‘gajah’ di depan mata sedang nyenyak tidur tak disedari
Posted by AtanShearer at 12:59 AM 0 comments
ADAKAH KITA KETANDUSAN PEMAIN BERBAKAT?
Monday, August 07, 2006
Oleh AtanShearer
Malaysia sebenarnya mmg tidak pernah kering dengan bakat muda buktinya ada beberapa pemain kita yg dapat ditempatkan di kelab2 eropah seperti Titus Palani (FC Villenoy), Naim Ahmad (Birmingham City), Nazrin Baharuddin (Macclesfield Town FC dan Manchester City), R Suresh (Manchester City), P Logeswaran (Manchester City), Azrul Nizam (Macclesfield Town FC). Tak ketinggalan juga anak bekas pelakon Zainol MacWilson, layak menyertai pasukan bola sepak divisyen satu Liga England, Sheffield United kategori bawah lapan tahun. Mereka semua lahir menerusi program pembangunan akademi bukan milik FAM.
Kecil atau besar kelab tersebut perkara kedua. Yg pentingnya pendedahan mereka bermain di eropah ketika usia muda amat berharga.
Tatkala FAM sibuk melalak dan menuding jari kepada pihak tertentu kononnya tidak berganding bahu membangunkan bolasepak di peringkat akar umbi, pernahkah FAM memberikan perhatian yg sewajarnya kepada sekumpulan remaja yg telah dibentuk oleh beberapa akademi bolasepak bukan seliaan FAM ini? Apatah lagi untuk melihat mereka dipanggil untuk memperkuatkan pasukan peringkat umur negara sudah tentu jauh sekali.
Adakah disebabkan mereka pergi bukan atas tiket FAM maka mereka disisihkan dan bakat mereka tidak dihargai ? Atau adakah FAM sangsikan keupayaan mereka? Secara logiknya sudah tentu prestasi mereka jauh lebih ‘advance’ dari rakan sebaya lain, jika tidak masa kan mereka ditawarkan berlatih di sana.
Kita harus realistic bahawa untuk layak ke piala dunia 2018 dengan menyandarkan harapan kepada pemain yg diasuh dengan persekitaran Malaysia (Nasik Lemak, Roti Canai dll) dan liga-M yg bermutu rendah ditambah pula dengan sistem perancangan FAM sendiri yg kucar kacir kita tidak akan ke mana .
Diharapkan dengan bercambahnya akademi bolasepak bukan seliaan FAM di Malaysia maka lebih ramai remaja kita berpeluang bermain di luar negara. Disamping itu FAM juga diharapkan tidak memandang sebelah mata pada anak2 muda ini yg ke sana atas tiket akademi 'swasta' ini.
Posted by AtanShearer at 4:29 PM 0 comments
WORLD CUP 2018...MALAYSIA BOLEH KE?
Wednesday, August 02, 2006
Sasaran layak ke piala dunia 2018 telah dicanang satu Malaya. Realiti atau fantasi itu bukan lagi isunya. Yang penting persoalannya adakah FAM sudah menyediakan satu pelan tindakan untuk merealisasikan impian itu? Sehingga kini masih tiada sebarang perancangan khusus diumumkan.
Adakah FAM umpama mengetuk tin kosong saja? Bunyinya kuat tapi isinya tiada. Dengar macam hebat tapi hasilnya habuk pun tak ada. Ini bukan kali pertama FAM mengetuk tin kosong sebegitu. Cuma kali ini ketukannya lebih kuat dari sebelumnya.
Senario ini agak pelik kerana di kala pengurusan tertinggi FAM masih menuding jari kepada banyak pihak yg kononnya tidak berganding bahu dengan FAM memikul tanggungjawab memajukan bolasepak di peringkat akar umbi, tapi pada masa yg sama mereka sendiri sudah berani meletakkan sasaran yg boleh dikatakan tidak masuk akal dalam senario semasa. Adakah sasaran ini ikhlas atau sekadar melepaskan batuk di tangga?
Analoginya FAM umpama nak bina bangunan..tapi pelan belum dilukis ..arkitek belum dilantik..kontraktor belum dipilih..kos belum ditentukan tapi dah berani pukul canang pada semua orang bila bangunan itu boleh digunakan.
Seharusnya FAM mengkaji terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan diri sebelum angkuh menetapkan sesuatu sasaran, supaya ianya realistik dan bukan sekadar meletakkan sasaran syok sendiri kerana kelak akan memakan diri.
Nampaknya FAM meletakkan sasaran 2018 secara tergesa-gesa. Tanpa perancangan yg sistematik impian akan bertukar menjadi igauan. Jadilah FAM umpama mat jenin yg hanyut dengan angan-angannya.
Posted by AtanShearer at 1:16 AM 0 comments
APA FAM KATA...
Tuesday, August 01, 2006
Oleh AtanShearer
Berikut adalah kata2 FAM yg boleh disangkal oleh seluruh peminat bolasepak tempatan.
1.Kata FAM: “Justeru, jika Malaysia mahu menjadi pasukan berkelas dunia, negara perlu jurulatih bertaraf dunia.” memetik kata Tengku Abdullah dlm harian metro 28/7/06
Kata Rakyat Malaysia: kita pernah memiliki jurulatih bertaraf dunia spt Claude Le Roy, Dr. Josef Venglos dll tapi kita masih tak ke mana.
2.Kata FAM: “FAM bukanlah satu badan yang langsung tidak boleh ditegur,” memetik kata dr ibrahim saad dlm harian metro 29/7/06
Kata rakyat Malaysia: andaikata benar FAM tidak boleh ditegur kenapa seringkali AJK FAM yg bercakap benar atas dasar kebaikan bolasepak negara dikenakan tindakan tatatertib seperti Dato' Ahmad Basri Akil dan Datuk Jamal Nasir Rasdi?
3.Kata FAM: “FAM tidak terbabit dalam usaha mencungkil bakat di peringkat bawahan. Di sekolah ia adalah tanggungjawab pihak lain dan di peringkat negeri ia tanggungjawab persatuan bola sepak negeri” memetik kata Tengku Abdullah dlm berita harian 28/7/06
Kata rakyat Malaysia: sebagai presiden PBNP apa yg telah Tengku Abdullah lakukan untuk pembangunan akar umbi negeri pahang? Tiada sebarang hasil dapat dilihat sebaliknya Pahang hanya tahu beli pemain2 terbaik negara untuk dihimpunkan jadi skuad bintang.
Ibrahim saad juga satu masa dulu pernah menjadi Timb. Presiden FAP tapi apa sumbangan beliau kpd pembangunan bolasepak pulau pinang?
4. Kata FAM: “FAM tak pernah memandang sepi sebarang cadangan untuk memajukan sukan bolasepak di Negara ini: memetik kata Hamidin mohd amin dlm harian metro 25/7/05
Kata rakyat Malaysia: bukankah selama ini pelbagai cadangan telah dilontarkan kpd FAM oleh tokoh2 pengkritik sukan, menerusi media massa dll tapi apa tindakan mereka? FAM buat bodoh je pada semua cadangan2 tu..
5. Kata FAM: “tidak mustahil pasukan negara layak ke Piala Dunia 2018 atau lebih awal dari itu” petikan kata2 Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dlm harian metro 26/7/06.
Kata rakyat Malaysia: ini semua auta FAM untuk minta belas kasihan rakyat Malaysia supaya izinkan mereka terus menerajui badan induk itu. Konon nak tunjuk mereka bukan tidoq atau makan gaji buta tapi buat kerja.
Posted by AtanShearer at 3:00 PM 0 comments