skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ▼ 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ▼ July (5)
      • ARTIKEL AKHBAR PILIHAN
      • FAM & RANKING 146 (part 2)
      • Komen: 2018 SASARAN FAM KE WC
      • FAM & RANKING 146
      • Lawak: SENARIO DI WISMA FAM
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

ARTIKEL AKHBAR PILIHAN

Monday, July 31, 2006

Hidupkan Akademi Bolasepak Negeri
Oleh Datuk Ahmad Basri Akil

SASARAN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadikan 2018 sebagai tahun Malaysia beraksi di Piala Dunia menarik reaksi ramai mengupasnya.Ikuti pandangan bekas naib presiden, Datuk Ahmad Basri Akil yang pernah digantung atas kelantangannya mengkritik badan induk itu, mengenai sasaran berkenaan.
SETIAUSAHA Agung, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad menjadikan Kejohanan Piala Asia 2007 sebagai ukuran Indeks Prestasi Utama (Key Performance Index – KPI) skuad bola sepak kebangsaan. Selain mengharapkan KPI meliputi ukuran lebih meluas dalam kerja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengenal bakat, membangunkan bola sepak serta kejayaan prestasi pasukan, kita juga berharap agar KPI juga meliputi prestasi umum kepemimpinan dan pengurusan FAM.
Sesungguhnya banyak yang tidak kena dengan FAM ketika ini dan tidak perlu tunggu sahingga 2007 untuk dikenal pasti.Respon dan reaksi saya ini berpunca daripada keperihatinan peminat bola sepak. Saya rela digantung oleh FAM sampai bila-bila demi berjasa dan menabur bakti terhadap bola sepak negara.Malah saya pernah digantung selama empat tahun kerana membela pembangunan bola sepak negara dan membuat kenyataan akhbar pada 9, 10 dan 11 Februari, 2001 atas pendirian jujur dan positif.
Saya mempertikaikan pandangan Timbalan Presiden FAM melalui kenyataan akhbar yang menyatakan projek pembangunan melalui akademi negeri ketika itu gagal tanpa sebarang rujukan dengan jawatankuasa yang melaksanakannya termasuk saya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Projek Akademi. Sehingga kini apa yang di anggap gagal tidak diketahui sedangkan ketika itu projek 10 tahun yang bermula pada 1995 hanya separuh jalan. Jika ada kelemahan ia sepatutnya dibetulkan, bukan dihukum tanpa usul periksa dan kemudian dibatalkan. Apakah bentuk rancangan yang digantikan dan adakah ianya lebih berjaya?
Luahan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh meminta seluruh pemimpin FAM meletak jawatan adalah luahan rakyat yang tidak harus dilihat sebagai pandangan peribadi.Saya yakin pendiriannya mendapat sokongan majoriti terutama terhadap pucuk pimpinan FAM yang telah kekal dikedudukan tertentu lebih dua dekad tanpa membawa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan.Ia tidak seharusnya dianggap sebagai tidak menghormati mereka yang berpangkat dan berdarjat tetapi lebih pada kejujuran dan kerelaan menyatakan sesuatu demi kepentingan ramai.Sikap amat menghormati dan merendah diri sebenarnya telah mengganggu rentak kerja dan menjejas interaksi dalam FAM.
Bagi mereka yang menghuni kedudukan tinggi, haruslah menerima pandangan dengan fikiran terbuka. Sayangnya apa yang berlaku lebih menutupkan mulut dan minda dan lebih yang hanya menurut.Saya menerima secara positif kenyataan Dr Ibrahim namun beliau tidak menghuraikan cara pelaksanaan untuk pasukan negara meningkat maju.
Adakah hanya sandaran kepada latihan dan pendedahan pasukan yang sedia ada tanpa pendekatan jangka panjang agar pencapaian boleh bertahan?Apakah kemampuan FAM untuk mengendali dan mengembelingkan tenaga dan sumber, menyelaraskan segala aktiviti pembangunan bola sepak tanpa melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain.Ianya boleh dilakukan dan kekal sebagai tanggungjawab utama FAM yang boleh dihasilkan melalui cara kepemimpinan berkesan dengan wawasan jelas.
Kita akui bukan semua dalam FAM tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak berhenti dari berusaha menghasilkan sesuatu. Tetapi jika ditinjau sejarah FAM, kita pasti akan mengesan ada pihak yang tidak senang wang dibelanjakan untuk pembangunan.Pihak ini tidak suka jika ada orang ingin lebih pandai dan melakukan sesuatu yang mereka sengaja ketepikan, selain perasaan dikuasai pengaruh dan tekanan tidak sehaluan.
Sikap seperti ini perlu dihapuskan sepenuhnya jika FAM hendak diurus tadbir secara efisyen, berkesan serta proaktif. Apa yang ingin dilihat ialah wujud kesedaran dan kerelaan bekorban untuk kepentingan umum yang membawa kepada penyusunan semula FAM di segi kepemimpinan, urus tadbir dan perancangan bola sepaknya.Yang masih menjalankan tugas dengan baik, kita kekalkanlah atau bawa masuk semula tetapi yang gagal atau kurang berjaya, kita ucapkan selamat tinggal.
Sebagai orang yang telah berkidmat untuk bola sepak negara sejak dari 1984 hingga digantung mulai 14 Mac, 2001 kerana membela pembangunan Akademi Negeri yang diasaskan pada 1995, saya akan terus memberi sumbangan secara jujur, ikhlas dan terbuka.Saya berharap agar Akademi Bolasepak Negeri dihidupkan semula untuk menyediakan pemain berbakat dari akar umbi jika Dr Ibrahim mahu melihat skuad bola sepak negara beraksi di Piala Dunia.

Posted by AtanShearer at 1:37 PM 0 comments  

FAM & RANKING 146 (part 2)

Oleh AtanShearer

Banyak pihak (pengurusan FAM) yg melenting apabila disaran supaya rombakan besar-besaran dibuat dlm FAM. kononnya FAM bukanlah satu-satunya pihak yg wajar dipersalahkan gara-gara ranking pasukan malaysia terperosok di tangga 146 dunia. banyak pihak lain yg harus diheret bersama dlm kemelut ini.

persoalannya kenapa baru sekarang (setelah ranking 146 serta setelah digesa supaya letak jawatan) FAM nak ungkit dan nak tuding jari pada pihak itu dan ini turut patut dipersalahkan? kenapa selama ini mereka selaku badan tertinggi bolasepak malaysia tidak mengkoordinasikan badan-badan yg mereka maksudkan itu. bukan baru sehari dua rakyat malaysia bagi peluang pada mereka malah sudah lebih 20 tahun diberikan peluang. tapi mereka telah mempersia-siakan masa dan peluang yg diberikan sebaliknya mempersalahkan pihak lain pula.

Agak melucukan apabila gesaan dibuat oleh datuk ghaffur salleh, antara barisan kepimpinan FAM yg paling kuat mengampu adalah Dato’ Raja Ahmad Zainudin. Mungkin beliau kini sudah lupa diri satu masa dulu beliau lah yg paling kuat melenting mengkritik kepimpinan FAM sehingga digantung beberapa tahun.

Tapi kini bila beliau sudah ada jawatan dan bila diminta untuk melepaskan jawatan kerana prestasi buruk FAM macam2 alasan yg diberikan untuk mempertahankan FAM dan mendakwa pihak lain harus dipersalahkan juga. Mempertahankan FAM atau nak mempertahankan jawatan naib presiden yg disandangnya?? Apa sumbangan beliau selaku naib presiden FAM untuk memajukan bolasepak malaysia?

Begitu juga dengan presiden. Nampaknya presiden Fam masih ego dan angkuh dengan jawatannnya. Baginda tak mau melepaskan jawatan tersebut secara terhormat sebaliknya mencabar supaya bertanding tahun depan. apa lagi yg mau dibuktikan oleh presiden dlm tempoh setahun ni sedangkan dh diberikan peluang selama lebih 20 tahun pun tak nampak sebarang hasil. Silap haribulan dlm masa setahun lagi ranking Malaysia akan menjunam lagi. ada lebih baik baginda letak jawatan saja dlm masa terdekat.

ada pihak yg mempertikaikan adakah tindakan menukar pucuk pimpinan FAM akan menyelesaikan segala masalah? belum cuba belum tahu. pepatah cina ada mengatakan bangkai yg busuk bermula dari kepala. oleh itu sebelum maruah bolasepak malaysia menjadi busuk seperti bangkai maka kepala FAM harus ditukar secepat mungkin.

BAM satu masa dulu menghadapi situasi yg sama. prestasi skuad badminton amat teruk dibawah kepimpinan 'kepala' lama, namun kini setelah bertukar kepada 'kepala' baru prestasi badminton kita agak membanggakan.

ternyata kepimpinan FAM sekarang sentiasa gagal dan gagal dalam setiap perancangan yg mereka lakukan sepanjang 20 tahun ini.

tidak hairanlah jika negara kita ketinggalan lebih 20 tahun dlm pembangunan bolasepak berbanding TOGO dan ANGGOLA kerana barisan kepimpinan FAM yg sedia ada kini gagal merancang segalanya dengan baik. apa yg dirancang FAM selalunya berkakhir dengan kegagalan. buktinya:

1. Liga M seringkali bertukar format selang beberapa tahun.
2. pelbagai skuad khas yg ditubuhkan gagal mencapai matlamat (layak ke olimpik dll)
3. projek akademi bolasepak dibatalkan
4. dll

pendek kata FAM sebenarnya gagal merancang apa-apa dengan baik; oleh itu apa yg FAM sedang lakukan sekarang ialah merancang sebuah kegagalan. buktinya ranking 146!

Posted by AtanShearer at 10:08 AM 0 comments  

Komen: 2018 SASARAN FAM KE WC

Saturday, July 29, 2006

Petikan dari Harian Metro 28 Julai 2006

Sasaran tak masuk akal
Oleh Lokman Zainal Abidin

DALAM ranking 146 dunia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berani meletakkan sasaran 2018 sebagai tahun Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia. Ia seperti tidak masuk akal dan bakal menjadi bahan gurauan dari semulia-mulia Dewan Rakyat hinggalah ke sidang kedai-kedai kopi. Namun itulah keyakinan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, semalam

Komen AtanShearer:

diorang ni saja je letak sasaran WC2018 sebagai alasan sementara untuk dijadikan lesen untuk memujuk rakyat malaysia supaya bagi peluang lagi 12 tahun pada mereka. tak cukup dgn peluang 20 tahun yg dh diberi.. mintak tambah lagi 12 tahun lak.

konon untuk perancangan pembangunan akar umbi. kalaulah dari 22 tahun dulu (sejak tahun 1984 sultan pahang jadi presiden FAM) diorang dah pikir macam sekarang (tempoh 12 thn untuk layak ke wc) maknanya dah 3 kali malaysia boleh masuk WC (98,02,06)

tgk apa dah jadi dgn skuad piala dunia remaja 97?? dulu semasa penubuhan skuad piala dunia remaja..rasanya janji yg sama ditaburkan. bagi peluang pada FAM untuk buktikan sesuatu. konon mereka adalah skuad masa depan negara. skuad yg bakal membawa cabaran ke sukan olimpik dan kelayakan piala dunia.. paling koman pingat emas sukan sea. alih2 result yg sama jugak.. apa yg diorang dapat?.. x de lain selain caci maki berbakul2

Posted by AtanShearer at 11:11 AM 0 comments  

Labels: FAM, Harian Metro, World Cup

FAM & RANKING 146

Tuesday, July 25, 2006

Oleh AtanShearer
Pertama kalinya saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli parlimen kalabakan Datuk Ghaffur salleh kerana berani membangkitkan isu kemerosotan bolasepak negara dlm parlimen sehingga mencetuskan pelbagai reaksi terhadap cadangan beliau supaya seluruh kerabat FAM disingkirkan.

Secara logiknya mmg agak mustahil untuk melakukan ‘pembersihan’ FAM secara total. Tapi secara sinis itulah ironinya kerana peminat sudah bosan dengan pengurusan FAM sekarang. Buktinya..
1.Pengurusan FAM kini sudah tidak dipandang tinggi dan dihormati oleh peminat bolasepak negara.

2.Pengurusan yg ada kini sudah tidak mendapat kepercayaan peminat untuk menaikkan martabat bolasepak di peringkat antarabangsa.

3.Peminat juga sudah hilang keyakinan dan rasa respek pd barisan pengurusan FAM.

Apa yg tinggal di minda peminat bolasepak tempatan hanyalah:

4.Barisan kepimpinan FAM dianggap petualang yg menjahanamkan maruah bolasepak negara.

Semuanya gara-gara sudah muak digula-gulakan dan ditaburkan dengan pelbagai janji manis yg palsu semata selama lebih 20 tahun. setaip kali gagal dlm sesuatu perlawanan/kejohanan balik2 alasan basi yg sama diberikan:

1. masuk pertandingan sekadar nak timba pengalaman
2. pasukan dibarisi pemain muda
3. berilah peluang, inilah skuad masa depan negara.
4. pasukan bermain dengan baik tapi nasib tidak menyebelahi kita
5. dll

Bila diminta supaya FAM nyatakan apakah kejayaan besar yg diraih oleh Malaysia sepanjang 20 tahun kebelakangan ini. Sudah tentu skrip yg sama diulang-ulang dengan bangga:
1. pingat emas sukan sea 89
2. perak sukan sea 2001
3. menjadi finalis Tiger Cup 1996.

itu saja ke? itu pun sekadar kejohanan bertaraf asia tenggara saja..maka wajarlah pengurusan FAM pikirkan sendiri

Posted by AtanShearer at 9:59 AM 0 comments  

Lawak: SENARIO DI WISMA FAM

sekadar foward senario dialog lucu kerabat FAM hasil ilham PAKMATTEMPE. tak mustahil senario spt ni berlaku di wisma FAM.

Hampa ingat hampa dok kondem kat sini FAM tak tau kaa..? nie ada dialog pasai hampa dok komplen sangat...

Pak Berahim : " Tuanku, ranking kita dah jatuh teruk sampai no 146..."
Pak Berahim : "Ramai dah dok bising sampai ker parlimen, ranking kita lagi teruk dari Bangla" Presiden : " Yakaa...? alaa...tak sampai pun 150 lagi..apa nak kecoh-kecoh"
selamba Presiden menjawab sambil melirikkan matanya yang kuyu tuh kepada anaknya...

Lalu anaknya aka Naib Presiden mencelah..
Naib Presiden " Pak Berahim, tiap-tiap bulan gaji pernah miss tak..?"
Pak Berahim : "Tak...on time!"
Naib Presiden : "Habis tu dok kalut apa..?"
Pak Berahim : " Bukan macam tue Tuanku...depa semua suruh kita letak jawatan, tu yang saya kalut."
Presiden : "Pasai apa Pak Berahim dok gelabah..? Sayakan Presiden FAM seumur hidup...takdak sapa yang nak pertikai...lepas saya takdak...anak saya (Naib Presiden) bakal menggantikan saya"...
Naib Presiden : "Pak Berahim jangan risau...saya tetap ambik Pak Berahim jadi Setiausaha Agung sekiranya Pak Berahim menurut segala titah perintah saya"
Pak Berahim :" Err...kalau macam tu nanti saya auta laa kat depa semua pasai rangking kita tuh..."
Presiden :" Yaa...macam tu laa...nanti saya up gaji Pak Berahim penggal hadapan"

Pak berahim melangkah keluar dari bilik Presiden FAM sambil tersengih macam selalu kita dok tengok kat TV....hehehehe

Posted by AtanShearer at 1:53 AM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License