Oleh AtanShearer
Rasanya tak adil untuk kita membandingkan pengorbanan atlit lama dengan yang baru. Cara atlit lama berkorban sesuai dengan keadaan zaman tersebut seperti terpaksa kayuh basikal berbatu-batu untuk ke tempat latihan dll.
Namun cabaran yg dihadapi oleh atlit sekarang jauh berbeza malah semakin besar berbanding keadaan zaman dulu. Oleh itu tak bolehlah kita tuntut supaya atlit sekarang untuk naik basikal juga demi untuk menunjukkan tahap pengorbanan mereka sama dengan atlit dulu. Tak kesah la nak naik apa pun, hatta naik Porsche sekalipun tapi kalau semangat bekorban untuk negara tinggi macam zidane (kembali menyarung jersi perancis walau sudah bersara), apa salahnya.
Rata-rata prestasi atlit kita hari ini semakin baik berbanding ‘zaman emas’ (tahun 50an, 60an dan 70an) sebagaimana yg sering digembar-gemburkan oleh media. Semakin banyak rekod kebangsaan dipecahkan setiap tahun dlm pelbagai acara. Prestasi pungutan pingat emas di sukan sea semakin baik, begitu juga dengan sukan asia, komanwel dan olimpik berbanding ‘zaman emas’ yg sering dijadikan kayu ukuran.
Pada pandangan saya hanya atlit bolasepak saja yg kurang menunjukkan pengorbanan diri kepada negara. Mereka hanya bekorban untuk wang ringgit semata. Disebabkan nila setitik rosak sebelanga. Akibat sikap buruk atlit bolasepak semua atlit sukan lain turut terpalit dengan aggapan kurang bekorban untuk negara. Inilah pandangan yang perlu diperbetulkan oleh semua pihak.
SUKAN DAN PENGORBANAN (part 2)
Tuesday, January 17, 2006
Posted by AtanShearer at 2:50 AM 0 comments
SUKAN DAN PENGORBANAN
Monday, January 09, 2006
Sebahagian dari artikel ini telah disiarkan dalam rancangan ScoreBoard di TV3
Oleh AtanShearer
Apabila menyebut tentang pengorbanan dalam bidang sukan, lazimnya focus hanya tertumpu kepada pengorbanan atlit semata-mata.
Sepatutnya istilah pengorbanan dalam dunia sukan ini dilihat secara holistik, tidak hanya menuntut pengorbanan dilakukan oleh pada atlit semata. Selain atlit itu sendiri, semua yg berada di sekeliling atlit seperti ahli keluarga, isteri, pegawai sukan dan sebagainya wajar untuk sama-sama berkorban dengan para atlit. Secara tak langsung pengorbanan mereka ini dapat menyuntik semangat moral kepada para atlit untuk lebih maju.
Tidak dinafikan pengorbanan atlit itu sendiri adalah yg paling penting sekali. Banyak kes atlit kita tak mampu untuk berkorban meninggalkan kampong halaman, anak bini, ayam itik dan tok nenek di kampong untuk berhijrah dan merantau di tempat orang untuk belajar dan meraih pengalaman. Mungkin itulah sebabnya beberapa pemain bolasepak kita gagal menyesuaikan diri ketika dihantar berlatih ke luar Negara. Malah ada yg lebih teruk lagi apabila ada pemain bola kita dari pantai timur yg tak sanggup berkorban untuk berhijrah ke lembah klang walaupun ditawarkan kontrak lumayan dengan alasan tak mahu berjauhan dengan keluarga. Sememangnya atlit kita terutama atlit bolasepak perlu lebih banyak belajar erti pengorbanan.
Selain pengorbanan berjauhan dengan keluarga, ada juga atlit yg sanggup korbankan sementara bidang akademik walaupun mereka cemerlang di peringkat SPM satu masa dulu spt nicol david dan shalin demi untuk mengejar kejayaan dlm bidang sukan. Ilmu boleh di cari kemudian hari tapi prestasi kemuncak (usia muda) hanya muncul sekali seumur hidup.
Selain itu, pengorbanan ibu bapa menghabiskan masa dan wang ringgit untuk melatih anak mereka sehingga muncul sebagai jagoan dunia amat bernilai. Ini adalah salah satu sikap yg perlu ada pada lebih ramai ibu bapa supaya kita mampu lahirkan lebih banyak juara di masa depan. Antara ibu bapa yg banyak bekorban untuk masa depan anak mereka sehingga mengharum nama di pentas antarabangsa ialah allahyarham datuk sidek.
tak ketinggalan juga dengan isteri/suami para atlit. Mereka harus faham karier atlit dan sepatutnya memberikan semangat untuk atlit terus berjuang dan bukannya pentingkan diri. Sebagaimana yg berlaku dalam rancangan soccastars Malaysia baru-baru ini, seorang peserta yang berbakat terpaksa pulang kerana isterinya tidak setuju suaminya mengejar impian menjadi pemain bolasepak pro. Gara-gara sikap isteri yg tak mahu berkorban demi kemajuan karier sukan suaminya maka ia terbantut di situ saja. Jika ini banyak berlaku, maka ia ‘membunuh’ bakat muda dan merugikan Negara.
Tidak kurang pentingnya juga pengorbanan para pegawai sukan dan pucuk pimpinan persatuan sukan . mereka yg gagal melaksanakan tugas dengan baik rasanya ada baiknya ‘KORBAN’ kan saja jawatan yg anda pegang itu. Serahkan pada yg layak. Tak perlulah pegang jawatan sampai SEUMUR HIDUP (FAM). Pengorbanan anda dah tak diperlukan lagi kerana anda telah lama mengorbankan maruah Negara di pentas sukan antarabangsa.
Semoga sempena hari raya korban ini erti pengorbanan dapat dihayati oleh warga sukan juga. Insya allah.
Posted by AtanShearer at 2:47 AM 0 comments
HARAPAN TAHUN 2006
Thursday, January 05, 2006
Oleh AtanShearer
harapan kecemerlangan sukan tahun 2006 di sukan asia dan komanwel nanti sebenarnya bergantung kepada apakah matlamat sebenar MOM, MSN dan KBS sendiri. adakah untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas atau sekadar menghantar peserta untuk pendedahan semata. atau sekurang-kurangnya untuk membolehkan mereka cuba memecahkan rekod peribadi dan kebangsaan.
badan-badan ini lebih banyak memberi tumpuan dan penekanan kepada sukan-sukan popular sedangkan sukan-sukan ini sukar untuk kita bersaing hingga ke peringkat tertinggi. buktinya beberapa sukan yg langsung tak berdaya maju untuk mencapai kejayaan di pentas dunia dimasukkan dlm kategori SUKAN TERAS umpamanya olahraga dan bolasepak.
bagi olahraga standard kita hanyalah sukan sea saja. andai melangkah ke saingan Asia sekalipun hanya sebutir dua pingat emas saja yg boleh diharapkan. Olimpik dan Komanwel? tanyalah diri sendiri.
bagi Bolasepak pula tak perlu diulas panjang lebar kerana semua dah tau di peringkat asia tenggara pun masih terhegeh-hegeh lagi mencari rentak juara.
hoki pula mungkin tidak salah jika dikelompokkan dalam golongan sukan elit kerana kita adalah jaguh seantero asia tenggara. ranking dunia kita juga not bad. namun adakah sukan ini mampu menjanjikan pingat di sukan olimpik atau sekurang-kurangnya emas di sukan asia?
Malaysia dalam acara akuatik juga boleh dikategorikan sebagai antara jaguh di asia tenggara, namun di peringkat asia hanya satu dua nama saja yg menyerlah. itupun emas belum tentu lagi. di olimpik dan komanwel boleh lupakan saja pingat.
Gimnastik walaupun kita dianggap sebagai pencabar dan mampu pergi jauh ke peringkat olimpik. namun sukan berbentuk subjektif seperti ini kadangkala menyakitkan hati apabila juri sering berpihak kepada pasukan tuan rumah atau peserta favourite. sebagaimana yg berlaku di manila baru-baru ini.
apa yg boleh diharapkan dari 8 sukan teras hanyalah badminton yang dah terbukti pernah beberapa kali menyumbangkan pingat di pentas olimpik, skuasy.. kerana kini malaysia memiliki pemain no 1 dunia. dan juga boling yg turut mempunyai pemain bertaraf dunia.
andaikata matlamat utama badan-badan terbabit adalah sekadar untuk mengisi slot menghantar wakil ke sukan olimpik/ asia/ komanwel tanpa mensasarkan ingin membolot sebanyak pingat emas yg mungkin maka mereka boleh teruskan memberi penekanan kepada beberapa sukan yg tak berdaya maju ini. seperti bolasepak.
sebaliknya jika ingin melihat malaysia mengutip pingat emas sebanyak mungkin di peringkat tertinggi maka analisa SWOT (strength, weaknesses, opportunity dan Threat) perlu dilakukan segera.
gugurkan acara yg tak membawa sebarang peluang untuk kutip pingat di olimpik. dan kaji di mana kekuatan dan kelebihan kita untuk diterjemahkan menjadi peluang untuk kita pungut sebanyak pingat di olimpik. masukkan acara yg berpotensi ini dalam sukan teras walaupun mereka tidak tergolong dalam kelompok sukan popular atau elit.
sukan yg boleh dipertimbangkan ialah menembak, memanah, angkat berat, lawn bowl, petanque, golf dan lain-lain sukan yg tak memerlukan bersaing secara fizikal sebaliknya cukup menggunakan skill individu yg ada.
apa guna melabur berjuta-juta ringgit wang rakyat pada sukan popular tapi hasilnya tak dapat dituai di arena olimpik dsbnya.
Posted by AtanShearer at 2:44 AM 0 comments