skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ▼ 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ▼ April (3)
      • komen: FAM CADANG TUBUH SKUAD KHAS
      • ALASAN BILA PASUKAN BOLASEPAK KITA KALAH!
      • SUKU AKHIR SUKAN PERPADUAN ISLAM: BOLEHKAH KITA BE...
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

komen: FAM CADANG TUBUH SKUAD KHAS

Wednesday, April 20, 2005

Oleh AtanShearer

Rentetan dari kegagalan skuad negara beraksi hebat di Arab Saudi baru-baru ini, maka dalam satu kenyataan akhbar Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ada menyatakan cadangan kononnya nak wujudkan satu skuad khas pula.

Bukankah sebelum ni FAM dah pernah wujudkan pelbagai skuad khas? sejak era pertengahan 80an lagi FAM dah wujudkan skuad harimau, kemudian diikuti skuad Barcelona 92, skuad Atlanta 96, skuad piala dunia remaja 97, skuad olimpik 2000, skuad itu dan ini.. tapi semuanya menemui kegagalan. apa bezanya skuad khas yang gagal pada masa lalu dengan yang bakal dibentuk ini? Adakah ini satu jalan penyeleseaian terbaik? Adakah dengan adanya skuad khas ini nanti pasukan bolasepak kita mampu pergi lebih jauh sekurang-kurangnya menjadi jaguh di asia tenggara?

Sepatutnya FAM jangan mudah melatah sebaliknya mengkaji dan memperhalusi apakah punca utama masalah ini sebelum terburu-buru mencadangkan penubuhan skuad khas ini. Rasanya alasan tidak mempunyai pasukan yang kekal atau skuad kerap bertukar pemain merupakan satu faktor yang semua peminat tahu puncanya iaitu tiada kesinambungan antara skuad yang telah dibentuk oleh jurulatih terdahulu dan jurulatih semasa
Harus diakui setiap kali skuad khas yg pernah dibentuk oleh FAM dibubarkan (termasuk jurulatihnya tidak disambung kontrak). maka semua pemain berselerak membawa haluan sendiri bermain di merata ceruk. hinggakan Azrul Amri Borhan yg pernah dilabelkan sebagai pemain paling berbakat bernilai RM1 juta oleh jurulatih pada masa itu Claude Le Roy, entah bermain di liga kampung mana sekarang ni. Hanya beberapa kerat pemain saja dari serpihan skuad-skuad yang dibubar ini kekal mewakili negara selepas itu.

Sepatutnya FAM tidak mensia-sia bakat-bakat yang telah diasuh selama beberapa tahun dalam skuad khas terdahulu yang menelan kos berjuta-juta ringgit begitu saja. Tindakan FAM selama ini umpama mengupah tukang kebun (coach) menanam pokok buah (pemain). Selepas 3-4 tahun pokok tersebut ditanam dan baru nak memberikan pulangan, tukang kebun tersebut digantikan dengan tukang kebun lain. Tukang kebun baru ini kemudiannya menebang hampir kesemua pokok yg telah ditanam oleh tukang kebun terdahulu dengan alasan dia mahukan pokok baka baru yang lebih baik dan mudah dijaga. Selepas di baja dan dijaga dengan teliti beberapa tahun dan tiba masa untuk menuai hasil. Sekali lagi tukang kebun bertukar. Senario yang sama berulang-ulang. Selagi tuan tanah (FAM) memberikan kebebasan kepada tukang kebun (coach) buatlah apa yang anda suka tanpa mengambil kira jumlah kos baja dan gaji tukang kebun yang telah dikeluarkan selama ini, maka selagi itulah tuan tanah tidak akan mendapat pulangan sebaliknya rugi besar.

Berbanding dengan jiran tanah sebelah (negara jiran-Thailand dan Indon) yang bijak menggunakan segala sumber yang ada dan keputusannya hasil tanaman kebun mereka dah lama mereka nikmati.

Itulah trend bolasepak Malaysia yang sebenar. Setiap kali coach bertukar..maka 70-80% senarai pemain kebangssan akan turut berubah. Inilah punca utama kenapa skuad negara tidak pernah kekal. Dan inilah masalah sebenar yg perlu FAM tangani dengan segera. cadangan FAM untuk menubuhkan satu skuad khas baru bukanlah satu tindakan yang bijak kerana ia tidak akan membwa sebarang makna andaikata satu masa nanti kontrak Bertalan Beskei tidak disambung dan digantikan oleh jurulatih lain. Dah tentu ahli skuad ni akan bertebaran macam skuad2 yg lepas juga.

Posted by AtanShearer at 4:06 PM 0 comments  

Labels: FAM

ALASAN BILA PASUKAN BOLASEPAK KITA KALAH!

Oleh AtanShearer

Setiap kali pasukan bolasepak negara gagal dalam kejohanan yg disertainya maka sudah pasti peminat dapat meneka apakah alasan yg bakal diberikan oleh pengurus pasukan ataupun jurulatih. Tak terkecuali kali ini apabila Malaysia tersingkir di pusingan suku akhir dimalukan oleh barisan muda Syria 3-1 dalam kejohanan Sukan Perpaduan Islam.

Balik-balik mereka memberikan alasan yg sama, antaranya:
1. masuk pertandingan sekadar nak timba pengalaman
2. pasukan dibarisi pemain muda
3. berilah peluang, inilah skuad masa depan negara.


ini semua adalah skrip basi yg dah bertahun-tahun FAM suapkan kepada peminat sejak era kejatuhan bolasepak Malaysia pada pertengahan tahun 80an dulu. sehinggakan kini peminat dah muak dan nak termuntah mendengarnya.

Sampai bila asyik nak dok timba pengalaman saja??? Kalau nak timba pengalaman patutnya dlm perlawanan persahabatan boleh la..dlm pertandingan sebenar bukan masa untuk sesi timba-menimba lagi..patutntya itulah masa untuk tunjukkan kehebatan sebenar!

Dibarisi pemain muda??? Bukankah skuad senior yg ditinggalkan oleh jurulatih terdahulu ada di depan mata, kenapa tak guna saja mereka ini? Kenapa tak teruskan saja usaha yg telah dibuat.? Kenapa mesti nak gatal tangan pilih pemain muda yg masih berhingus dan mentah dalam sepak terajang pertandingan antarabangsa? Tak lain tak bukan kerana mereka ego nak cipta sebuah pasukan ikut acuan mereka sendiri.

Skuad masa depan??? Sebenarnya skuad masa depan tak pernah wujud dalam kamus bolasepak moden Malaysia. Sebabnya masa depan mereka belum tentu terjamin dlm skuad kebangsaan setaip kali coach bertukar. Tengok saja produk Claude Le Roy.. Hatem Soussi dan lain-lain. Ke mana mereka ini sekarang? Ramai antara mereka terus terpinggir dari mewakili negara walau masih gagah mewakili pasukan utama liga.

Datang saja coach yg baru dilantik, pemain lama diketepikan dan muka baru diketengahkan. Konon supaya dapat cipta pasukan masa depannya sendiri. Selepas beberapa tahun, baru saja pemain muda yg dibentuk oleh coach ni nak matang dan membuahkan hasil, kontrak coach pula dah tak disambung semula. FAM lantik coach baru..maka sekali lagi perkara yg sama berulang.

Senario ini dah berulang berkali-kali dan tak mustahil akan berulang beberapa kali lagi. Oleh itu selagi isu ini tak ditangani dengan bijak oleh FAM maka selagi itulah pasukan bolasepak kita tak boleh maju dan pergi jauh kerana tiada kesinambungan antara kerja coach yg terdahulu dengan coach yg mewarisinya itu. Maka skrip yg sama akan terus diulangi dari generasi ke generasi oleh setiap coach Malaysia

Posted by AtanShearer at 12:08 PM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia

SUKU AKHIR SUKAN PERPADUAN ISLAM: BOLEHKAH KITA BERBANGGA?

Tuesday, April 19, 2005

Oleh AtanShearer

Sukan Perpaduan Islam baru saja selesai. Skuad bolasepak negara secara umumnya di atas kertas boleh berbangga dengan kejayaan menjuarai peringkat kumpulan seterusnya melayakkan diri ke suku akhir dalam kejohanan edisi pertama ini. Bagaimanapun hakikatnya kejayaan itu tidak boleh dibanggakan sangat kerana jika dihalusi kejayaan tersebut dibantu oleh beberapa faktor.

Pertamanya penarikan diri Kuwait selain banyak lagi negara Islam lain yang kuat dalam acara bolasepak tak mengambil bahagian seperti Nigeria, Senegal dan lain-lain. Pasukan Indonesia yang membelasah kita 4-1 di Bukit Jalil Januari lalu juga tidak mengambil bahagian. Ia menjadikan peluang Malaysia lebih terbuka. Malaysia hanya perlu menang dengan Pakistan yang rankingnya jauh lebih bawah dari kita untuk layak ke pusingan seterusnya.

Keduanya pasukan Maghribi hanya menurunkan pasukan amaturnya tanpa seorang pun kelibat bintang skuad pra-piala dunia mereka. Ketiganya Malaysia bernasib baik kerana diundi menjadi juara kumpulan setelah berkongsi mata dan jaringan dengan Maghribi, seterusnya dapat mengelakkan diri dari bertemu dengan juara kumpulan B, Mali.

Dalam saingan suku akhir segala kepincangan dan kelemahan terserlah apabila Malaysia dibelasah oleh Syria 3-1 yang hanya diwakili oleh skuad remaja mereka. Sementara itu pada masa yang sama skuad remaja B-23 kita pula teruk dibelasah oleh skuad Liga Super P.Pinang dengan jaringan yang sama dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Selayang. Ternyata jurang yang amat ketara antara pasukan remaja kebangsaan dengan pasukan remaja Syria tersebut. Tak dapat digambarkan jika saingan suku akhir itu berlangsung antara skuad remaja Malaysia dan skuad remaja Syria, ataupun antara skuad utama kedua-dua negara. Dah tentu ada kenduri gol yang lebih besar di tanah arab.

Oleh itu diharapkan peminat bolasepak Malaysia janganlah mudah digula-gulakan dengan dakwaan kejayaan layak ke suku akhir sukan perpaduan islam sebagai satu kejayaan yang paling gemilang pernah dicapai oleh Malaysia dipentas saingan antarabangsa selepas kejayaan pingat gangsa Sukan Asia Tehran 1974 lalu.

Tiada apa yg boleh dibanggakan dengan kejayaan layak ke suku akhir Sukan Perpaduan Islam ini kerana ternyata ia banyak dibantu oleh faktor nasib berbanding dengan kamajuan sebenar yang dicapai oleh skuad bolasepak negara.

Posted by AtanShearer at 3:41 PM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License