skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ▼ 2009 (23)
    • ▼ July (9)
      • Asian Tour 2009: MU belasah Hangzhou Greentown FC 8-2
      • Asia Tour 2009: Singapura dilanggar The Reds 0-5
      • Asia Tour 2009: MU 3 FC Seoul 2
      • Asia Tour 2009: Thailand kejutkan Liverpool 1-1
      • Asia Tour 2009: Manchester United tumpaskan Malays...
      • Asia tour 2009: TAHNIAH! Malaysia 2 Manchester Utd 3
      • Kenangan Yang Tak Terindah: Malaysia vs MU 2001
      • Asia Tour 2009: MU batal jelajah ke Jakarta
      • Manchester United - Asia Tour 2009 Trailer
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Showing posts with label Bola Kampung. Show all posts
Showing posts with label Bola Kampung. Show all posts

Komen: Pro dan Kontra Raja Ahmad Zainuddin 26/1/09

Monday, January 26, 2009


Secara peribadi saya memang suka membaca kolum Pro dan Kontra yang ditulis oleh Raja Ahmad Zainuddin ini. Secara lumrahnya artikel yang beliau tulis selalunya adalah KONTRA dengan pandangan saya. Itulah yang membuatkan saya suka membacanya.

Apa yg KONTRA dengan pandangan saya itu akan saya ulas dan komen semula di sini.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, kenyataan B. Sathianathan memang akan mengundang kontroversi dan sudah semestinya akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh juak-juak yang mengipas Presiden FAM.

Hari ini dalam kolum Pro dan Kontra, sekali lagi Raja Ahmad Zainuddin ingin mengipas FAM dan juga bosnya iaitu Sultan Pahang dengan mempertahankan mutu Liga M kita. Beliau menafikan sekeras-kerasnya 'tuduhan' B.Sathinathan itu.

Agak melucukan apabila Raja Ahmad mendakwa:

"Berterima kasih kepada FAM kerana jika tidak kerana Liga Malaysia yang kini berusia hampir 20 tahun, tidak mungkin ramai jurulatih tempatan dan luar negara berpeluang melatih pemain tempatan dan ia sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya dan batu loncatan."


Berdasarkan statement 'lawak' Raja Ahmad di atas, saya ingin tanyakan kepada beliau:

1.Adakah mutu Liga M kita hanya diukur dengan jumlah jurulatih yang berjaya dilahirkan?

2.Negara manakah yang menggunakan jumlah bilangan jurulatih sebagai kayu pengukur kejayaan sesebuah Liga bolasepaknya?

3. Adakah semasa sebelum wujudnya Liga M, jurulatih pasukan negeri dan kebangsaan semuanya diimport? Sedangkan coach yang membawa Malaysia ke Olimpik Munich juga adalah rakyat tempatan.

4. Sejak 20 tahun Liga M diwujudkan, apakah prestasi terbaik pasukan negara? Adakah ianya lebih baik dari sebelum itu?

Pendekata Liga M kita memang teruk. Hanya bertaraf liga kampung sahaja. Permainan ala kampung, padang stadium pun ala kampung, referee pun ala kampung, tidak lupa pengurusan pasukan pun ala kampung juga hinggakan nk buat bajet pun tak reti. Asyik ter'over' bajet je setiap tahun.

Inilah masalah yang berlaku dalam FAM apabila banyak sangat dikuasai oleh orang UMNO. Tak boleh nk bersuara tentang kebenaran langsung. Bersuara je kena cantas. Unsur-unsur diktatorship bermaharajalela dlm FAM, sana seperti dalam UMNO. Kononnya taatkan pemimpin. Kalau taatkan pemimpin yang tak reti memimpin, memang sampai bila pun bolasepak kita ditakat ini saja.

Banyak berceloteh pulak aku ni..Untuk baca keseluruhan artikel yang ditulis oleh Raja Ahmad dalam kolumnya, sila baca di bawah.



============================
Petikan Berita Harian 26/1/09
============================

Pro&Kontra: Usah perkecil Liga Malaysia
Oleh Raja Ahmad Zainuddin

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang kecewa di atas kekalahan pasukan kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Kumpulan C Piala Asia, pasti akan melakukan sesuatu bagi memulihkan imej skuad kebangsaan.

Begitupun, saya percaya baginda yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan akan hanya berbuat demikian selepas menerima laporan penuh daripada pengurusan dan jurulatih kebangsaan mengenai prestasi yang tidak menggembirakan itu - sekali gus mengadakan bedah siasat punca kekalahan.

Selain itu, kenyataan jurulatih kebangsaan, B Sathianathan yang dilapor memperkecilkan liga tempatan juga boleh dipersoalkan oleh jawatankuasa berkenaan kerana sebagai pekerja, beliau tidak seharusnya mempertikaikan kewibawaan majikan yang membayar gajinya.

Sama ada Sathia terlanjur atau tidak sengaja, kenyataannya itu turut mengejutkan pegawai pasukan, Datuk Soh Chin Aun yang saya hubungi.

Itulah kata pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Namun saya dapat rasai tekanan yang dihadapi jurulatih berkenaan ketika menerima tekanan penonton.

Berterima kasih kepada FAM kerana jika tidak kerana Liga Malaysia yang kini berusia hampir 20 tahun, tidak mungkin ramai jurulatih tempatan dan luar negara berpeluang melatih pemain tempatan dan ia sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya dan batu loncatan.

Di antara jurulatih asing yang mencipta nama ialah Karl Heinz Weigang dari Jerman yang pernah membawa Perak menjulang Piala Malaysia dua kali pada 1998 dan 2000. Beliau juga membantu pasukan kebangsaan layaki ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan menaikkan bola sepak Vietnam.

Jurulatih kebangsaan kebiasaannya memperoleh pemain yang diserah pasukan negeri dan kelab yang beraksi di liga tempatan. Oleh itu tidak adil jika mendakwa liga tempatan langsung tidak berkualiti dan menyumbang kepada industri bola sepak tempatan.

Posted by AtanShearer at 4:48 PM 0 comments  

Labels: B.Sathianathan, Bola Kampung, FAM, Liga M, Raja Ahmad Zainuddin

Team Malaysia = Team Bola Kampung

Thursday, January 22, 2009

Posted by AtanShearer at 10:11 PM 1 comments  

Labels: Bola Kampung, Malaysia

Sathia Baru Sedar Liga M Tak Bermutu


Walau sekian lama melatih skuad remaja negara dan pasukan kebangsaan... dan juga selepas beberapa siri kekalahan di peringkat Asia Tenggara, namun B.Sathianathan tidak pernah merungut bahawa pemain-pemainnya tidak berkualiti. Malah beliau sering membela anak2 buahnya.

Pelbagai kata-kata yang membela pemain sering kita dengar keluar dari mulut Sathia. Berbakat laa.. berpotensi laa.. skuad masa depan laa.. dan lain-lain lagi.

Akhirnya malam tadi segala temberang Sathia terbongkar. Malah dia dengan selamba mendedahkan bahawa mutu Liga M memang teruk (anda boleh baca pengakuan Sathia ni di bawah).

Tapi jika ditanya kembali kepada pegawai2 FAM tentang komen Sathia ni.. sudah tentu mereka menafikan sekeras-kerasnya. Dan tidak mustahil juga jika FAM masih tetap berdegil ingin menegakkan benang yang basah mengatakan bahawa Liga M anjuran mereka yang seringkali bertukar format adalah Liga terbaik sehebat EPL..

Tahun ini FAM sekali lagi melakukan langkah gostan ke belakang. Mereka mengubah format pertandingan Liga M buat kali ke berapa ntah dengan mengHARAMkan penggunaan pemain impot yg kononnya untuk meningkatkan prestasi pemain kebangsaan.

Di kala FAM sibuk dengan polisi kolot itu, berbeza pula dengan polisi badan bolasepak UAE. Mereka membuka seluas-luasnya pintu untuk pemain import yang ternama beraksi di liga mereka.

Disebabkan pemain impot yang hebat dibenarkan bermain di liga mereka, maka pemain-pemain UAE sentiasa kena bekerja keras untuk maintain prestasi dan fitness level supaya dapat menyaingi pemain-pemain import yang bermain di liga mereka.

Sudah tentu pemain-pemain UAE yang terpilih mewakili negara mereka ini sudah terbukti mampu memberi saingan kepada pemain-pemain import yang bermain di Liga mereka.. maka apalah sangat jika setakat nk bermain menentang pemain Malaysia.

Ternyata kualiti antara 2 pasukan (Malaysia dan UAE) ini amat berbeza. Ibarat satu pasukan bola kampung melawan pasukan professional.

Tanpa kelibat pemain impot, pemain negara yang bermain di Liga M kini sudah tidak perlu mementingkan fitness kerana kini mereka tidak lagi perlu bekerja keras mengejar bola dengan para pemain impot yang lebih licik dan pantas. Mereka lah yang terhebat di Liga M hari ini. Terbaik dikalangan yang terburuk.

Mereka mudah berpuas hati dengan apa yang mereka kecapi dalam Liga M. Penyerang yang mewakili negara kini mungkin boleh berbangga kerana berjaya menyumbat banyak gol dalam saingan liga. Akan tetapi kejayaan beliau itu bukanlah kerana beliau seorang 'goal machine' yang hebat menjaringkan gol.. sebaliknya kerana benteng pasukan lawan sangat lemah tanpa kehadiran pemain bek impot yang handal.

Begitulah juga dengan pemain bek yang mewakili negara kali ini bukannya habat sangat mengekang asakan lawan. Akan tetapi disebabkan dalam Liga Malaysia tiada penyerang yang betul2 berbisa membuatkan seolah2 beliau adalah yang paling hebat menjaga benteng pertahanan.

Sememangnya apa yang B.Sathianathan katakan adalah 100% betul. FAM gagal menjadikan Liga M kilang melahirkan pemain-pemain bertaraf antarabangsa. Sebaliknya FAM hanya berjaya menjadikan LIga M seperti sebuah liga kampung yang sering bertukar-tukar format pertandingannya.



======================
Petikan Berita Harian
======================

Liga M tidak penuhi tuntutan antarabangsa: Sathia


JURULATIH negara, B Sathianathan bersikap realistik sebaik anak buahnya tumbang dibelasah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

"Ya, saya memang jangkakan reaksi negatif daripada FAM. Jika ada yang berpendapat saya terpaksa berundur demi untuk bola sepak negara kembali maju, saya tidak akan takut untuk melakukannya.

"Tetapi terlebih dahulu, bersikap realistiklah. Perlu ada kesanggupan untuk mendengar dan memperhalusi apa yang tidak kena dengan setulus mungkin. Apa yang pasti ketika ini ialah Liga Malaysia bukan bola sepak yang memenuhi tuntutan antarabangsa," tegasnya.

Sathia juga berjanji akan bertegas mendedahkan realiti itu, biarpun mungkin akan ada ramai pihak yang tidak suka mendengarnya nanti.

"Jika dilihat perlawanan, kita bersaing untuk tempoh 45 minit awal. Selepas itu, pemain-pemain jelas tidak mempunyai kecergasan untuk menyaingi lawan. Saya tidak pertikaikan komitmen mereka. Tetapi apa boleh saya buat untuk memperbaikinya jika saya hanya ada lima hari.

"Inilah tahap pemain kita. Ia terbukti tidak mencukupi. Apabila tidak cergas, pemain mula melakukan kesilapan yang mengundang padah," katanya.

Sementara itu, jurulatih UAE, Dominique Bethenay penuh berdiplomasi apabila menyatakan dia tidak langsung menjangka mampu pulang dengan kemenangan besar ke atas Malaysia di gelanggang lawan.

"Bagi saya, kemenangan 1-0 sudah mencukupi. Ia bukan perlawanan yang mudah dan Malaysia jelas memberikan kami saingan dan laluan getir pada separuh masa pertama.

"Saya juga memuji pemain saya kerana berjaya bangkit dengan persembahan lebih baik pada babak kedua dan menyempurnakan tugasan ini," katanya.

Posted by AtanShearer at 6:39 AM 0 comments  

Labels: Artikel Pilihan, Asian Cup Qualifying, B.Sathianathan, Bola Kampung, Malaysia, UAE

Gambar Team Malaysia Main Bola Ala Kampung









Posted by AtanShearer at 6:17 AM 0 comments  

Labels: Asian Cup Qualifying, Bola Kampung, Malaysia, UAE

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License