skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ▼ 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ▼ January (14)
      • Malaysia dan Singapura Sama Saja?
      • Komen: Pro dan Kontra Raja Ahmad Zainuddin 26/1/09
      • Salah pemain sendiri - Raja Bola
      • Sembang Saja Lebih...
      • Saya Amat Bersetuju Dengan Pandangan Ini...
      • 'Saya sudah banyak bersabar' Kata Presiden FAM
      • Tengku Abdullah ni Sekarang Banyak Cakap Pula Pasa...
      • Team Malaysia = Team Bola Kampung
      • Sathia Baru Sedar Liga M Tak Bermutu
      • Gambar Team Malaysia Main Bola Ala Kampung
      • Pancit Antara Punca Kekalahan: Sathia
      • Malaysia vs UAE (0-5)
      • Norhafiz Kapten Malaysia?? OK ker?
      • Mengharapkan tuah di bumi sendiri -Utusan
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Malaysia dan Singapura Sama Saja?

Wednesday, January 28, 2009

Apabila ada suara-suara yang mencadangkan agar FAM meniru polisi seperti negara-negara lain yang memberikan kerakyatan kepada pemain import untuk mewakili negara, maka sudah tentu ada yang tidak bersetuju. Contoh terdekat negara yang mengamalkan polisi ini ialah Singapura.

Hujah yang terbaik bagi golongan yang menentang cadangan ini ialah:

"Walaupun S'pore guna pemain import, mereka tetap kena belasah dengan Iran 6-0 baru-baru ini".

Memang betul Singapura di belasah oleh Iran 6-0. Tetapi tahukah anda bahawa mereka dibelasah sebegitu teruk sebab mereka bermain dengan 10 orang. Tambahan pula mereka kalah di tempat lawan.

Bukan macam Malaysia, main 11 lawan 11 di tempat sendiri pun dah kena 5 bijik. Tak tahulah berapa biji nk kena kalau main 10 lawan 11 macam Singapore.

Saksikanlah untuk santapan mata game Malaysia vs UAE


dan Iran vs Singapura



Posted by AtanShearer at 2:46 AM 0 comments  

Labels: Asian Cup Qualifying, Iran, Malaysia, Singapura, UAE, Video Klip

Komen: Pro dan Kontra Raja Ahmad Zainuddin 26/1/09

Monday, January 26, 2009


Secara peribadi saya memang suka membaca kolum Pro dan Kontra yang ditulis oleh Raja Ahmad Zainuddin ini. Secara lumrahnya artikel yang beliau tulis selalunya adalah KONTRA dengan pandangan saya. Itulah yang membuatkan saya suka membacanya.

Apa yg KONTRA dengan pandangan saya itu akan saya ulas dan komen semula di sini.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, kenyataan B. Sathianathan memang akan mengundang kontroversi dan sudah semestinya akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh juak-juak yang mengipas Presiden FAM.

Hari ini dalam kolum Pro dan Kontra, sekali lagi Raja Ahmad Zainuddin ingin mengipas FAM dan juga bosnya iaitu Sultan Pahang dengan mempertahankan mutu Liga M kita. Beliau menafikan sekeras-kerasnya 'tuduhan' B.Sathinathan itu.

Agak melucukan apabila Raja Ahmad mendakwa:

"Berterima kasih kepada FAM kerana jika tidak kerana Liga Malaysia yang kini berusia hampir 20 tahun, tidak mungkin ramai jurulatih tempatan dan luar negara berpeluang melatih pemain tempatan dan ia sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya dan batu loncatan."


Berdasarkan statement 'lawak' Raja Ahmad di atas, saya ingin tanyakan kepada beliau:

1.Adakah mutu Liga M kita hanya diukur dengan jumlah jurulatih yang berjaya dilahirkan?

2.Negara manakah yang menggunakan jumlah bilangan jurulatih sebagai kayu pengukur kejayaan sesebuah Liga bolasepaknya?

3. Adakah semasa sebelum wujudnya Liga M, jurulatih pasukan negeri dan kebangsaan semuanya diimport? Sedangkan coach yang membawa Malaysia ke Olimpik Munich juga adalah rakyat tempatan.

4. Sejak 20 tahun Liga M diwujudkan, apakah prestasi terbaik pasukan negara? Adakah ianya lebih baik dari sebelum itu?

Pendekata Liga M kita memang teruk. Hanya bertaraf liga kampung sahaja. Permainan ala kampung, padang stadium pun ala kampung, referee pun ala kampung, tidak lupa pengurusan pasukan pun ala kampung juga hinggakan nk buat bajet pun tak reti. Asyik ter'over' bajet je setiap tahun.

Inilah masalah yang berlaku dalam FAM apabila banyak sangat dikuasai oleh orang UMNO. Tak boleh nk bersuara tentang kebenaran langsung. Bersuara je kena cantas. Unsur-unsur diktatorship bermaharajalela dlm FAM, sana seperti dalam UMNO. Kononnya taatkan pemimpin. Kalau taatkan pemimpin yang tak reti memimpin, memang sampai bila pun bolasepak kita ditakat ini saja.

Banyak berceloteh pulak aku ni..Untuk baca keseluruhan artikel yang ditulis oleh Raja Ahmad dalam kolumnya, sila baca di bawah.



============================
Petikan Berita Harian 26/1/09
============================

Pro&Kontra: Usah perkecil Liga Malaysia
Oleh Raja Ahmad Zainuddin

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang kecewa di atas kekalahan pasukan kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Kumpulan C Piala Asia, pasti akan melakukan sesuatu bagi memulihkan imej skuad kebangsaan.

Begitupun, saya percaya baginda yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan akan hanya berbuat demikian selepas menerima laporan penuh daripada pengurusan dan jurulatih kebangsaan mengenai prestasi yang tidak menggembirakan itu - sekali gus mengadakan bedah siasat punca kekalahan.

Selain itu, kenyataan jurulatih kebangsaan, B Sathianathan yang dilapor memperkecilkan liga tempatan juga boleh dipersoalkan oleh jawatankuasa berkenaan kerana sebagai pekerja, beliau tidak seharusnya mempertikaikan kewibawaan majikan yang membayar gajinya.

Sama ada Sathia terlanjur atau tidak sengaja, kenyataannya itu turut mengejutkan pegawai pasukan, Datuk Soh Chin Aun yang saya hubungi.

Itulah kata pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Namun saya dapat rasai tekanan yang dihadapi jurulatih berkenaan ketika menerima tekanan penonton.

Berterima kasih kepada FAM kerana jika tidak kerana Liga Malaysia yang kini berusia hampir 20 tahun, tidak mungkin ramai jurulatih tempatan dan luar negara berpeluang melatih pemain tempatan dan ia sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya dan batu loncatan.

Di antara jurulatih asing yang mencipta nama ialah Karl Heinz Weigang dari Jerman yang pernah membawa Perak menjulang Piala Malaysia dua kali pada 1998 dan 2000. Beliau juga membantu pasukan kebangsaan layaki ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan menaikkan bola sepak Vietnam.

Jurulatih kebangsaan kebiasaannya memperoleh pemain yang diserah pasukan negeri dan kelab yang beraksi di liga tempatan. Oleh itu tidak adil jika mendakwa liga tempatan langsung tidak berkualiti dan menyumbang kepada industri bola sepak tempatan.

Posted by AtanShearer at 4:48 PM 0 comments  

Labels: B.Sathianathan, Bola Kampung, FAM, Liga M, Raja Ahmad Zainuddin

Salah pemain sendiri - Raja Bola

Sunday, January 25, 2009

====================
Petikan KOSMO! 25/1/09
====================
Salah pemain sendiri - Raja Bola

Oleh WAN FAKHRUL WAN BAKAR


KUALITI pemain tempatan yang ada ketika ini dikatakan turut 'menyumbang' kepada kemerosotan bola sepak negara terutamanya prestasi pasukan kebangsaan.

Hakikat itu diakui sendiri oleh dua bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Isa Bakar.

Bagi Ghani, 73, kemewahan yang dikecapi pemain profesional pada masa ini menjadi punca mengapa mereka tidak lagi memiliki keghairahan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

"Dulu tiada duit, main bola secara sukarela saja. Sekarang bila dah banyak duit, dia (pemain) main-main. Dulu kita memang nak main, bersungguh-sungguh," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Penyerang era 1950-an dan 60-an itu menambah, pemain sekarang juga perlu menyedari tanggungjawab mereka setiap kali menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Setiap pemain kena faham, mereka bawa nama Malaysia, maruah negara. Aktiviti di luar padang juga kena jaga, kalau nak main bola kenalah pandai jaga diri.

"Ini bila banyak duit, tak jaga waktu tidur, tak jaga permainan mereka dan tak jaga tahap kecergasan diri.

"Pemain sekarang kena ada tiga elemen ini iaitu semangat juang yang tinggi, mental yang kuat serta fizikal yang mantap," jelasnya.

Ditanya tentang kedudukan jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan, Abdul Ghani yang terkenal dengan gelaran Raja Bola berpendapat jurulatih tersebut sudah tidak relevan.

"Kalau di luar negara, kalah 0-5, dah tentu jurulatih itu sendiri letak jawatan. Pada saya, dia (Sathianathan) sendiri perlu letak jawatan dan bertanggungjawab dengan kekalahan besar itu. 5-0 sesuatu yang tak boleh diterima," katanya.

Sementara itu, Isa, 56, turut sependapat bahawa pemain bola sepak sekarang tidak mempunyai kesungguhan untuk bermain bola sepak sepenuh jiwa dan raga.

"Kualiti masih ada, cuma tak sampai 100 peratus. Kecergasan dan kerjasama sebagai satu pasukan memang tiada.

"Mentaliti pemain sendiri yang tak mahu memajukan diri, mereka main untuk makan gaji saja. Kalau nak main bola seronok-seronok saja, baik main liga kampung," kata bekas pemain Pulau Pinang era 70-an itu.

Jelas Isa, sebagai langkah mengatasi masalah ketiadaan pemain berkualiti, jurulatih di peringkat negeri perlu tegas dan menerapkan disiplin dalam melahirkan 'pemain sebenar' dari peringkat akar umbi lagi.

"Kalau satu negeri dapat lahirkan seorang pemain yang betul-betul lengkap segala aspek, ia sudah cukup. Secara minimum kita sudah boleh dapat 14 pemain yang betul-betul terbaik," ujarnya.

Posted by AtanShearer at 5:48 PM 0 comments  

Labels: Artikel Pilihan, B.Sathianathan, FAM, Malaysia

Sembang Saja Lebih...

Seperti biasa, FAM ni sembang saja lebih. Kononnya menerima kritikan secara terbuka. Tetapi apabila Sathianathan kutuk secara terbuka bahawa Liga M hampeh, ramai pula yang melenting. Ini menunjukkan sikap terbuka yang berpura-pura FAM. Hanya yang hati kering saja yang berani memberikan kritikan secara terbuka. Yang lain semuanya mendiamkan diri sahaja.



=======================
Petikan KOSMO! 25/1/09
=======================
FAM terima kritikan secara terbuka

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang positif komen dan cadangan bekas timbalan presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya badan induk bola sepak negara itu dirombak semula.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata, FAM sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan daripada pihak luar.

Namun, jelasnya, ia biarlah pandangan serta kritikan tersebut ke arah positif dalam membantu memulih dan membangunkan bola sepak tempatan.

"Sesiapa pun berhak membuat komen dan itu adalah pandangan beliau (Tengku Abdullah). Lagipun beliau pernah berada di dalam FAM sebagai timbalan presiden dan kini berada di luar.

"Kita perlu ambil perhatian teguran itu secara positif demi untuk pembangunan bola sepak negara. Kita tak mahu FAM kelihatan seperti syok sendiri saja," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Tengku Abdullah mencadangkan supaya keseluruhan pentadbiran FAM dirombak semula berikutan skuad negara tewas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu.

Pada September 2007, FAM telah mengalami perubahan pada struktur pentadbirannya setelah Tengku Abdullah meletak jawatannya dengan alasan bertanggungjawab ke atas kegagalan memalukan skuad kebangsaan pada pusingan akhir Piala Asia 2007 di Kuala Lumpur.

Pada Kongres FAM ketika itu, Sultan Ahmad Shah kekal sebagai presiden manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar menang tanpa bertanding jawatan timbalan presiden bersama seorang lagi penyandang jawatan itu, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad.

Empat jawatan Naib Presiden FAM pula telah diisi oleh Datuk Che Mat Jusoh, Affandi Hamzah, Ahamad Mohamad dan Datuk Gulzar Mohamad.

Mereka menggantikan gandingan naib presiden terdahulu iaitu Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Jamal Nasir Rasdi, Datuk Anifah Aman dan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Azzuddin pula selepas itu telah dilantik oleh Sultan Ahmad Shah sebagai setiausaha agung bagi menggantikan Dr Ibrahim yang tidak melanjutkan kontraknya.

Dalam pada itu, Azzuddin memberitahu, FAM tidak akan memecat B. Sathianathan dalam waktu terdekat meskipun jurulatih tersebut telah menyatakan kesediaan untuk berundur sekiranya diarahkan FAM.

"Ia (Sathianathan dipecat atau tidak) hanya akan bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang akan berlangsung Sabtu depan (31 Januari).

"Pada mesyuarat itu nanti, kita akan kaji dari semua aspek tentang skuad kebangsaan termasuklah mengenai kedudukan jurulatih dan pengurus pasukan," jelas Azzuddin.

Posted by AtanShearer at 5:37 PM 0 comments  

Labels: B.Sathianathan, FAM

Saya Amat Bersetuju Dengan Pandangan Ini...

Saturday, January 24, 2009

Sila baca petikan artikel dari Kosmo di bawah.

Secara umum saya sememangnya amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh penulis artikel tersebut. Anda boleh baca sendiri apa yang beliau tuliskan.

Selain dari setuju dengan idea-ideanya, saya juga setuju dengan pandanganya terhadap sikap dan mentaliti orang atasan FAM. Mereka hanya pandai berkata-kata kononnya sanggup mendengar pandangan orang awam demi untuk majukan bolasepak negara.

Hakikatnya mereka hanya mendengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sikit pun idea-idea bernas yang dilontarkan oleh individu yang berada di luar Wisma FAM akan diterima pakai. Inilah sikap pemimpin FAM yang menjahanamkan pasukan negara.

Padahal mereka di Wisma FAM itu semuanya bodoh sombong. Golongan bodoh yang berlagak pandai dan tak boleh diberi tunjuk ajar. Apabila diajar melenting pula!

Oklah saya pun x berminat nk berceloteh panjang. Anda boleh baca sendiri artikel di bawah, dan anda boleh tahu apa yang setujukan itu..




=========================
Petikan Kosmo 24/1/09
=========================

Guna khidmat awang import sebagai langkah jangka pendek


SELAMAT berjumpa kembali. Apa lagi kalau tidak bola sepak yang menjadi bahan berita akhir-akhir ini.

Kekalahan 0-5 skuad negara kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu bukan satu kejutan besar.

Kebetulan pada malam yang sama, pengacara TV3, Ally Iskandar mengutarakan tajuk Angan-angan 2018, sama ada mampu atau tidak pasukan negara layak ke Piala Dunia 2018.

Sebenarnya, cita-cita murni untuk layak ke pentas tertinggi itu disampaikan kepada masyarakat menerusi media ketika urus setia FAM dikendalikan oleh bekas politikus, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Barangkali ia dibuat oleh FAM semata-mata untuk score points biarpun ia tidak realistik.

Saya tertarik dengan cadangan Ally yang antara lain menyaran agar mewujudkan liga antara perumahan, liga bawah 12 tahun, rebat cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif dalam bola sepak selain menaja seorang pemain remaja ke kelab di Eropah.

Dalam hal ini, saya juga mahu menggesa agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbang kemungkinan menggunakan khidmat pemain asing untuk memperkuatkan pasukan negara sebagai langkah jangka masa pendek.

Saya pernah menyuarakan pendapat ini kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah sejurus pasukan negara bimbingan Norizan Bakar dibelasah teruk dalam Piala Asia 2007.

Baginda bagaimanapun tidak berminat. Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin juga kurang berminat dengan idea ini.

Soalnya, adakah bakat yang dilahirkan menerusi sistem sedia ada mampu mewujudkan generasi berkaliber?

Isu ini bukan baru. Bahkan ia pernah dibincangkan ketika Kementerian Belia dan Sukan diterajui Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memantau perkembangan atlet asing seperti jaguh angkat berat kelahiran Medan, Hidayat Hamidon, penembak Ukraine, Irina Maharani dan atlet dari China, Yuan Yufang yang diberi taraf kerakyatan bagi membolehkan mereka menyertai Sukan Komanwel pada 1998.

Parlimen juga pernah membincangkan perkara ini apabila bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, menggesa badan induk itu mengikut trend semasa, dengan menyebut Qatar, Portugal, Switzerland, Poland dan Singapura sebagai contoh.

Saya pernah mencadangkan agar penyerang Negeri Sembilan, Christian Bekamenga diberi taraf warga negara. Idea ini tidak mendapat sambutan. Tidak lama kemudian Bekamenga berhijrah ke Indonesia dan seterusnya terpilih mewakili pasukan Olimpik Cameroon.

Saya berbual dengan bekas jurulatih Iran, Heshmat Mohajerani yang terkejut menyaksikan persembahan pasukan kebangsaan pada Sukan Asia 2006 di Doha.

"Saya sanggup datang ke Malaysia dan menjadi jurulatih kebangsaan, tapi dengan syarat saya diberi hak membawa tiga pemain warga Afrika," katanya yang membimbing Iran menjuarai Sukan Asia 1974, layak ke Sukan Olimpik 1976 di Montreal dan muncul juara Piala Asia pada tahun yang sama sebelum layak ke Piala Dunia di Argentina pada 1978.

Penggunaan warga asing sepatutnya boleh dipertimbang untuk jangka masa lima atau enam tahun sambil kita cuba mengkaji kaedah terbaik memperbetulkan sistem di akar umbi, struktur di peringkat daerah, negeri dan FAM sendiri.

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa bola sepak dekat di hati kita. Kalau tidak masakan stesen TV menggunakan bola sepak sebagai vehicle realiti TV seperti Soccerkids, MyTeam dan Soccer Stars.

Sebelum bola sepak kita terus tergelincir ke lembah paling hina, buatlah sesuatu.

Posted by AtanShearer at 9:19 AM 0 comments  

Labels: Artikel Pilihan, FAM, Malaysia, UAE

'Saya sudah banyak bersabar' Kata Presiden FAM


Siapa sebenarnya yang sudah banyak bersabar? Presiden FAM atau pun peminat bolasepak Malaysia?

Sebenarnya peminat dan penyokong bolasepak Malaysia lah yang sudah banyak bersabar dengan FAM dan Tuanku.

Kamilah yang sudah banyak bersabar dan memberi peluang demi peluang kepada Tuanku Presiden FAM membuktikan sesuatu.

Kami sebagai penyokong pasukan Malaysia sudah jenuh bersabar dan menelan segala alasan walaupun kadangkala ia hanya alasan bodoh yang diberikan oleh pihak FAM.

Penyokong juga sudah banyak bersabar dengan segala janji dan harapan palsu yang FAM sogokkan.

Kini kami juga sudah hilang sabar dan sudah bosan melihat Tuanku Sultan Pahang berkuasa sebagai Presiden FAM selama lebih 25 tahun tapi tiada apa yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia. (Mungkin Tuanku hanya berjaya membanggakan rakyat Pahang)

Oleh itu kini tibalah masanya untuk Sultan Ahmad Shah berundur dari FAM. Kami sudah hilang sabar dengan kepimpinan FAM.



==========================
Petikan Berita Harian 24/1/09
==========================

Sultan Ahmad Shah janji perubahan drastik pada mesyuarat Sabtu depan

RASA malu dengan kekalahan 0-5 skuad negara di tangan Emiriyah Arab Bersatu tidak disembunyikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, semalam.

Lantas, baginda menjanjikan perubahan drastik secara menyeluruh pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM, 31 Januari � ketika tahap kesabaran baginda kian hari, kian menipis.

"Saya tidak boleh bersabar sepanjang masa. Saya sudah cukup bersabar. Kekalahan ini adalah satu tamparan. Mesyuarat 31 Januari ini, kita akan buat rombakan menyeluruh.

"Sebagai presiden, sekian lama saya terima kritikan membina. Saya sudah 25 tahun dalam FAM, dan saya malu dengan apa yang berlaku.

"Persatuan negeri juga harus tanggung kekalahan ini kerana pemain datangnya daripada mereka. Kita bercakap kepada orang dewasa yang sepatutnya tahu bola sepak, bukannya kanak-kanak. Saya akan adakan perbincangan hati ke hati pada mesyuarat itu nanti," titah baginda, semalam.

Pemain-pemain juga tidak terlepas daripada bahang kemarahan itu apabila baginda menegaskan masalah seperti tahap kecergasan tidak bagus, tidak wajar kelihatan.

"Saya sedih mendengar hanya tiga pemain cergas untuk perlawanan. Ia memalukan. Pemain sepatutnya cergas untuk 100 minit, bukannya 90 minit.

"Kita dalam era profesional dan bola sepak adalah sumber pendapatan pemain. Adalah jadi tanggungjawab utama mereka untuk memastikan diri pada tahap kecergasan terbaik.

"Saya masih yakin kita mampu hasilkan pasukan handal. Saya masih mahu percaya kita mampu mencapai kejayaan jika semua pihak bekerjasama," tegas baginda.

Sultan Ahmad juga melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ketua jurulatih, B Sathianathan, yang secara terbuka melabel Liga Malaysia sebagai tidak cukup bagus buat memenuhi tuntutan bola sepak antarabangsa.

"Dia sepatutnya jumpa saya dan beritahu situasi sebenar. Tidak bagus untuk mengecam liga seperti itu. Mengapa kini baru katakan liga tidak bagus, terutama selepas dia jadi jurulatih kebangsaan selama setahun. Dia sepatutnya berjumpa saya," titah baginda.

Posted by AtanShearer at 8:47 AM 0 comments  

Labels: FAM, Presiden FAM

Tengku Abdullah ni Sekarang Banyak Cakap Pula Pasal FAM!

Friday, January 23, 2009


Setelah tidak memegang sebarang jawatan dalam FAM, baru kini kedengaran suara Tengku Abdullah mengkritik FAM. dahulu semasa berbelas tahun dlm FAM tidak pula beliau memberikan komen dan kritikan mengenai kepimpinan FAM. Malah beliau sendiri sering mempertahankan barisan pucuk pimpinan FAM yang sememangnya sudah lama layu dengan idea-idea segar membangunkan bolasepak Malaysia.

Hari ini dalam akhbar Kosmo, berani pula beliau menyarankan supaya FAM dirombak sedangkan suatu masa dulu beliaulah yang paling lantang menentang rombakan FAM. Bagus juga idea beliau supaya FAM dirombak. Bolehlah kerusi yang diduduki oleh ayahanda beliau selama berpuluh tahun itu segera dikosongkan.



=================
Petikan Kosmo 23/1/09
=================
Rombak semula FAM - Tengku Abdullah

BEKAS Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan supaya keseluruhan pentadbiran FAM dirombak semula demi mengembalikan kegemilangan sukan No. 1 dunia itu di negara ini.

Tengku Abdullah berkata, selepas meletak jawatan berikutan kekalahan teruk pasukan kebangsaan pada saingan Piala Asia 2007, beliau sudah mendapati kualiti persembahan skuad negara semakin merudum.

"Kini, ia bertambah teruk. Lebih baik FAM melakukan siasatan secara mendalam untuk mengetahui punca utama sebab kekalahan dan membaikinya dengan secepat mungkin," katanya yang kini menjadi Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Jelasnya lagi, kekalahan dengan jaringan besar dan mudah dibolosi oleh pasukan kurang ternama sudah menunjukkan bahawa masih wujud kelemahan tertentu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertikaian mengenai prestasi skuad negara semakin dikhuatiri ramai termasuk ahli Kabinet.

"Masalah skuad bola sepak negara memang menjadi perkara yang amat membimbangkan ketika ini. Banyak pertikaian berlaku.

"Atas sebab itu, satu mesyuarat akan diadakan antara KBS dan FAM pada 4 Februari ini bagi membincangkan perkara tersebut," kata Ismail Sabri.

Posted by AtanShearer at 10:58 AM 0 comments  

Labels: FAM, Tengku Abdullah

Team Malaysia = Team Bola Kampung

Thursday, January 22, 2009

Posted by AtanShearer at 10:11 PM 1 comments  

Labels: Bola Kampung, Malaysia

Sathia Baru Sedar Liga M Tak Bermutu


Walau sekian lama melatih skuad remaja negara dan pasukan kebangsaan... dan juga selepas beberapa siri kekalahan di peringkat Asia Tenggara, namun B.Sathianathan tidak pernah merungut bahawa pemain-pemainnya tidak berkualiti. Malah beliau sering membela anak2 buahnya.

Pelbagai kata-kata yang membela pemain sering kita dengar keluar dari mulut Sathia. Berbakat laa.. berpotensi laa.. skuad masa depan laa.. dan lain-lain lagi.

Akhirnya malam tadi segala temberang Sathia terbongkar. Malah dia dengan selamba mendedahkan bahawa mutu Liga M memang teruk (anda boleh baca pengakuan Sathia ni di bawah).

Tapi jika ditanya kembali kepada pegawai2 FAM tentang komen Sathia ni.. sudah tentu mereka menafikan sekeras-kerasnya. Dan tidak mustahil juga jika FAM masih tetap berdegil ingin menegakkan benang yang basah mengatakan bahawa Liga M anjuran mereka yang seringkali bertukar format adalah Liga terbaik sehebat EPL..

Tahun ini FAM sekali lagi melakukan langkah gostan ke belakang. Mereka mengubah format pertandingan Liga M buat kali ke berapa ntah dengan mengHARAMkan penggunaan pemain impot yg kononnya untuk meningkatkan prestasi pemain kebangsaan.

Di kala FAM sibuk dengan polisi kolot itu, berbeza pula dengan polisi badan bolasepak UAE. Mereka membuka seluas-luasnya pintu untuk pemain import yang ternama beraksi di liga mereka.

Disebabkan pemain impot yang hebat dibenarkan bermain di liga mereka, maka pemain-pemain UAE sentiasa kena bekerja keras untuk maintain prestasi dan fitness level supaya dapat menyaingi pemain-pemain import yang bermain di liga mereka.

Sudah tentu pemain-pemain UAE yang terpilih mewakili negara mereka ini sudah terbukti mampu memberi saingan kepada pemain-pemain import yang bermain di Liga mereka.. maka apalah sangat jika setakat nk bermain menentang pemain Malaysia.

Ternyata kualiti antara 2 pasukan (Malaysia dan UAE) ini amat berbeza. Ibarat satu pasukan bola kampung melawan pasukan professional.

Tanpa kelibat pemain impot, pemain negara yang bermain di Liga M kini sudah tidak perlu mementingkan fitness kerana kini mereka tidak lagi perlu bekerja keras mengejar bola dengan para pemain impot yang lebih licik dan pantas. Mereka lah yang terhebat di Liga M hari ini. Terbaik dikalangan yang terburuk.

Mereka mudah berpuas hati dengan apa yang mereka kecapi dalam Liga M. Penyerang yang mewakili negara kini mungkin boleh berbangga kerana berjaya menyumbat banyak gol dalam saingan liga. Akan tetapi kejayaan beliau itu bukanlah kerana beliau seorang 'goal machine' yang hebat menjaringkan gol.. sebaliknya kerana benteng pasukan lawan sangat lemah tanpa kehadiran pemain bek impot yang handal.

Begitulah juga dengan pemain bek yang mewakili negara kali ini bukannya habat sangat mengekang asakan lawan. Akan tetapi disebabkan dalam Liga Malaysia tiada penyerang yang betul2 berbisa membuatkan seolah2 beliau adalah yang paling hebat menjaga benteng pertahanan.

Sememangnya apa yang B.Sathianathan katakan adalah 100% betul. FAM gagal menjadikan Liga M kilang melahirkan pemain-pemain bertaraf antarabangsa. Sebaliknya FAM hanya berjaya menjadikan LIga M seperti sebuah liga kampung yang sering bertukar-tukar format pertandingannya.



======================
Petikan Berita Harian
======================

Liga M tidak penuhi tuntutan antarabangsa: Sathia


JURULATIH negara, B Sathianathan bersikap realistik sebaik anak buahnya tumbang dibelasah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

"Ya, saya memang jangkakan reaksi negatif daripada FAM. Jika ada yang berpendapat saya terpaksa berundur demi untuk bola sepak negara kembali maju, saya tidak akan takut untuk melakukannya.

"Tetapi terlebih dahulu, bersikap realistiklah. Perlu ada kesanggupan untuk mendengar dan memperhalusi apa yang tidak kena dengan setulus mungkin. Apa yang pasti ketika ini ialah Liga Malaysia bukan bola sepak yang memenuhi tuntutan antarabangsa," tegasnya.

Sathia juga berjanji akan bertegas mendedahkan realiti itu, biarpun mungkin akan ada ramai pihak yang tidak suka mendengarnya nanti.

"Jika dilihat perlawanan, kita bersaing untuk tempoh 45 minit awal. Selepas itu, pemain-pemain jelas tidak mempunyai kecergasan untuk menyaingi lawan. Saya tidak pertikaikan komitmen mereka. Tetapi apa boleh saya buat untuk memperbaikinya jika saya hanya ada lima hari.

"Inilah tahap pemain kita. Ia terbukti tidak mencukupi. Apabila tidak cergas, pemain mula melakukan kesilapan yang mengundang padah," katanya.

Sementara itu, jurulatih UAE, Dominique Bethenay penuh berdiplomasi apabila menyatakan dia tidak langsung menjangka mampu pulang dengan kemenangan besar ke atas Malaysia di gelanggang lawan.

"Bagi saya, kemenangan 1-0 sudah mencukupi. Ia bukan perlawanan yang mudah dan Malaysia jelas memberikan kami saingan dan laluan getir pada separuh masa pertama.

"Saya juga memuji pemain saya kerana berjaya bangkit dengan persembahan lebih baik pada babak kedua dan menyempurnakan tugasan ini," katanya.

Posted by AtanShearer at 6:39 AM 0 comments  

Labels: Artikel Pilihan, Asian Cup Qualifying, B.Sathianathan, Bola Kampung, Malaysia, UAE

Gambar Team Malaysia Main Bola Ala Kampung









Posted by AtanShearer at 6:17 AM 0 comments  

Labels: Asian Cup Qualifying, Bola Kampung, Malaysia, UAE

Pancit Antara Punca Kekalahan: Sathia

Sebentar tadi saya sempat menonton di dalam Nightline TV3. Fokus utama ialah untuk mendengar apa komen yang diberikan oleh Sathia mengenai prestasi anak2 buahnya yang bermurah hati memberikan 'buah tangan' kepada UAE. Bukan sebiji dua.. tetapi lima biji gol dihadiahkan dengan senangnya.

Nampaknya kali ini Sathia sudah tidak boleh berdiplomasi lagi. Terus terang menyalahkan anak buahnya. dan salah satu punca kekalahan yang diulang berkali-kali ialah fitness. Pemain kita menurutnya pancit apabila bermain di separuh masa kedua.

Nampak sangat pemain kita tak ambil berat untuk maintain kecergasan. Ntah2 makan pun belasah je sumbat roti canai dan nasik lemak hari2. Bila perut dh buncit..camna tak pancit. Sendiri mau ingat la..


(Gambar pemain-pemain baru sibuk nk tingkatkan fitness semasa latihan pusat bermula tempohari!)

Posted by AtanShearer at 1:59 AM 0 comments  

Labels: Asian Cup Qualifying, B.Sathianathan, Malaysia, UAE

Malaysia vs UAE (0-5)

Wednesday, January 21, 2009

Seperti yang dijangkakan Malaysia bungkus lagi... kali ni kasi team UAE tapau 5 bijik gol bawak balik ke Dubai!



=================
LAPORAN USA TODAY
=================

UAE beats Malaysia 5-0 in Asian Cup qualifier

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — Mohammad Omar and Ismail Mattar scored two goals each Wednesday to lead the United Arab Emirates over Malaysia 5-0 in an Asian Cup qualifying match.

Omar gave the UAE the lead in the 28th minute, and then added a penalty in the 44th at the Kuala Lumpur Football Stadium.

In the second half, Mattar scored in the 62nd and 75th minutes. Teenage forward Ahmed Khalil added the final goal in the 85th.

Malaysia and UAE are in Group C of the qualifying tournament, along with Uzbekistan. The top two teams in each of the five groups qualify for the 2011 Asian Cup in Qatar.

===============
LAPORAN BERNAMA
===============

UAE Belasah Malaysia 5-0

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dibelasah oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam perlawanan kelayakan Kumpulan C Piala Asia AFC 2011 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Gol pertama dihasilkan pada minit ke-28 berpunca dari hantaran ke depan penyerang Ismail Matar Ibrahim kepada kapten pasukan UAE Mohamed Omar Mohd Ahmad yang mudah melepasi pertahanan dan menewaskan penjaga gol Mohd Syamsuri Mustafa yang gagal menepis kemas bola.

Percubaan Hardi Jaafar merebut bola dari pemain Ismail Saleem pada minit ke-44 dianggap kekasaran oleh pengadil Austalia Wiliams Benjamin Jon dan memberikan UAE sepakan penalti yang mudah diambil oleh Mohamed Omar Mohd Ahmad untuk sekali lagi meyumbat masuk gol.

Masuk babak kedua perlawanan, sepakan gunting Ismail Matar Ibrahim gagal diselamatkan oleh penjaga gol pada minit ke-62.

Pada minit ke-75 Ismail Matar Ibrahim sekali lagi menyumbat masuk gol berpunca daripada kesilapan kapten pasukan Malaysia Norhafiz Zamani Misbah yang terlepas bola memudahkan pemain tersebut menyumbat masuk gol.

Gol terakhir perlawanan terhasil pada minit ke-85 apabila pemain gantian Ahmad Khalil Sebait yang baru masuk mudah menguis bola dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian Syed Adney Syed Hussien.

Perlawanan disaksikan hampir 20,000 penonton.

Pasukan:

Malaysia: (GK) Mohd Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein), Mohd Fauzie Nan, Norhafiz Zamani Misbah (C), Aidil Zafuan Radzak, V.Thirumurugan, Amirulhadi Zainal, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhaymeen Zambri, Zaquan Adha Radzak (Mohd Ashari Samsudin) dan Safee Sali.

UAE: (GK) Majed Naser Humaid Almaqdami, Abdulraheem Jumaa , Al Junaibi Abdulsalam, Mohamed Omar Mohd Ahmad (C) (Ahmed Khalil Sebait), Haidar Alo Ali, Ismaeil Matar Ibrahim, Ismail Saleem (Mahmoud Khamis Saeed), Mohamed Saeed Rashed, Walid Abbas Murad, Hamdan Ismeel Mohamed dan Mohammed Fayez Sbait.

Pengadil: Wiliams Benjamin Jon (Australia)

-- BERNAMA

Posted by AtanShearer at 11:26 PM 0 comments  

Labels: Asian Cup Qualifying, Dubai, FAM, Malaysia, UAE

Norhafiz Kapten Malaysia?? OK ker?

Tuesday, January 20, 2009

Apa?? Norhafiz nak jadi kapten Malaysia? Boleh ke dia mengemudi pasukan kebangsaan? Dari segi pengalaman mmg dia banyak wakili negara. Tapi dari segi kepimpinan dlm padang rasanya dia ni boleh dikatakan dlm kategori 'average joe' je..

Silly mistake di bahagian bek pun banyak kali dia lakukan. Oleh itu pandangan peribadi saya, Hardi lebih wajar diberikan tugas kapten berbanding Norhafiz.



=================================
Norhafiz sedia galas tugas kapten
=================================

NORHAFIZ bakal memakai lilitan kapten pasukan pada pertemuan kelayakan Piala Asia dengan UAE.

TONGGAK pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah kini menjadi pilihan jurulatih kebangsaan, B Sathianthan untuk memangku tugas kapten skuad kebangsaan pada pertemuan kelayakan Piala Asia dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur esok.

Norhafiz diamanahkan tugas itu selepas kapten pasukan, Shukor Adan terpaksa digugurkan Sathianthan untuk pertemuan dengan UAE kerana kecederaan lutut.

Bagi Zamani, dia bersedia menggalas tugas kapten pasukan walaupun mengakui bukan mudah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Shukor.

"Ia adalah satu penghormatan bagi mana-mana pemain untuk diberi kepercayaan selaku kapten pasukan dan saya akan cuba melakukan tugas dengan sebaik mungkin walaupun bukan mudah mengisi tempat Shukor.

"Sudah sekian lama rakan baik saya itu menjadi ketua kami di atas padang dan dia seorang kapten yang berpengaruh, tetapi saya yakin mampu melaksanakan tugas itu dengan cara saya sendiri.

"Pengalaman lalu ketika memangku tugas kapten skuad bawah 23 tahun negara, akan membantu dan saya juga mahu mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kubu negara tidak akan dibolosi dengan mudah Rabu ini (esok), " kata Norhafiz.

Bagi Sathianthan, Norhafiz adalah pemain paling layak memikul tugas kapten kerana dia adalah antara pemain senior dalam pasukan selain Shukor yang mempunyai perwatakan sesuai selaku pemimpin di atas padang.

"Saya yakin Norhafiz tidak akan mengecewakan selaku kapten kerana dia juga seorang pemain yang sentiasa memberi komitmen terbaik setiap kali beraksi mewakili negara," kata Sathianthan.

Sementara itu, Sathianathan berdepan satu lagi kesulitan menjelang pertemuan dengan UAE selepas penyerang UPB-MyTeam, Norsharul Idlan Talaha mengalami kecederaan hamstring ketika latihan kelmarin dan dijangka tidak dapat diturunkan esok.

"Saya tidak rasa Norsharul sempat pulih daripada kecederaannya yang mungkin memerlukan masa untuk pulih. Kehadiran Norsharul sepatutnya memberikan saya lebih banyak pilihan di bahagian serangan tetapi kini saya harus melakukan perancangan tanpanya," kata Sathianthan.

-Berita Harian 20/1/09

Posted by AtanShearer at 1:37 AM 0 comments  

Labels: Artikel Pilihan, Asian Cup Qualifying, B.Sathianathan, FAM, Malaysia, UAE

Mengharapkan tuah di bumi sendiri -Utusan

Saturday, January 17, 2009

Mulai hari ini jika saya menemui apa-apa artikel yang menarik mengenai sukan, saya akan postkan di blog ini dan akan di'tag'kan sebagi Artikel Pilihan'.

Saya lakukan begini supaya mudah untuk anda semua termasuk saya melakukan rujukan silang pada masa akan datang. maklum sahajalah, artikel berita terutamanya bagi akhbar2 terbitan NSTP yang disimpan di arkib bukannya percuma. Oleh itu saya berhasrat untuk menghimpunnya di sini. Oleh itu saya mulakan dengan artikel di bawah.



=========================
Petikan Utusan Malaysia
=========================
Mengharapkan tuah di bumi sendiri
Oleh sayed hesham idris


EPISOD malang skuad bola sepak negara yang kecundang di peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF di Phuket bulan lalu masih dirasai namun ia mahu segera dilupakan oleh jurulatih kebangsaan B. Sathianathan.

Rabu ini, jurulatih yang dilanjutkan kontraknya berdepan satu lagi ujian getir apabila skuadnya terlibat dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Menentang pasukan di ranking ke-110 dunia berbanding Malaysia pada kedudukan 156 dalam senarai pasukan terbaik dunia FIFA, realitinya tidak banyak harapan yang boleh disandarkan ke atas pasukan negara.

Namun berpantang menyerah kalah sebelum berjuang, Sathia tetap melaungkan nada yakin untuk sekurang-kurangnya menyaingi UAE, pasukan dari negara kaya yang menaiki penerbangan menggunakan pesawat peribadi ke negara ini.

Malahan, Sathia berkata, Malaysia tetap mengidamkan tiga mata penuh pada perlawanan Rabu ini dengan mengambil kesempatan daripada aksi di venue sendiri.

"Perlawanan menentang UAE Rabu ini merupakan satu perlawanan yang penting. Kita perlu akur lawan kita bukanlah pasukan dari kalangan rantau Asia Tenggara.

"Saya tidak berani untuk meramalkan apa-apa daripada perlawanan ini, cuma saya akan berusaha yang terbaik dengan para pemain yang kita ada.

"Para pemain yang saya pilih untuk perlawanan Rabu ini adalah berdasarkan prestasi mereka selepas tiga perlawanan Liga Super.

"Inilah sumber (pemain) yang saya ada, saya bukan macam Singapura yang boleh mendapatkan pemain asing dengan cara diberi kerakyatan.

"Satu perkara yang semua kena faham ialah perlawanan liga bukan seperti perlawanan antarabangsa. Tekanannya lebih tinggi.

"Jadi segala-galanya terserah kepada pemain. Cuma kita ada sedikit kelebihan kerana bermain di tempat sendiri.

"Saya berharap pemain menggunakan kelebihan ini untuk memberikan saingan dan tidak mustahil kita boleh memungut tiga mata penuh Rabu ini.

"Seperti juga peminat, saya tidak mahu kecewa atau gagal lagi seperti mana di Phuket bulan lalu.

"Apatah lagi sekarang saya diberi kepercayaan untuk menjadi jurulatih selepas Piala Suzuki AFF di Phuket,'' katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan C kelayakan Piala Asia 2011 bersama UAE dan Uzbekistan.

India yang pada awalnya diundi dalam kumpulan yang sama diberi kelayakan automatik apabila muncul juara Piala Cabaran AFC.

Pusingan akhir Piala Asia akan diadakan Doha, Qatar

Malaysia dan 19 pasukan lain berentap dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 setelah tiga pasukan teratas pada kejohanan edisi 2007 iaitu Iraq, Arab Saudi dan Korea Selatan di samping tuan rumah, Qatar, juara Piala Cabaran AFC 2008 dan 2010 layak secara automatik.

Perlawanan kelayakan terbahagi kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan setiap kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Asia edisi ke-16 di Qatar.

Pasukan yang terlibat dalam pusingan kelayakan terdiri daripada Jepun, Australia, Iran, Uzbekistan, Vietnam, China, Thailand, Indonesia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Oman, Malaysia, Jordan, Syria, Hong Kong, Yemen, Kuwait, Singapura dan Lebanon.

Malaysia pernah layak ke pusingan akhir Piala Asia 1976 di Tehran dan 1980 di Kuwait selain layak secara automatik sebagai tuan rumah bersama Indonesia, Vietnam dan Thailand pada 2007.

Untuk rekod, dua pertemuan dengan Uzbekistan dan UAE pada 2007, skuad negara yang ketika itu dibimbing oleh Norizan Bakar dibelasah 5-0 dalam pusingan akhir Piala Asia di Bukit Jalil dan 3-1 ketika perlawanan persahabatan di Petaling Jaya.

Persediaan singkat

Dengan latihan yang baru sahaja bermula kelmarin, Sathia yang memanggil 27 pemain untuk latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Petaling Jaya, Sathia berkata, persediaan kali ini begitu singkat iaitu lima hari.

Katanya, skuad negara tidak mengadakan perlawanan persahabatan sebagai ujian sebelum berdepan UAE.

"Kerana itulah saya memanggil pemain yang dinilai prestasinya berdasarkan percapaian mereka dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana yang baru sahaja bermula.

"Saya menaruh keyakinan terhadap pemain ini untuk mereka benar-benar cergas dan tahap kecergasan mereka akan dinilai oleh pakar dari Majlis Sukan Negara (MSN).

"Mereka inilah yang saya harapkan untuk menggalas cabaran. Mereka adalah yang terbaik yang kita miliki dalam saingan tempatan, jadi saya minta mereka datang dalam keadaan yang baik dan cukup bersedia.

"Saya mementing tahap kecergasan untuk berdepan UAE. Ini disebabkan kecergasan para pemain pasukan itu berada pada tahap tinggi kerana mereka baru sahaja menyertai kejohanan antarabangsa.

"Keadaannya amat berbeza dengan pemain kita yang hanya beraksi dalam saingan liga tempatan'' katanya.

Tegas Sathia lagi, perlawanan dengan UAE merupakan tugasan pertama selepas kontraknya dilanjutkan oleh FAM dan mahu memastikan ia berakhir dengan keputusan yang positif.

Lantaran mengejar impian mengangkat maruah bola sepak negara, Sathia berkata, dia tidak kisah dengan kritikan terhadap pencapaian skuad bimbingannya.

"Saya tidak akan berputus asa untuk meningkatkan keupayaan skuad negara. Kita sebenarnya masih tercari-cari rentak dalam bola sepak era moden.

"Saya yakin kita sudah mencatat peningkatan dan keadaan ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kita benar-benar konsisten untuk kembali disegani,'' katanya.

-Utusan Malaysia 17/1/09

Posted by AtanShearer at 1:22 AM 0 comments  

Labels: Artikel Pilihan

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License