skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ► 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ▼ 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ▼ June (4)
      • BUDAYA SUKAN vs BUDAYA HIBURAN
      • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
      • ALASAN-ALASAN BASI FAM
      • MALAYSIA VS SINGAPORE...APA DAH JADI?
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

BUDAYA SUKAN vs BUDAYA HIBURAN

Thursday, June 16, 2005

Oleh AtanShearer

Budaya sukan vs budaya hiburan - kenapa agaknya budaya sukan semakin terhakis di hati muda-mudi sekarang sebaliknya budaya hiburan menjadi pilihan hati??

Senario hari ini:
1.Muda-mudi kini sanggup berpusu2 ke stadium tapi bukan untuk menyaksikan acara sukan sebaliknya untuk mengunjungi konsert penyanyi terkenal idola hati.

2.Muda-mudi berebut2 nak memasuki pertandingan mencari bakat dlm dunia hiburan sebaliknya bila ada open selection untuk mewakili pasukan sukan sambutan dingin diberikan.

3. Rata2 muda-mudi menjadikan artis sebagai idola mereka dan bukannya atlit. Oleh itu mereka beranggapan jadi artis akan lebih glamour berbanding jadi atlit.

Adakah ini kesan dari bercambahnya rancangan hiburan di kaca TV? Kini rancangan hiburan berbentuk realiti TV boleh dikatakan ada di setiap stesen TV negara ini, tambahan pula ia disiarkan di waktu perdana (prime time).

Konsert artis terkenal pula boleh disiarkan secara langsung tapi perlawanan yg melibatkan atlit negara ditunda siarannya ke tengah malam. Begitu juga dengan rancangan yg berbentuk sukan (seperti Laporan Liga-M, scoreboard dll) hanya disiarkan di tengah malam untuk memenuhi slot yg kosong di kala tak ramai org menontonnya..

Bagaimana nak pupuk minat generasi muda cintakan sukan sedangkan apa yg terhidang di depan kaca TV hanyalah rancangan hiburan..hiburan..hiburan. generasi muda harini seolah2 sudah hilang passion kepada sukan malah passion itu beralih kepada dunia hiburan pula.

Kita sememangnya kekurangan rancangan sukan yg mampu memupuk semangat cintakan sukan. Tak semestinya setiap rancangan sukan adalah liputan perlawanan, sebaliknya boleh diluaskan skop kepada rancangan realiti TV seperti CONTENDER dan juga rancangan berkenaan teknik dan taktik sesuatu permainan. Rancangan sukan yg mengimbau kejayaan silam negara di dalam bidang sukan juga wajar disiarkan kembali agar generasi baru dapat rasakan apa yg generasi lama lalui dulu... (Perasaan bangga melihat atlit negara berjuang bermati-matian untuk negara.)

Jika rancangan hiburan dan sukan tidak diseimbangkan, nescaya hasrat kerajaan untuk membudayakan sukan dikalangan masyarakat malaysia hanya tinggal hasrat saja. sememangnya budaya sukan semakin terhakis di hati generasi pelapis negara sebaliknya budaya hiburan semakin segar dan mekar di hati mereka ini.

Posted by AtanShearer at 12:07 AM 0 comments  

Labels: Sukan Umum

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)

Wednesday, June 15, 2005

Sebahagian dari artikel ini telah disiarkan dlm rancangan ScoreBoard TV3 (Topik Perbincangan: Pendidikan Jasmani dan kesihatan (PJK)- berjayakah subjek ini menerapkan budaya sukan dikalangan murid sekolah? )

Oleh AtanShearer

KBS telah merangka pelan untuk mewujudkan budaya sukan dlm masyarakat di seluruh negara dengan harapan dapat dicapai pada penghujung tahun ini.

Hasrat murni KBS ini tidak akan tercapai sepenuhnya tanpa sokongan kuat oleh kementerian pelajaran yg secara tak langsung telah menyediakan sukatan pelajaran PJK untuk memberikan pendidikan secara formal seterusnya memupuk semangat membudayakan sukan pada murid sekolah di peringkat awal.

PJK ialah salah satu subjek yg wajib dipelajari di sekolah menengah. Subjek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bhg pendidikan jasmani dan bhg pendidikan kesihatan.
Dlm bhg pendidikan jasmani ini pula terdapat 3 bab iaitu: kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan akhir sekali kesukanan.

Tidak dinafikan bahawa kandungan sukatan pelajaran untuk subjek ini agak menyeluruh, komprehensif dan relevan untuk merealisasikanhasrat kerajaan.

Namun apa yg disangsikan ialah sejauh mana keberkesanan subjek PJK ini dlm memupuk semangat cintakan sukan. Rasanya bukan salah sukatan pelajaran tapi cara perlaksanaannya di peringkat sekolah.

Rata2 di sebuah sekolah gred A (bukan sekolah sukan) di bandar besar hanya mempunyai tidak lebih dari 3 orang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sains sukan. Manakala yg selebihnya adalah guru2 yg tak terlatih tapi diminta untuk mengajar PJK semata2 untuk mengisi slot kekosongan masa mereka.

Apa yg akan terjadi apabila seorang ustzazah dikehendaki mengajar subjek PJK? Ianya samalah seperti apabila cikgu sejarah diminta mengajar subjek kimia. Cikgu tersebut tak tau apa yg patut diajarnya melainkan suruh pelajar buat aktiviti sendiri.

Hal ini berlaku sendiri pada isteri saya (seorang cikgu matematik) diminta untuk mengajar PJK tingkatan 5 di mana antara kandungan silibusnya termasuk mengajar kemahiran permainan kriket dan ragbi yg mana ia bukanlah permainan org wanita. Maka senario yg sama seperti di atas berlaku.

Memandangkan sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar apabila tiba subjek PJK maka ia adalah masa untuk aktiviti bebas bermain di padang, maka pelajar tidak nampak PJK sebagai satu subjek yg penting. selaku seorang yg berkecimpung dalam perniagaan buku, buku teks PJK boleh dikatakan tak laku. Kerana pelajar mengatakan bahawa tak guna beli buku PJK, bukannya cikgu nak ajar pun.

Ini adalah satu kerugian yg amat besar buat negara kerana saban tahun kita telah kehilangan ribuan atlit berpotensi gara2 'silap asuhan' dari guru yg bukan pakar dalam bidang ini.

Oleh itu saya cadangkan supaya topik ini dibincangkan oleh scoreboard dan panggillah wakil dari kementerian pelajaran yg bersesuaian untuk merungkai masalah dan persoalan ini.

Posted by AtanShearer at 12:02 AM 1 comments  

Labels: PJK, TV3

ALASAN-ALASAN BASI FAM

Saturday, June 11, 2005


Lihatlah alasan2 basi yg masih disuapkan kepada peminat untuk menyedapkan telinga. walaupun hakikatnya semua ini indah khabar dari rupa...lebut gigi dari lidah. peminat sejati bolasepak malaysia tak mudah tertipu dengan hujahan palsu sebegini. mereka hanya boleh tipu FAM dan diri sendiri saja.

Petikan dari artikel Utusan Malaysia 11 jun 2005.
Malaysia kalah kerana nasib
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD

PULAU PINANG 10 Jun - Malaysia meletakkan nasib sebagai punca kekalahan 1-2 kepada Singapura pada perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, malam kelmarin apabila tujuh peluang terhidang gagal dimanfaat sepenuhnya oleh barisan pemain terutamanya bahagian serangan.

Jurulatih negara, Bertalan Bicskei mengakui sememangnya nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila barisan hadapan yang diketuai oleh Nizaruddin Yusoff, Hairuddin Omar dan Zainuddin Ariffin seolah-olah serba tidak menjadi apabila berada di depan gawang Singapura.

``Saya akui kekalahan kepada Singapura merupakan satu tamparan hebat, namun apa yang boleh dikatakan tuah sememang tidak menyebelahi Malaysia, ditambah pula dengan beberapa keputusan pengadil yang sedikit sebanyak boleh dipertikaikan,'' katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Ditambah dengan tahap permainan para pemain Singapura nyata lebih baik dari pemain negara, Bicskei terpaksa akur bahawa pemain dari negara selatan tanah air itu berada di kelas tersendiri. Kekalahan kepada Singapura itu merupakan kekalahan kedua skuad negara dalam tempoh lima hari, selepas tewas 2-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional, Sabtu lalu.

Menurut Bicskei, beliau agak kecewa dengan tindakan pengadil perlawanan, Jimmy Napitupulu yang dilihat agak berat sebelah dalam mengadili perlawanan tersebut dan banyak keputusan boleh dipertikaikan terutamanya yang melibatkan pemain-pemain negara.

Ketika sidang akhbar tersebut, ekspresi mukanya terpancar kekecewaan terhadap beberapa keputusan perlawanan terutamanya yang membabitkan pengadil dari Indonesia itu namun beliau terpaksa akur terhadap apa yang telah diputuskan.Ditanya tindakan beliau yang memasuki padang sambil menolak pemain Singapura, Razaleigh Khaik pada minit ke 81 ketika Malaysia ketinggalan 1-2, Bicskei berkata beliau tidak mampu menahan perasaan marah apabila melihat kekasaran demi kekasaran diperlakukan ke atas pemainnya. Dalam kejadian itu, Bicskei yang dilihat hilang kesabarannya meluru masuk ke dalam padang dan menolak Razaleigh setelah beliau membuat terjahan keras ke atas pemain sayap negara, Zainuddin Ariffin. ``Terjahan sebegitu boleh membuatkan kecederaan terhadap pemain saya, mana tahu mungkin Zainuddin mengalami patah kaki jika terjahan itu tepat ke arah kakinya,'' ``Kamu (wartawan) semua nampak apa yang berlaku dan saya minta maaf dengan tindakan saya ini. Saya beranggapan perlu mempertahankan pemain daripada terus dikasari,'' katanya lagi.

Jurulatih itu yang mendakwa mutu pengadilan amat buruk berkata, tindakan pemain Singapura amat keterlaluan dan tiada tindakan dikenakan terhadapnya walaupun bermain dengan keras.

Bicskei berkata, secara keseluruhan, prestasi pemain bertambah baik dengan mempunyai tahap persefahaman tinggi dan saling bekerjasama untuk mencari ruang memecah kubu lawan.

Menurutnya, beliau berasa sedikit gembira dengan mutu permainan yang ditunjukkan anak didiknya apabila berusaha membuktikan mereka mampu mengalahkan pasukan lawan.

Katanya, setiap pemain dilihat memberi sepenuh tumpuan untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan berkenaan, namun beberapa peluang yang ditemui gagal disempurnakan barisan hadapan.

``Tahap permainan pemain negara lebih bagus daripada pasukan lawan kerana mereka mempunyai semangat untuk melawan sehingga minit-minit akhir walaupun tercicir di belakang pasukan lawan.

``Memang pasukan lawan bermain dengan baik tetapi kita (pemain negara) juga bermain dengan bagus, namun saya berharap kita memperoleh nasib lebih baik dalam perlawanan akan datang,'' katanya.

Katanya lagi, pemainnya sudah memberikan komitmen 100 peratus terhadap permainan dengan semangat juang tinggi, tetapi nasib tampak tidak menyebelahi Malaysia biarpun mempunyai banyak peluang.

Dalam perlawanan itu, Malaysia tewas 1-2 hasil jaringan Noh Alam Shah minit ke 18 dan Daniel Bannett minit ke 66, manakala Mohamad Arsyah Ayob merapatkan kedudukan dengan gol pada minit ke 24 selepas sepakan penalti Nizaruddin Yusof berjaya ditampan penjaga gol Singapura.

Dengan kemenangan agregat 4-1 itu, Singapura membawa pulang Piala Cabaran FAM yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Posted by AtanShearer at 7:25 PM 0 comments  

Labels: FAM, Malaysia

MALAYSIA VS SINGAPORE...APA DAH JADI?

Thursday, June 09, 2005

Oleh AtanShearer

Apa dah jadi dengan bolasepak Malaysia? 2 kali kalah dengan s'pore dalam tempoh tak sampai 5 hari. nampaknya prestasi malaysia bukan lagi ditakuk lama malah kini dah makin jatuh ke takuk yg lebih rendah lagi..

Ketika era Allan Harris dulu sekurang2nya kita berjaya beberapa kali memalukan S'pore dengan kemenangan bergaya ke atas pasukan republik itu. tapi kini ketika harapan menggunung diberikan kepada skuad bertalan beskei untuk sekurang-kurangnya mengekalkan rekod baik yg ditingalkan alan harris berkecai selepas kalah buat kali kedua ditambah pula dengan persembahan hambar yg amat membosankan peminat.

Satu perkara yg jelas ialah..barisan pemain kebangsaan yg tewas semalam adalah satu pasukan baru ciptaan Beskei di mana majoritinya bukanlah bekas anak didik alan harris yg telah dibentuk selama 5 tahun untuk menjadi SKUAD MASA DEPAN MALAYSIA. adakah Beskei cuba untuk membuktikan bahawa dia lebih 'jauhari' dari Alan Harris (yg dah 5 thn berkhidmat di malaysia) dari segi mengenal 'manikam'?

Ramai bekas anak didik Alan Harris dipersiakan bakat dan pengalaman mereka, sebaliknya Beskei cuba untuk berlagak hero dengan menampilkan hampir 60% muka baru yg mentah di pentas antarabangsa seperti Azizon Abdul Kadir, Affendi Malek, Mohd Faisal Esahar, Zainuddin Ariffin, Mohd Arsyah Ayob, ivan yusof, mat nor ismail, norfazly alias, mohd. safee ali, khairulzal azmi, nazrul erwan makmor dan tarmini saiban dan juga muka lama yg prestasinya tak sehebat mana (idris karim, rezal zamberi yahya)

bukanlah tujuan saya nak katakan bahawa Alan Harris adalah jurulatih terbaik negara, namun segala usaha beliau untuk wujudkan SKUAD MASA DEPAN MALAYSIA selama 5 tahun sia2 belaka. Adakah Beskei juga bercita2 untuk wujudkan SKUAD MASA DEPAN ALA BESKEI? tindakan Beskei ini secara tak langsung memperjudikan maruah dan nasib bolasepak Malaysia. Jika ini yg diperjuangkan oleh setiap jurulatih baru maka sampai bila pun standard permainan Malaysia takkan ke mana malah makin turun ke takuk yg lebih bawah.

Sepanjang hampir setahun beskei mengendali skuad kebangsaan versi Beskei ini, mereka telah mengharungi 18 perlawanan (termasuk friendly). Statistik menunjukkan 7 kali menang, 2 kali seri dan 9 kali kalah. 27 bolos, 21 jaringan. manakala trend 5 perlawanan terakhir LLLWD. berdasarkan statsitik ini nampaknya skuad bolasepak kita takkan ke mana2 dlm tempoh terdekat ini.

Perubahan secara holistik perlu dilakukan dlm FAM itu sendiri barulah kemungkinan akan ada sinar dihujung terowong.

Posted by AtanShearer at 7:13 PM 0 comments  

Labels: Alan Harris, Bertalan Becskei, FAM, Malaysia, Singapura

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License