Soalan ini pernah diajukan kepada Dato' Seri Dr.Ibrahim Saad menerusi e-mail dlm rancangan Scoreboard di TV3 pada hari Khamis 10 Mac 2005. |
Assalamualaikum, Soalan ini diajukan kepada Datuk Dr Ibrahim Saad berkenaan Projek Gemilang 2006:
Selepas berakhirnya sukan olimpik athens 2004 yg lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melantik Datuk Dr. Ibrahim Saad sebagai salah seorang anggota panel penasihat sukan negara untuk menilai laporan prestasi kontinjen negara di Sukan Olimpik dan mengkaji semula keupayaan projek Gemilang 2006.
Sebagai kesimpulannya hasil dari laporan itu Datuk nampak apakah punca utama kegagalan atlit kita di athens yg lepas? adakah silap atlit kita sendiri, pegawai sukan ataupun pengurusan persatuan sukan yg tidak cekap.
Dan apakah tindakan yg wajar dilakukan supaya bajet sebanyak RM295 juta yang diperuntukkan di bawah program Gemilang 2006 tidak membazir begitu saja tanpa sebarang hasil lumayan yg dapat dituai di temasya sukan asia tahun depan.
sekian wassalam

0 comments:
Post a Comment