skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ▼ August (18)
      • FAM Bagai Ketam Yang Mengajar Anak
      • Fokus 3 Sukan Untuk Olimpik 2012- KBS
      • Final Piala Malaysia: Stadium Tak Penuh!
      • Kedah: Kuasa Bola Sepak Tempatan
      • TAHNIAH KEDAH! Juara Double Treble
      • Berakhirnya Cabaran Malaysia Di Beijing
      • Gelaran `Wira’ lebih sesuai- Prof. Khoo Kay Kim
      • Chong Wei Dapat Gelaran Datuk?
      • Sorang Lagi Tukang Perabih Boreh Malaysia
      • Juara dunia sekat Azizulhasni
      • Tolong jangan marah Chong Wei – Bapa
      • Sekadar Perak
      • Ini Barulah Namanya Buang Karan!!
      • Manusia Terpantas di Bumi
      • Pingat dalam genggaman
      • India Sudah.. Malaysia Bila?
      • Benarkah Trio Pemanah Berikan Impian Palsu??
      • Baru Sekarang KBS Sedar..
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

FAM Bagai Ketam Yang Mengajar Anak

Friday, August 29, 2008

Tiada apa yang membezakan antara FAM dan FA negeri dari segi urus tadbir kewangan yang baik. Kedua-duanya sama sahaja. Terutamanya dari segi hutang.

Sejak kebelakangan ini sering kedengaran banyak FA yang gagal melunaskan gaji pemain mereka sehingga tertunggak beberapa bulan. Apabila hal ini berlaku, FAM menuding jari kepada FA negeri dan menyalahkan ahli gabungan mereka yang ‘tidak bijak’ menguruskan kewangan.

Bagaimana pun beberapa hari lepas, sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan FAM untuk mencetak tiket perlawanan Liga-M tampil memberikan kenyataan berikut: “Badan induk kebangsaan itu juga sebenarnya tidak bijak menguruskan kewangan.”

FAM seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus. Mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak bijak dan cekap menguruskan dana, sehinggakan FAM selaku badan induk bolasepak negara berhutang dengan jumlah yang begitu besar. Kesemuanya berjumlah lebih RM800,000 masih belum dilunaskan.

Jumlah tersebut merupakan kos untuk mencetak tiket-tiket perlawanan Liga M dan Liga FAM. FAM masih belum membuat bayaran kepada syarikat tersebut walaupun sudah lebih empat surat tuntutan termasuk surat peguam dihantar.

Justeru, apabila FAM mengatakan bahawa FA negeri tidak bijak menguruskan kewangan, ia tidak ubah seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.


Azzuddin ketika dihubungi media mengakui kebenaran dakwaan individu terbabit dan memberi jaminan bahawa semua hutang yang ditanggung FAM akan dijelaskan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

“Saya mengaku apa yang dikatakan itu benar. Perkara ini (hutang) berlaku kerana kami lewat mendapat wang daripada penaja. Salah satu penaja utama kami baru memberikan wang penajaan mereka minggu lalu dan saya difahamkan satu lagi penaja akan turut berbuat demikian dalam masa terdekat ini.

“Ini bukanlah soal kelemahan pentadbiran FAM tetapi ini masalah kewangan. Bagaimana kami mahu membuat bayaran kalau kami tidak mempunyai duit di kantung? Ini soal kelewatan penaja menjelaskan penajaan mereka.

Nampaknya kantung FAM makin menyusut musim depan apabila tiada lagi pemain impot dibenarkan beraksi. Tanpa pemain impot taraf Liga-M tidaklah sehebat mana, hilang kemeriahan dan peminat semakin menjauhi stadium. Maka makin keringlah tabung FA negeri dan FAM.

Posted by AtanShearer at 7:17 AM 0 comments  

Labels: FAM

Fokus 3 Sukan Untuk Olimpik 2012- KBS

Thursday, August 28, 2008


KEMENTERIAN Belia dan Sukan akan memulakan segera program sukan ke arah sasaran memperoleh sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Menteri berkenaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata antara sukan yang diberi keutamaan bagi merealisasikan hasrat negara itu ialah badminton, memanah dan berbasikal.

“Kita juga akan memberi perhatian kepada sukan yang memerlukan kemahiran tertentu seperti gimnastik, terjun, menembak...,” katanya

-Harian Metro

KOMEN ATANSHEARER:

Saya amat bersetuju jika KBS ingin fokuskan kepada sukan yang berbentuk kemahiran untuk dibangunkan di peringkat akar umbi sebagai persediaan menghadapi Olimpik 2012. Bagaimana pun saya agak hairan mengapa KBS memasukkan sukan berbasikal termasuk dalam kategori sukan yang perlu difokuskan untuk temasya olimpik akan datang.

Tidak dinafikan kita memiliki seorang pelumba basikal yang berpotensi, Mohd Azizulhasni Awang . Di peringkat Asia rasanya tiada masalah untuk beliau dinobatkan sebagai jagoan, namun jika bersaing di peringkat Olimpik di mana fizikal pelumba Eropah dan Amerika lebih besar, dan kaki mereka lebih panjang, ini bermakna kayuhan mereka turut lebih bertenaga berbanding Azizulhasni. Pada pandangan KBS adakah sukan lumba basikal ini benar-benar boleh dipertaruhkan untuk memperolehi pingat di Olimpik?

Bagaimana pun saya tiada bantahan mengenai sukan memanah dan badminton yang ingin difokuskan oleh KBS. Cuma pada pandangan saya gimnastik, terjun dan lain-lain sukan berbentuk subjektif juga kurang wajar diberikan perhatian untuk mendapatkan pingat di olimpik kerana sukan-sukan berbentuk sebegini sering menimbulkan kontroversi dan sentiasa menyebelahi pasukan tuan rumah ketika dipertandingkan. Sudah tentu sukar untuk meraih pingat emas selagi Malaysia tidak menjadi tuan rumah sukan Olimpik.

Semoga di bawah pentadbiran menteri baru di KBS, segala dana yang disalurkan untuk projek-projek sukan tertentu tidak dibazirkan dengan membangunkan sukan-sukan yang sememangnya tidak berpotensi untuk meraih pingat di Olimpik. Tidak ada gunanya membelanjakan berjuta-juta ringgit wang rakyat melatih atlit yang matlamatnya hanya untuk mengutip pengalaman atau untuk memperbaiki rekod kebangsaan atau pun rekod peribadi semata-mata. Kita mahu setiap sen yang dilaburkan dapat diterjemahkan menjadi kilauan pingat olimpik.

Posted by AtanShearer at 6:47 PM 0 comments  

Labels: KBS, Olimpik

Final Piala Malaysia: Stadium Tak Penuh!

Wednesday, August 27, 2008

Menurut laporan Berita Harian, terdapat hampir separuh ruang kosong di Stadium Nasional sewaktu Final Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor sabtu lepas. Di dalam TV tidak pula cameraman memfokuskan lensa kamera pada ruang-ruang kosong ini. Menurut akhbar berkenaan, ianya merupakan jumlah penonton terendah pernah disaksikan sejak Final Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil.

Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Adakah Piala Malaysia sudah hilang auranya? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana Jawatankuasa Pertandingan FAM terlalu bijak menyusun perlawanan akhir tatkala kehangatan sukan olimpik Beijing juga tengah memuncak. Apatah lagi perlawanan akhir acara Bolasepak Lelaki Olimpik turut berlangsung pada hari yang sama.

Adakah jadual perlawanan akhir ini secara kebetulan bertembung dengan Final Argentina-Nigeria di Olimpik? Adalah mustahil FAm tidak mengetahuinya. Melainkan mereka buat-buat tak tahu.

Kenapa saya berkata demikian, kerana ia bukanlah kali pertama sesebuah perlawanan Final diadakan semasa berlangsungnya kemuncak acara lain di peringkat dunia. Lihat saja Final Piala FA 2008. Ianya dilangsungkan semasa kerancakkan EURO 2008. Ini menguatkan hujah bahawa FAM sebenarnya tidak pernah ambil peduli apa yang berlaku di luar. FAM hanya memikirkan satu hala sahaja. Yang penting perlawanan akhir dijalankan. Samada penonton nak datang atau tidak mereka tidak pernah memikirkan. Mereka cuma tahu menyalahkan penyokong dan penonton andaikata crowd tidak ramai dengan menuding jadi bahawa penonton bolasepak Malaysia kini tidak lagi patriotik dan minat memberi sokongan kepada liga tempatan anjuran mereka.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka yang menjalankan tugas tanpa menggunakan akal dan fikiran yang waras untuk menarik penonton dengan mengadakan perlawanan akhir pada masa yang kurang sesuai.

Posted by AtanShearer at 5:55 PM 0 comments  

Labels: FAM, Liga M, Piala Malaysia

Kedah: Kuasa Bola Sepak Tempatan

Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my

KEDAH mencipta lakaran sejarah baru di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin selepas barisan Hijau Kuning bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah berjaya mempertahankan kemenangan Piala Malaysia, sekali gus mengulangi kejayaan treble musim lalu.

Kemenangan 3-2 Kedah ke atas Selangor pada perlawanan akhir kelmarin, turut menguatkan lagi hujah dan status mereka sebagai kuasa bola sepak tempatan.

Kemenangan ke atas juara Piala Malaysia 32 kali itu juga seolah-olah memberi petanda bahawa reputasi hebat Merah Kuning sebagai kuasa bola sepak tempatan sebelum ini, sudah menjadi milik Hijau Kuning.

Namun, bagi Azraai, Selangor tidak memberi laluan mudah buat pasukannya untuk mempertahankan trofi berprestij yang dimenangi musim lalu.

“Saya bersyukur impian kami menjadi kenyataan, tetapi ia tidak diperoleh dengan mudah kerana kami berdepan lawan yang kuat dan banyak memberi tekanan kepada kami.

“Selangor menguasai 20 minit pertama perlawanan dan berjaya mendahului kami, tetapi berkat semangat juang dan tidak putus asa pemain, kami berjaya bangkit menyamakan kedudukan sebelum kembali menguasai perlawanan,” kata Azraai.

Tidak dapat dinafikan kejayaan Kedah dalam dua musim berturut-turut berpunca daripada kehadiran tiga tonggak import berkualiti, Marlon Alex James, Bernard Huggins dan Nelson San Martin.

Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membekukan khidmat pemain import musim depan pasti memberi cabaran kepada Kedah - sama ada mereka mampu meneruskan penguasaan dengan hanya kudrat pemain tempatan?

Sementara itu, Selangor dijangka melakukan rombakan dalam skuad mereka musim depan apabila difahamkan pucuk pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bermesyuarat minggu ini bagi menentukan masa depan pemain dan jurulatih, Dollah Salleh.

Berbekalkan barisan berpengalaman, Dollah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu kejuaraan di awal musim tetapi gagal melakukannya dan kelemahan ketara di bahagian benteng sejak awal musim turut gagal diperbaiki dan menjadi salah satu punca kekalahan final itu.

Mungkin benar Selangor memerlukan perubahan dan pembaharuan tetapi jika ia terpaksa dilakukan, biarlah ia bermotifkan untuk memperkasakan semula Gergasi Merah Kuning, bukan untuk memenuhi agenda peribadi sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.

-Berita Harian

KOMEN ATANSHEARER:

Semoga Kedah dapat mencipta sejarah memenangi TRIPLE TREBLE tahun depan.

Posted by AtanShearer at 5:38 PM 0 comments  

Labels: Kedah, Piala Malaysia

TAHNIAH KEDAH! Juara Double Treble


RENTAK tari Kedah cuba diikuti, tetapi Selangor akhirnya dipaksa menggigit jari apabila gemilang jadi milik Sang Kenari yang terus bermegah dengan kemenangan 3-2 pada pertentangan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Percaturan untuk cuba menyaingi rentak pantas Kedah dijelmakan Merah Kuning dan biarpun diakui usaha itu lebih baik berbanding ketika kecundang di final Piala FA Jun lalu, ia tidak cukup buat menghalang Kedah melengkapkan rangkulan tiga kejuaraan musim ini.

Cuma ancaman awal jadi milik Selangor apabila pada minit ketujuh, rembatan percuma Indra Putra Mahayuddin berjaya menggegar tiang kiri gol Kedah.

Penantian mereka tidak lama apabila 11 minit kemudian, berpunca daripada sepakan percuma Indra yang sekadar ditampan penjaga gol, Helmi Eliza Elias, Frank Seator paling awal meluru untuk menyepak masuk bola lantunan itu.

Tetapi Kedah bukan mudah mengalah. Selepas beberapa ancaman, termasuk dua aksi hebat Suffian Rahman mempertahankan gawang Selangor pada minit ke-29, Hijau Kuning mengikat kedudukan dua minit selepas itu apabila penyerang Kedah, Marlon Alex James lolos meninggalkan seluruh benteng lawan sebelum menolak masuk gol penyamaan.

Tidak cukup dengan jaringan itu, ledakan Nelson San Martin hasil umpanan ke belakang Khyrill Muhymeen Zambri, menyinggahi palang atas sebelum melantun turun menggegar jaring untuk Kedah di depan 2-0 seminit kemudian.

Kesilapan Mohd Razman Roslan yang cuba menggelecek di depan gawang sendiri dihukum apabila Fadly Baharom cantik menyudahkan gol ketiga Kedah pada minit ke-37.

Tandukan Seator yang terkena palang pada minit ke-60 menjelmakan petanda Selangor mahu bangkit melawan di babak kedua tetapi realitinya berbeza ketika Kedah terus menguasai untuk hampir 30 minit berikutnya bagi memaksa benteng Selangor terus bekerja keras.

Kesungguhan itu bagaimanapun dibalas apabila Safee Sali yang hampir tenggelam pada majoriti aksi sebelumnya, memilih membuat ledak lencong di luar kawasan penalti yang melepasi jangkauan Helmi Eliza dan menerjah jaring buat gol kedua Selangor pada minit ke-77.

Sayangnya, baki 13 minit permainan dan masa tambahan selepas itu agak terlambat ketika Kedah memastikan lakaran sejarah menjadi milik mereka semusim lagi apabila muncul pasukan pertama mengulangi pencapaian menakjubkan - memenangi ketiga-tiga piala utama buat musim kedua berturut-turut.

-Berita Harian

KOMEN ATANSHEARER:

Satu permainan yang amat bermutu ditunjukkan oleh pasukan Kedah. Gerakan serangan pantas yang bertali arus amat mempersonakan. Inilah corak permainan yang harus ditunjukkan oleh setiap pasukan dalam Liga-M.

Team Selangor mmg deserve untuk kalah dalam perlawanan akhir itu. Jentera tengah pasukan selangor yang diketuai oleh Shukor Adan gagal berfungsi dengan baik mengekang asakan Kedah.

Hanya selepas Victor Andrag dan Nelson Sam Martin dikeluarkan barulah nampak Selangor berjaya mengimbangi permainan.

Walau apa pun..tahniah kepada pasukan Kedah khususnya kepada coach Azraai Khor yang begitu hebat merencana strategi perlawanan. Tidak lupa juga jasa Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil, bapa pembangunan bolasepak Kedah yang berjaya mengangkat martabat bolasepak Kedah dari seekor KENARI kini layak bergelar GERGASI menggantikan Selangor.

Bayangkan jika program pembangunan bolasepak yang serupa diterapkan oleh FAM dalam akademi-akademi bolasepaknya, sudah pasti kini semakin ramai pemain2 muda yang berpotensi seperti pemain Kedah berjaya dilahirkan oleh negara. Malangnya saranan Allahyarham hanya dipandang sebelah mata oleh pengurusan tertinggi FAM yang bodoh sombong ketika itu.

Posted by AtanShearer at 5:10 PM 0 comments  

Labels: Piala Malaysia

Berakhirnya Cabaran Malaysia Di Beijing

Monday, August 25, 2008


BEIJING - Sukan Olimpik Beijing melabuhkan tirainya secara rasmi, semalam dengan menyaksikan Malaysia kekal dengan satu pingat perak menerusi badminton untuk menduduki tangga ke-71; satu pencapaian dianggap baik berbanding temasya Athens 2004.

Di Sukan Olimpik Athens 2004, tidak seorang pun daripada sebanyak 26 atlet negara yang mengambil bahagian dalam 11 acara membawa pulang pingat.

Thailand pula muncul negara dari Asia Tenggara paling cemerlang dengan membawa pulang dua emas dan perak untuk menduduki tangga ke-31 manakala Indonesia meraih kedudukan ke-42 dengan membawa pulang satu emas dan perak serta tiga gangsa.

Jiran terdekat, Singapura pula hanya berkongsi kedudukan dengan Malaysia di tangga ke-71 dengan meraih satu gangsa.

Sepanjang hampir tiga minggu sukan berprestij itu berlangsung, hanya pemain perseorangan, Lee Chong Wei yang paling menyerlah di samping acara berbasikal trek menyaksikan peningkatan apabila pelumbanya berjaya menempatkan diri dalam 10 terbaik dunia.

Josiah Ng, Mohd. Azizulhasni Awang dan Mohd. Rizal Tisin masing-masing berjaya memperbaiki rekod kebangsaan dalam acara pecut berpasukan apabila menduduki ketujuh daripada 10 terbaik dunia.

Sementara Josiah dan pelumba berbakat, Azizulhasni pula mencuri tumpuan ramai apabila kehadiran mereka jelas mengancam saingan lain meskipun menamatkan pertarungan di tempat kesembilan dan 10.

Trio memanah negara yang turun buat pertama kali di temasya ini juga boleh dibanggakan pencapaian mereka sekalipun gagal membawa pulang pingat namun telah melakukan kejutan dalam acara berpasukan dan saingan recurve individu apabila mara ke saingan suku akhir.

Sementara bagi acara angkat berat, olahraga, taekwondo, renang, terjun, menembak dan kapal layar masih perlu diberikan perhatian yang sewajarnya apabila wakil negara yang bertanding belum mampu menyaingi pencapaian yang sepatutnya dalam temasya Olimpik.

Ada antara mereka yang masih kaku dan langsung tidak mencapai standard dunia. Mereka tidak sepatutnya datang ke Beijing, sebaliknya ke peringkat lebih rendah seperti Sukan SEA atau Sukan Komanwel.

Pencapaian beregu badminton negara turut memerlukan post mortem apabila gandingan kita sekadar bertahan sekerat jalan sebelum episod duka berulang dengan menjadikan tekanan sebagai alasan untuk kalah.

Selain Chong Wei, pujian juga seharusnya diberikan kepada wakil wanita, Wong Mew Choo yang menunjukkan angin perubahan apabila mara sehingga ke suku akhir yang sudahpun dianggap satu permulaan baik.

Acara renang dan olahraga yang terperap di tangga corot sebenarnya bukan tandingan Malaysia untuk bersaing di Olimpik yang kebanyakannya membariskan juara dan pemegang rekod dunia yang mustahil dikalahkan.

Jika dilihat persembahan keseluruhan atlet negara, masih banyak ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki dari sekarang sementara menunggu temasya London dalam empat tahun lagi.

Malah, dalam sesetengah disiplin tertentu, segelintir atletnya sudah menjangkau lewat usia malah persembahan mereka mulai menurun dan tidak sehebat dulu untuk menyaingi lawan yang segar dan muda.

Mungkin sudah tiba masanya mereka memberi laluan kepada muka baru yang lebih berdaya saing dalam persediaan ke temasya London 2012.

Apa jua perancangan yang hendak dicaturkan perlu dimulakan sekarang kerana tempoh empat tahun bukan jangka masa yang lama, malah untuk membina seorang atlet yang benar-benar mantap adakalanya memakan masa bertahun-tahun lamanya.

Di samping itu, atlet juga perlu didedahkan dengan lebih banyak kejohanan antarabangsa bagi membiasakan diri mereka bersaing dengan lawan bertaraf dunia di samping mencari pengalaman lebih luas.

Jika tidak, atlet kita akan kekal seperti apa yang kita saksikan sepanjang temasya berprestij ini. Mereka sering hilang fokus dan kaku untuk beraksi menyebabkan segala latihan dan pelaburan yang dibuat ke atas mereka selama ini lebur dalam sekelip mata.

- Utusan

Posted by AtanShearer at 5:02 PM 0 comments  

Labels: Olimpik

Gelaran `Wira’ lebih sesuai- Prof. Khoo Kay Kim

Thursday, August 21, 2008


KOMEN ATANSHEARER:

Saya amat bersetuju dengan pandangan Prof. Khoo Kay Kim ini. Sila baca artikel Harian Metro di bawah yang membincangkan tentang pandangan beliau ini.


“MUNGKIN harus dicipta satu gelaran lain yang lebih sesuai dianugerahkan kepada golongan muda khasnya seperti atlit yang membantu mengharumkan nama negara.” Itu pandangan yang dilontarkan oleh Pemerhati sukan, Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Pemerhati sukan itu nyata tidak setuju dengan anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk diberikan kepada golongan muda kerana berpendapat ia harus dianugerahkan kepada mereka yang lebih berpengalaman dan berusia.

Walaupun tidak menafikan kejayaan pemain badminton perseorangan negara, Lee Chong Wei menghadiahkan pingat perak buat negara selepas 12 tahun, namun gelaran Datuk itu dianggap tidak sesuai buat golongan muda sepertinya yang masih bergiat aktif dalam sukan.

“Saya tidak berapa setuju dengan gelaran itu. Memang kejayaan itu harus diberi penghargaan namun perlu dicipta satu gelaran baru contohnya anugerah yang membawa gelaran seperti ‘Wira’ atau sebagainya kerana itu lebih sesuai.

“Orang yang diberi gelaran Datuk harus lebih berpengalaman dan lebih berusia tapi Chong Wei masih muda kerana Datuk itu sendiri membawa maksud bapa kepada ayah atau ibu seseorang,” katanya yang turut merujuk kepada Datuk Nicol Ann David.

“Tambahan pula sekarang ini terlampau ramai yang memegang gelaran itu, jika berjaya di peringkat antarabangsa itu tidak mengapa, tapi ada segelintir seperti penyanyi yang hanya menempah nama di peringkat tempatan turut diberi anugerah itu.

“Kita tidak mahu gelaran Datuk itu akan di pandang sinis oleh masyarakat kerana terlalu mudah dianugerahkan justeru sebelum terlewat kita perlu melihat kesannya di kemudian hari,” katanya.

Biarpun begitu, Kay Kim berharap anugerah yang diterima oleh pemain yang berasal dari Bukit Mertajam itu dapat membakar semangat juang atlit lain untuk cuba menggapai kejayaan sepertinya.

Semalam, atlit berusia 26 tahun itu dianugerahkan gelaran Datuk daripada kerajaan Pulau Pinang. Beliau turut menerima ganjaran wang tunai RM300,000 selain pencen RM3,000 sebulan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pemain badminton dari Bukit Mertajam itu akan dianugerahkan DSPN pada 30 Ogos ini.

Sementara itu bagi Rashid Sidek, atlit yang turut menyumbangkan pingat gangsa di Sukan Olimpik, Atlanta 1996, berkata gelaran itu pasti membakar semangat juang buat Chong Wei untuk terus berjuang.

Katanya, pemberian gelaran itu adalah sesuatu yang subjektif dan tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan mengapa atlit-atlit yang pernah memberikan pingat seperti kedua-dua abangnya, Razif dan Jalaini mahupun Cheah Soon Kit atau Yap Kim Hock juga perlu diberikan anugerah.

“Itu rezeki Chong Wei. Ia terpulang kepada pemerintah dan mungkin sebagai balasan kepada pengorbanan Chong Wei.

“Tahniah kepadanya... semoga dia tidak lupa dan akan terus berusaha untuk terus berjaya dan jangan berpuas hati dengan apa yang ada sekarang ini,” katanya.

Posted by AtanShearer at 6:05 PM 0 comments  

Labels: Malaysia, Sukan Umum

Chong Wei Dapat Gelaran Datuk?

JAGUH badminton negara Lee Chong Wei akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan negeri selepas berjaya meraih pingat perak di Sukan Olimpik Beijing, Ahad lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata majlis penganugerahan kepada anak kelahiran Bukit Mertajam itu akan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Katanya, beliau amat bangga dengan kejayaan dikecapi oleh Chong Wei yang berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini.

“Saya bangga dengan kejayaan Chong Wei yang berjaya menjadi orang pertama di negeri ini meraih pingat perak pada kejohanan dunia dengan mengharumkan nama Malaysia dan juga Pulau Pinang,” katanya.

-Petikan Harian Metro

KOMEN ATANSHEARER:

Kejayaan Chong Wei di Olimpik memang menggembirakan rakyat Malaysia kerana mendapatkan pingat perak bagi Malaysia di olimpik Beijing kali ini. Bagaimana pun prestasinya bukanlah yang terbaik di kalangan atlit negara yang pernah mendpat pingat di olimpik. Prestasinya hanya menyamai kejayaan pasangan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock di Olimpik Atlanta.

Oleh itu wajarkah beliau diberikan gelaran Datuk semata-mata menghadiahkan pingat kepada negara.. walau emas yang diharapkan perak yang dibawa pulang? Jika beliau dianggap layak, bagaimana pula dengan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock? Mereka juga menghadiahkan negara kilauan pingat yang sama.

Jika ada pihak yang berhujah bahawa jika Nicol David layak mendapat Datuk, maka apa kurangnya Chong Wei?

Pada saya prestasi Chong Wei dan Nicol David bagaikan langit dengan bumi. Nicol David adalah seorang jaguh yang tiada tandingan dalam sukan skuasy. Beliau umpama Tiger Woods di dalam dunia sukannya.

Jurang merit Nicol David dan Chong Wei amat besar.

Nicol David menjadi pemain Malaysia pertama yang memenangi world championship 2 kali berturut-turut. Dan beliau turut menjadi pemain No.1 Dunia selama lebih 25 bulan (beliau memecahkan rekod lama iaitu 24 bulan milik pemain Australia, Sarah Fitz-Gerald)

Manakala Chong Wei pula hanya sekadar menjadi pemain No.1 dunia beberapa bulan dan ranking terkini beliau hanya No.2 di belakang Lin Dan. Beliau tidak pernah memenangi kejohanan utama seperti Kejohanan Dunia, Piala Thomas ataupun All England.

Oleh itu saya amat terkejut jika gelaran Datuk diberikan kepada atlit ini sedangkan prestasinya masih belum mencapai tahap maksima untuk dibanggakan.

Posted by AtanShearer at 5:18 PM 0 comments  

Labels: Badminton

Sorang Lagi Tukang Perabih Boreh Malaysia


Yu Fang gagal tamatkan perlumbaan

BEIJING 21 Ogos - Harapan atlet olahraga negara, Yuan Yu Fang untuk bersinar di Olimpik Beijing lebur apabila dia apabila gagal menamatkan perlumbaan dalam acara jalan kaki 20 kilometer pagi ini.

Acara tersebut dimenangi oleh atlet Rusia, Kaniskina Olga dengan catatan masa 1 jam 26 minit 31 saat. - Utusan

KOMEN ATANSHEARER:

Asalnya beliau beraksi di temasya Olimpik kali ini dengan harapan dapat memperbaiki rekod kebangsaan serta rekod peribadi beliau sambil memperbaiki pencapaiannya di Sukan Olimpik.

Rekod kebangsaan acara itu ialah 1:32.25s yang dilakukannya pada 2001. Adalah kurang logik jika seseorang yang sudah berumur 32 tahun ingin memecahkan rekod yang dilakukannya sendiri 7 tahun lalu. Ternyata misi Yu Fang mmg x masuk akal. Lain la kalau rekod tersebut baru sahaja beliau cipta dlm tempoh setahun dua ini.

Untuk rekod (tiru stail pembaca berita TV3), ini adalah penampilan ketiga Yufang dalam Sukan Olimpik. Ketika di Sydney 2000 beliau mendapat tempat ke-15 dan di Athens, empat tahun lalu dia sekadar berada pada posisi ke-35. Manakala di Beijing kali ini, dia akan bersaing dengan 47 peserta lain.

Berdasarkan statistik itu jelas menunjukkan prestasi Yu Fang semakin merudum. Jadi apa yang boleh diharapkan dengan penyertaan kali ini? Nak harapkan dapat baiki tempat ke-35 di Athens dulu?

Sebenarnya memang dari awal lagi saya tidak begitu setuju dengan pemberian kerakyatan Malaysia kepada Yuan Yu Fang ini. Prestasi beliau tidak ke mana. Di kalangan atlit jalan kaki Malaysia kini mmglah dia jaguh yang sukar ditandingi. Tapi apabila beraksi di kejohanan utama dia selalu mengecewakan rakyat Malaysia. Amat jarang dia dapat menyumbangkan pingat emas. Sekadar pingat emas sukan SEA tu boleh laa.. setakat nak dapatkan emas sukan SEA tak payah impot rakyat CHina jadi warga Malaysia pun tak apa. Ramai lagi rakyat tempatan yang boleh dapatkan pingat emas untuk negara.

Di Olimpik kali ini sekali lagi Yuan Yufang mengecewakan rakyat Malaysia. Dia menarik diri selepas 12km akibat sakit perut yang dialaminya sebaik sahaja perlumbaan bermula.

Alasannya: "Saya minum air ais pagi ini, mungkin itulah puncanya. Saya berasa amat tidak selesa sehinggakan tidak dapat meneruskan perlumbaan,"

Dah ko tau nk berlumba.. siapa suruh ko gi telan air ais. Macam baru sehari dua start berlumba. Pada aku alasan itu amat tdak boleh diterima.

Sememangnya Yufang adalah atlit impot yang langsung tak berbaloi diberikan kerakyatan mewakili Malaysia.. Memang menghabiskan boreh rakyat malaysia saja!





Posted by AtanShearer at 4:41 PM 0 comments  

Labels: Olahraga, Olimpik

Juara dunia sekat Azizulhasni

Tuesday, August 19, 2008


HARAPAN untuk melihat pelumba berbakat, Mohd. Azizulhasni Awang melakukan kejutan dalam acara berbasikal trek pecut 200 meter di sini, lebur apabila gagal melayakkan diri ke saingan separuh akhir dalam saingan sengit, semalam.

Azizulhasni yang menjadi satu-satunya wakil berbasikal negara yang tinggal gagal menyaingi pelumba Britain, Chris Hoy dalam saingan suku akhir walaupun dua kali mencuba.

Hoy, juara dunia yang baru bergelar juara Olimpik dalam acara keirin dan pecut berpasukan minggu lalu ternyata bukan lagi tandingan bagi anak muda itu yang sebenarnya disediakan untuk temasya Olimpik London 2012.

Pengurus pasukan, Abu Samah Abd. Wahab berkata, Azizulhasni telah berjaya menunjukkan semangat melawan yang tinggi dan dia kalah kepada pengalaman kepada Hoy dalam saingan, semalam.

''Dia (Azizulhasni) memberikan saingan paling hebat untuk menduduki tempat kelapan terbaik dunia," katanya yang menyifatkan pencapaian pasukan berbasikal trek negara di temasya Beijing merupakan permulaan baik untuk persediaan ke Olimpik London 2012.

Malaysia meraih tempat ketujuh dalam acara pecut berpasukan.

Sementara itu, Abu Samah memberitahu, skuad negara akan pulang ke tanah air selepas ini sebelum menyambung semula latihan di Melbourne, Australia bagi menghadapi Sukan Asia 2010 di Guongzou dan Sukan Komanwel pada tahun yang sama di New Delhi, India.

Katanya, sementara menanti kedua-dua temasya itu, para pelumba negara juga akan menyertai beberapa kejohanan lain termasuk Kejohanan Dunia.

- Utusan

Komen AtanShearer:

Syabas Azizul, anda masih muda. Tambahan pula anda kalah pada bukan sebarang orang. Anda tewas kepada jaguh dan juara dunia. Sesungguhnya anda kalah dengan cara yang bermaruah!

Posted by AtanShearer at 12:36 PM 0 comments  

Labels: Olimpik

Tolong jangan marah Chong Wei – Bapa

KUALA LUMPUR – Bapa kepada jaguh badminton negara, Lee Chong Wei, Lee Ah Chai merayu rakyat Malaysia agar tidak marah kepada anaknya kerana gagal menghadiahkan pingat emas pertama Sukan Olimpik.

Kata Ah Chai, beliau sedar banyak hati yang remuk melihat Chong Wei tumpas kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam perlawanan akhir semalam, apatah lagi dia tewas mudah 12-21, 8-21.

Katanya lagi, anak bongsunya itu sudah mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk merealisasikan impian beraksi di Olimpik dan melangkah ke final, namun amat malang dia gagal memberikan aksi terbaik apabila tiba di pentas utama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Chong Wei selama ini, tetapi saya rayu kepada semua tolong jangan marah Chong Wei kerana dia kalah.

“Saya tahu Chong Wei telah memberi segala yang terbaik untuk berada di tempat sekarang, tetapi saya tidak tahu mengapa prestasinya hari ini amat teruk dan pada masa yang sama, Lin Dan pula bermain dengan amat hebat,’’ kata Ah Chai.

Kesedihan Ah Chai dan isterinya, Khor Kim Chooi semalam turut dikongsi oleh hampir 30 petugas media, yang berkumpul di rumahnya di Cheras, seawal jam 8 malam untuk menyaksikan detik bersejarah perlawanan akhir Olimpik.

Isterinya, Kim Chooi hanya diam sepanjang perlawanan itu, manakala Ah Chai sesekali kedengaran mengeluh melihat Chong Wei melakukan kesilapan demi kesilapan untuk memberi kemenangan mudah kepada lawan.

Menurut Ah Chai, sebelum berlepas ke Beijing, Chong Wei sudah berniat hendak mendermakan sebahagian wangnya kepada mangsa gempa bumi di wilayah Sinchuan, China.

“Kalau menang emas, dia kata mahu beri lebih banyak, tetapi kalau kalah sekali pun, dia sudah niat untuk menderma.

“Memang saya rasa sikit kecewa hari ini (semalam) kerana sudah tentu saya mengharapkan emas, tetapi saya tetap bangga dengan Chong Wei kerana berjaya menjejakkan kaki ke final Olimpik,’’ katanya, yang dihujani pelbagai panggilan telefon sebelum, ketika dan selepas perlawanan.

Posted by AtanShearer at 12:33 PM 0 comments  

Labels: Badminton, Olimpik

Sekadar Perak

BEIJING - Kontinjen negara mengambil sempena genap 10 hari temasya Sukan Olimpik secara rasmi berlangsung untuk meraih dan meraikan pingat pertama pada temasya edisi ke-29 di sini, semalam.

Pingat yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia itu disumbangkan perseorangan lelaki badminton negara, Lee Chong Wei.

Walaupun ia hanya pingat perak dan bukannya emas, ia tetap menjadi kebanggaan Malaysia sekalipun pemain kelahiran Pulau Pinang itu tumpas kepada pemain China, Lin Dan 21-12, 21-8 pada perlawanan akhir di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing.

Ini juga bermakna kontinjen negara pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong seperti yang berlaku pada temasya 2000 di Sydney, Australia dan 2004 di Athens, Greece.

Kejayaan Chong Wei itu sekali gus meletakkan nama Malaysia berada dalam senarai kedudukan pingat berkongsi di tempat ke-54 bersama enam negara lain.

Berakhirnya acara badminton yang menutup tirainya semalam tidak bermakna berakhirnya peluang Malaysia.

Sebaliknya, acara basikal trek telah memberi harapan baru buat kontinjen negara semalam apabila Mohd. Azizulhasni Awang berjaya melayakkan diri ke suku akhir acara 200 meter pecut.

Pada pusingan kelayakan di Velodrom Laoshan, Beijing, pelumba berusia 20 tahun itu muncul ketujuh terpantas daripada 18 pelumba dengan catatan masa 10.272s.

Bagaimanapun, Azizulhasni dijangka akan menghadapi saingan getir dari pelumba lain di peringkat suku akhir hari ini kerana terpaksa bersaing dengan juara dunia dan pemenang emas acara keirin semalam, Chris Hoy dari Britain.

Pada pusingan pertama, Azizulhasni ditewaskan oleh juara bertahan Ryan Bayley dari Australia tetapi pelumba dari Dungun, Terengganu itu kembali dengan mengatasi saingan pelumba Jepun Tsubasa Kitasuru dan Lukasz Kwitkowaski dari Poland dengan catatan masa 10.959s di peringkat repecharge.

Pada pusingan kedua, pelumba Britain Kenny Jason menewaskan Azizulhasni dan memaksa pelumba Malaysia itu kembali ke peringkat repechages.

Walaupun terpaksa melalui empat pusingan, Azizulhasni tidak berputus asa dan berjaya menewaskan Stefan Nimke dari Jerman dan pelumba Itali, Roberto Chiappa.

Dr. Kevin Lim pula berdepan kesukaran untuk memperbaiki kedudukan daripada tangga tercorot dalam acara Laser Sukan Olimpik apabila beliau terus ketinggalan dalam perlumbaan keenam semalam.

Pelayar berumur 32 tahun itu yang menyertai Olimpik buat kali keempat, menamatkan perlumbaan di tempat ke-36 dengan hanya berbaki empat perlumbaan lagi.

Begitu juga dengan atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang turut gagal ke peringkat akhir semalam apabila sekadar mampu melepasi ketinggian 2.20 meter sahaja.

Kini selain Azizulhasni, cabaran Malaysia akan diteruskan Yuan Yufang (21 Ogos) dalam acara 20km jalan kaki, dua atlet taekwondo, Elaine Teo (21 Ogos) dan Chee Chew Chan (22 Ogos) serta dua atlet terjun 10m platform, Bryan Nickson Lomas (22 Ogos) dan Pandalela Rinong (20 Ogos).

-Utusan

Posted by AtanShearer at 12:30 PM 0 comments  

Labels: Badminton, Olimpik

Ini Barulah Namanya Buang Karan!!


Kevin terus di tangga tercorot!

PELAYAR negara, Dr. Kevin Lim berdepan kesukaran untuk memperbaiki kedudukan daripada tangga tercorot dalam acara laser Sukan Olimpik apabila beliau terus ketinggalan dalam perlumbaan keenam semalam dengan kekal di tempat ke-36 keseluruhan di Qingdao.

Pelayar berumur 32 tahun itu yang menyertai Olimpik buat kali keempat, menamatkan perlumbaan di tempat ke-36 semalam dengan hanya empat perlumbaan lagi ke pusingan pingat.

Lim terpaksa melupakan sasaran awalnya untuk menduduki senarai 20 terbaik. Pencapaian terbaik beliau dalam Olimpik ialah tempat ke-22 di Sydney pada 2000.

- Bernama

Komen AtanShearer:

Amat mengecewakan bagi seorang atlit yang kononnya sudah 4 kali berpengalaman dalam saingan olimpik tetapi mengakhiri cabaran di tempat tercorot. Sebagai seorang pelayar yg kononnya kaya dengan pengalaman sepatutnya kesilapan BODOH seperti apa yang berlaku dalam perlumbaan peringkat pertama tempohari tidak berlaku. Tapi apakan daya, pengalaman yang ada seolah2 ditinggalkan beliau di daratan ketika belayar. Beliau bagaikan pelayar amatur yang langsung tidak memberikan saingan kepada peserta lain.

Walaupun gagal meraih pingat apatah lagi mencipta rekod di olimpik, namun saya pasti beliau sedang memahat rekod peribadi beliau dalam MALAYSIA BOOK OF RECORDS sebagai atlit Malaysia paling banyak mewakili negara di Olimpik. Atlit Malaysia yang bertanding di 4 Olimpik (tapi berakhir dengan tempat tercorot).

Jika itu saja pencapaian Kevin, dan jika rekod jumlah penyertaan itu saja yang boleh dibanggakan, nampaknya selama ini beliau memang sekadar menjadi penumpang dan penyibuk dlm kontingen negara. Memang buang karan dan habihkan boreh je..

Posted by AtanShearer at 11:57 AM 0 comments  

Labels: Olimpik

Manusia Terpantas di Bumi

Sunday, August 17, 2008


BEIJING - Bintang pecut Jamaica, Usain Bolt menjadi lelaki terpantas di dunia apabila merangkul pingat emas 100 meter Sukan Olimpik selain catatan baru rekod dunia dengan mencatat kepantasan 9.69 saat, semalam.

Jaguh muda berusia 21 tahun itu memberikan kejuaraan Olimpik pertama Jamaica dalam acara reben biru tersebut selepas memadam rekod lama dunia miliknya sendiri, 9.72s yang dibuat di New York, Mei lalu.

Richard Thompson dari Trinidad and Tobago membawa pulang pingat perak dengan catatan masa 9.89s, manakala pelari Amerika Syarikat, Walter Dix dengan 9.91s meraih gangsa.

Bekas pemegang rekod dunia yang juga rakan senegara Bolt, Asafa Powell terus tenggelam di pentas utama selepas sekadar menduduki tangga kelima.

"Saya datang ke sini hanya untuk menang, itu sasaran utama saya. Saya langsung tidak terfikir tentang rekod dunia, sehinggalah saya melakukannya hari ini,'' kata Bolt.

Kemenangan semalam memang amat menggembirakan, namun Bolt menegaskan tugasnya belum berakhir kerana tumpuan kini tertumpu pula kepada acara 200m.

Bagi Asafa, yang terus gagal menyerlah pada kejohanan utama, kakinya agak kaku dan gagal memberi larian yang baik, namun dia tumpang gembira dengan kejayaan Bolt.

"Memang saya mahukan pingat emas tetapi nampaknya saya belum bersedia. Saya sangat gembira dengan kejayaan Usain, dia mempamer larian yang amat menakjubkan,'' kata Powell.

Sementara itu juara dunia yang sebelum ini disebut sebagai antara calon utama untuk memenangi acara 100m, Tyson Gay dari Amerika Syarikat, mengharungi detik paling mengecewakan apabila gagal melayakkan diri ke perlumbaan akhir.

Gay sekadar menduduki tangga kelima dalam separuh akhir kedua, sekali gus memusnahkan impiannya untuk mencabar Bolt dan Powell di saingan akhir.

Pada ketika Bolt berpeluang menggandakan kejuaraan dalam acara kegemarannya, 200m, Gay sebaliknya hanya mampu berharap untuk mencari emas dalam kuartet 4x100m kerana dia tidak akan beraksi dalam perlumbaan 200m.

- Reuters

Posted by AtanShearer at 7:26 AM 0 comments  

Labels: Olahraga, Olimpik

Pingat dalam genggaman


BEIJING - Malaysia menamatkan penantian 12 tahun tanpa pingat pada Sukan Olimpik apabila mengesahkan pingat pertama menerusi jaguh perseorangan badminton, Lee Chong Wei yang mara ke perlawanan akhir, semalam.

Chong Wei menepati reputasi selaku pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua di Beijing apabila menundukkan jaguh nombor satu Korea Selatan, Lee Hyun-il 21-18, 13-21, 21-13 di Universiti Teknologi Beijing.

Kini, Chong Wei hanya perlu menentukan warna pingat - emas atau perak yang bakal diketahui pada perlawanan akhir esok, menentang jaguh nombor satu yang juga pilihan pertama dari China, Lin Dan pada jam 8.48 malam.

Emas bermakna, dia bakal menjadi jutawan dengan habuan RM1 juta menanti, namun perak juga memberikan ganjaran lumayan buat Chong Wei yang akan menikmati insentif RM300,000 daripada kerajaan Malaysia.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat pada Sukan Olimpik adalah pada Temasya 1996 di Atlanta apabila pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock meraih perak, manakala Rashid Sidek memenangi gangsa.

Malaysia turut memenangi sebutir pingat gangsa ketika badminton diperkenalkan buat kali pertama di Olimpik Barcelona 1992 menerusi Razif Sidek-Jalani Sidek.

Jaguh nombor satu dunia, yang juga penyandang juara dunia, Lin Dan melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan lawan senegaranya dan juara Seluruh England, Chen Jin 21-12, 21-18 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Rekod pertemuan Chong Wei-Lin Dan jelas berpihak kepada bintang China itu, yang memenangi sembilan daripada 13 pertemuan mereka sejak kali pertama bertemu di Kejohanan Remaja Dunia pada 2000.

Namun begitu, Chong Wei memiliki kelebihan psikologi kerana memenangi perlawanan terakhir kedua-dua mereka ketika bertemu pada separuh akhir Piala Thomas di Jakarta, Mei lalu.

Malaysia sebelum ini menyaksikan kesemua wakilnya (kecuali Chong Wei) tersingkir awal, termasuk dua beregu utamanya, yang turut diletakkan harapan pingat.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas kepada Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia pada suku akhir, manakala beregu Choong Tan Fook-Lee Wan Wah tersingkir dalam saingan pembukaan.

Jaguh perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo juga rebah di suku akhir kepada pilihan ketiga China, Lu Lan.

Perseorangan kedua negara, Wong Choong Hann yang mengejutkan juara Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia, tewas kepada pemain tidak ternama Taiwan, Hsieh Yu-Shing di pusingan ketiga.

Cabaran beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui ditamatkan pasangan Korea Selatan, Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won pada pusingan pertama.

-Utusan

Posted by AtanShearer at 7:22 AM 0 comments  

Labels: Badminton, Olimpik

India Sudah.. Malaysia Bila?

Tuesday, August 12, 2008


Bindra sumbang emas pertama India

BEIJING - Abhinav Bindra memenangi pingat emas pertama India acara individu di Sukan Olimpik menerusi acara menembak Air Rifle 10 meter di sini, semalam.

Pemenang acara itu di Sukan Olimpik Athens, Zhu Qinan dari China sekadar memperoleh pingat perak manakala Henri Hakkinen dari Finland memenangi pingat gangsa.

Bindra, 25, seorang usahawan yang berasal dari bandar utara Chandigarh mengikuti langkah kemenangan kejuaraan dunia yang dimenanginya dua tahun lalu bagi memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik, yang mana ia belum pernah dimiliki oleh India sebelum ini.

Ia adalah salah satu perlawanan akhir yang mendebarkan dalam sejarah Sukan Olimpik apabila Bindra mengatasi Hakkinen dengan perbezaan dua mata dan satu mata melebihi Qinan selepas pusingan kelayakan.

Ketika Bindra memastikan dia memperoleh 10.8 mata terbaiknya pada penentuan tembakan, Hakkinen hanya mampu melakukan 9.7 mata dan merelakan Qinan untuk memenangi pingat perak, apabila atlet China itu mengumpul 10.5 mata.

"Ia tidak boleh mendapat keputusan lebih baik daripada ini. Saya tahu India telah menanti pingat emas ini sejak dahulu lagi dan begitu juga saya.

"Saya terlepas pingat di Athens sebelum ini. Jadi saya perlu lebih fokus jika ingin berpeluang memenangi pingat," kata Bindra yang sangat gembira kerana mampu menyaingi pemenang anugerah sukan tertinggi India, Rajiv Gandhi Khel Ratna (permata sukan) 2001.

India pernah memenangi lapan kali pingat emas dalam acara hoki di Sukan Olimpik, tetapi tidak memenangi emas dalam acara individu, sebelum Bindra berjaya melaksanakannya.

- AFP



Komen AtanShearer:




Sampai bila Malaysia nak harapkan pingat emas Olimpik dari acara Badminton sahaja. KBS dan MSN kenalah riki-riki acara yang memerlukan individual skil yang seumpama ini untuk dimajukan diperingkat akar umbi agar suatu masa nanti pingat emas olimpik boleh dibawa pulang ke tanahair.


Apa guna melaburkan wang rakyat kepada sukan yang hanya matlamatnya di Olimpik untuk memecahkan rekod peribadi ataupun rekod kebangsaan semata. Alang-alang melabur dalam pembangunan sukan biarlah pingat emas dapat dituai di arena olimpik. India sudah.. bila pula giliran kita?

Posted by AtanShearer at 9:15 PM 0 comments  

Labels: Olimpik

Benarkah Trio Pemanah Berikan Impian Palsu??

Sukan Olimpik: Impian palsu trio pemanah
Daripada Norbakti Alias (
Norbakti@nstp.com.my)

HAMBAR: Pemanah negara (dari kanan) Wan Khalmizan, Chu Sian dan Muhammad Marbawi meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Itali saingan suku akhir berpasukan lelaki recurve, pagi semalam.

PENYAKIT lama atlit negara yang kerap lesu pada ketika harapan tinggi disandarkan kepada mereka, kini berjangkit kepada skuad memanah.

Selepas tampil memberangsangkan pada aksi penentuan ranking bagi acara berpasukan dan individu, Sabtu lalu sehingga mencetuskan harapan meraih pingat, tanpa mengira warna, segalanya lebur apabila trio negara tewas kepada Itali di saingan suku akhir di Padang Memanah Olimpik Green, semalam.

Trio Wan Khalmizam Wan Abd Aziz, Cheng Chu Sian dan Muhammad Marbawi Sulaiman tewas 218-213 di tangan Itali, sekali gus mengakhiri impian indah mereka yang bermula sejak tampil dengan status pasukan keempat dunia ketika ini.

Malah, kejayaan meletakkan diri dalam ranking ketiga di Sukan Olimpik ini, bagi mengelakkan pertemuan awal dengan juara dunia dan Olimpik, Korea Selatan, dilihat mencerahkan peluang untuk sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir.

"Saya sudah melakukan yang terbaik hari ini (semalam). Saya percaya perlawanan ini pasti dalam jangkauan jika rakan sepasukan yang lain dapat menepati sasaran," katanya.

Selepas kedua-dua pasukan terikat 54-54 pada pusingan pertama enam panah, trio Itali yang terdiri daripada juara Olimpik, Marco Galiazzo, Mauro Nespoli dan Ilario Di Buo, mula menjarakkan diri dengan 109-108 pada pusingan kedua.

Aksi lesu Chu Sian yang mencatat enam mata di pusingan ketiga turut memberi peluang kepada Itali membuka jurang kelebihan lebih besar dengan mendahului 164-159 sebelum sekali lagi sekadar mencatat tujuh di pusingan keempat, bagi memberi ruang kepada Itali untuk menamatkan acara itu dengan 218-213.

"Saya gagal menepati sasaran kerana agak gemuruh ketika membuat bidikan sedangkan ketika latihan, ia tidak ada sebarang masalah," kata Chu Sian.

Ketiga-tiga pemanah negara akan kembali ke gelanggang sama untuk beraksi dalam acara individu, esok dengan Wan Khalmizam mendapat ranking kelima diikuti Chu Sian (26) dan Muhammad Marbawi (27)

-Berita Harian

Komen AtanShearer:

Secara jujur saya amat menghormati saudara Norbakti Alias, memandangkan beliau seorang wartawan sukan yang berpengalaman. Namun saya agak terkejut dengan kecaman yang agak melampau terhadap trio pemanah negara gara-gara gagal meraih sebarang pingat di temasya olimpik dalam akhbar berita harian baru-baru ini.


Sebagai seorang yang berpengalaman menulis rencana dan menganalisa sukan, sepatutnya kalimat IMPIAN PALSU itu tidak wajar terkeluar dari mata pena beliau yang merujuk kepada sebuah pasukan yang masih mentah pertama kali beraksi di pentas tertinggi dunia.


Ini merupakan penyertaan pertama mereka di Olimpik sedangkan pasukan lawan terdiri daripada pemanah yang telah berpengalaman bertanding dalam beberapa Sukan Olimpik sebelum ini.


Dalam saingan berpasukan suku akhir semalam Malaysia mencatatkan 54-55-51-54 manakala Itali 54-55-55-54. Skuad memanah negara kalah tipis 5 mata. Bukanlah suatu keputusan yang begitu teruk, tambahan pula kita tewas kepada Itali yang memenangi pingat perak dlm edisi olimpik kali ini.


Menurut Coach memanah Lee Jae Hyung, pasukan-pasukan ranking terbaik dunia menyertai lapan hingga 10 pertandingan setahun, manakala pasukan Malaysia hanya menyertai kira-kira empat kejohanan paling banyak.


Oleh itu sepatutnya wartawan yang berpengalaman seperti Norbakti Alias bukannya menghentam trio pemanah ini sebaliknya memberikan peluang dan harapan semoga sukan memanah terus mendapat subur dikalangan rakyat dan mendapat perhatian yang sewajarnya dari KBS dan MSN untuk terus membangunkannya di peringkat akar umbi, kerana potensinya begitu besar.

Posted by AtanShearer at 7:58 PM 0 comments  

Labels: Memanah, Olimpik

Baru Sekarang KBS Sedar..

Friday, August 08, 2008

Sila baca artikel akhbar Utusan Malaysia berikut dan kemudian disusuli dengan komen AtanShearer di penghujung posting ini.

BEIJING - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memfokus semula sukan yang menggunakan kemahiran, tanpa mengetepikan sukan fizikal seperti bola sepak dan hoki jika Malaysia gagal meraih pingat pada temasya Olimpik Beijing yang akan membuka tirainya secara rasminya, esok.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, banyak sukan lain yang perlu diperinci semula antaranya memanah yang dianggap potensi terbaik untuk menghadirkan pingat dan perlu diberikan perhatian.

''Banyak sukan lain yang perlu dilihat semula. Tapi, bola sepak dan hoki kita tidak boleh tinggal sebab ia masih dianggap sukan rakyat. Apa yang kita perlu fikirkan sekarang ialah bagaimana mahu mempopularkan sukan yang tidak popular tetapi berpotensi meraih kejuaraan.

''Contohnya, sukan memanah yang kini menduduki rangking ke-4 dunia," katanya kepada para pemberita selepas melawat rutin latihan pemanah negara menjalani latihan di Beijing Olympic Green di sini semalam.

Dari lapang sasar memanah, beliau menuju ke Pusat Akuatik Nasional Water Cube bagi melawat skuad renang negara yang menjalani latihan di situ.

Ini kali pertama pasukan memanah lelaki Malaysia menyertai sukan Olimpik dan memandangkan pasukan itu diletakkan dalam ranking keempat terbaik dunia, mereka dianggap berpeluang memenangi pingat dalam acara itu.

Tambah Ismail Sabri, apa yang perlu dilakukan selepas ini adalah melihat semula program sukan teras di samping memperbanyakkan peluang di seluruh peringkat untuk mencari bakat dalam sukan tertentu.

Menurut beliau, bagi mencapai tujuan tersebut, KBS akan mengadakan kerjasama lebih erat dengan persatuan-persatuan sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, pihaknya akan mengadakan Konvensyen Sukan selepas berakhirnya temasya Olimpik yang bertujuan untuk membincangkan semula hala tuju bidang sukan di negara ini.

''Saya mahu dengar daripada semua pihak yang terlibat secara langsung dengan bidang sukan. Saya mahu dengar pandangan KBS, MSN dan juga media sendiri bagi merumuskan pendekatan yang perlu dilakukan selepas ini," ujar beliau.

Dalam pada itu beliau berkata, Malaysia akan menyusun satu pelan tindakan bagi mengesan bakat baru dalam bidang sukan sejak mereka berusia tujuh tahun lagi.

Ismail Sabri berkata, sejajar dengan itu, sebuah badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Mengenai Pembangunan Sukan telah ditubuhkan, dengan dipengerusikan oleh beliau bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Timbalan Menteri Pelajaran bagi mencari jalan untuk memajukan sukan teras di Malaysia.

"Kami akan ke peringkat akar umbi dan memberi fokus terhadap sukan yang lebih memerlukan kemahiran, bukan lagi kelebihan fizikal memandangkan kita telah membuktikan kebolehan dalam disiplin ini, contohnya badminton dan memanah," katanya.

- Utusan

Komen AtanShearer:

Nampaknya baru sekarang menteri Belia dan Sukan buka mata tentang sukan yang berbentuk kemahiran berbanding sukan yang memerlukan fizikal. Selama ini menteri-menteri sukan yang terdahulu seolah-olah tidak nampak potensi sukan-sukan sebegini. Mereka lebih suka habiskan wang rakyat untuk sukan-sukan yang popular tetapi tidak dapat menjanjikan apa-apa peluang untuk meraih pingat di Olimpik.

Ternyata dalam banyak-banyak sukan yang dikategorikan sebagai sukan teras HANYA badminton yang ada harapan merangkul pingat di Olimpik. Yang lain walaupun ada sesetengahnya sudah mencapai taraf dunia namun ianya masih belum diterima sebagai acara Olimpik seperti squasy dan bowling. Bagi bolasepak.. gugurkan sajalah dari sukan teras, kerana walau berbillion pun wang yang dicurahkan kepada sukan ini, untuk meraih pingat amatlah tipis jika nak dibandingkan dengan jumlah wang yang sama jika diperuntukkan untuk membangunkan sukan-sukan berbentuk kemahiran ini.

Sebenarnya idea pak menteri ini sudah pun saya tulis di dalam blog ini suatu masa lalu. Anda boleh layari pautan di bawah.

http://atanshearer.blogspot.com/2007/02/msn-kbs-tak-reti-kira-untung-rugi-ke.html
http://atanshearer.blogspot.com/2007_02_01_archive.html


Saya turut melontarkan idea yang sama di ruangan scoreboard TV3 pada tahun 2005, dan anda boleh membacanya di pautan di bawah.
http://atanshearer.blogspot.com/2005/03/mom-dan-msn-salah-strategi.html

Posted by AtanShearer at 7:10 PM 0 comments  

Labels: Olimpik

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License