VIENNA - Bintang tengah Turki, Hamit Altintop mengetuai 10 pemain paling menyinar sepanjang kempen pusingan akhir Euro 2008 dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), semalam.
UEFA dalam laman web rasminya bagaimanapun menyenaraikan empat tonggak Sepanyol sebagai pemain terbaik diketuai kapten dan penjaga gol, Iker Casillas, Carles Puyol, Marco Senna serta penjaring hatrik, David Villa.
Kapten Jerman, Michael Ballack dan Bastian Schweinsteiger turut berada dalam senarai 10 terbaik bersama penyerang muda Rusia, Andrei Arshavin, pemain tengah Croatia, Luka Modric serta bintang tengah Belanda, Wesley Sneijder.
Menurut UEFA, walaupun ketua pasukan Turki, Nihat Kahvenci diberi pujian kerana menjaringkan gol cantik dalam pertemuan menentang Republik Czech di peringkat kumpulan, namun Hamit yang telah memberi umpanan cantik.
Bintang Bayern Munich itu bukan saja pemain serba boleh yang mampu mengisi sebarang posisi, malah memiliki stamina tinggi dan tidak mementingkan diri.
"Apabila anda mempunyai pemain bola sepak seperti ini, anda tidak akan kalah,'' kata jurulatih Turki, Fatih Terim ketika mengulas sumbangan Hamit yang membawa Turki ke separuh akhir.
Selepas menjadi inspirasi kepada Zenit St. Petersburg ketika merangkul Piala UEFA, Arshavin kembali menyinar dalam saingan Euro 2008 biarpun terlepas dua perlawanan pertama kerana penggantungan.
Aksi licik dan kebijaksanaannya mencari ruang membawa perubahan besar kepada Rusia ketika mengejutkan Sweden dan Belanda.
Sementara itu, Sepanyol berjaya menolak persoalan awal mengenai kemampuan mereka untuk melangkah jauh pada Kejohanan Eropah kali ini, dan kombinasi Casillas, Puyol, Senna serta Villa telah menyumbang kepada kejayaan itu.
Walaupun Euro 2008 menampilkan ramai penyerang hebat dengan kebanyakan pasukan menggunakan taktik menyerang sebagai senjata, kekentalan Casillas memberi sumbangan kepada pasukannya.
Casillas berada dalam kelompok penjaga gol unggul Euro 2008 bersama Gianluigi Buffon (Itali), Artur Boruc (Poland), Igor Akinfeev (Rusia) dan Stipe Pletikosa (Republik Czech).
Puyol pula membentuk pertahanan mantap bersama Carlos Marchena apabila berdepan lawan yang biasanya didominasi oleh penyerang seperti ketika menentang Rusia di separuh akhir.
Senna menggerakkan bahagian tengah Sepanyol dengan baik, menyumbang kebanyakan hantaran cantik untuk disudahkan penyerang.
Hatrik yang dijaringkan Villa ketika menentang Rusia dalam perlawanan pertama melonjakkan penyerang Valencia ini.
- Agensi