skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ▼ April (2)
      • Masalah gaji dorong pemain terbabit rasuah
      • Kembali urus bola cara amatur
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Masalah gaji dorong pemain terbabit rasuah

Monday, April 28, 2008

PETIKAN BERITA HARIAN 28 APRIL 2008

Masalah tiada gaji dorong pemain terbabit rasuah: Zolkples

KEGAGALAN beberapa persatuan bola sepak negeri melunaskan pembayaran gaji pemain dilihat sebagai antara faktor yang boleh mendorong pemain membabitkan diri dengan gejala rasuah yang kini kembali menyelubungi bola sepak negara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, berkata persatuan bola sepak negeri tidak wajar menabur janji manis kepada pemain dengan tawaran lumayan semata-mata untuk memperoleh khidmat mereka tetapi akhirnya gagal menunaikannya.

"Masalah ini harus diatasi terlebih dulu jika tidak mungkin kita boleh lupakan saja mengenai bola sepak," kata Zolkples.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan had gaji bagi pemain, namun kebanyakan negeri dan kelab tidak mematuhi had gaji itu dan kerap menawarkan bayaran 'bawah meja' kepada pemain tanpa sebarang kontrak.

Kerap kali janji untuk bayaran bawah meja itu tidak ditunaikan sesetengah negeri dan kelab tetapi pemain pula tidak dapat menuntut hak mereka kerana ia tidak termaktub dalam kontrak gaji yang ditandatangani.

Akhirnya, ia pasti membuka kemungkinan kepada pemain untuk menerima sumber kewangan lain yang mampu mengatasi ketiadaan bayaran bawah meja yang dijanjikan pasukannya.

Posted by AtanShearer at 10:14 AM 0 comments  

Labels: FAM, Liga M, Malaysia, MSN

Kembali urus bola cara amatur

Petikan Berita Harian 28 April 2008

'Kembali urus bola cara amatur'
Oleh Lukman Salleh

Kos pengurusan lebih rendah, pemain mempunyai jaminan masa depan: Mazlan

GEJALA rasuah bola sepak yang berulang memberi petunjuk jelas Liga Semi-Pro yang diperkenalkan pada 1989 dan kemudian Profesional sepenuhnya pada 1994 gagal mengangkat martabat sukan ini serta membanteras wabak mengatur keputusan perlawanan.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, berkata hanya ada satu langkah untuk memulihkan bola sepak negara iaitu kembali semua kepada era amatur.



"Selepas gejala rasuah bola sepak kembali dibongkar, saya semakin yakin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perlu kembali kepada liga amatur," kata Mazlan mengulas mengenai pendedahan rasuah bola sepak yang melanda liga tempatan ketika ini.

"Selepas lebih sedekad diperkenalkan, apakah kebaikan liga profesional? Pasukan kebangsaan tidak menunjukkan banyak peningkatan, gejala rasuah berleluasa dan tampak tiada kesudahannya.

"FAM perlu bertanya pada diri sendiri ataupun membuat kajian sama ada perlu dikekalkan liga profesional ini atau mengambil tindakan drastik kembali ke liga amatur. Bagi saya kita tidak perlu berasa malu untuk kembali kepada era amatur.

"Mungkin orang akan berkata kita kembali ke belakang dengan tindakan ini dan malu untuk berbuat demikian, tetapi apakah kita tidak berasa malu dengan gejala rasuah yang melanda bola sepak Malaysia?," kata Mazlan.

Tokoh sukan tanah air itu berkata sejak Liga Profesional diperkenalkan timbul banyak masalah terutama membabitkan soal kewangan dengan persatuan negeri atau kelab bergantung sepenuhnya kepada geran tahunan FAM untuk menampung perbelanjaan mereka.

"FAM tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana persatuan negeri juga harus bertanggungjawab," kata Mazlan. "Bagi saya jika kita kembali kepada amatur, kos pengurusan lebih rendah dan pemain pula mempunyai jaminan masa depan kerana mempunyai pekerjaan dan bola sepak hanya sebagai aktiviti sampingan.

"Dalam Liga Profesional pemain perlu memikirkan masa depan mereka dan jika mereka tidak memiliki pendirian tegas mungkin mudah untuk dipengaruhi bookie. Selain itu, gaji yang lewat juga menyumbang kepada masalah ini.

"Kita seperti tidak belajar daripada apa yang berlaku pada 1994 apabila ramai pemain ditahan, digantung dan dikenakan tindakan Kediaman Terhad kerana terbabit dengan rasuah bola sepak. Kita anggap masalah itu sudah selesai.

"Tetapi, nyata andaian itu meleset sama sekali dengan rasuah bola sepak kembali menular. Sekarang ini kita perlu melihat keadaan liga profesional kita dengan lebih serius," kata Mazlan.

Posted by AtanShearer at 10:09 AM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License