skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ► July (3)
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ▼ March (1)
      • Keputusan PRU pengaruh pengurusan sukan?
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Keputusan PRU pengaruh pengurusan sukan?

Monday, March 10, 2008

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 10 MAC 2008

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Keputusan mengejut Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kelmarin yang melibatkan tokoh sukan khususnya bola sepak, bakal mempengaruhi kedudukan mereka dalam pengurusan pasukan atau persatuan negeri masing-masing.

Kekalahan pemimpin bola sepak daripada Barisan Nasional (BN) dianggap akan menyukarkan perjalanan dan pentadbiran persatuan negeri (FA) selepas ini yang dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak sebagaimana yang dialami oleh Kelantan sejak sekian lama.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis FAM dari Kelantan, Datuk Annuar Musa dan pengurus pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz merupakan antara yang kalah dalam perebutan kerusi Parlimen Batu Kawan dan Ketereh serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

Malah, bagaimanakah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan campuran pembangkang sekalipun kemenangan masih menyebelahi Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (DUN Sungai Panjang), pengurus pasukan Gergasi Merah – Datuk Satim Diman (DUN Seri Serdang) dan Datuk Subahan Kamal (DUN Taman Templer), kelmarin.

Perubahan pucuk pimpinan dalam FA pula bakal menjadi jawapan bernas bagi persoalan itu manakala pembangunan sukan berkenaan tidak ketinggalan mungkin dihantui keadaan yang tidak menentu malah tidak mustahil, terbantut seketika.

Kini sejauh mana dan tanda tanya kelangsungan pembangunan sukan khususnya kadar peruntukan kewangan kepadanya, cuma mampu dijawab menerusi pelantikan ahli exco kerajaan negeri berkenaan yang berkaitan sukan.

Situasi pembangunan sukan tidak akan terusik sekiranya penyandang jawatan exco sukan itu merupakan seorang tokoh yang cukup meminati sukan dan tidak mengenal untuk membeza-bezakan antara BN dengan pembangkang.

Annuar masih sanggup menjadi pengurus pasukan Kelantan dalam persaingan Liga Perdana walaupun negeri Pantai Timur itu sekian lama dikuasai Pas dan salah seorang tokohnya, Datuk Takiyuddin Hassan juga merupakan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia dan mempertahankan kerusi DUN Bunut Payong.

Sementara itu yang terselamat daripada tsunami politik dalam PRU 2008 ialah Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau dan seorang lagi pegawai kanan FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar di Parlimen Kubu Gajah (Perak) selain Ahli Majlis, Datuk Ismail Kassim (Parlimen Arau, Perlis).

Turut berjaya mempertahankan kerusi masing-masing ialah Presiden FA Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan (DUN Rantau); Presiden FA Kedah, Datuk Mahdzir Khalid (DUN Pedu) dan Presiden FA Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (DUN Tambun Tulang).

Walau apa pun keputusan PRU 2008, rakyat yang juga peminat sukan pasti tidak mahu kerajaan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan menganaktirikan negeri yang dikuasai oleh pembangkang dari segi peruntukan kewangan demi pembangunan sukan tanah air.

Siapa lagi yang menjadi mangsa utamanya jika bukan atlet dan sudah tentu Malaysia tidak rela kehilangan bakat sukannya?

Posted by AtanShearer at 9:37 AM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License