Seringkali menjadi persoalan umum adakah kebijaksanaan (IQ) seseorang atlit itu mempengaruhi prestasi beliau ketika beraksi? Ada yg menyokong dan ada pula yg menyangkal hipotesis ini. Sebagai contoh klasik ramai yg memberikan contoh mengapa prestasi pasukan hoki lebih cemerlang berbanding pasukan bola adalah kerana faktor ini. Rata-rata pemain hoki adalah mahasiswa universiti, malah ada antara mereka bukan calang2 mahasiswa. Ada yang mengambil jurusan perubatan dan sebagainya.
Oleh itu tidak hairanlah jika Nicol David menjadi pemain no 1 dunia ketika ini kerana kejayaan akademiknya juga amat cemerlang.
Tapi bagaimana pula dengan pemain2 bolasepak kita? Rata-ratanya lepasan SPM saja.. itupun tidak diketahui sebagus mana keputusan mereka. Kalau masa sekolah dulu dlm kelas pun payah nk tangkap apa yg cikgu ajar..agaknya sama la situasinya apabila di padang. Lain yg coach tunjuk lain yg difahami agaknya. Ataupun terlalu menurut bulat2 apa yg coach ajar. coach kata A.. A lah yg dibuat atas padang. tanpa memikir terlebih dahulu kesesuaian antara teori coach dan praktikal atas padang. Sebab itulah agaknya Prof Khoo Kay Kim kata pemain bola kita macam robot. Tapi Raja Ahmad Zainudin melenting la pulak.. tapi itulah hakikatnya. Hakikat bahawa pegawai FAM x boleh terima hakikat yg sebenar.
Akhirnya baru-baru ini sudah ada pihak yg membuktikan secara kajian ilmiah mengenai isu ini. Berikut adalah petikan dr harian metro selasa 23/7/07.
Pemain lemah matematik
KEJATUHAN mutu bola sepak Malaysia ke paras paling rendah selepas kegagalan kempen Piala Asia baru-baru ini menerima pelbagai reaksi.Ada yang berpendapat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengemukakan pasukan ke kejohanan antarabangsa dalam masa tertentu.
Malah paling keras menyalahkan liga bola sepak profesional merosakkan pemain, menjadikan mereka pemalas, bermewah, gila glamor dan tiada daya usaha bersaing dan kompetitif.Ikuti pula pendapat ahli akademik berhubung isu ini yang diwawancara wartawan Arena Metro, Alias Abd Rani.BUKAN sekadar omong kosong tetapi inilah realiti yang sepatutnya menjadi renungan kepada semua bukan sahaja pemain kebangsaan malah pengurusan yang mana kejatuhan prestasi bola sepak ada penyebabnya.
Mungkin ada yang mengatakan ianya pelik tetapi hasil kajian menunjukkan majoriti pemain tidak kiralah mereka wakil negeri mahupun negara terdiri daripada mereka yang lemah matematik.Hakikatnya, kelemahan inilah yang mengundang kepada kegagalan dalam membuat keputusan lebih baik terutamanya apabila berdepan dengan perlawanan peringkat antarabangsa.Pensyarah Kanan Pengurusan Sukan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Salleh Aman, berkata keupayaan otak dalam membuat pemikiran seharusnya diberi penekanan kerana ia adalah asas akademik dalam bola sepak.
Beliau berkata, kebanyakan pemain yang ada (daripada pencapaian akademik) lemah dalam subjek itu.“Selain matematik, mereka perlu memiliki empat perkara lain iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memang sejak kecil diajar bermain bola sepak tetapi hanya membangunkan peringkat fizikal.
“Bayangkan 90 peratus mereka lemah matematik yang paling ketara. Kaitannya dalam hal ini adalah mereka tidak mampu memikirkan apakah yang perlu dilakukan untuk membuat sesuatu apabila beraksi di padang.“Sebagai contoh pemain yang bertindak di bahagian serangan dan pada masa sama dia juga membuat keputusan (menjaringkan gol),” katanya.Dr Salleh berkata, keadaan ini masih boleh diperbetulkan dengan adanya tindakan daripada pihak tertentu termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau persatuan lain untuk mengatasinya.
“Banyak cara kita boleh lakukan tetapi kaedah terbaik ialah mewujudkan biasiswa untuk mereka baik di sekolah rendah, menengah, pra-universiti mahupun peringkat universiti,” katanya.