skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
AtanShearer
Mengikuti perkembangan bolasepak dunia dan tempatan dengan serius sejak berusia 11 tahun ketika World Cup Mexico 86. Peminat Alan Shearer, Arsenal dan France
View my complete profile

Arkib Blog

  • ► 2009 (23)
    • ► July (9)
    • ► January (14)
  • ▼ 2008 (67)
    • ► December (8)
    • ► November (3)
    • ► October (3)
    • ► September (9)
    • ► August (18)
    • ▼ July (3)
      • Hamit Altintop ketuai senarai bintang Euro paling ...
      • BERAKHIRNYA PENANTIAN 44 TAHUN
      • Xavi Pemain Terbaik Euro 2008
    • ► June (20)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
  • ► 2007 (17)
    • ► August (3)
    • ► July (11)
    • ► February (3)
  • ► 2006 (21)
    • ► December (2)
    • ► August (7)
    • ► July (5)
    • ► May (2)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (3)
  • ► 2005 (24)
    • ► December (2)
    • ► October (6)
    • ► September (1)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► March (2)

BOLA..BOLA...BOLA

Bola itu bulat..Apabila di tendang, kekadang di atas..kekadang di bawah. Tapi bolasepak Malaysia sentiasa di bawah. Pandangan serta komentar tulisan AtanShearer (termasuk yang pernah tersiar di TV3) mengenai bolasepak khususnya dan sukan amnya.

Hamit Altintop ketuai senarai bintang Euro paling menyinar

Wednesday, July 02, 2008


VIENNA - Bintang tengah Turki, Hamit Altintop mengetuai 10 pemain paling menyinar sepanjang kempen pusingan akhir Euro 2008 dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), semalam.

UEFA dalam laman web rasminya bagaimanapun menyenaraikan empat tonggak Sepanyol sebagai pemain terbaik diketuai kapten dan penjaga gol, Iker Casillas, Carles Puyol, Marco Senna serta penjaring hatrik, David Villa.

Kapten Jerman, Michael Ballack dan Bastian Schweinsteiger turut berada dalam senarai 10 terbaik bersama penyerang muda Rusia, Andrei Arshavin, pemain tengah Croatia, Luka Modric serta bintang tengah Belanda, Wesley Sneijder.

Menurut UEFA, walaupun ketua pasukan Turki, Nihat Kahvenci diberi pujian kerana menjaringkan gol cantik dalam pertemuan menentang Republik Czech di peringkat kumpulan, namun Hamit yang telah memberi umpanan cantik.

Bintang Bayern Munich itu bukan saja pemain serba boleh yang mampu mengisi sebarang posisi, malah memiliki stamina tinggi dan tidak mementingkan diri.

"Apabila anda mempunyai pemain bola sepak seperti ini, anda tidak akan kalah,'' kata jurulatih Turki, Fatih Terim ketika mengulas sumbangan Hamit yang membawa Turki ke separuh akhir.

Selepas menjadi inspirasi kepada Zenit St. Petersburg ketika merangkul Piala UEFA, Arshavin kembali menyinar dalam saingan Euro 2008 biarpun terlepas dua perlawanan pertama kerana penggantungan.

Aksi licik dan kebijaksanaannya mencari ruang membawa perubahan besar kepada Rusia ketika mengejutkan Sweden dan Belanda.

Sementara itu, Sepanyol berjaya menolak persoalan awal mengenai kemampuan mereka untuk melangkah jauh pada Kejohanan Eropah kali ini, dan kombinasi Casillas, Puyol, Senna serta Villa telah menyumbang kepada kejayaan itu.

Walaupun Euro 2008 menampilkan ramai penyerang hebat dengan kebanyakan pasukan menggunakan taktik menyerang sebagai senjata, kekentalan Casillas memberi sumbangan kepada pasukannya.

Casillas berada dalam kelompok penjaga gol unggul Euro 2008 bersama Gianluigi Buffon (Itali), Artur Boruc (Poland), Igor Akinfeev (Rusia) dan Stipe Pletikosa (Republik Czech).

Puyol pula membentuk pertahanan mantap bersama Carlos Marchena apabila berdepan lawan yang biasanya didominasi oleh penyerang seperti ketika menentang Rusia di separuh akhir.

Senna menggerakkan bahagian tengah Sepanyol dengan baik, menyumbang kebanyakan hantaran cantik untuk disudahkan penyerang.

Hatrik yang dijaringkan Villa ketika menentang Rusia dalam perlawanan pertama melonjakkan penyerang Valencia ini.

- Agensi

Posted by AtanShearer at 8:47 AM 1 comments  

Labels: Euro 2008, Turki

BERAKHIRNYA PENANTIAN 44 TAHUN


VIENNA - Pasukan terbaik menjuarai Kejohanan Eropah dan ia milik Sepanyol, semalam.

Sepanyol menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir itu, melakukan banyak percubaan dan mengawal permainan lebih baik berbanding lawannya untuk merangkul gelaran pertama dalam tempoh 44 tahun selepas menundukkan Jerman 1-0.

"Ia bukan saja bagus untuk Sepanyol, malah bagus untuk bola sepak kerana pasukan terbaik kejohanan telah memenangi kejuaraan,'' kata Fernando Torres, penjaring gol tunggal Sepanyol ketika menundukkan Jerman.

Skuad 'Red Fury' merangkul kejuaraan Eropah kedua mereka menerusi permainan bijak, berbakat serta kesungguhan tinggi untuk menamatkan kemarau 44 tahun.

Sepanyol mungkin tidak memiliki deretan trofi besar berbanding Jerman atau Itali tetapi aksi gemilang mereka dalam saingan akhir Euro 2008, begitu memukau.

"Ini adalah hari gembira buat Sepanyol, menjuarai Kejohanan Eropah dan melakukannya dengan cara yang sangat bijak.

"Sekarang kami sudah boleh bercakap tentang memenangi kejuaraan Eropah sekali lagi, malah memenangi kejuaraan yang lain,'' kata jurulatih Sepanyol, Luis Aragones.

Sepanyol tampil dengan aksi kurang meyakinkan pada saingan awal kelayakan Euro 2008 apabila kalah kepada Ireland Utara dan Sweden tetapi bangkit dengan lapan kemenangan dan satu seri untuk muncul juara kumpulan.

Kebangkitan pasukan itu diteruskan di pusingan akhir, yang mana mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan, sebelum menyingkirkan Itali menerusi penentuan sepakan penalti di suku akhir.

Menentang Itali adalah ujian terbesar buat pasukan itu, malah ia satu-satunya perlawanan yang menyaksikan mereka gagal membolosi pintu gol lawan selepas tamat masa penuh permainan.

Sejak menumbangkan juara Piala Dunia itu, keyakinan diri setiap pemain Sepanyol naik dengan mendadak, ia jelas ditunjukkan ketika mereka membenam Rusia 3-0 di separuh akhir.

Rusia, pasukan paling muda pada kejohanan ini dengan kegemarannya suka menyerang dianggap calon pilihan untuk menundukkan Sepanyol ketika itu selepas mengejutkan Belanda 3-1 di suku akhir.

Namun, barisan berbakat Sepanyol yang merupakan skuad kedua termuda di Euro 2008, tenang menangani perlawanan. Meskipun beraksi tanpa penyerang utama, David Villa pada saingan akhir, mereka masih mampu mencipta banyak percubaan.

Villa yang mengalami kecederaan paha ketika mengambil sepakan percuma dalam pertemuan menentang Rusia merupakan penjaring terbanyak Euro 2008 dengan empat gol.

"Sepanyol bermain dengan amat baik sepanjang kejohanan dengan permainan teknikal yang amat hebat. Mereka berhak memenangi perlawanan ini,'' akui jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Loew berkata, Sepanyol beraksi konsisten sepanjang kejohanan, memiliki teknik permainan hebat dan pemain berkualiti.

"Pemain-pemain mereka sudah biasa beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah, jadi tidak hairanlah kalau mereka memiliki kualiti permainan yang amat baik,'' kata Loew.

Kemenangan semalam juga membolehkan Sepanyol melebarkan rekod tanpa kalah kepada 22 perlawanan, sekali gus memberi penamat terbaik buat Aragones, yang akan meninggalkan skuad kebangsaan selepas ini.

Pemain Sepanyol yang gembira menjulang jurulatih veteran itu ke udara sejurus wisel penamat ditiupkan, manakala peminat Sepanyol menari serta melompat riang di Stadium Ernst Happel, Vienna.

"Saya sangat gembira. Biasanya saya tidak menunjukkan perasaan sebenar saya, tetapi hari ini saya amat.. amat gembira dan mahu berkongsinya dengan anda.

"Jerman merupakan sebuah pasukan yang rumit untuk ditentang kerana pertahanan mereka amat mantap tetapi kami juga mempunyai kumpulan pemain yang sangat baik dan mereka berjaya mengimbangi keadaan itu dan merubah skrip perlawanan,'' katanya.

Ini merupakan penampilan ketiga Sepanyol dalam babak final Kejohanan Eropah selepas menang ke atas Kesatuan Soviet pada 1964 dan tewas 0-2 di tangan Perancis, 20 tahun kemudian.

- AP


Barisan Pemain:

Jerman: Lehmann, Friedrich, Metzelder, Mertesacker, Lahm (Jansen 46), Hitzlsperger (Kuranyi 58), Frings, Podolski, Ballack, Schweinsteiger, Klose (Gomez 79).
Simpanan: Enke, Adler, Fritz, Westermann, Rolfes, Neuville, Trochowski, Borowski, Odonkor.

Kad kuning: Ballack, Kuranyi.

Sepanyol: Casillas, Sergio Ramos, Puyol, Marchena, Capdevila, Senna, Iniesta, Fabregas (Alonso 63), Xavi, Silva (Santi Cazorla 66), Torres (Guiza 78).
Simpanan: Palop, Reina, Albiol, Fernando Navarro, Villa, Sergio Garcia, Arbeloa, Juanito, De la Red.

Kad kuning: Casillas, Torres.
Gol: Fernando Torres 33'.

Penonton: 51.428 orang
Pengadil: Roberto Rosetti (Italia).

Posted by AtanShearer at 8:28 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008

Xavi Pemain Terbaik Euro 2008

VIENNA, Austria - Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memilih Xavi Hernandez sebagai Pemain Terbaik Euro 2008 selepas Sepanyol menang 1-0 ke atas Jerman pada perlawanan akhir, semalam.

Selain itu, UEFA juga memilih sembilan pemain Sepanyol dalam senarai 23 pemain skuad Euro 2008.

Tiada tempat buat Cristiano Ronaldo dalam skuad Euro 2008 walaupun bintang Portugal itu menjaringkan 34 gol untuk Manchester United musim lalu dan calon utama untuk anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas dia gagal menghasilkan prestasi terbaik.

Andy Roxburgh, bekas jurulatih Scotland yang mengetuai Jawatankuasa Teknikal UEFA berkata, kemampuan teknikal pemain Sepanyol itu di sepanjang kejohanan mulai 7 hingga 29 Jun lalu telah memberikan kejuaraan kepada pasukan bimbingan Luis Aragones.

"Kami memilih Xavi kerana dia menjadi lambang corak permainan Sepanyol.

''Dia sangat berpengaruh dalam seluruh penguasaan bola, hantaran dalam menentukan corak permainan pasukan,'' kata Roxburgh sehari selepas perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernst Happel, Vienna.

Roxburgh menjelaskan, sembilan ahli jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada bekas jurulatih pasukan kebangsaan seperti Gerard Houllier dan Roy Hodgson, tidak menyenaraikan para pemain dari pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan seperti Perancis.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai Ronaldo yang tidak terpilih dalam skuad pilihan, Roxburgh berkata, pemain itu merupakan anggota pasukan Portugal yang mempamer aksi menarik hingga ke suku akhir tetapi tewas 2-3 kepada Jerman.

Nama Ronaldo akan disenaraikan jika pasukannya mara ke separuh akhir dan dia beraksi kemas.

Cuma dua pemain Portugal tersenarai dalam senarai pasukan pilihan Euro iaitu pemain pertahanan Jose Bosingwa dan Pepe.

Naib juara Jerman, yang mara ke final buat kali keenam Euro namun tidak pernah memenangi kejohanan antarabangsa sejak Euro 1996, mempunyai tiga pemain dalam senarai skuad pemain iaitu pertahanan Philipp Lahm, ketua pasukan Michael Ballack dan pemain tengah Lukas Podolski yang menjaringkan tiga gol.

Hanya seorang pemain Itali yang tersenarai iaitu penjaga gol Gianluigi Buffon.

- AP

Posted by AtanShearer at 8:19 AM 0 comments  

Labels: Euro 2008

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License